Khamis, 6 April 2017

Jualan Tiket Terkini Filem Tempatan 2017

Salam.


Tahun lepas, 2016, filem Ola Bola mencatatkan jualan tiket yang tertinggi bagi filem cereka tempatan dengan jualan tiket sebanyak RM16.7 juta. Seterusnya, diikuti oleh filem Munafik dengan jualan tiket RM15.9 juta dan Boboiboy dengan RM15.8 juta. Hebat bukan? Tapi macam mana dengan tahun 2017 ni pulak? Filem yang mana dah berjaya mengutip jualan tiket tertinggi setakat ini? Ada jualan tiket yang dah melebihi jualan tiket filem Ola Bola ke? Haaa... Sehingga 27 Mac 2017, sebanyak 13 buah filem cereka tempatan telah ditayangkan di pawagam-pawagam tanah air.

Jualan tiket terkini bagi 13 filem cereka tempatan tahun 2017 (sehingga 27 Mac 2017) mengikut susunan daripada yang paling tinggi kepada kepada yang paling rendah adalah seperti berikut:
  1. J Revolusi – RM6.4 juta 
  2. Love From Kampung Pisang – RM1 juta
  3. Dorm Melati – RM354 ribu
  4. Money Money Home – RM334 ribu
  5. Kanang Anak Langkau – RM166 ribu
  6. Therapist – RM140 ribu
  7. Adiwiraku – RM 99 ribu
  8. I Am Lim Kah Seng – RM76 ribu
  9. Aku Haus Darahmu – RM60 ribu
  10. New Year Wish – RM49 ribu
  11. Pak Pong – RM35 ribu
  12. “Soulmate”... Hingga Jannah – RM25 ribu
  13. Spy In Love – RM4 ribu



Jadi filem yang mana satu yang korang dah tengok? Ada beberapa filem je yang aku familiar, J Revolusi, Kanang Anak Langkau, Adiwiraku dan Pak Pong. Filem-filem yang lain semua aku memang tak tahu pun kewujudannya. Ke korang macam aku tak tengok satu pun lagi filem tempatan setakat hari ini? Haha! Bukan tak sokong industri perfileman tempatan tapi belum muncul filem yang betul betul menarik perhatian aku. Kita yang keluarkan duit beli tiket wayang tu kan? Dan duit tu pun hak kita. Jadi kita ada hak untuk tengok filem yang mana kita nak tengok. Maka tiada paksaan dalam membeli tiket. Camtuh.

Sumber: FINAS

Tiada ulasan:

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com