Isnin, 17 April 2017

Lirik Lagu Haqiem Rusli, Tergantung Sepi

Salam.

Nampaknya Haqiem Rusli dah keluar dengan single kedua berjudul Tergantung Sepi. Menggunakan formula yang sama seperti Segalanya, lagu ciptaan Gouffran dan Ibnu diharapkan dapat meninggalkan kesan dan impak kepada para peminat muzik tempatan. Kot kot lagu ni boleh mendapat tempat kat pentas Anugerah Juara Lagu untuk tahun ni.


Lirik Lagu Haqiem Rusli, Tergantung Sepi

Cukup di sini perjalanan kita
Menghukum diri mendera hati ini
Terhimpit dengan suasana

Berat rasanya sukar diluahkan
Bernafas ragu menghembus pilu
Perasaan ini tergantung sepi

Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua

Disiksa hati yang menagih
Harapan kasih yang menjauh
Terpisah dalam kekalutan
Jiwa yang digantung sepi

Mencuba, mencuba menyimpulkan mati
Jiwa yang tergantung sepi

Tiada ulasan:

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com