Jumaat, 21 April 2017

Cara Elak Kucing Kencing Merata & Hilangkan Bau Kencing Kucing

Salam.


Aku ada bela kucing. Setakat hari ini aku ada 4 ekor kucing. Tapi tu tak termasuk 5 ekor anak kucing yang baru dilahirkan semalam. Haha! Aku ada 3 ekor kucing jantan dan seekor kucing betina. Jadi faham faham je la kalau kucing jantan kan? Suka sangat kencing bersepah. Penat dah bagitahu berkali-kali, kencing kat bekas pasir tu. Bukan main besar bekas pasir tapi kucing-kucing tu boleh buat buat tak nampak? Tak faham bahasa betul! Camtuh. Konon kucing-kucing tu faham apa yang aku bebelkan. Haha! Jadi aku nak kongsikan beberapa petua dan cara untuk mengelakkan kucing-kucing ni daripada kencing merata-rata tempat di samping menghilangkan bau kencing tersebut.

4 Cara Elak Kucing Kencing Merata & Hilangkan Bau Kencing Kucing

1. Serai


Dikatakan kucing sangat tidak menyukai bau serai. Jadi korang boleh beli produk yang berasaskan serai atau serai wangi dan kemudian semburkan sahaja di kawasan-kawasan yang selalu menjadi tempat kencing kucing korang. Untuk lebih jimat dan mudah, letakkan sahaja batang serai di sudut-sudut rumah dan tempat-tempat berisiko.

2. Belerang (Sulfur)


Sifat belerang adalah panas dan berbau, amat sesuai bagi mengelakkan kucing daripada kencing merata-rata. Jadi korang boleh letakkan belerang di penjuru-penjuru dinding.

3. Lada hitam


Ni leceh sikit. Korang kena didihkan air dan kemudian masukkan 1 atau 2 sudu lada hitam (biji bukan serbuk) ke dalam air tersebut. Biarkan selama 2 hingga 5 minit. Seterusnya dibiarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam botol penyembur. Akhirnya semburkan di kawasan-kawasan yang menjadi pilihan kucing untuk kencing.

4. Cuka


Sekiranya cara dan petua bagi ketiga-tiga di atas tidak memberikan kesan dan kucing masih kencing merata-rata, maka korang gunakan cuka untuk membersihkan dan menghilangkan bau kencing kucing korang tu. Redha je la! Nak sangat bela kucing kan? Haha!

Ada berpendapat sekiranya kucing-kucing ni kencing merata-rata kerana tidak selesa dengan bekas pasir yang ada atau masalah kesihatan. Jadi korang boleh la bawa kucing-kucing yang bermasalah ni jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. 

Tiada ulasan:

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com