Selasa, 18 April 2017

Cara Atasi Insomnia, 6 Strategi Tidur

Salam.

Insomnia ni merupakan penyakit susah untuk tidur. Antara simptom insomnia ialah sukar tidur, banyak terjaga, bangun awal, mengantuk pada siang hari, rasa tertekan, tidak dapat fokus dan jadi pelupa. Akibatnya? Prestasi kerja menurun, tindak balas lebih perlahan di atas jalan raya dan boleh mengakibatkan kemalangan, kemurungan dan mendatangkan penyakit. Untuk pengetahuan, ada beberapa faktor penyebab insomnia ni, antaranya ialah:

  • tekanan
  • tabiat tidur yang kurang baik
  • makan malam yang berlebihan
  • masalah psikiatri
  • ubat
  • merokok
  • minum teh atau kopi


Menurut Dr Afida Sohana, antara cara untuk mengatasi insomnia adalah melalui ubatan, terapi kawalan rangsangan (stimulus control therapy), teknik relaks (relaxation technique), had tidur (sleep restrictions), terus berjaga secara pasif (remaining passively awake) dan terapi lampu (light therapy).


Jika masalah insomnia ini masih berterusan, maka, sila jumpa doktor untuk rawatan susulan.

Tiada ulasan:

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com