Jumaat, 28 April 2017

Kempen #SeringgitSatuKebaikan Taja Hidangan Buka Puasa Di Rumah Kebajikan

Salam.

Sempena pelancaran aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) yang lepas, kempen #SeringgitSeribuKebaikan turut dilancarkan. Kempen ini adalah kempen kebajikan yang dibawakan oleh aplikasi JJCM dan Media Prima Digital.


Kita berpeluang memberikan sumbangan serendah RM1, RM3, RM5 dan RM10 yang akan membiayai hidangan berbuka puasa untuk 4 buah rumah kebajikan terpilih sepanjang Ramadhan akan datang ini. Juadah istimewa untuk berbuka puasa nanti akan disediakan oleh 20 restoran dan food truck terpilih. Setiap rumah kebajikan akan ditaja hidangan berbuka puasa selama 5 hari berturut-turut, iaitu, bermula hari Isnin sehingga hari Jumaat sepanjang 4 minggu dalam bulan Ramadhan.



Tempoh kempen ini adalah bermula pada 1 Mei sehingga 31 Mei 2017. Segala sumbangan adalah secara atas talian dan bukan dalam bentuk tunai. Jadi ada sesiapa yang berminat untuk memberikan sumbangan? Haaa… Kalau berminat, dua cara untuk memberikan sumbangan adalah seperti di bawah:

Kredit gambar: Nisa Kay

Nak Makan Kat Mana? Nak Makan Apa? App Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) Ada Jawapannya!

Salam.

Seperti biasa, antara soalan yang paling susah untuk dijawab di dunia pada hari ini ialah "nak makan kat mana?" dan "nak makan apa?". Tapi jangan risau sebab sekarang kita dah ada aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) yang dapat membantu kita untuk menjawab soalan-soalan seperti itu. Ya. Aplikasi JJCM telah dilancarkan secara rasmi pada 21 April 2017 yang lepas. Sebenarnya aplikasi JJCM ini telah lama boleh dimuat turun di Apple Store dan Play Store, sejak dari akhir tahun 2015. Untuk makluman, sehingga hari ini, lebih 250 ribu muat turun aplikasi JJCM telah dicatatkan.


Jadi apa bezanya aplikasi JJCM yang dilancarkan ini dengan aplikasi JJCM yang sebelum ni? Haaa... Sempena pelancaran aplikasi JJCM ni, beberapa fungsi baharu telah dimasukkan. Fungsi baharu aplikasi JJCM adalah seperti di bawah.
  • Tawaran diskaun dan potongan sehingga 70%
Pengguna aplikasi JJCM boleh mendapatkan diskaun dan potongan bagi restoran terpilih menerusi paparan "Offpeak Deals" yang akan sentiasa dikemaskini setiap hari.
  • Tempahan
Tiada lagi beratur panjang dan menunggu masa lebih lama. Macam mana nak buat tempahan? Haaa… Kita hanya perlu masukkan nombor telefon bimbit dan seterusnya tetapkan tarikh, masa dan bilangan pengunjung. Pengesahan tempahan akan dihantar menerusi email. Tapi paling penting? Tiada caj tambahan dikenakan!




Aplikasi JJCM turut memberikan info menarik di samping tempat-tempat makan menarik yang pernah dikunjungi produksi JJCM sebelum ini. Di samping itu, fungsi carian berdekatan pula membantu kita melihat senarai restoran berhampiran dengan kedudukan GPS kita. Sekali lagi diingatkan bahawa aplikasi JJCM ini boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store dan Play Store. Apa tunggu lagi?

Kredit gambar: Nisa Kay

Reaksi Wanita Ini Selepas Dahi Dikutuk Netizen Mengejutkan!

Salam.

Selepas memuat naik gambar selfie di laman twitter, seorang wanita telah menjadi bahan gurauan dan kutukan kerana dahinya. Antara komen yang diterima ialah botak, padang bola dan landasan kapal terbang. Selain daripada itu, ada yang turut menyamakan wanita tersebut dengan Klingon. Okay. Pada mulanya aku sendiri tak tahu apa itu Klingon. Lepas aku google? Tak patut betul disamakan dengan Klingon. Tak lawak bro.


Mari kita tengok antara komen-komen yang diterima selepas wanita tersebut memuat naik gambar di atas.


Nak tahu yang mana satu Klingon? Kat bawah ni.


Walaupun mendapat maklum balas seperti itu, namun, wanita itu tidak sedikit pun melatah ataupun marah. Malah, dia mengatakan yang dia tidak terasa pun dengan komen-komen seperti itu. Haaa... Sebab apa? Sebab dia telah menerima kekurangan diri dia. Sebenarnya sebelum ini dia memakai hijab dengan menutup dahinya kerana tidak yakin dan malu. Tapi sekarang? Dia tidak lagi menyembunyikan dahinya kerana dia telah mula rasa bangga dengan kelebihan itu. Ya. Kelebihan. Bila kita mula menerima kekurangan kita, maka, kita tidak akan pandang kekurangan itu sebagai kelemahan, tapi sebaliknya, sebagai kelebihan dan kekuatan. Dan sekiranya orang lain mempersendakan kekurangan kita selepas ini, kita tidak akan mudah untuk terasa lagi. Kerana kita sendiri dah menerima kekurangan kita terlebih dahulu! 


Jadi ambil semangat wanita ini untuk terus maju dan bahagia dalam hidup. Sudah sudah la memikirkan tentang apa yang harus kita lakukan supaya orang lain dapat menerima diri kita tapi fokuskan kepada apa yang harus kita lakukan supaya kita dapat menerima diri kita sendiri.

Lirik Lagu Siti Nurhaliza, Segala Perasaan

Salam.


Lagu terbaharu Dato' Siti Nurhaliza bertajuk Segala Perasaan dah boleh dilanggani di semua digital platform. Dah boleh dapatkan lagu Segala Perasaan di iTunes atau dengarkan di Apple Music, Spotify, Joox dan lain-lain aplikasi yang berkaitan.  Dikhabarkan lagu ini adalah single pertama untuk album penuh Dato' Siti Nurhaliza yang menggunakan judul SimetriSiti dan dijangkakan akan berada di pasaran pada 10 Mei 2017 ini. Haaa... Tak sabar kan? Tak lama lagi tu. Cover yang digunakan untuk single Segala Perasaan ini pula dikatakan adalah cover album untuk SimetriSiti.

Lirik Lagu Siti Nurhaliza, Segala Perasaan

Ketika cinta telah bersarang
Taklukan dua manusia untuk hanyut dalam rasa

Dan rindu datang setiap saat
Seolah tak mengizinkan sedetik untuk berpisah

Dan kini aku di sini
Merasakan segala keindahan dirimu
Menutup mata atas kelemahanmu
Ku melihatmu sempurna
Tak terungkap kata

Hilanglah kenangan luka
Tergantikan cerita yang berkisahkan cinta
Dan memberi harapan untuk kita berdua
Saling menjaga dan setia
Untuk selamanya

Tak sanggup aku melawan rasa
Segala perasaan memang ku jatuh cinta
Dan kini hanyalah untuk dirimu
Persembahan untukmu
Dirimu kekasihku

Merasakan segala perasaan cintaku
Di dalam pengabdian seumur hidupku
Saling menjaga dan setia
Saling menjaga dan setia
Selamanya

Ketika cinta telah bersarang
Taklukan dua manusia untuk hanyut dalam rasa

Khamis, 27 April 2017

Lirik Lagu Elly Mazlein, Jeritan Hati

Salam.

Semalam Elly Mazlein telah melancarkan single terbaharunya yang berjudul Jeritan Hati ciptaan komposer Manusia Putih dan lirik oleh Natasha. Katanya lirik lagu tersebut ada kaitan dengan kisah hidup Elly Mazlein. Korang dah dengar belum? Aku dah dengar lagu baharu Elly Mazlein tu. Pada pendapat aku, lagu-lagu lama dia ada banyak yang lebih sedap daripada lagu baharu dia ni. Dan aku rasa lagu ni akan jadi macam lagu Sabarlah Hati. Lagu tu tak popular dan sangat jarang diputarkan di corong-corong radio tapi cukup la untuk mengubat rindu peminat-peminat Elly Mazlein pada masa itu. Aku suka je lagu Sabarlah Hati tu. Dan aku rasa Jeritan Hati ni pun gunakan formula yang sama seperti Sabarlah Hati. Lagu balada pop yang bermula dengan bisikan, berakhir dengan jeritan. Klise kan? Haha! Tapi kenapa guna formula yang sama kalau formula tu dah tak berjaya pada awalnya? Hmmm... Takpe la. Mana tahu rezeki lagu Jeritan Hati ni kan? Jadi semoga berjaya diucapkan kepada Elly Mazlein dengan single Jeritan Hati ini.


Lirik Lagu Elly Mazlein, Jeritan Hati

Aku hanyalah manusia yang tak sempurna
Hanya memiliki cinta tuk ku persembahkan padamu

Sekuat hati ku cuba memahamimu
Tapi tak bisa ku membendung air mata pilu ini

Mungkin takdir tak berpihak kepada kita
Dan memang sampai di sini
Kisah kita harus berakhir

Biar aku saja
Pergi meninggalkan cinta
Yang terikat janji setia
Dan berharap kau bahagia dengannya

Maaf ku tak bisa
Berbagi hati dan rinduku
Biar ku jadikan cintamu
Serpihan kisah hidupku

Biar aku saja
Biarkan cinta
Tinggalkan cinta
Lepas semua
Usah kau kembali
Aku tak bisa

Rabu, 26 April 2017

Kesan & Akibat Kurang Minum Air Kosong

Salam.

Pernah tak korang rasa macam kurang minum air kosong pada hari-hari tertentu? Haaa... Tahu tak kesan dan akibat kurang minum air kosong ni? Menurut Dr Beni Rusani, apabila kita kurang minum air kosong, kita akan rasa dahaga. Okay. Tu je la. Haha! Jangan nak serius sangat boleh tak? Dah jom kita minum air kosong dengan lebih banyak supaya kita tak rasa dahaga. Camtuh.


Hambar ke tak tu?

Shila Amzah Meroyan Kalah Di AME 2017? Nama Diganti Siti Nordiana Di ABPBH 2017?

Salam.

Shila Amzah dikatakan meroyan kerana kalah dalam Anugerah Meletop Era (AME) 2017? Menurut seorang warga twitter, AME 2017 ini adalah anugerah pilihan peminat, jadi pemenang-pemenang dipilih kerana usaha dan kerja keras peminat-peminat mereka yang mengundi. Menurutnya lagi, Shila Amzah tidak layak dihargai kerana perangai dan sikapnya yang besar kepala sehingga sanggup saman pihak media kerana isu sebelum ini. Aku rasa netizen yang tweet pasal Shila Amzah ni macam terlebih meroyan pula. Satu dua mungkin okay kot? Ni macam nak terbitkan buku je tweet dia. Lepas satu tweet, tweet lagi satu. Haha! Chill bro.


Isu ini timbul apabila Shila Amzah tweet mengenai rezekinya yang lebih terbuka di luar negara selain sering mendapat pengiktirafan di luar negara berbanding dalam negara. Seterusnya, Shila Amzah berharap tweet berkenaan tidak disalah tafsir kerana memang bukan rezekinya untuk berada di sana. Setelah disiasat, Shila Amzah tidak tercalon pun dalam AME 2017. Jadi aku yakin tweet tersebut bukan kerana dia kalah dalam AME 2017. Tapi kalau kerana tak tercalon atau tak dijemput? Ada kemungkinan. Tapi hanya Shila Amzah yang tahu.



Namun, ada juga yang berpendapat bahawa Shila Amzah kecewa apabila lagu duetnya bersama Alif Satar yang berjudul Selamanya Cinta digantikan dengan nama Siti Nordiana untuk kategori Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2017. Jadi aku pun gigih siasat pergi ke laman web ABPBH tu. Dan ternyata? Betul! Memang bukan nama Shila Amzah tapi diletakkan nama Siti Nordiana. Aku pun terus google kot kot ada lagu duet Siti Nordiana dan Alif Satar. Mana la tahu aku terlepas pandang ke kan? Hasil google aku, tiada lagu duet antara Siti Nordiana dengan Alif Satar. Yang ada? Lagu duet Siti Nordiana dan Aliff Aziz yang berjudul Tak Ada Cinta Sepertimu. Haaa... Jadi apa logiknya Siti Nordiana dan Alif Satar dalam kategori ni?


Umum mengetahui hubungan antara Shila Amzah dengan beberapa orang wartawan hiburan tempatan memang agak tegang dan tidak mesra. Tak silap aku kes saman hari tu pun baru je selesai. Jadi tu mungkin salah satu sebab kenapa nama Shila Amzah digantikan dengan Siti Nordiana. Sama juga macam sebelum ni, nama Shila Amzah tidak disebut langsung dalam surat khabar tempatan walaupun mendapat tempat kedua dalam Anugerah Juara Lagu ke-29 menerusi lagu Masih Aku Cinta.

Aku harapkan Shila Amzah, teruskan berkarya walaupun tidak mendapat sokongan daripada media tempatan. Tapi jangan lupa peminat-peminat dari Malaysia yang telah lama menyokong karier seni Shila Amzah. Dan kalau boleh, aku harap Shila Amzah dapat kurangkan luahan perasaan di laman twitter. Pada pandangan aku, ni untuk mengelakkan Shila Amzah kelihatan seperti kurang profesional dan agak kebudak-budakan apabila membuat luahan bersifat peribadi seperti itu di laman twitter. Tapi nak buat macam mana, Shila Amzah cuma seorang manusia biasa. Kita semua tak lari daripada kesilapan, tak lari daripada mainan emosi dan perasaan.

Dan penganjur ABPBH 2017, pada pandangan aku, tak perlu gantikan tempat Shila Amzah dengan Siti Nordiana. Apa tujuan penganjur buat macam tu? Sah sah la untuk menyakitkan hati Shila Amzah. Aku nampak kat sini sebenarnya penganjur pun dua kali lima meroyan macam Shila Amzah. Haaa... Masing-masing tak nak kalah nampaknya. Aku pun tak tahu apa yang penganjur akan dapat melalui tindakan seperti ini. 

Kalau berterusan, siapa yang untung, siapa yang rugi? Aku rasa isu ini tidak menguntungkan kedua-dua pihak pun tapi lebih kepada merugikan. Ya. Rugi daripada segi masa, tenaga, emosi dan perasaan untuk saling berbalas menyakitkan hati antara satu sama lain. Move on please!

Selasa, 25 April 2017

Hati-Hati! Akaun Facebook Ini Ugut Edit & Sebar Gambar Bogel!

Salam.

Aku dikejutkan dengan berita yang kurang menyenangkan pada hari ulang tahun kelahiran aku yang ke-29 yang lepas. Mula-mula memang malas nak layan. Penat sebenarnya! Isu akaun palsu yang menggunakan gambar aku ni takkan pernah tamat seolah-olah tanda noktah tu tak pernah wujud. Kalau aku update hari hari pasal akaun palsu, aku rasa korang semua boleh muntah kot. Aku sendiri tak tahu macam mana aku nak bendung akaun palsu macam ni. Cuma aku boleh nasihatkan kepada semua wanita kat luar sana supaya berhati-hati kat laman sosial ni. Jangan mudah sangat nak percaya.


Berdasarkan apa yang dikongsikan di atas, wanita tersebut menerima mesej peribadi daripada akaun menggunakan nama Zahari Ismail. Akaun tersebut menyatakan yang dia telah mengedit gambar wanita tersebut dan kemudian mengugut untuk menyebarkan gambar bogel wanita yang telah diedit itu. Tapi bila wanita tersebut menyuruhnya menghantar gambar yang telah diedit itu, akaun tersebut terus mengelak. Di sini aku sertakan keseluruhan perbualan mereka di bawah.




Klik https://www.facebook.com/fattah.haris.3 untuk ke akaun palsu berkenaan.

Sejujurnya ni bukan kali pertama aku berhadapan dengan isu ni. Sebelum ni aku dah pernah dapat tahu ada akaun menggunakan gambar aku yang sama seperti di atas. Dah la guna gambar yang sama, lepas tu modus operandi pun sama. Apa modus operandi dia? Akaun palsu ini akan menambah mangsa sebagai kenalan, kemudian mula menghantar mesej peribadi dan seterusnya mengugut untuk menyebarkan gambar bogel mangsa yang telah diedit. Tapi aku tak pasti sama ada dia sentiasa menggunakan nama yang sama ataupun tidak. Kebiasaannya akaun palsu macam ni akan menukarkan nama dia lepas dah kantoi. Dan aku rasa mangsa akaun palsu ni bukan seorang dua je, mungkin lebih daripada itu. Hmmm... Aku diamkan je sebelum ni sebab aku dah penat melayan isu akaun palsu masa tu.

Jadi apa yang perlu dibuat kalau berhadapan dengan situasi macam ni? Aku ada beberapa cadangan kat sini. Terpulanglah nak ikut atau tidak. Sekadar memberikan pandangan.
  • Buat laporan polis supaya dalang di sebalik akaun palsu ini dapat dikenakan hukuman yang setimpal. Aku tengok makin dibiarkan makin menjadi-jadi.
  • Ignore dan block. Jangan balas mesej daripada lelaki yang tidak dikenali walaupun gambar yang digunakan agak menggoncang iman dan nafsu. Eh aku tak puji diri sendiri. Haha! Kalau nak balas pun, pastikan kita dah siasat betul betul dan dah pastikan akaun tersebut bukan akaun palsu.
  • Tidak perlu takut kalau kita memang tiada gambar yang bukan bukan. Kalau dia edit sekalipun, yakin ke dia tu pandai edit? Haha! Mesti gambar yang diedit tu nanti nampak sangat menipu. Sebab aku rasa orang yang pandai edit ni tak buat kerja bodoh macam ni. Banyak kerja lain lagi yang boleh dibuat.

Kesimpulannya aku tiada masa nak buat kerja bodoh macam ni. Kat blog picisan aku ini, aku dah letakkan sekali facebook, instagram dan twitter aku. Ya. Aku ada SATU (1) akaun blog, SATU (1) akaun facebook, SATU (1) akaun instagram dan SATU (1) akaun twitter. Jadi kalau korang kenal aku kat medium yang lain, itu bukan aku. Diulangi, ITU BUKAN AKU. Haaa... Siap caps lock tu. Kalau tak faham juga, pergi makan kismis minda banyak banyak.

p/s: Aku difahamkan laporan polis telah pun dibuat. Jadi sama sama kita saksikan kesudahan drama akaun palsu ni. Harap menangis tak berlagu la orang yang tak bertanggungjawab tu. Rasakan!

Kenapa Watson Nyambek Tolak Permohonan Maaf?

Salam.


Viral apabila program Sukan Tak Sentral mempersendakan nama mendiang bapa Watson Nyambek. Bekas jaguh pecut negara, Watson Nyambek, adalah merupakan pemegang rekod pecut 100 meter negara dengan 10.3 saat selama 17 tahun. Berketinggian 1.70 meter, Watson yang turut mendapat gelaran "Dayak Terbang” pernah bertanding dalam Kejohanan Asia di Fukuoka, Jepun pada 1998 selain menjadi pelari pecut tunggal bertanding dalam acara 50 meter dan 60 meter.

Namun, Watson diisytiharkan muflis kerana telah membuat pinjaman bank sebanyak RM80,000 untuk membayar kos perubatan bapanya yang menderita barah telinga. Untuk pengetahuan, bapa Watson telah meninggal dunia pada tahun 2014. Menurut Watson, beliau tidak dapat melunaskan pinjaman tersebut kerana bergaji kecil. Akhirnya, kerajaan negeri Sarawak telah menyelesaikan tunggakan pinjaman bank itu dan Watson juga diberikan rumah teres satu tingkat dengan tiga bilik bernilai RM350,000 di Miri. Syukur.

Jadi tidak hairan kenapa isu nama bapa Watson ni sangat sensitif. Watson sanggup berkorban membuat pinjaman untuk membiayai kos perubatan mendiang bapanya pada waktu itu biarpun mengakibatkan beliau diisytiharkan muflis. Apabila ada pihak yang mempersendakan nama mendiang bapanya lalu disamakan dengan binatang, siapa yang tidak marah? Mungkin permohonan maaf telah dibuat, tindakan telah diambil, tapi kesannya? Semudah ABC ke nak sembuh? Orang pernah cakap luka di tangan nampak darahnya, luka di hati siapa tahu. Tapi jangan lupa yang luka di tangan pun ambil masa untuk sembuh. Jadi mustahil la luka di hati boleh sembuh dengan serta-merta pula. Pada mulanya aku pun tak berapa setuju bila Watson Nyambek menolak permohonan maaf daripada pihak yang mempersendakan nama mendiang bapanya. Tapi lepas aku cuba letakkan diri aku dalam situasi Watson, aku rasa aku pun akan buat benda yang sama. Semua perlukan masa. Dan sekarang beliau masih marah dan terluka dengan kejadian yang berlaku.

Isnin, 24 April 2017

Wow! Samyang 2X Spicy Ramen Dua Kali Ganda Lebih Pedas!

Salam.


Ada berani? Samyang 2X Spicy Ramen ini dikatakan dua kali ganda lebih pedas daripada Samyang Spicy Ramen sebelum ni. Haaa... Kalau sebelum ni korang dah tak tahan dengan Samyang Spicy Ramen, maknanya korang takkan bersedia dengan Samyang 2X Spicy Ramen. Silap haribulan kalau korang cuba juga Samyang 2X Spicy Ramen ni, dengan usus usus korang terbuang masa cirit-birit nanti. Haha! Mana aku tahu pasal Samyang 2X Spicy Ramen ni? Aku ternampak iklan ni kat facebook. Rasa macam baru lagi Samyang 2X Spicy Ramen ni dibawa masuk ke Malaysia. Tapi setakat yang aku tengok tadi, tak nampak logo halal macam Samyang Spicy Ramen yang sebelum ni. Takpe. Kita tunggu Samyang 2X Spicy Ramen ni ada logo halal baru kita cuba okay? Berani ke tak tu?

Jumaat, 21 April 2017

Kucing Aku Baru Melahirkan 5 Ekor Anak Kucing

Salam.

Alhamdulillah. Akhirnya Lofa, satu-satunya kucing betina yang aku ada, telah selamat melahirkan 5 ekor anak kucing yang comel dan sihat pada 2 hari yang lepas. 3 ekor daripadanya adalah berwarna putih, manakala, dua ekor yang lain berwarna hitam. Aku pun dah tak ingat ini kali keberapa Lofa beranak. Produktif sungguh! Nasib baik la Lofa ni jenis pandai uruskan anak-anak kucing tu, daripada beranak sampai la boleh merangkak, buka mata, berjalan, memanjat, bergaduh dan berlari. Untuk pengetahuan korang, semua anak Lofa aku tak jaga tapi aku beri kat orang lain selepas anak-anak kucing tu berumur 2 bulan dan ke atas sebab sekarang ni aku dah ada 4 ekor kucing untuk dijaga. Aku rasa itu dah lebih daripada cukup.


Dah alang alang tu, aku berangan la buat photoshoot untuk anak-anak kucing ni. Walaupun Lofa dah pandang pandang jeling jeling je aku masa tu. Haha! Nasib baik dia dah kenal aku. Jadi dia faham kot aku nak update blog pasal anak-anak kucing ni. Boleh?





Semoga membesar dengan sihat. Dan semoga Lofa teruskan beranak. Kalau korang ada kucing yang sedang bunting atau menunggu masa untuk beranak, korang boleh rujuk entri kat bawah ni mana la tahu kucing korang mengalami masalah semasa beranak.

Kos Sara Hidup Di Malaysia Paling Rendah Dalam ASEAN 2017 - Perdana Menteri

Salam.

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, menyatakan bahawa Malaysia telah dinilai sebagai bandar yang mempunyai kos sara hidup paling rendah dalam kalangan negara-negara ASEAN (Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura dan Vitenam) menurut kaji selidik kos sara hidup di seluruh dunia tahun 2017 yang telah dijalankan oleh Economist Intelligence Unit. Kaji selidik tersebut telah membandingkan harga barangan dan perkhidmatan di 133 bandaraya seluruh dunia. Haaa... Korang boleh baca dan dengar ucapan penuh Perdana Menteri kita ni dengan klik di sini


Setuju ke tak tu?

Cara Elak Kucing Kencing Merata & Hilangkan Bau Kencing Kucing

Salam.


Aku ada bela kucing. Setakat hari ini aku ada 4 ekor kucing. Tapi tu tak termasuk 5 ekor anak kucing yang baru dilahirkan semalam. Haha! Aku ada 3 ekor kucing jantan dan seekor kucing betina. Jadi faham faham je la kalau kucing jantan kan? Suka sangat kencing bersepah. Penat dah bagitahu berkali-kali, kencing kat bekas pasir tu. Bukan main besar bekas pasir tapi kucing-kucing tu boleh buat buat tak nampak? Tak faham bahasa betul! Camtuh. Konon kucing-kucing tu faham apa yang aku bebelkan. Haha! Jadi aku nak kongsikan beberapa petua dan cara untuk mengelakkan kucing-kucing ni daripada kencing merata-rata tempat di samping menghilangkan bau kencing tersebut.

4 Cara Elak Kucing Kencing Merata & Hilangkan Bau Kencing Kucing

1. Serai


Dikatakan kucing sangat tidak menyukai bau serai. Jadi korang boleh beli produk yang berasaskan serai atau serai wangi dan kemudian semburkan sahaja di kawasan-kawasan yang selalu menjadi tempat kencing kucing korang. Untuk lebih jimat dan mudah, letakkan sahaja batang serai di sudut-sudut rumah dan tempat-tempat berisiko.

2. Belerang (Sulfur)


Sifat belerang adalah panas dan berbau, amat sesuai bagi mengelakkan kucing daripada kencing merata-rata. Jadi korang boleh letakkan belerang di penjuru-penjuru dinding.

3. Lada hitam


Ni leceh sikit. Korang kena didihkan air dan kemudian masukkan 1 atau 2 sudu lada hitam (biji bukan serbuk) ke dalam air tersebut. Biarkan selama 2 hingga 5 minit. Seterusnya dibiarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam botol penyembur. Akhirnya semburkan di kawasan-kawasan yang menjadi pilihan kucing untuk kencing.

4. Cuka


Sekiranya cara dan petua bagi ketiga-tiga di atas tidak memberikan kesan dan kucing masih kencing merata-rata, maka korang gunakan cuka untuk membersihkan dan menghilangkan bau kencing kucing korang tu. Redha je la! Nak sangat bela kucing kan? Haha!

Ada berpendapat sekiranya kucing-kucing ni kencing merata-rata kerana tidak selesa dengan bekas pasir yang ada atau masalah kesihatan. Jadi korang boleh la bawa kucing-kucing yang bermasalah ni jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. 

Khamis, 20 April 2017

Mitos Mee Segera, Sardin, Panadol & Minuman 3-in-1

Salam.


Kembali lagi dengan segmen perang melawan mitos. Ya. Aku memang suka melawan mitos ni. Aku rasa cukup la aku dimomokkan dengan perkara-perkara yang auta dan propa. Rasa tertipu sangat. Kali ini Dr Ahmad Zakimi Abdullah membincangkan mitos 4 jenis makanan, iaitu, mee segera (seperti maggi dan mamee), sardin, minuman 3 in 1 (seperti nescafe dan milo) dan panadol. Betul ke mee segera dan sardin punca kanser? Betul ke minuman 3 in 1 menyebabkan kita menghidap penyakit kronik? Betul ke panadol berada dalam tubuh badan kita selama 5 tahun? Haaa... Cari jawapannya di bawah. Baca sampai habis tau?


Demikian serba sedikit tentang mitos mee segera, sardin, minuman 3-in-1 dan panadol. Lepas ni boleh la sampaikan kepada keluarga dan kawan-kawan untuk menolak mitos tersebut dan tidak mudah mempercayai cerita yang dikongsikan tanpa bukti yang konkrit dan sahih.

Sorok Syabu Dalam Dubur, Benjy Ditahan Di Indonesia

Salam.


Benjy sekali lagi ditangkap selepas pihak berkuasa Indonesia di Medan menemukan dadah jenis syabu yang disorokkan di dalam duburnya. Menurut Malay Mail Online, Benjy ditahan selepas  pihak berkuasa berjaya mengeluarkan dua paket syabu seberat 14 gram daripada duburnya itu. Aku pun tak dapat nak bayangkan macam mana Benjy cuba masukkan syabu tu dalam dubur dia. Banyak lagi kerja lain yang boleh dibuat kan? Benjy ni dah pernah didakwa sebanyak 4 kali kerana kes yang sama (syabu) di Malaysia. Tapi tak pernah serik? Kalau tak kasihan kat orang sekeliling, tolong kasihan kat diri sendiri. Pada pandangan aku, Benjy seperti tiada tujuan hidup, terus tenggelam dan lemas dengan dunia dadah dia tu. Sampai bila? Sampai hembusan nafas yang terakhir ke? Adakah Benjy mahu terus diingati sebagai seorang pelakon yang selalu didakwa kerana dadah jenis syabu? Tidakkah Benjy mahu diingati sebagai seorang pelakon yang berbakat besar dan dihormati? Ehhh... Panjang pula aku membebel. Haha! Kepada Benjy, seperti lagu Fazura yang suam suam kuku tu, sayangi dirimu. Camtuh.

Milo Cube Viral Paling Murah Di Malaysia!

Salam.

Milo Energy Cube yang tular satu Malaysia sekarang ini boleh didapatkan dengan harga serendah RM35! RM35 untuk 100 kiub! Haaa... Mana nak dapatkan Milo Energy Cube semurah itu? Boleh dapatkan di laman web Shopee. Dan ini bukan iklan berbayar. Aku sekadar menguar-uarkan berita baik ni kepada peminat-peminat Milo di luar sana. Kot kot ada yang sebelum ni nak beli tapi tengok harganya yang terlalu mahal, terkubur hasrat nak rasa Milo Energy Cube ni.


Pada masa yang sama, aku cuba juga cari Milo Energy Cube ni kat Lazada. Tapi harga yang paling murah aku dapat? RM50. Tak jumpa harga serendah RM35. Jadi memang sah harga Milo Energy Cube kat Shopee ni la yang paling murah setakat hari ini.


Selamat memborong!

11 Tempat Makan Sedap Di Penang | Best & Wajib Singgah

Salam.

Siapa la yang tak suka makan kan? Lagi lagi Penang yang boleh dikatakan antara syurga makanan di Malaysia ini. Antara makanan yang popular di Penang ialah laksa, cendol, nasi kandar dan pasembur. Tidak lengkap rasanya jika kita ke Penang tapi tidak merasai semua makanan tersebut. Jadi di sini aku kongsikan tempat-tempat makan wajib singgah yang sedap dan best di Penang.


Untuk entri kali ini, aku rujuk kawan aku, Naim, yang sempat berkongsikan tempat-tempat makan sedap di Penang semasa dia berjalan kat sana bulan lepas dengan kawan-kawan dia yang lain. Dah alang alang kat sana tu, dia pergi ke tempat-tempat makan yang sedap dan best di Penang. Aku yakin dengan pilihan dan selera Naim ni sebab dia memang suka kalau bab bab makan ni. Muka dia pun dah macam pinggan yang sumbing tu. Haha! Gurau la Naim. Lagipun dia dah duduk di Penang hampir 5 tahun sebab belajar kat situ. Jadi tak mustahil dia tahu tempat-tempat makan yang sedap di Penang ni.

Senarai 11 tempat makan sedap dan best di Penang:

1.   Laksa 3 Serangkai


Klik di sini untuk maklumat lanjut.

2.   Cucur Udang Mengkuang Titi



Klik di sini untuk maklumat lanjut.

3.   Penang Road Famous Cendol & Ice Kacang (Loh)



Klik di sini untuk maklumat lanjut.

4.   Char Kuey Teow Kg Pelet



Klik di sini untuk maklumat lanjut.

5.   Burger Boy Penanti



Klik di sini untuk maklumat lanjut.

6.   Nasi Kandar Beratur



Klik di sini untuk maklumat lanjut.

7.   Pasembur Gurney Hawker Centre



Klik di sini untuk maklumat lanjut.

8.   Roti Bakar Transfer Road



Klik di sini untuk maklumat lanjut.

9.  Fresh Juice Tropical Fruit Farm



Klik di sini untuk maklumat lanjut.

10.  Mee Goreng Sotong Padang Kota



Klik di sini untuk maklumat lanjut.

11.  Nasi Kandar Deen Jelutong


Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Jom kita buat road trip ke Penang? Tapi jangan lupa timbang berat sebelum dan selepas jalan jalan cari makan di Penang nanti. Kita tengok berapa kilogram bertambah. Haha!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com