Jumaat, 24 Mac 2017

Tempat Menarik Di Kuching, Sarawak | Trip 2 Hari 1 Malam

Salam.


Sebenarnya aku takde la berjalan sangat kat Kuching, Sarawak tu. Aku pergi Kuching pun sebab aku kena hadir Seminar Kebangsaan Sains dan Psikologi dalam Pendidikan 2017 kat situ hari Isnin yang lepas. Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar. Dan semoga urusan pengajian aku dipermudahkan sehingga ke garisan penamat.

Flight aku ke Kuching hari Ahad sekitar jam 12 tengahari. Jadi aku sampai Kuching hari tu dalam jam 2 petang. Jutaan terima kasih kepada kawan aku, Anam yang sudi angkut aku dari airport terus bawa jalan jalan cari makan sekitar Kuching. Jasamu dikenang! Sepanjang 2 hari 1 malam aku kat Kuching ni, memang Anam jadi pemandu pelancong aku. Harap dia tak annoy la melayan kerenah aku. Kahkah.




Sampai je kat Kuching, aku terus check in kat hotel letak barang. Aku stay kat Imperial Riverbank Hotel betul betul kat belakang tu sungai. Tapi sayangnya aku dapat bilik yang takde tingkap! Haha! Rasa macam terkurung pulak dapat bilik yang takde tingkap. Lepas letak barang, kitorang ke Swee Kang Ais Kacang untuk lunch. Memang ramai orang kat situ sampai meja semua penuh. Nak tak nak, kitorang kena tunggu sampai ada meja kosong. Kitorang order Laksa Sarawak, Bihun Belacan, Cha Kueh dan Ais Kacang. Sedap! Dan harganya pun berpatutan. mang ramai orang kat situ.




Dah kenyang lunch, kitorang park kereta kat Plaza Merdeka lepas tu jalan kaki nak naik bot ke seberang sungai, nak beli kek lapis kat Mira Cake House. Sepanjang perjalanan tu ambil la gambar kat mana mana sudut yang agak agak cantik. Haha! Jauh ye berjalan. Berpeluh tu tak payah cakap la. Dah la aku ni jenis cepat berpeluh. Tapi demi kek lapis, aku gagahkan jugak. Camtuh. Dapat la seketul dua. Aku beli kek lapis cadbury tu. Tak beli banyak pun sebab gaji tak masuk lagi. Pulak tu, aku tak check in baggage pun. Jimat. Ye la pergi seminar ni pun bukan ada sponsor, semua pakai duit sendiri. Haha!









Sebelum dinner, balik hotel dulu rehat, mandi dan menunaikan yang wajib. Dah selesai semua tu, kitorang pergi dinner kat RJ Ayam Bakar Kopitiam. Kedai favorite aku tu! Sebelum ni aku dah pernah ke Kuching. Dan kawan aku, Hafiz bawak aku makan kat sini. Selain makanan dia yang sedap, interior design dia memang indah mata memandang. Aku order kuey teow dengan ayam panggang dengan nescafe tarik ais. Alhamdulillah. Terus rasa naik 5 kilogram lepas makan semua tu. Kahkah. No wonder tak kurus kurus.






Lepas dinner tu, kitorang cari ais krim gula apong pulak. Haaa... Tapi bukan untuk aku la. Aku tak boleh main bantai je makan itu ini nanti menyesal tak sudah bila leher makin tenggelam. Ni cari pun sebab nak bagi Yus rasa sebab dia belum pernah rasa. Jadi kitorang pun beli ais krim gula apong kat DP Ice Cream Gula Apong. Beli satu bekas kecik je pun, sekadar nak rasa.

Sambil makan ais krim tu, kitorang balik semula ke hotel untuk rehat sebab aku nak kena bangun pagi esoknya. Seminar aku tu dah la pendaftaran dia seawal jam 7 pagi. Jadi nak bersiap siap tu, kena daripada jam 6 pagi la. Haha! Agak lewat jugak aku tidur malam tu. Maklum je la nervous dia lain macam sebab nak kena bentang macam mana, nak kena bentang kat depan entah siapa. Tak tahu nak expect macam mana. Cuma mampu nervous je selagi belum bentang.


Sebelum bergerak ke lokasi seminar diadakan, aku sarapan kat hotel aku tu. Rugi pulak kalau tak sarapan kat situ. Dah bayar kot! Kahkah. Alhamdulillah. Sedap betul sarapan kat situ. Siap ada ayam masak rendang tu... Selesai sarapan, aku terus bergerak ke lokasi seminar di hotel yang berlainan, kat Kuching Park Hotel. Tapi tak jauh mana pun, dalam beberapa minit je. Sesi pagi tu dimulakan dengan majlis perasmian dan segala jenis ucapan. Sesi 1 bermula sekitar 11.45 pagi. Aku pulak sesi 2 yang dijadualkan pada jam 2.30 petang. Jadi sempat la aku tengok sesi 1 tu macam mana dorang bentang sebab tengok dorang bentang ni sedikit banyak memberi aku semangat dan kekuatan yang aku pun boleh buat jugak. Bila dah sampai sesi aku pulak, aku bentang dengan sangat nervous. Pertama, sebab takut masa tak cukup. Kedua, sebab takut ada maklumat yang salah atau tak cukup. Ketiga, sebab takut berhadapan dengan orang orang yang aku tak pernah jumpa dan kenal. Tapi aku sangat lega lepas dah bentang tu. Dan tak sangka pulak aku diumumkan pembentang terbaik untuk sesi aku tu! Alhamdulillah. 






Aku kat seminar tu sampai jam 4 petang. Tapi flight balik aku jam 10 malam. Jadi sebelum nak ke airport tu, kitorang singgah beberapa tempat dan kawasan sekadar untuk mengisi baki masa yang ada. Kitorang minum petang kat Warong Nusantara. Kali ni kitorang makan Mee Kolok! Sedapnya! Haha! Apasal makanan kat Kuching ni sedap sedap belaka? Nasib baik la aku 2 hari je kat sini. Kalau lebih, tak tahu la berapa kilogram berat aku bertambah. Selesai minum petang, kitorang lepak lepak kat seberang sungai, Stadium Sarawak dan Taman Sahabat. Selagi boleh! Haha! Terima kasih Anam kerana melayan kerenah aku. Mesti penat kan? Jangan serik tau. Hehe. Maka lengkaplah trip Kuching 2 hari 1 malam aku kali ni.






2 ulasan:

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com