Isnin, 13 Mac 2017

10 Tempat Menarik Di Jogjakarta | Trip 4 Hari 3 Malam

Salam.

Hari ini rajin sikit nak share itinerary trip ke Jogjakarta tahun lepas. Aku pergi Jogjakarta sekitar bulan September 2016. Ni kira trip pertama yang mana aku buat itinerary sendiri. Selalu aku ikut kawan kawan aku je. Aku tak pandai nak buat research, nak tanya tanya orang itu ini. Malas nak fikir. Yang aku tahu, aku dah sampai. Haha! Cuma trip kali ni aku macam berdikari sikit. Kagum dengan diri sendiri. Terima kasih kawan-kawan yang banyak tolong aku pasal trip Jogjakarta kali ni.

Puas hati dia lain sikit bila kita betul betul plan nak pergi mana, buat research macam mana nak ke sana, tahu apa yang perlu dielakkan, mana yang best, mana yang tak berapa best dan sebagainya. Kita macam lebih bersedia dan fokus. Tapi itinerary ni pun sebagai panduan je. Bila dah sampai sana, macam macam boleh jadi dan berubah. Cuma sekurang-kurangnya kita dah tahu hala tuju dan bersedia dengan segala kemungkinan. Haha! Kesian aku, dah tua baru belajar nak buat itinerary. Takpe takpe takpe. Orang putih kata, there's always first time for everything. Tak payah malu, tak payah segan.

ITINERARY 4 HARI 3 MALAM DI JOGJAKARTA

17 Sept 2016 (Sabtu)

PRAMBANAN
• Tiket masuk: Rp 117 (harga ni dengan student card, tapi kalau takde student card harga dia akan jadi sekali ganda daripada harga ni)
Flight aku sampai dalam 12 tengahari. Jadi lepas sampai tu aku dengan kawan aku terus lunch dan kemudian terus check in tempat penginapan. Bukan hotel tapi lebih kepada guesthouse. Murah dan agak cantik. Nama tempat aku bermalam tu Joglo Aruna. Tapi agak jauh dari pekan. Takde masalah sangat pun sebab ada supir. Lagipun sekitar situ ada kedai serbaneka 24 jam dan jugak cafe hipster. Aku pun lupa nama cafe hipster tu apa. Tapi berbaloi la bermalam kat situ. Bilik sangat luas dan bersih. Kalau korang berminat nak bermalam kat Joglo Aruna tu, boleh search je kat google tu.



Tak nak melengahkan masa, lepas check in kat Joglo Aruna tu, aku terus ke Prambanan. Dalam perjalanan, sempat beli simcard untuk live update katanya. Haha! Kitorang beli satu sim je. Nama sim tu simPATI. Sedih tak nama sim? Hehe. Tiket masuk Prambanan tu agak mahal jugak. Kalau nak murah? Bawa student card! Kalau takde, bayar la harga tiket masuk tu sekali ganda. Nasib baik aku masih student lagi. Syukur.



18 Sept 2016 (Ahad)

KALIBIRU
• Parking di Kalibiru: Rp 5k
• Tiket masuk: Rp 10k (per person)
• Spot untuk bergambar: Rp 10k (per spot)
Kitorang gerak awal pagi untuk sampai ke Kalibiru. Kawasan dia agak menakutkan sebenarnya. Sebab jalan dia memang naik ke atas bukit macam tu. Dan jalan dia sangat sempit. Supir aku pulak jenis main redah je. Dia bawak kitorang terus sampai ke atas walaupun ada satu had tu sepatutnya naik dengan motosikal. Haha! Bagus jugak supir aku ni. Kalau tak, melayang jugak duit nak naik motosikal pulak.

Memang mendaki betul la nak masuk Kalibiru tu. Semput la jugak. Peluh tu tak payah cakap la. Sebaldi dua jugak aku berpeluh! Dah sampai kat atas tu baru rasa lega. Dengan angin sepoi sepoi bahasa, dengan pemandangan yang menakjubkan, hilang semua penat lelah tu. Dan ada banyak spot untuk bergambar. Setiap spot kena bayar dan kena tunggu giliran. Tapi masa aku pergi tu, takde orang sangat sebab masih pagi lagi. Dah masuk tengahari, orang mulai ramai. Kalau nak elak ramai orang, pergi la waktu pagi. Pulak tu, tak panas sangat kat atas tu. Kalau sampai tengahari, ketiak dah macam masak paprik aku rasa.


GEREJA AYAM
• Parking di Gereja Ayam: Rp 10k
• Tiket masuk: Rp 10k (per person)
Sebelum ke Borobudur, kitorang singgah Gereja Ayam. Ni pun mendaki jugak ni. Haha! Aku rasa macam aku tengah join Viper Challenge pulak kat sini. Tadi mendaki, ni pun mendaki. Berdakilah ketiak jawabnya. Gereja Ayam ni biasa je sebenarnya. Tapi lookout point dia tu yang paling best selain bentuk gereja tu sendiri. Kat lookout point tu kita dapat tengok sekeliling. Tu pun kena tunggu giliran sebab agak sempit kat atas tu.



BOROBUDUR
• Parking di Borobudur: Rp 10k
• Tiket masuk: Rp 130k (harga ni dengan student card, tapi kalau takde student card harga dia akan jadi sekali ganda daripada harga ni)
Sama macam Prambanan, Borobudur ni ada harga istimewa untuk mereka yang bawa student card. Rugi la siapa takde student card. Haha! By the way, kalau korang memang plan nak visit Borobudur dan Prambanan, korang boleh beli terus sekali pakej tiket masuk untuk ke Borobudur dan Prambanan kat sini dengan harga yang lebih murah berbanding korang beli asing asing. Aku tak perasan kalau kat Prambanan ada jual ke tak untuk tiket masuk ke Borobudur sekali. Aku cuma perasan pakej ni kat Borobudur je.

Borobudur ni memang cantik gila! Aku memang salute dengan architecture dia. Menangis. Dan Borobudur ni aku cakap memang wajib pergi kalau korang datang ke Jogjakarta ni.



19 Sept 2016 (Isnin)

GOA PINDUL
• Masuk kawasan Goa Pindul: Rp 10k
• Parking di Goa Pindul: Rp 10k
• Cave tubing + river tubing : Rp 80k (per person)
• Mandi: Rp 2k (per person)
• Parking Goa Pindul: Rp 10k
Masa untuk aktiviti air pulak! Hari ni kitorang ke Goa Pindul. Ada beberapa pakej kat situ. Tapi kitorang amek dua aktiviti je. Cave tubing dan river tubing. Cukuplah. Duit pun bukan berkepuk nak buat semua aktiviti. Cave tubing tu memang best wa cakap sama lu. Kitorang naik pelampung menyusuri sungai yang terdapat dalam gua bawah tanah. Ada sorang guide sepanjang cave tubing tu sambil membebel pasal gua tu. Ada bahagian yang gelap gila tak nampak apa apa langsung. Tahu tahu je kat atas kepala ada kelawar! Haha! Lepas cave tubing, kitorang buat river tubing pulak. River tubing ni biasa je sebab warna sungai dia kuning lumpur. Tak feel langsung. Tapi aktiviti ni sedikit banyak menenangkan jugak.




PANTAI TIMANG
• Masuk kawasan Pantai Timang: Rp 10k
• Spot untuk bergambar: Rp 5k (per spot)
• Gondola: Rp 200k (per person)

Next? Pantai Timang! Ni la tempat yang viral tu. Perjalanan nak ke Pantai Timang tu pun agak mencabar sebenarnya. Jalan dia bukan jalan biasa. Dan seperti biasa, supir aku tu main redah je. Haha! Dah sampai sana, memang cantik betul kawasan dia. Subhanallah. Tapi ombak waktu tu sangat kuat dan menakutkan. Kitorang ambil gambar je kat situ. Tak naik pun gondola untuk ke seberang. Ombak dia boleh pukul sampai ke atas kot! Tak dapat bayangkan kalau ombak tu pukul gondola aku... Dengan takde ciri keselamatan, aku tak berani la. Haha!



PANTAI PARANGTRITIS
• Parking di Pantai Parangtritis: Rp 10k
Just another beach. Takde yang luar biasa pun pasal pantai ni. Aku pun tak plan nak mandi pantai. Cuma menikmati pemandangan terbenamnya matahari.


JALAN MALIOBORO
• Berdekatan dengan tempat penginapan
Hari ni kitorang stay satu malam kat Hotel Neo Malioboro. Hotel ni dekat dengan Jalan Malioboro. Jadi kitorang jalan jalan la sekitar situ. Takde apa yang menarik pun. Cuma bersepah kopi arang dijual kat situ. Aku nak try tapi aku tak tahu yang mana satu yang sedap. Last last? Tak try pun! Rugi pulak bila fikir balik.

20 Sept 2016 (Selasa)

HUTAN PINUS
• Parking di Hutan Pinus: Rp 10k
Flight balik kitorang petang. Jadi sebelum ke airport, kitorang singah Hutan Pinus. Ternyata Hutan Pinus ni memang cantik dan mendamaikan. Dah la takde tiket masuk, kitorang cuma bayar parking je. Sangat berbaloi!



PUNCAK BECICI
• Parking di Puncak Becici: Rp 10k
Puncak Becici ni ada spot sama macam Kalibiru. Cuma bezanya, Puncak Becici takde tiket masuk. Percuma je. Dan Puncak Becici takde view tasik kat belakang tu macam kat Kalibiru. Tapi kalau korang nak jimat, tak payah pergi Kalibiru tapi pergi la ke Puncak Becici



Jumlah Keseluruhan: ± Rp 600k / ± RM 200 (tak termasuk tiket flight pergi balik, penginapan, supir, makan minum dan shopping)

TIPS
  • Anggaran bajet kalau korang buat semua aktiviti kat atas ni? Sekitar Rp 600k atau RM 200 je sebenarnya. Aku tak masukkan tiket flight pergi balik, penginapan, supir, makan minum dan shopping sebab tu semua bergantung kat korang. Nak lebih jimat? Cari la yang paling murah dan berbaloi. Pilihan di tangan korang.
  • Ada tempat wajib yang aku tak pergi. Antaranya ialah Gunung Merapi. Aku terpaksa cancel sebab nak menjimatkan kos. Maklum je la travel berdua je. Nak tak nak, terpaksa buang Gunung Merapi daripada itinerary ni. Tapi kalau korang nak pergi, boleh masukkan sebelum korang pergi ke Kalibiru. Maksudnya korang ke Gunung Merapi, kemudian ke Kalibiru, Gereja Ayam dan seterusnya Borobudur.
  • Aku pakai supir sepanjang keempat-empat hari aku berada kat Jogjakarta tu. Jarak dari satu tempat ke satu tempat agak jauh dan makan masa. Nak naik public transport, mungkin jimat dari segi kewangan tapi tidak dari segi masa. Jadi supir ni sebenarnya menjimatkan masa kitorang. Dan supir aku ni takde had jam pun. Satu hari dia boleh bawa pusing Jogjakarta tu dengan kadar bayaran yang ditetapkan. Dari seawal-awal pagi hingga ke selewat-lewat malam. Harga supir yang aku ambil ni satu hari Rp 500k. Tapi kalau korang suvery nanti, ada supir yang hanya berkhidmat selama 12 jam je untuk bayaran yang ditetapkan. Kalau lebih, ada la caj tambahan. Aku pun tak pasti berapa. Ada jugak supir yang murah sebab minyak kenderaan tu nanti korang kena isi sendiri. Haaa... Supir yang macam mana korang nak? Pandai pandai la pilih dan mintak diskaun. Sebab aku pun dapat diskaun banyak hari tu. Buat buat la muka comel sikit. Haha!
  • Boleh bincang dengan supir kalau nak pergi mana mana tempat. Supir boleh suggest yang mana satu laluan, yang mana satu ke utara satu ke selatan satu ke barat satu ke timur. 
  • Kalau ada student card tu, bawak la. Boleh dapat diskaun separuh dari harga asal. Banyak tu!

Apa tunggu lagi? Dengar cerita tiket ke Jogjakarta tengah murah tu sempena free seats AirAsia ni. Cepat beli supaya tak gigit jari! 

16 ulasan:

  1. thanks sharing !
    Nisa dah dua kali ni cancel pi Jogja ! hahaha
    tak sanggup nak burn tiket sekali lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama. takpe la. ada rezeki pergi tempat yang lebih jauh dan lebih menarik kan?

      Padam
  2. Tanpa NamaJulai 17, 2017

    Bleh dptkan no telefon supir???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Supir Salim: +62 881 6781228

      Padam
  3. Assalam... thanks for info... mmg tgh buat itinerary skrg ni utk trip awal thn dpn... kalau x keberatan, blh x share contact no supir yg digunakan tu? btw, hanks in advance :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Supir Salim: +62 881 6781228

      Padam
  4. Tanpa NamaJulai 18, 2017

    Bole emailkan sy no tel supir? ayienmoolto@gmail.com .. thanks a lot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Supir Salim: +62 881 6781228

      Padam
  5. Hi, boleh dapatkan no contact supir x? Nk cari mcm mna ya? Tq in advance. ✌🏻

    BalasPadam
  6. hi, boleh tak share no contact supir dekat sana tue ? tq

    BalasPadam
  7. Kat atas tu dah ada..huhu

    BalasPadam
  8. Dekat sana boleh sewa motor ke?

    BalasPadam
  9. Assalam nak tya macam mana boleh dapt supir tuh?? Sampi airport die promote ke atau mmg dari malaysia lg dah booking???

    BalasPadam
  10. dtg singgah hi! :) rugi juga la x merasa naik gondola tu tp betol seram klu ombak dia tggi macam tu klu sy pon x berani hahaha thank god masa kami pi OK je lah, so far it is one of the nicest place in jogja lahh :)

    BalasPadam
  11. Thanks for the insight bro, selalu teringin nak ke Jogjakarta.
    siap ada Number Supir lagi. bukan sekali, banyak kali dah kau bagi.haha

    BalasPadam
  12. klu pkai student card yg lama agak2 boleh x? hehehe..:P

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com