Khamis, 9 Mac 2017

Trip Ke Great Wall Of China (Badaling)

Salam.

Alhamdulillah. Aku dah berjaya sampai ke Great Wall of China. Salah satu daripada Wonders of the World tu! Memang seronok tak dapat digambarkan dengan kata kata walaupun aku tengah taip entri ni dengan kata kata. Haha! Masa mula mula sampai tu aku ingat biasa biasa je Great Wall of China ni. Ala setakat dinding batu bata macam tu je apalah sangat kan? Sekali dah naik, sekali dah memanjat, sekali dah mendaki, baru aku dapat rasa magis dan keindahan Great Wall of China tu sendiri. Memang wajib pergi sini! Siapa yang tak pernah pergi lagi tu, boleh start plan nak pergi ke Great Wall of China ni.



Aku ada baca review jugak pasal Great Wall of China. Jadi lepas baca semua review tu aku dah nekad nak ke Mutianyu sebab kebanyakan komen cakap Badaling memang ramai orang sebab sentiasa jadi pilihan pelancong. Lagi lagi pemandangan kat Badaling lebih cantik berbanding Mutianyu. Tapi last last kitorang decide Badaling je la memandangkan masa kitorang pergi tu bukan peak season pun. Alhamdulillah. Syukur kitorang buat keputusan yang tepat.
Fakta Great Wall of China
Lokasi: Utara
Panjang: 21,196.18 km
Usia: Lebih daripada 2,300 tahun


Tips ke Great Wall of China
  • Tiket bas dari Dongzhimen ke Deshengmen = CNY2
Kalau dah kat Beijing, naik je metro dari mana mana untuk ke Dongzhimen. Sangat murah dan mudah. Dah sampai Deshengmen baru tunggu kat hentian bas untuk naik bas ke Deshengmen. Kalau tak jumpa hentian bas yang mana satu, tanya la orang orang kat situ. Walaupun dorang tak boleh nak cakap dalam bahasa Inggeris, tapi dorang sentiasa nak tolong.

  • Tiket bas dari Deshengmen ke Badaling = CNY12
Dah sampai kat Deshengmen, korang kena jalan sikit ke depan untuk cari stesen bas ke Badaling. Bukan terus sampai Deshengmen bas ke Badaling pun terus ada kat situ. Tak tak tak. Korang kena jalan ke depan lagi. Cari bas yang bernombor 877. Masa perjalanan lebih kurang sejam dua.
  • Tiket masuk Badaling = CNY35
Sebab masa kitorang pergi tu bukan peak season, jadi kitorang dapat harga CNY35. Kalau peak season, harga jadi CNY40. Dan kalau peak season, dinasihatkan untuk ke Mutianyu instead of Badaling. Ada yang cakap kalau peak season, memang manusia ramai gila kat Badaling tu macam orang beratur nak lunch kat ikea tu. Haha!

  • Tiket bas dari Badaling ke Deshengmen = CNY12
Dah sampai Deshengmen, kitorang ingat nak cari bas patah balik ke Dongzhimen. Ye la kitorang tadi naik bas dari Dongzhimen ke Deshengmen ni. Sekali? Ada metro pulak dekat Deshengmen. Tapi kena jalan kaki sikit la. Senang dah kitorang nak patah balik. Tak payah dah nak cari bas mana satu sebab bas dorang memang bersepah. Agak pening jugak nak cari bas mana satu. Nak mudah cari bas kena tengok nombor bas dia. Hehee Lega dah masa tu. Tapi aku lupa nama stesen tu. Kitorang main jalan je terus ikut susur gajah kat situ lepas tu nampak la papan tanda tunjuk metro berdekatan. So far memang senang jugak travel kat Beijing ni sebab pengangkutan awam dia kira bagus dan mesra pelancong.

JUMLAH KOS = CNY61 (lebih kurang RM40)


A post shared by Hizami Li (@hizamili) on

Sejuk gila kat atas tu. Walaupun takde salji kiri kanan tapi sejuk dia mencengkam tulang! Suhu pun sekitar 0 darjah celcius. Tambah pulak dengan angin yang bertiup kencang kat atas tu. Aduhai. Telinga aku pun dah keras. Kalau gigit telinga aku tu bunyi la kriuk kriuk tu. Apa apa pun alhamdulillah. Perjalanan kitorang pergi dan balik dipermudahkan. Seharian jugak kat Great Wall of China tu. Tak pasal pasal tak sempat pergi Forbidden City. Sedihnya! Takpe la. Mungkin ada rezeki lain untuk ke Beijing pada masa akan datang, siapa tahu kan?

Tiada ulasan:

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com