Rabu, 15 Mac 2017

Shanghai Disneyland Park | Indah Rupa Dari Khabar

Salam.


Aku naik fast bullet train dari Beijing ke Shanghai. Harga tiket train sekitar CNY 553, atau lebih kurang RM 355. Tiket train ni boleh beli direct kat Beijing South Railway Station. Tu kalau nak ke Shanghai. Kalau dari Shanghai nak ke Beijing, tu boleh beli kat Shanghai Hongqiao Railway Station. Tiket train ni pun boleh beli online. Untuk elakkan kehabisan tiket, lebih baik beli secara online. Sebab tiket dia cepat sangat habis, lebih lebih lagi kalau hujung minggu. Jarak antara Beijing dengan Shanghai lebih kurang 1,318 km manakala masa perjalanan pulak lebih kurang 5 ke 6 jam.

Tak susah pun nak ke Shanghai Disneyland Park ni. Naik je train ke Disneyland. Train sangat mudah diakses dari mana mana. Tambang jangan cakap la, murah pun murah. Lepas turun kat Disneyland tu, kitorang singgah kedai serbaneka kat situ beli la beberapa bungkus roti dan botol air untuk sarapan dan bekalan kat dalam tu. Nak jimat punya pasal. Haha! Sebab apa nak jimat sangat tu? Sebab tiket masuk Shanghai Disneyland Park mahal nak mati. Harga tiket masuk situ CNY 499, atau lebih kurang RM 320. Naaahhh nak masuk sangat kan?



Fakta Shanghai Disneyland Park
Lokasi: Pudong, Shanghai
Mula dibina: April, 2011
Mula dibuka: Jun 2016
Tiket masuk: CNY 499
Tema: Mickey Avenue, Gardens of Imagination, Fantasyland, Treasure Cove, Adventure Isle, Tomorrowland dan Toy Story Land

Sebelum aku ke sini, aku dah pernah baca beberapa cerita pasal sikap dan perangai orang orang kat sini di samping kejadian kejadian yang menjelekkan dan memualkan. Contohnya macam buang air merata rata la, tak reti nak beratur la, terpekik terlolong la dan macam macam lagi. Tapi sebenarnya? Aku tak jumpa pun semua tu. Alhamdulillah takde yang kencing bersepah ke, berak secara terbuka ke, potong barisan sesuka hati ke, terjerit jerit macam kena rasuk ke. Tak tahu la aku bernasib baik ke apa, tapi semua normal, macam kita pergi theme park yang lain. Masa tu sempat la dua orang awek dari China ni tegur kitorang sebab dorang beratur kat belakang kitorang masa tu. Masa tengah beratur tu kitorang berborak dalam bahasa Malaysia yang mana dorang memang tak faham langsung. Jadi dorang pun tanya kitorang dari mana, nama siapa, sampai bila dan macam macam lagi. Speaking la jawabnya. Aku rasa aku dah macam mix coco dah masa tu. Berbelit lidah aku speaking! Dorang pun dua kali lima je. Haha! Tapi peramah je dorang tu. Sama je macam orang kita. Siap mintak id wechat lagi. Macam mana tu? Sebab dorang memang main wechat je kat sana. Gambar, video, status, live update semua kat wechat.






Kitorang stay sampai malam jugak. Ye la nak pastikan main dan masuk sebanyak mungkin attractions yang ada kat situ. Tu pun ada yang tak dapat main dan masuk! Tak sempat wehhh... Orang punya la ramai sebab hujung minggu kan, hari Sabtu kitorang pergi tu. Dan ada satu attraction tu dia dah bagitahu awal awal masa menunggu dijangka 3 jam. Lama nak mati tu. Terpaksa la aku main dan masuk beberapa attractions yang sendu kat dalam tu. Takpe la. Janji puas hati, maklum je la dah bayar mahal tu. Haha! Berkira tak? Tak tak tak. Bukan berkira tapi memaksimumkan aktiviti supaya berkadar terus dengan harga tiket yang dah dibayar.

Trivia Shanghai Disneyland Park
  • The Enchanted Storybook Castle kat sini adalah istana yang paling besar, paling tinggi dan paling interaktif berbanding Disneyland yang lain
  • Treasure Cove adalah attraction pertama yang bertemakan lanun.
  • Tron Lightcycle Power Run hanya ada kat Shanghai.
  • Gardens of Imagination adalah laman pertama dalam Disney Park yang direka sebagai taman.
  • Laluan jalan yang terpanjang dalam berbanding Disneyland yang lain, bermula dari Tomorrowland, Gardens of Imagination dan Fantasyland.







Apa yang paling menarik kat Shanghai Disneyland Park ni? Pada pendapat aku, Tron Lightcycle Power Run tu paling menarik kat sini. Best! Sebab ride dia tu kita macam tengah rempit ramai ramai. Sebaik je kitorang lepas pintu masuk, kitorang terus ke Tomorrowland sebab nak main Tron Lightcycle Power Run. Lagi selangkah je kitorang nak masuk, tiba tiba kawasan tu ditutup. Aduhai. Sedih yang amat masa tu. Dah down dah masa tu. Hmmm... Nak buat macam mana kan? Anggap je la dah takde rezeki. Tapi lepas dah seharian kat Shanghai Disneyland Park tu, malam tu kitorang singgah semula nak tengok kot kot dia dah buka semula ke. Dan alhamdulillah, dah boleh main Tron Lightcycle Power Run. Apa tunggu lagi? Beratur la! Peeehhh... Memang cantik interior design kat dalam tu, futuristik gila. Nasib baik tak ramai orang masa tu. Dapat la main lebih daripada sekali kat situ. Puas hati sangat. So far, ni la attraction paling best kat Shanghai Disneyland Park.







Pengalaman aku kat Shanghai Disneyland Park ni ternyata indah rupa dari khabar. Keadaan dan situasi kat sini tak seburuk yang telah digembar-gemburkan dan diceritakan. In fact, orang orang kat sana tak jauh beza pun dengan orang orang kita. Tapi apa yang kita baca atau dengar tu masih boleh dijadikan pengajaran dan kayu ukur supaya kita lebih berhati-hati kalau ke sini. Jadi lepas ni kita pergi theme park yang lain pulak ye?

4 ulasan:

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com