Jumaat, 17 Mac 2017

LVA Beaute | Set Penjagaan Kulit Lelaki

Salam.

Kali ni aku nak kongsikan produk penjagaan kulit muka yang pada pandangan aku amat eksklusif dan berkualiti, baik daripada segi packaging mahupun kandungannya. Harga setiap produk keluarannya pun boleh tahan. Tak terlalu murah, tak terlalu mahal. Amat bersesuaian dengan kualiti yang disajikan. Seperti yang tertera pada tajuk entri ni, produk yang dimaksudkan ialah LVA Beaute. Pernah dengar tak? Kalau belum, teruskan baca entri ni sampai habis. InshaAllah korang akan lebih mengenali LVA Beaute dan jatuh cinta dengan rangkaian produk yang ada.


Fakta LVA Beaute
  • Produk kecantikan untuk wanita dan lelaki.
  • Baru sahaja dilancarkan dengan 18 rangkaian produk.
  • Diformulasikan dengan bahan-bahan dari Switzerland dan campuran resipi rahsia untuk mencantikkan kulit.
  • Lulus KKM.
  • Tidak mengandungi merkuri.


18 Rangkaian Produk LVA (7 set produk)
  • Set LVA untuk Wanita - Kulit Normal
  • Set LVA untuk Wanita - Kulit Sensitif
  • Set LVA untuk Lelaki
  • 3 LVA Serums (Instant Lifting Serum, Intensive Whitening Serum, Acne Serum)
  • Diamond UV Foundation
  • V Shape Cream
  • Enzyme Scrub






Alhamdulillah. Aku dah pakai set LVA untuk lelaki sejak 1 Mac 2017. Jadi hampir tiga minggu aku dah pakai set ni. Mula mula aku macam malas jugak sebab leceh nak pakai sampai empat produk ni. Tapi aku paksa diri aku jugak. Nak helok ke tak? Mesti la nak! Haha! Bila hari hari dah buat rutin yang sama, aku tak rasa leceh dah. Lebih lebih lagi bila kesan dia amat memberangsangkan! Kulit muka aku jadi lebih halus dan licin. Ni bukan aku je yang rasa tapi ada beberapa kejadian yang membuatkan aku sedar perubahan kat kulit muka aku ni bukan sekadar perasaan aku je. Baru baru ni, ada yang suruh aku buat tutorial jaga kulit muka, ada yang tanya aku pakai foundation ke dan ada yang cakap aku makin muda. Mungkin kebetulan tapi semua tu berlaku dalam bulan Mac ni, yang mana aku baru je start pakai set LVA untuk lelaki ni. 

Aku akui alhamdulillah kulit muka aku kurang bermasalah. Tapi dengan adanya set LVA untuk lelaki ni, kulit aku bertambah baik, bertambah halus dan bertambah licin daripada sebelumnya. Siapa tak nak kan? Sejujurnya ini kali pertama aku cuba pakai satu set penjagaan kulit muka. Dan alhamdulillah, set LVA untuk lelaki ini sangat sesuai dengan aku dan mengambil masa yang singkat untuk memberikan kesan positif.


Set LVA untuk lelaki mempunyai 4 jenis produk, iaitu, Cleansing Gel, Men Toner, UV Perfect Water Cream dan Regenerist Night Cream. Jadi apa kebaikan dan fungsi setiap produk ni?

Harga: RM 129
Fungsi Cleansing Gel
  • Mengawal dan membersihkan kotoran secara menyeluruh. 
  • Memiliki tekstur yang lembut tidak melekit. 
  • Amat membantu dalam proses pembersihan permukaan kulit secara mendalam dan bertindak dengan cepat hasil daripada rumusan bahan vitamin A,C,E dan juga ekstrak buah-buahan.

Harga: RM 129
Fungsi Men Toner
  • Membantu mengecilkan liang pori yang terbuka hasil pembersihan daripada Hydra Cleanser.
  • Pori-pori yang terbuka akan dikecilkan secara konsisten mengikut cara penggunaan yang betul.
  • Menutup liang pori untuk menghalang kotoran daripada masuk ke dalam.

Harga: RM 139
Fungsi UV Perfect Water Cream
  • Menenangkan dan menganjalkan kulit muka.
  • Menghalang sinaran UV daripada matahari. 
  • Menangkis dan menghalang kotoran yang terkesan daripada persekitaran. 
  • Diformulasikan daripada minyak bunga matahari, rose placenta dan ekstrak buah-buahan.

Harga: RM 139
Fungsi Regenerist Night Cream
  • Merawat dan merehatkan kulit muka.
  • Membantu merawat sel kulit mati pada waktu malam selepas penggunaan pencuci muka dan toner.
  • Diformulasikan dengan rose placenta, vaccinium myrtillus dan ekstrak buah-buahan yang kaya dengan vitamin C dan E.
  • Mengaktifkan antioksida dalam lapisan kulit dan memberikan kesan pencerahan seawal 7 hari.


Dah alang alang tu, aku nak kongsikan 3 langkah mudah penjagaan kulit muka dengan set LVA untuk lelaki ni. Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Aku kira newbie la pakai semua ni. Langkah-langkah yang aku buat setiap hari ni adalah berdasarkan rujukan aku kat google. Haha! Kalau rasa sesuai, ikut la. Kalau rasa tak sesuai, abaikan. Asalkan jangan korang pakai toner dulu baru cleanser dah la.

Langkah 1
Basahkan muka dengan air. Kalau rajin, basahkan dengan air suam (tak terlalu sejuk, tak terlalu panas). Pastikan semua bahagian muka jadi basah dan terkena air. Letakkan sedikit Cleansing Gel ni kat kulit muka. Aku biasanya letak sikit kat pipi kanan, pipi kiri dan dahi. Lepas tu urut muka ikut suka hati. Kejap membulat, kejap ke atas, kejap kiri, kejap kanan. Elakkan kawasan mata dan mulut. Lebih kurang 30 saat baru boleh bilas dengan air.

Langkah 2
Lapkan muka yang baru dibilas dengan kain tuala yang bersih. Kalau boleh tuala tu memang untuk lap muka je. Kalau boleh jangan la pakai tuala yang dah lap segala macam celah tu. Ni nak elak kotoran dan bakteria dipindahkan daripada tuala ke muka kita. Kemudian ambil kapas muka dan tuangkan sedikit Men Toner ni kat atas kapas tadi. Sapukan kapas tadi pada muka. Tumpukan pada dahi, hidung atau pipi sekiranya bahagian tersebut bermasalah. Sekali lagi, elakkan kawasan mata dan mulut.

Langkah 3
Pada waktu pagi, letakkan sedikit UV Perfect Water Cream pada hujung jari. Kemudian calitkan pada pipi kanan, pipi kiri, dahi dan hidung. Seterusnya urut muka menggunakan jari. Aku tertarik betul dengan UV Perfect Water Cream ni sebab berwarna biru. Bila calit kat pipi, rasa sejuk je. Rasa macam nak pakai banyak banyak je. Haha! Manakala pada waktu malam pulak, ulang langkah yang sama, cuma kali ni gunakan Regenerist Night Cream. Selesai! Ulang langkah 1 hingga 3 setiap hari.

A post shared by Hizami Li (@hizamili) on


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai LVA Beaute ni, boleh rujuk kat bawah ni:

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com