Khamis, 2 Februari 2017

Makan Mana Kat Ipoh?

Salam.

Cuti sempena Tahun Baru Cina baru je habis. Maknanya? Kerja pun bermula seperti biasa. Kalau ikut hati, nak sambung cuti seminggu terus. Cukup la seminggu. Kalau sebulan ke setahun ke, tu dah macam baik tak payah kerja langsung.


Cuti hari tu aku sempat jalan jalan cari makan kat Ipoh. Sebelum ke Ipoh, aku singgah Teluk Intan kejap. Dan sebelum balik, aku singgah Tg Malim pulak. Haha! Tapi aku lebih kepada jalan jalan cari makan. Memang tak henti henti makan. Macam mana nak berhenti kalau semua sedap sedap belaka? 

Seperti biasa, soalan nak makan mana memang antara soalan paling sukar untuk dijawab. Jadi aku selalu rujuk kat foursquare untuk putuskan makan kat mana. Semua tempat makan ni aku refer kat foursquare. Kalau ada sesiapa yang nak jalan jalan cari makan, boleh search nama tempat tempat ni kat foursquare ye. Semudah abc!


Hawaii No 1 Lo Han Kuo, Teluk Intan


Aku dengan kawan aku makan laksa yang terkenal kat situ. Tu kawan aku yang cakap la sebab dia memang orang Teluk Intan. Nama tempat tu Hawaii No 1 Lo Han Kuo. Memang ramai betul orang datang makan kat situ sampai kitorang kena tunggu meja dan kerusi kosong. Semua datang makan kat sini tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit. Terus rasa macam nak nyanyi buruh nelayan dan juga petani gaya hidup kini dah berubah... Haha! Hari tu aku order laksa dengan ais limau. Sedap! Harga laksa pun murah dan berpatutan. Recommended!

Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung, Ipoh


Aku kalau boleh memang nak elak nasi. Tapi nak buat macam mana, tiba-tiba teringin nak makan nasi lemak. Aku datang waktu malam. Tak sangka ramai jugak orang datang makan kat sini. Kebanyakan datang satu keluarga. Memang sesuai la bawak satu keluarga datang makan kat sini. Tempat dia selesa dan luas. Rasa nasi lemak dia aku rasa takde la power mana pun. Sambal pun so so bagi aku. Yang istimewanya kat sini mungkin sebab ayam kampung dia kot? Tapi kalau nak makan nasi lemak waktu malam, memang nilah tempatnya.

Dimsum Cafe Greentown, Ipoh


Seingat aku, aku tak pernah makan dimsum. Mungkin pernah tapi aku tak tahu yang aku makan tu dimsum. Haha! Jadi hari tu secara rasminya aku makan kat tempat yang memang signature dia dimsum. Sedap! Aku siap tambah order dimsum yang lain pulak lepas dah makan seketul dua. Jangan risau, tempat ni dijamin halal oleh JAKIM. Recommended!

Vegas Restaurant, Ipoh


Ni antara restoran bukan Melayu yang dipenuhi oleh orang Melayu. Dari luar memang nampak macam restoran orang Cina yang banyak stall tu. Sekali masuk? Ramai orang Melayu makan kat situ selain orang Cina, India dan lain-lain. Aku makan yee mee goreng masa tu. Dah la hujan lebat gila masa tu. Memang terangkat la makan panas panas.

Mee Kari Hj Daud Mat Jasak, Ipoh


Tengok kat foursquare, mee kari ni antara yang terkenal kat Ipoh ni. Hari pertama aku pergi nak sarapan kat situ dalam pukul 11 pagi tapi tak dapat sebab dah habis dah mee kari dia. Hari kedua baru aku dapat rasa mee kari dia. Jadi rasa dia? Boleh la. Pada selera aku, kuah dia agak cair dan kurang rasa. Kena tambah sambal yang disediakan baru rasa sedap sikit. Tak rasa pun nak makan lagi lepas ni.

Easy Cafe, Tg Malim


Aku ni suka western cuisine. Jadi tak lengkap jalan jalan cari makan aku ni kalau takde western cuisine ni. Jadi kitorang singgah lunch kat Tg Malim sebelum meneruskan perjalanan balik KL. Tempat ni pun dah memang dekat dengan tol. Jadi takde la rasa buang masa singgah Tg Malim ni sambil sambil nak tunggu kesesakan kat highway tu reda. Aku makan pesto spaghetti siap dengan grilled chicken. Pehhh memang sedap! Berbaloi dengan harga dia. Memang puas hati betul makan sini. Recommended!

Pau Yik Mun, Tg Malim


Dulu study kat UPSI takde gigih nak beli pau Yik Mun ni. Sekarang ni baru nak terhegeh-hegeh beli pau kat sini. Aku beli pau ayam. Tak silap ada empat jenis pau je kat sini, pau ayam, pau daging, pau kacang dan pau kaya. Pau dia memang lembut, ayam dia pun banyak dan sedap.

Dah tu je la. Kalau tak tahu nak makan mana lepas ni? Tengok tengok la kat foursquare tu. Okay? Bye.

3 ulasan:

Anisa Anuar berkata...

Syok gila jln2 cari mkn

Neyra Shazeyra berkata...

Ending tu tetibe bye tu sbb berlari ke tandas utk berak ke hahaha

NEY

Hafiz Hafizol berkata...

famous la pau Yip Mun tu. Haritu pernah beli pau tu kat rnr mana ntah lupa

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com