Selasa, 12 Disember 2017

Cara Edit Gambar Biasa Jadi Luar Biasa - VSCO Cam & Phonto

Salam.

Jangan fikir lokasi yang biasa tidak mampu menghasilkan gambar yang luar biasa! Walaupun lokasi dan subjek tu nampak macam buruk, tapi dengan teknik yang betul, kita boleh dapat gambar yang cantik. Seorang netizen di laman twitter telah berkongsikan cara mendapatkan gambar yang luar biasa walaupun situasi dan lokasi biasa biasa je. Perkongsian ilmu yang sangat menarik terutamanya kepada mereka yang gemar edit gambar macam aku dan Uqasha Senrose ni. Haha!


Gambar kat sebelah kiri kiri tu sebelum dan gambar kat sebelah kanan tu selepas. Nampak tak? Aku sendiri tak sangka yang gambar kat sebelah kanan tu adalah gambar dari lokasi yang ditunjukkan dalam gambar kat sebelah kiri tu. Hebat! Macam tak percaya kan? Ada beberapa lagi gambar dari lokasi yang sama. Korang boleh tengok sendiri gambar gambar tu kat bawah ni.





Gambar-gambar tersebut diambil menggunakan iPhone 5s dan edit menggunakan aplikasi VSCO Cam dan Phonto. Haaa... Kalau phone korang lebih canggih dari iPhone 5s ni, takkan lah tak boleh ambil gambar secantik ni? Betul tak? Ni selfie pun bergegar macam gempa bumi dengan 7.4 skala Richter. Jadi kepada sesiapa yang nak feeling feeling photographer, boleh lah follow tips dan langkah-langkah yang telah dikongsikan kat bawah ni. Mudah je! 


Sekarang rasa bersemangat tak nak ambil gambar daun kat pasu bunga luar rumah tu? Haha! Mari sini aku senaraikan step by step edit gambar biasa jadi luar biasa seperti yang telah dikongsikan di atas:
  1. Pilih lokasi dan subjek.
  2. Pastikan subjek ada texture dan pattern yang menarik.
  3. Cari angle terbaik untuk tangkap gambar subjek.
  4. Pastikan kamera fokus kat subjek.
  5. Turunkan exposure kamera.
  6. Guna filter dari VSCO Cam.
  7. Adjust setting filter yang digunakan (sharpen, exposure, vignette & clarity).
  8. Guna Phonto untuk memasukkan elemen tulisan (jika diperlukan).
  9. Guna aplikasi Lightroom untuk menghilangkan warna yang tidak diperlukan atau mengubah warna mengikut citarasa masing-masing.
  10. Siap!

Sumber: Amsyarnaif

Cara Kenal Pasti Susu Tiruan - Mead Johnson

Salam.


Mead Johnson telah mengeluarkan kenyataan tentang cara bagaimana mengenal pasti produk susu tiruan kepada para pelanggan mereka. Macam mana nak tahu susu yang kita beli tu asli? Ataupun tiruan? Yang mana satu original? Yang mana satu tidak? Haaa... Menurut Mead Johnson, periksa bungkusan kerajang aluminium susu tersebut. Susu Enfalac A+ asli mempunyai bungkusan sedikit kembung manakala susu tiruan pula mempunyai lipatan tajam di kedua-dua bahagian bungkusan. Cepat tengok!



Setakat ini hanya satu produk dari Mead Johnson yang terlibat, iaitu, Enfalac A+ Langkah 1 bagi kotak 1.8 kilogram dengan tiga pek foil. Haaa... Sekiranya korang menggunakan produk susu yang lain, tak perlu risau lah. Tapi tak salah juga korang lebih berhati-hati lepas ni. Betul tak? Seram betul.

Sumber: Astro Awani

Jumaat, 8 Disember 2017

Cara Delete Favourite Payees Maybank2u - Mudah & Cepat

Salam.

Kali ni aku nak kongsikan cara delete favourite payees kat Maybank2u. Mudah dan cepat je sebenarnya. Tak memeningkan langsung! Jadi mari kita kemas kini senarai favourite payees kat Maybank2u?

#1 Log in Maybank2u seperti biasa

#2 Klik pada "Accounts & Banking"


#3 Klik pada "Bill Payment"

#4 Klik "Delete favourite payee"


#5 Pilih nak delete yang mana dan tekan "Continue"


Senang kan? Semoga berjaya!

Cara Delete Favourite Accounts Maybank2u - Mudah & Cepat

Salam.

Hari tu aku terkial-kial macam mana nak delete account yang dah tak diperlukan lagi dalam senarai favourite accounts kat Maybank2u aku. Haaa... Lepas google, akhirnya aku jumpa cara dia. Takde lah susah pun. Mudah je! Sebenarnya semua dah ada kat Maybank2u tu tapi aku tak perasan sebab tak pernah buat sebelum ni. Jom kita tengok step by step cara delete favourite accounts kat Maybank2u?

#1 Dah tentu lah korang kena log in Maybank2u. Jangan log in Facebook pula!


#2 Klik pada "Accounts & Banking" yang ada kat bahagian atas dan berwarna kuning tu.


#3 Seterusnya, klik "Transfers" untuk korang transfer duit ke account aku. Boleh?


#4 Cari sampai dapat "3rd party transfer" kat belah bawah sikit dan kemudian klik situ.


#5 Pilih account yang korang nak delete sangat tu.


#5 Habis tu nak tengok je? Tekan lah button "Delete" tu! Haha!

Semoga berjaya!

Selasa, 28 November 2017

Lirik Lagu Aizat Amdan - Sampai Ke Hari Tua

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Sempena dengan pernikahan Fattah Amin dan Fazura, Aizat Amdan telah menghasilkan lagu baharu yang berjudul Sampai Ke Hari Tua buat pasangan popular tersebut. Tak pasti lah sama ada lagu itu akan dinyanyikan oleh Fattah Amin ataupun Aizat Amdan sendiri. Maklum lah, Fattah Amin pernah bekerjasama dengan Aizat Amdan menerusi lagu Wanita Terakhir dan Cinderella (OST Hero Seorang Cinderella).

Lirik Lagu Aizat Amdan - Sampai Ke Hari Tua

Jika ku radio dan engkau lagunya
kan aku putarkan hingga semua terleka
begitulah kita ditakdirkan untuk bersama

Jika ku air wudhuk mu menjadi seri mu
dalam lima waktu

Jika kau kuat percaya akulah jodoh mu
jaga mu selalu

Menarilah sayang di hari bahagia
di bawah bulan bintang
kasih kita berdua

Jangan bimbang sayang
kita harungi bersama berdua selamanya
sampai ke hari tua
mencintaimu

Kaulah watak utama dalam setiap drama
yang sering dimainkan menjadi kegilaan
begitulah kita ditakdirkan untuk bersama

Menarilah sayang di hari bahagia
di bawah bulan bintang
kasih kita berdua

Jangan bimbang sayang
kita harungi bersama berdua selamanya
sampai ke hari tua
mencintaimu

Engkaulah satunya menjadi milikku
sampai ke hari tua
mencintaimu

Gambar Pernikahan Fattah Amin & Fazura

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Tahniah diucapkan kepada pasangan Fattah Amin dan Fazura kerana telah selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara, malam tadi. Fazura, 34, sah bergelar isteri kepada Fattah Amin, 27, hanya dengan sekali lafaz sekitar jam 9.50 malam. Majlis pernikahan itu hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat kedua-duanya. Fazura kelihatan anggun mengenakan baju kurung moden sentuhan pereka kegemarannya, Rizman Ruzaini dan solekan oleh Sheila Mohamed, manakala Fattah Amin pula segak berbaju Melayu. Tahniah sekali lagi!

Sumber: Berita Harian

Isnin, 27 November 2017

Review Filem Coco 2017 - Animasi Terbaik Tahun Ini, Menakjubkan & Penuh Warna!

Salam.


Promosi filem Coco ni besar-besaran juga. Dah lama aku tengok trailer dia kat youtube, kat panggung wayang. Tapi aku tak teruja pun nak tengok filem ni lepas tengok trailer dia. Masa mula mula tengok trailer tu, filem apa ni? Kenapa orang yang dah mati rupa tengkorak je? Tak comel langsung! Jalan cerita pun macam tak menarik. Haha! Tapi itu semua masa aku tengok trailer dia lah. Aku tak faham yang sebenarnya filem itu adalah berdasarkan budaya Mexico. 

Jadi macam mana aku boleh nak tengok filem ni? Haaa... Gara-gara aku check rating filem ni kat internet! IMDb bagi 9/10, Rotten Tomatoes bagi 96% dan Filmweb bagi 8/10! Gila lah! Dah kenapa rating filem Coco ni tinggi nak mati? Aku tahu lah filem ni pasal hidup dan mati tapi tak payah lah bagi rating tinggi nak mati. Haha!


Sinopsis:
Walaupun keluarga Miguel melarang ahli keluarganya bermain muzik, cita-cita Miguel untuk menjadi pemuzik yang terkenal seperti idolanya, Ernesto de la Cruz tidak pernah padam. Terdesak untuk membuktikan bakat muziknya, Miguel akhirnya tersesat ke "Land of Dead" dan bertemu dengan seorang penipu yang licik bernama Hector. Mereka bersama-sama meneruskan perjalanan yang luar biasa untuk merungkai rahsia keluarga Miguel.

Filem Coco ini bertemakan kekeluargaan dan juga kesungguhan mengejar cita-cita. Tapi jalan cerita dia bukan biasa biasa. Filem ni memang cukup rasa dengan gembira dia, dengan sedih dia. Geram pun ada! Kali ini Pixar tidak mengecewakan dengan membawakan sebuah filem animasi yang menyentuh tentang hidup dan mati tapi penuh dengan warna warni. Ada suka, ada duka, ada gembira, ada air mata.

Bila babak gembira, aku boleh tersenyum sendiri kat dalam panggung wayang tu. Gila lah! Bila babak sedih pula, bergenang juga air mata aku. Tapi tak tumpah lah sebab aku cover baik punya. Babak kelakar pun banyak. Kebanyakan babak kelakar dia lain daripada yang lain, tak klise lah orang cakap tu. Lagu-lagu dalam filem ini pun sedap. Bulu tengkuk aku meremang juga lah  masa Miguel berduet dengan Hector kat atas pentas tu. Aku pula terharu Miguel dapat nyanyi dan main gitar depan orang ramai. Dah kenapa? Emosi lah! Selain itu, apa yang paling menarik dalam filem ni? Selain daripada jalan cerita yang unik, filem ni mempunyai twist dan kejutan yang agak memeranjatkan. Tak sangka betul yang... Ehhh kena tengok sendiri lah! Haha!

Jom kita tengok poster-poster filem Coco yang sarat dengan warna warni?






Serius cantik visual filem ni! Penuh dengan warna, penuh dengan imaginasi. Sempena cuti sekolah, filem Coco ini sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga tanpa mengira peringkat umur. Mesej-mesej yang disampaikan dalam filem ini juga sangat bermakna dan memberikan pengajaran kepada sesiapa yang menonton. Antara mesej yang terdapat dalam filem Coco ini ialah:
  • Keluarga kita tidak akan pernah membiarkan kita biarpun kita telah membelakangkan keluarga kita, biarpun kita berdegil dengan keputusan kita.
  • Sentiasa mengejar cita-cita atau impian walaupun tiada siapa yang percayakan kita.
  • Jangan sesekali dilupakan mereka yang telah pergi meninggalkan kita.
  • There are always two sides to every story.


Siapa dah tengok filem Coco ini?

Sabtu, 18 November 2017

Price Catcher - Aplikasi Semak Harga Barang Harian Untungkan Pengguna

Salam.


Apa itu Price Catcher?

Aplikasi Price Catcher dibangunkan untuk membantu kita sebagai pengguna dalam membuat pilihan yang lebih bijak dan menguntungkan. Menerusi aplikasi ini, kita berupaya mendapatkan maklumat harga barangan keperluan semasa. Di samping itu, info mengenai kedai yang menawarkan harga patut juga disediakan. Peniaga pula diberikan peluang untuk mempromosikan perniagaan mereka melalui aplikasi Price Catcher ini. Jangan tak tahu, info berkenaan harga minyak semasa turut dikemas kini paling awal pada setiap hari Rabu.


Perbandingan harga yang menguntungkan

Jadilah pengguna yang bijak dengan membuat perbandingan harga barangan terutamanya kat kedai atau pasar raya yang sering dilawati. Siapa tak nak dapatkan harga barangan yang paling murah kan? Cuma leceh lah kalau terpaksa pergi setiap pasar raya yang ada berdekatan untuk mengenal pasti harga barangan kat mana yang paling murah dan berpatutan. Betul tak? Tapi itu dulu, sekarang tiada lagi masalah macam tu. Haaa... Bagi memudahkan pengguna serata alam buana, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil inisiatif dengan membangunkan satu aplikasi Android dan iOS yang dapat menyelesaikan masalah perbandingan harga. Nak jadi pengguna bijak? Muat turun aplikasi Price Catcher sekarang!

Penggunaan aplikasi Price Catcher

Aplikasi Price Catcher ini adalah mudah digunakan. Haaa... Korang hanya perlu memilih barangan  yang dikehendaki dan menetapkan lokasi pencarian. Lepas itu segala informasi yang korang perlukan akan terpapar berserta alamat kedai atau pasar raya yang berkenaan. Mudah kan? Rugilah kalau korang tak ambil kesempatan dengan kemudahan macam ni. Menerusi aplikasi ini, korang sebenarnya dapat membuat perbandingan harga barangan supaya korang mendapatkan nilai yang terbaik sebelum membuat keputusan untuk membeli barangan keperluan harian.

Nak tahu lebih lanjut? Jom kita tengok contoh cara penggunaan aplikasi Price Catcher seperti kat bawah ni.






Mudah kan? Korang ingat korang ada masa untuk pening sakit kepala cari harga barangan harian yang murah kat mana? Haha! Terima kasih KPDNKK!

Rabu, 15 November 2017

Fattah Amin & Fazura Nikah Di Mekah?

Salam.


Menurut Harian Metro, ada sumber mereka memberitahu Fattah Amin dan Fazura bakal bernikah di hotel di Makkah dalam tempoh mereka mengerjakan umrah. Sumber tersebut juga memberitahu bahawa mereka telah bertunang malam semalam di kediaman nenek Fazura di Petaling Jaya. Wah! Kalau betul lah berita ini, aku pun nak ucapkan tahniah kepada Fattah Amin dan Fazura. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka sepanjang berada di Mekah dan semoga mereka mendapat umrah yang mabrur.

Haaa... Kalau dah nama pun Fattah Amin, semua orang nak ambil tahu kan? Selepas tular berita pernikahan ini, berduyunlah netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan popular tersebut. Tapi tidak kurang juga netizen yang tidak puas hati dengan berita ini sebab mereka tidak mendengar dari mulut Fattah Amin atau Fazura sendiri. Mereka meminta Fattah Amin dan Fazura supaya tampil dan menjelaskan perkara yang sebenar sama ada berita ini sahih ataupun tidak. Emosi betul lah aku dengan perangai netizen yang bajet semua kena beritahu dorang. Kau dah kenapa? Macam lah korang nak sponsor sedulang dua hantaran. Haha!

Jom kita tengok antara komen komen netizen kat instagram milik Fattah Amin.

"Semoga dipermudahkan urusan..."

"Alhamdulillah dah nikah..."

"Kalau nak privacy sangat, tak payah jadi artis..."


"Kita doakan yang baik baik buat mereka..."


"Tahniah kalau bagai benar dikata..."

"Bagusnya Fattah Amin nikah di Tanah Suci..."


"Aku salah seorang peminat yang happy kalau betul berita mereka bernikah ini..."


"Kalau dah tunang dengan Fazura tu tolong beritahu ye..."

"Kalau betul dah nikah atau bertunang, kenapa lah nak sorok dekat media dan semua orang?"


"I think no problem to hide..."


"Congratulations Fattah..."


"Bila umum kena kecam tak umum kena kecam..."


"Tahniah..."


Walaupun aku bukan peminat Fattah Amin ataupun Fazura, tapi aku follow instagram dorang juga. Tu bukan peminat kan? Pengikut je kan? Haha!

Sumber: Harian Metro & Beautiful Nara

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com