Isnin, 22 Ogos 2016

Viper Challenge | Pengalaman Pertama

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Lamanya tak update blog! Rasa macam pelik pulak tiba-tiba update blog hari ni. Takpe la. Kita mula dari bawah semula. Hehe. Okay. Aku nak kongsi pengalaman aku pada hari Sabtu yang lepas yang mana aku pertama kali join Viper Challenge ni. Kali ni dibawakan oleh Great Eastern dengan Genting King of the Mountain. Neyra yang ajak aku hari tu. Jadi kami sahut cabaran Viper Challenge ni berdua je. Takde team pun. Haha!
 


Aku sampai kat Awana Hotels & Resorts kat Genting Highlands selepas jam 12 tengah malam jugak. Sampai je kat hotel, aku tak terus tidur tapi main pokemon go. Haha! Apasal banyak sangat pokemon ni? Tak reti nak tidur ke apa? Lewat jugak aku tidur jadinya. Terima kasih diucapkan kat Resort World Genting kerana menyediakan penginapan malam tu. Memang lena la tidur malam tu. Dah la pokemon pun banyak kat situ. Tak tahu nak mintak apa lagi dah. Boleh macam tu? Pagi tu sebelum jam 7 aku dengan Neyra dah get ready nak lari 10 km dan menawan 15 obstacles. Semangat! Pagi tu pun kami tak sarapan sangat. Kami cuma ambil cereal bar dan energy bar je sebab nak elak termuntahkan nasi lemak ke nasi beriyani ke chicken chop ke fish and chips ke. Over tak?

A photo posted by H I Z A M I L I (@hizamili) on

Kami dilepaskan pada jam 8.30 pagi. Alhamdulillah. Permulaan yang sangat baik dan positif. Beberapa halangan yang pertama aku berjaya lepasi tanpa sebarang kegagalan. Haha! Berlagak ke tu? Astaghfirullah al azim. Takde la. Cuma kagum dengan diri sendiri bila berjaya lepasi halangan yang tak disangka-sangka. Ye la. Ni baru first time kot aku join Viper Challenge. Tak tahu nak expect apa. Tapi serius bila tengok ramai yang kecundang kat halangan-halangan tertentu, aku terus rasa down, terus rasa tak nak cuba langsung halangan tu. Ohhh... For those yang tak pernah join Viper Challenge ni, walaupun Viper Challenge ni ada halangan-halangannya, tapi terpulang pada kita sama ada kita nak lepasi halangan tu ataupun skip je halangan tu. Asalkan cukup kilometer larian kita hari tu.

A video posted by H I Z A M I L I (@hizamili) on

Ada beberapa halangan yang aku skip sebab aku tak yakin dengan diri sendiri. Haha! Lagi satu, aku join Viper Challenge ni dengan Neyra je. Bila halangan tu memerlukan sekurang-kurangnya 6 orang, susah sikit sebab kebanyakan peserta datang dalam kumpulan. Nak menyelit tu, aku segan sikit pulak. Takpe la. Takde rezeki kot. Tapi rasa menyesal jugak bila fikir balik. Bila lagi nak buat benda tu kan?

A photo posted by H I Z A M I L I (@hizamili) on

Sedar tak sedar, akhirnya aku sampai ke garisan penamat. Ingat 10 kilometer tu dekat ke? Paling jauh aku lari pun mungkin 5 kilometer je. Tu pun kat treadmill je. Boleh? Ni lari naik bukit, turun bukit. Memang bergoyang kepala lutut. Adeh. Selagi tak nampak perkataan finish tu, selagi tu dalam hati bila nak sampai ni bila nak sampai ni. Haha! Dan paling excited bila aku berjaya mengutip medal pertama aku dalam acara macam ni. Aku tak pernah join mana mana run pun sebelum ni. Ni first time join aku terus masuk Viper Challenge. Kau rasa? Nasib baik aku berjaya! 

A photo posted by H I Z A M I L I (@hizamili) on

Next Viper Challenge kat Sepang, 5 November 2016. Siapa siapa yang rasa berminat nak join tu, boleh la register kat SINI. Apa tunggu lagi? Cabar diri sendiri. Mana tahu korang lebih hebat dari yang korang sangkakan. Jangan pandang rendah kat diri sendiri. Percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan! Curi lirik menuju puncak akademi fantasia kejap. Takpe kan? Serius tak rugi. Aku seronok dan enjoy dengan halangan-halangan yang ada kat Viper Challenge ni walaupun sebenarnya aku expect lebih. Haha! Yang ada ni pun ada yang aku tak lepas. Nak lebih? Mengada tak? Tapi tak salahkan expect lebih sikit? 

A photo posted by H I Z A M I L I (@hizamili) on

A video posted by H I Z A M I L I (@hizamili) on

A photo posted by H I Z A M I L I (@hizamili) on

A photo posted by H I Z A M I L I (@hizamili) on

A photo posted by H I Z A M I L I (@hizamili) on

potpetpotpet: Belum cuba belum tahu.

4 ulasan:

Mra Mastura berkata...

Fuhh! kalau Mra dah pancit sikit kot.. hahaha.

Khai Artzfar berkata...

fuhh zami is backk

Neyra Shazeyra berkata...

Fuh update blog setahun sekali haha

aefitbentuah berkata...

keep it up...

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com