Rabu, 24 Ogos 2016

Hari Raya Aidilfitri 2016 | Lipatan Kenangan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Alhamdulillah. Syawal tahun ni telah pun berlalu. Dah nak masuk Zulhijjah baru aku nak update pasal raya. Macam mana tu? Tahun ni raya aku tak semeriah tahun tahun sebelumnya. Baju Melayu pun beli yang dah siap je. Kalau ada yang tempah pun baju Melayu aku pakai masa majlis persandingan adik perempuan aku, Nana, sekitar bulan Mac. Samping pun pakai dua tiga tahun lepas punya. Tak pun pinjam ayah je. Haha!

Tak kisah sangat pun pasal tu. Paling penting bila dapat jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Lepas tu makan open house demi open house sampai tak sanggup nak timbang berat badan. Tak sanggup nak hadapi kenyataan! Takpe la. Sekali sekala gemok. Apa salahnya kan? Ayat sedapkan hati sangat. Raya tahun ni ada jugak beraya dengan kawan-kawan baru. Alhamdulillah. Berkawan biar beribu orang kata. Bercinta? No komen. Haha! Terima kasih kepada yang menjemput walaupun ada yang tak dapat aku penuhi. Tahun depan jangan lupa jemput jugak ye?

A photo posted by H I Z A M I L I (@hizamili) on

A photo posted by H I Z A M I L I (@hizamili) on

A photo posted by H I Z A M I L I (@hizamili) on

A photo posted by H I Z A M I L I (@hizamili) on

A video posted by H I Z A M I L I (@hizamili) on

Hari raya pertama tahun ni kat Melaka je. Sepatutnya Nana sambut kat rumah mentua kat Shah Alam. Tapi suami dia, Bali, pulak kerja hari raya pertama dan kedua maka Nana sambut la kat Melaka. Ehhh hari raya pertama tu gigih aku, Nana, Kak Zura dan Ika drive balik hari ke Kuantan semata-mata nak melawat Bali. Maklum je la dia kat sana sorang sorang je. Boleh menangis kalau pasang lagu air mata syawal tu. Hehe. Dalam 4 ke 5 jam jugak perjalanan kami hari tu. Pergi tu aku drive, balik tu Nana pulak drive. Jadi takde la penat sangat.

Tahun ni ada dua photoshoot raya. Satu photoshoot dengan Taufiq dan Neyra. Satu lagi dengan Afizal, Hamdi, Syazwan, Hisyam dan Ijat. Photoshoot dengan Taufiq dan Neyra tu kebetulan je sebenarnya. Plan utama nak buka puasa sama sama. Sementara tunggu waktu berbuka, kami photoshoot kejap kat taman KLCC tu sebab buka puasa kat Avenue K. Dah dekat sangat dengan taman KLCC tu. Gigih pakai baju melayu lengkap bersamping walaupun belum raya lagi masa tu. Photoshoot lagi satu kat Putrajaya. Photoshoot ni aku join last minute. Ada la beberapa isu yang aku tak berapa berkenan. Haha! Sedang lidah lagikan tergigit orang kata. Tak kisah pun pasal semua tu. Yang penting dapat luangkan masa dengan kawan-kawan. Sempat la bergosip satu dua dengan Syazwan. Ehhh...

A photo posted by H I Z A M I L I (@hizamili) on

A photo posted by H I Z A M I L I (@hizamili) on

A photo posted by H I Z A M I L I (@hizamili) on
Dalam bulan Syawal tu sambut jugak birthday Ayah dan Nana. Ayah 12 Julai, Nana 24 Julai. Dah alang alang tu sambut sekali. Macam biasa sambut kat rumah je. Hias hias semua buat sendiri. Biasanya kalau sambut birthday ni Nana yang hias hias ni. Dah ni birthday dia, takkan nak suruh dia hias sendiri pulak? Haha! Jadi aku la yang ditugaskan untuk hias hias semua tu. Nasib baik Kak Zura tolong aku hari tu. Bob dan Bali pulak sibuk dengan bbq. Dorang ditugaskan bakar ikan, sotong, udang dan macam macam lagi la. 

A photo posted by H I Z A M I L I (@hizamili) on

Alhamdulillah. Rasa gembira dan bahagia dapat luangkan masa dengan kaum keluarga, saudara-mara, kawan-kawan yang dah lama kenal mahupun yang baru kenal serta pelajar-pelajar aku. InshaAllah umur panjang kita jumpa lagi. 

potpetpotpet: Berkawan biarlah tanpa syarat.

5 ulasan:

Nisa Kay berkata...

alang2 tu silalah update pasal trip India. hahaha.

aefitbentuah berkata...

thumbs up

Mohammad RiduanZ berkata...

Terbaik.. 😀

Haziq Sumagi berkata...

please do visit my blog here. thank you :)

http://felicitaciones98.blogspot.my/

Intan Saffyna berkata...

hi, saya datang singgah sambil follow sini :)

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com