Sabtu, 7 Februari 2015

Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014 | Keputusan Penuh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Akhirnya Maharaja Lawak Mega 2014 telah melabuhkan tirainya malam tadi. Gelanggang akhir Maharaja Lawak Mega kali ni menampilkan Bocey, Nabil, Sepahtu, Shiro dan Zero. Aku tengok malam tadi rata-rata persembahan lawak masing-masing kurang punch line, dialog berterabur, jalan cerita pun kurang menarik. Nama je gelanggang akhir Maharaja Lawak Mega 2014 tapi tahap persembahan macam kat gelanggang hot seat je kot. Mungkin dah kehabisan idea? So, untuk gelanggang akhir malam tadi ada dua pusingan, pusingan pertama dengan tema bebas dan pusingan kedua tema muzikal. Untuk pusingan pertama, secara peribadinya, persembahan terbaik adalah milik Sepahtu dan untuk persembahan kedua pulak? Tak lain tak bukan adalah milik Zero! Keseluruhannya, aku rasa memang malam tadi Zero paling menyerlah berbanding Bocey, Nabil, Sepahtu dan Shiro.

Juara Maharaja Lawak Mega 2014 - Zero

Naib Juara Maharaja Lawak Mega 2014 - Sepahtu

Tempat Ketiga Maharaja Lawak Mega 2014 - Nabil

Tempat Keempat Maharaja Lawak Mega 2014 - Shiro

Tempat Kelima Maharaja Lawak Mega 2014 - Bocey


potpetpotpet : Tahniah Zero!

1 ulasan:

Aliff Haikal berkata...

Memang layak untuk zero jadi juara sbb bakat yang dorang ada. sekali sekala juara tu bg muka baru okay jugak . hehehehe nasib baik td tengok kat kedai makan, so kena behave sikit tadi . kalau takkkk, dah melompat2 kt rumah bila zero menang hehehehe

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com