Rabu, 11 Februari 2015

Pantun Pengacara Majlis

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Alhamdulillah. Hari Jumaat lepas aku jadi pengacara majlis lagi untuk kesekian kalinya. Entah dah berapa kali aku jadi pengacara majlis kat tempat kerja aku tu pun aku tak tahu la. Aku dah lost count. Tapi aku takde la kisah sangat pun. Tu salah satu sumbangan aku kat tempat kerja aku kot. Lagipun aku bukan hebat sangat jadi pengacara majlis ni. Aku ni bidan terjun je.

Kali ni aku nak kongsikan pantun-pantun yang aku pakai sepanjang aku jadi pengacara majlis kat situ. Kot kot ada la yang nak pakai pantun sebab tiba-tiba jadi bidan terjun kena paksa jadi pengerusi majlis ke kan? Haha! Padan muka! Kat sini aku kongsikan pantun alu-aluan, pantun sebelum bacaan doa, pantun jemput beri ucapan, pantun jemput merasmikan majlis, pantun jemput makan dan pantun sebelum majlis bersurai. Haaa... Tapi takde la setiap 10 saat kau nak berpantun kan? Berdosa tau. Agak agak la nak berpantun tu. Dua atau tiga rangkap pantun pun dah cukup.

Indah berbalam si awan petang,
Berarak megah di Tanjung Bidara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Dalam diam mata bertentang,
Jiwa pun rela hati dah suka,
Pemanis kalam selamat datang,
Majlis bermula tirai dibuka.

Kerat rotan bersama buluh,
Sayang bertahun tumbuh setempat,
Diangkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

Tepi berangan rumpunan buluh,
Buluh merimbun subur teramat,
Diangkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

Dara rupawan tersenyum manis,
Petik kenanga kuntum delapan,
Hadirnya tuan penyeri majlis,
Molek kiranya susuli ucapan.

Sudilah tuan tampil ke depan,
Tampil ke depan menyambut salam,
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Sudilah tuan tampil ke depan,
Tampil ke depan tersenyum manis,
Sudilah tuan beri ucapan,
Beri ucapan merasmi majlis.

Bukan rumput sebarang rumput,
Rumput berseni bagai hiasan,
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memberi kata ucapan.

Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan hormat diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Tampak sepadan segak bergaya,
Bagai pasangan teruna dan dara,
Bermacam hidangan sudah tersedia,
Dijemput tuan menjamu selera.

Gunung nan tinggi di balik awan,
Bagai terlihat bintang bertamu,
Sampai sini tuan dan puan,
Ada hayat kita bertemu.

Leka bersiap si anak dara,
Teruna tekun memasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

11 ulasan:

  1. Mmg trbaiklah..๐Ÿ‘๐Ÿ‘Bukan rumput sebarang rumput,
    Rumput berseni bagai hiasan,
    Bukan jemput sebarang jemput,
    Jemput memberi kata ucapan.
    Mcm pelik skit n lawak..btw,abg mmg brani lah
    #respect

    BalasPadam
  2. Mmg trbaiklah๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰..btw,yg penting kena berani..Bukan rumput sebarang rumput,
    Rumput berseni bagai hiasan,
    Bukan jemput sebarang jemput,
    Jemput memberi kata ucapan.
    Part nie mcm lawak skit lah...hehhehe

    BalasPadam
  3. Zami..mohon copy pantun... saya nak gune xlama lg.. thanks! :)

    BalasPadam
  4. Wah wah wah ....
    Menarik sekali pantunnya ....
    Ku scroll ke bawah ....
    Masuk ruangan komen pula ....

    BalasPadam
  5. good job Zami..bukan semua orang ada super power nak menjadi pengacara majlis ni

    BalasPadam
  6. Thanks bro share pantun mcm niy.. Mmg terbaik sgt2.. Situasi same .. Selalu jd bidan terjun utk juruacara .. Nak taknak kne jgk lalui . hehe

    BalasPadam
  7. gelas pecah kaca bersepah
    xnk bls sdh buang je dlm tong sampah..huwa3..

    BalasPadam
  8. Terbang sekawan burung cemara,
    Hinggap seekor di dahan meranti,
    Budimu tuan tidak kulupa,
    Pantunmu ku'copy' harap mengerti.

    BalasPadam
  9. kalau pantun-pantun ni memang penyeri bunga-bunga dalam majlis dalam berkata-kata

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com