Jumaat, 23 Januari 2015

Loki Si Kucing Comel Ni Datang Dari Mana?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Macam mana aku boleh bela Loki? Haaa... Loki ni kalau korang nak tahu, kucing pertama yang aku bela. Aku ambil Loki masa dia dua bulan lagi. Tak silap aku ambil dia kat Johor Bahru sekitar awal bulan Disember 2012. Masa tu aku tengah kursus induksi kat sana. Dalam aku tengah mengantuk dan bosan dengar ucapan, aku pergi buka mudah.my tengok anak-anak kucing kat situ. Niat kat hati cuma nak tengok tengok je. Entah macam mana aku boleh bernafsu nak ambil seekor bawa balik rumah. Dah jodoh Loki dengan aku kot? Hiks.

Sekarang Loki ni dah berumur 2 tahun 3 bulan. Kalau ikut umur manusia, Loki ni dah 24 tahun. Lebih kurang macam umur aku kot? Sebaya pun boleh. Haha! Tapi apa yang menyedihkan, Loki dah jadi bapa dah. Aku? Calon pun masih tercari-cari dan teraba-raba. Simpati tak? Hehe. Okay. Setakat tu je la kot sesi pengenalan tentang Loki si kucing comel ni. Nanti kita sambung kisah Loki dengan lebih lanjut. Dah alang-alang meh kita tengok antara koleksi gambar Loki masa dia kanak-kanak ribena lagi. Comel yang amat kot!

Ni hari pertama aku ambil Loki. Dia duduk dalam kotak ni daripada Johor sampai Melaka. Sedih tengok dia.

Innocent je muka Loki masa ni.

Boleh tak jangan membesar?

Bluwekkk!

Jarang Loki ni duduk kat sofa.

Kena paksa pakai tudung! Haha!

potpetpotpet : Siapa catlover kat sini?

7 ulasan:

POJIEGRAPHY BLOG berkata...

Alaaaaaahai! Geram betul tengok kucing ni.

Nisa Kay berkata...

Hahhaha palinggg comel yang pakai tudung !! Hhahahahah !!!

Azhafizah Md Nor berkata...

comelnya loki..teringin nak ada kucing seputih loki..tapi yang ada skang kelabu asap,hitam² si tampuk manggis..huhu..kejam kot loki dipakaikan tudung..salah jantina tu.

hazze ezzah berkata...

sy cat lover..geram aih tgk Loki tu. omey ya amat..

kirim salam peluk tium kt Loki tu ye :D

Syazana berkata...

Comel...

BudakVanilla berkata...

gebu gebas loki tu. suka nama dia. :D

nurul nazrah berkata...

My cat kaler putih cm loki. nama chici tapi betina

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com