Isnin, 26 Januari 2015

Filem Tracers | Menarik Tapi Hambar?

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Semalam aku, Adik dan Kak Zura tengok wayang filem Tracers. Aku ajak dorang sebab dah lama sangat tak tengok wayang ni. Aku godek laman web gsc berapa kali entah sebab aku tak tahu nak tengok filem apa tapi aku nak tengok wayang jugak. Boleh macam tu? Ke duit banyak sangat sampai tak tahu nak pakai untuk apa dah? Amin. Hiks. Takde la sampai macam tu sekali. Kak Zura dah lama ajak tengok wayang sekali. Lepas tu Adik pulak cuti dua minggu sekarang ni, cuti semester. So, apa salahnya kan?


Best ke tak filem Tracers ni? Pada pendapat aku sebagai penonton biasa je, bagi aku filem ni tak sehebat nama Taylor Lautner tu sendiri. Sebab apa? Sebab separuh masa pertama filem tu bosan gila walaupun separuh masa kedua dia best gila. Separuh masa pertama dia sibuk dengan watak Cam (Taylor Lautner) tu. Latar belakang hidup Cam agak kabur sebab takde imbasan akademi fantasia macam mana dia end up hidup sorang sorang lepas tu bekerja sebagai bike meseenger. Tapi aku tahu la dia terpaksa pinjam duit daripada mafia semata-mata nak tolong bayar kos perubatan ibu dia yang sakit. Ayah dia pulak dah lama takde kot? Entah lebih daripada lima kali aku, Adik dan Kak Zura menguap kat dalam panggung wayang tu. Tapi apa yang menarik pasal filem ni ialah dia mengetengahkan sukan parkour. Haaa… Parkour? Pernah nampak tak yang orang lari atas bangunan lepas tu melompat daripada satu bangunan ke bangunan yang lain? Yang macam monyet sikit tu? Tahu tak? Haha! Yang tu la... Filem ni masa babak dorang melompat-lompat tu memang best gila! Tu je la yang best kot. Kalau takde aksi melompat-lompat tu, bila dorang dah mula berdrama, terus jadi tak best. Okay. Jadi, berapa bintang ya? Tiru gaya Farah Quinn ek. Aku beri:

Lepas habis tengok wayang, kitorang terus ke Klebang minum coconut shake pulak. Dah lama kot tak minum coconut shake kat Klebang. Adik pun dah kempunan tu. So beli banyak jugak siap bawak balik rumah. Tak silap aku beli 8 bungkus kot! Tapi yang kitorang punya dah habis minum kat dalam kereta lagi. Tak sempat nak tunggu balik rumah kau.




potpetpotpet : Minggu ni aku busy banyak.

6 ulasan:

zarul farhana berkata...

cocnut shake...sedapnya....

Teena Tna berkata...

Aritu baru g padang pasir kat klebang & minum coconut shake. Dan beli ais krim pasu yang biasa jer rasa dia.

POJIEGRAPHY BLOG berkata...

Teringin nak pergi padang pasir tu..... Coconut shake... ah rindunya!

Nisa Kay berkata...

Haihh teringin pulak coconut shake~

tourin medan berkata...

Ada Plant Ke Medan Danau Toba
Nak Tengok Itinerary Dan Harga Standard or Budget
Visit my blog http://percutianmedan25.blogspot.com

Azhafizah Md Nor berkata...

tak tengok lagi cerita ni..nak tengok jacob je :)

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com