Rabu, 21 Januari 2015

Caliph Buskers

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Sekarang ni semua orang tengah sibuk cakap pasal Caliph Buskers. Semua ni gara-gara persembahan Romancinta dorang dengan Mojo yang menjentik hati dan perasaan seluruh rakyat Malaysia. Tapi paling terjentik, Aweera la kot? Hiks. Tapi aku memang salute dengan bakat semua anggota Caliph Buskers ni. Nampak je macam tak boleh bawa lagu Romancinta tu tapi belum pun habis dorang sampaikan lagu tu, tercampak dah semua orang! Penonton kat stadium siap bagi standing ovation! Penonton kat rumah? Siap angkat kaki duduk bersila atas kusyen! Okay. Lawak hambar macam Nabil kat Maharaja Lawak Mega.

Mata aku masuk habuk masa dorang bawa lagu ni kat AJL29.

Lepas menang persembahan terbaik kat AJL29, pintu rezeki Caliph Buskers ni semakin terbuka luas. Tahu tahu je dorang dijemput untuk memeriahkan lagi segmen Johara Pagi Era semalam. Lepas tu, tengahari tu dorang ada kat Wanita Hari Ini pulak. Kemudian, pagi tadi dorang ada konti Hot FM dan malam tu jugak dorang ada kat Meletop. Haaa... Meriah tak jemputan sana sini? Tak menang tangan kot! Hehe. Alhamdulillah. Dah rezeki dorang kan? Harap dorang tak terkejut dengan gaya hidup macam tu. Tapi aku sangat teruja nak tahu ke mana dorang pergi lepas ni.

All the best Caliph Buskers!

Tweet hari tu pasal AJL29.

Aku dah like page dorang. Korang bila lagi?


potpetpotpet : Tuah ayam nampak di kaki, Tuah Mentor Legend anak didik Mas Idayu.

1 ulasan:

  1. rezeki mereka kan..teringin juga nak tahu kemana arah tuju lepas ni..eh eh..termasuk tuah protege mas idayu pulak dah

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com