Isnin, 23 Jun 2014

Berita Hari Ini #1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Kepoh, anak didik Adlin Aman Ramlie.

Kumpulan Kepoh dinobatlkan sebagai juara Bintang Mencari Bintang (BMB) musim kedua dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM200,000. Ye. RM200, 000 kau! Johan Qari dan Qariah hari tu dapat berapa je? Hihi. - myMetro 

Mohd Amir Amzar Zanuwa, 23, hampir putus tangan kanan kerana diserang dengan gergaji oleh seorang lelaki bersama isteri dan dua anak di Felda Kertih 5, Kampung Ketengah Jaya, Dungun, Jumaat lalu. Kenapa berita baru keluar hari ini? Basi dah cerita ni. Heh. - myMetro 

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyangkal laporan sebuah akhbar di United Kingdom mengenai juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah sebagai suspek utama di sebalik kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370. Letih dengan semua teori yang diada-adakan. - KOSMO! 

Rozini Talib, ibu kepada pemuda Malaysia yang berjuang menentang rejim Presiden Bashar al-Assad di Syria, ingin anak sulungnya itu pulang ke rumah. - New Straits Times

Tokoh veteran Pas, Datuk Abu Bakar Chik, 64, meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 390 laluan Bukit Besi-Ajil pukul 3.16 pagi ini. - Utusan Malaysia


potpetpotpet: Tak payah nak Monday blues sangat boleh tak?

Ahad, 22 Jun 2014

Sugar-Free Cupcakes? Makan Tanpa Rasa Bersalah!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Hari Sabtu minggu lepas aku sempat singgah KL jumpa Nisa Kay, Qarl dan Hamz lepas habis paper Kaedah Penyelidikan I. Ehem ehem. Nisa Kay? Entry pasal Nisa Kay lepas ni ye? Sekarang kita fokus kat cerita pasal sugar-free cupcakes. Hihi. Malam tu kawan baik Qarl ada buat majlis sikit sempena pembukaan cafe sulung dia, Suga-Rush Cafe. Siapa tak rasa macam selamat je bila tahu kita ngap makanan sugar-free?

Semua dah lapar masa ni!

Suga-Rush Cafe ni terletak kat The Place, Damansara Perdana. For those yang kaki cupcakes, pergi la serbu cafe ni. Aku minat dengan Chocolate Ganache dan Red Velvet dia. Thumbs up! Qarl siap bawak balik sepuluh cawan senyap-senyap. Eh? Terbocor rahsia pulak!

Comel ke tidoookkk?

Seharian dengan dorang. Berkuah tiga rasa ketiak memasing!

Duofie! Hihi. Selfie berdua.


potpetpotpet: Kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman. Ayat nak iklan!

Sabtu, 21 Jun 2014

Fesyen Baju Melayu 2014

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Lama tak update? Ni tiba tiba update ni apahal? Buang tebiat? Ke buang air kecik? Hihi. Takde apa pun. Cuma sekarang ni aku dapat la tarik nafas panjang sikit. Semester pertama pengajian aku pun baru je tamat. Budak-budak pulak tengah cuti semester. Kalau tak? Takde masa nak log in blogger ni! Sedih tak kisah hidup aku? Dah pergi lap air mata tu

Ni aku nak kongsi fesyen baju melayu 2014. Kot kot ada yang tak beli baju melayu lagi untuk hari raya tahun ni. Boleh la beli kat dorang ni. Tapi ukur baju kat badan sendiri ye? Jangan jadi macam badut masa hari raya nanti dah la. Hihi.

Rizman Ruzaini
Instagram: @rizmanruzaini



Andr├ęs Avenue
Instagram: @andresavenue



Melinda Looi
Instagram: @melindalooi
 



Alana Ilham
Instagram: @alanailham



Anuar Faizal
Instagram: @anuarfms


potpetpotpet: Belum puasa tapi dah cakap pasal raya?

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com