Rabu, 11 September 2013

Senyuman Kekal, Fenomena Pembedahan Plastik Terbaru Korea Selatan!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Senyuman kekal? Aku macam tak percaya pembedahan plastik boleh sampai ke tahap tu. Sebelum ni Korea Selatan dah ada pembedahan plastik untuk besarkan bukaan kelopak mata, suntikan lesung pipit, kecilkan saiz betis dan macam macam lagi la. Kadang kadang tu tak sampai terfikir! Bayangkan satu dunia ni muka sama je? Celah mana kau nak cari mana satu Kak Ton, mana satu Kak Mah.



Teknik ini dikenali sebagai “Smile Lipt”. “Lipt” merupakan gabungan daripada perkataan lip (bibir) dengan lift (mengangkat). Pembedahan plastik ni dia buat kat sudut belah kiri dan kanan mulut. Bila dia dah angkat otot-otot kat situ, mulut secara automatiknya tersenyum. Jadi tak payah susah susah nak pura pura senyum lepas ni. Kalau dapat berita sedih pun dijamin senyuman tak lekang daripada bibir. Kot kot datang ziarah orang mati, kau boleh senyum sorang sorang kat situ? Seram tak?


potpetpotpet : Susah ke nak senyum?

Isnin, 2 September 2013

Yes! Harga RON95 Naik Mulai 3 September 2013 Ini!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Sumber: http://www.bharian.com.my/


Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com