Khamis, 18 Julai 2013

(Lirik Lagu) Wali Band | Si Udin Bertanya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Aku tertarik dengan lagu religi terbaru daripada Wali Band yang bertajuk Si Udin Bertanya. Tajuk lagu pun dah buat aku tertanya-tanya yang lagu ni sebenarnya pasal apa. Kenapa Udin? Kenapa tak Ashraf Muslim? Nampak tak permainannya di situ? Haha!

Masa pertama kali dengar lagu ni terus aku dapat tangkap ini sah lagu Wali Band. Tapi apa yang menarik dengan lagu ini ialah doa kebahagiaan dunia dan akhirat dijadikan sebagai korus. Alhamdulillah. InshaAllah lepas ni lebih ramai daripada kita dapat hafal doa kebahagiaan dunia dan akhirat ni.

Wali Band - Si Udin Bertanya

Si Udin datang kepadaku
Saat itu malam pukul tujuh
Dia bertanya doa bahagia
Ku jawab inilah doanya

Korus:
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Lalu esoknya si Udin lagi bertanya
Apa doa agar masuk surga
Dan ku jawab "ente banyaq tanya"
Baiklah ini pun doanya




potpetpotpet : Lagu religi terbaru daripada Ungu yang bertajuk Bila Tiba pun best!

Rabu, 17 Julai 2013

Mencabar Diri Sendiri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Sehari sebelum puasa iaitu hari Selasa bersamaan dengan 9 Julai 2013, aku telah diberikan amanah sebagai pengerusi majlis untuk Majlis Pelancaran Program Kolej Vokasional Di Institut Latihan Perindustrian: Kolaboratif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bersama Kementerian Sumber Manusia (KSM). Aku berganding bahu dengan Puan Ina daripada KPM. Apa yang membuatkan aku kecut perut masa tu ialah usia Puan Ina lebih kurang usia ibu! Sah sah la pengalaman Puan Ina ni macam Laut China Selatan, pengalaman aku pulak macam air dalam cawan. Nampak tak perumpaan yang cuba disampaikan di situ?


Tapi alhamdulillah, Puan Ina sangat membantu dan tidak sombong. Walaupun aku tahu aku tak banyak pengalaman, baca skrip teks pengerusi majlis pun macam baca buku cerita sang kancil dengan sang buaya, Puan Ina tetap santai, banyak beri kata-kata semangat dan dorongan. Terharu aku di situ kalau boleh nak nangis teresak-esak tepi perigi.

Majlis ni diadakan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas. Dan majlis ni sepatutnya dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri kita dan pada masa yang sama merangkap Menteri Pendidikan. Tapi YAB tak dapat hadir jadi beliau wakilkan Timbalan Menteri Pendidikan, Tuan P. Kamalanathan a/l Panchanathan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah kerana beliau yang cadangkan nama aku untuk jadi pengerusi majlis pada hari kejadian. Pada mulanya aku tak berani langsung nak terima sebab majlis ni kira besar sebab melibatkan YAB. Tapi aku terima jugak sebab konon konon nak mencabar diri sendiri. Lagipun peluang ni bukan datang kat semua orang.

Trivia aku sebelum, semasa dan selepas majlis ni:
  • Aku hilang suara gara-gara berlatih baca skrip teks pengerusi majlis tanpa henti. Sengaja bagitahu konon konon sebagai bukti aku ni rajin dan berdedikasi la kot?
  • Aku tak sentuh minuman sejuk apatah lagi berais selama seminggu sebelum hari kejadian. Bajet suara terus sedap la kalau buat macam tu? Pui!
  • Timbalan Menteri Pendidikan, Tuan P. Kamalanathan sebut nama aku dan Puan Ina masa bagi ucapan. Kelu lidah masa tu sebab jarang tetamu sebut nama pengerusi majlis sebab biasanya tetamu akan sebut terima kasih saudara dan saudari pengerusi majlis. Ni tak! Beliau sebut terima kasih Encik Hizami dan Puan Ina selaku pengerusi majlis pada hari ni. Pehhh!
  • Ini merupakan majlis kedua aku sebagai pengerusi majlis yang melibatkan menteri. Majlis yang pertama sebelum ni ada membabitkan Menteri Sumber Manusia. Alhamdulillah atas kepercayaan yang telah diberikan.
  • Majlis mengambil masa tidak sampai satu jam. Sekejap je majlis ni sebenarnya tapi raptai macam 3 hari 3 malam punya majlis. Haha!



potpetpotpet : Ada masanya peluang datang hanya sekali.

Ahad, 14 Julai 2013

Terima Kasih, Terengganu!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Alhamdulillah. Akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ke Terengganu Darul Iman. Aku dapat peluang ni pun gara-gara aku ditugaskan sebagai ketua latihan dalam kumpulan untuk Kursus Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar ADTEC Melaka Sesi 2013/2014. Kalau tak? Memang entah bila aku jejak kaki kat situ.

Kursus paling santai yang pernah aku hadiri.

Kami bergerak daripada ADTEC Melaka pada sekitar jam 10 malam hari Isnin (1 Julai 2013) dan seterusnya kami tiba di ILP Marang selepas Subuh hari berikutnya. Syukur perjalanan kami tiada berlaku apa apa kesulitan. Tapi aku tak berapa sihat malam tu, suara dah mula hilang, badan pulak rasa sejuk macam nak demam. Ikut hati memang tak larat nak pergi. Tapi bila difikirkan budak-budak ni, aku tetap gagahkan diri untuk pergi. Cehhh... Drama rtm sangat kan? Haha!

Ni sebelum pergi sarapan pagi.

Dua kali sarapan makan laksam.

Pagi hari Selasa (2 Julai 2013), iaitu pagi hari kami sampai kat ILP Marang, kami semua bersihkan diri sebelum kursus terus dimulakan dengan slot yang pertama. Dah la leher sakit akibat tidur dalam keadaan teleng. Sampai sampai je terus program mula? Pengsan!

Muzium Negeri Terengganu.

Kat depan pintu masuk Muzium Negeri Terengganu.

Pada hari Khamis (4 Julai 2013), kami berjaya melawat beberapa tempat menarik yang terdapat di Terengganu. Pertama sekali kami singgah di Muzium Negeri Terengganu. Harga masuk adalah RM5 untuk dewasa. Tapi masa tak mengizinkan untuk kami betul-betul menikmati keindahan yang terdapat di Muzium Negeri Terengganu ni. Aku dapat nampak beberapa gerombolan murid-murid sekolah dan pelajar-pelajar kolej kat situ. Kagum! Memang hidup Muzium Negeri Terengganu ni. Dah habis masa kat Muzium Negeri Terengganu, kami terus ke Masjid Kristal. Memang cantik Masjid Kristal ni tapi setakat cantik macam tu je la. Ambil gambar sekali dua, dah boleh naik bas semula pergi tempat lain pulak.

Keindahan Masjid Kristal.

Destinasi yang seterusnya ialah Pasar Payang. Pasar Payang ni terletak kat Kuala Terengganu, betul-betul menghadap Laut China Selatan. Kat sini la duit mengalir macam air terjun sebab kat sini la tempat nak beli keropok lekor, keropok ikan, keropok udang, kuih-muih, biskut-biskut dan sebagainya. Dompet pun jadi nipis senipis kulit bawang. Over tak perumpamaan aku?

Ni kat dalam Masjid Kristal.

Kursus berakhir pada hari Jumaat (5 Julai 2013). Lepas solat Jumaat, kami semua bertolak pulang ke ADTEC Melaka. Selesai dah Kursus Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar ADTEC Melaka Sesi 2013/2014. Semoga semua beroleh manfaat daripada kursus ini, tak sikit, banyak, tak banyak, sikit pun jadi.

Dinner hari terakhir di Terengganu Darul Iman.

potpetpotpet : Perubahan itu bermula daripada dalam diri.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com