Ahad, 30 Jun 2013

Siang Wayang Malam Yaasin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Jadual penuh semalam. Rasa macam YB baru menang pilihan raya. Heh. Hari Sabtu dimulakan dengan menonton wayang filem kartun super duper comel Despicable Me 2. Aku tengok dengan Adie dan Kmel. Kagum dengan diri sendiri sebab tengok wayang awal macam ni. Macam tak pernah buat je sebelum ni? Ni semua sebab aku kena balik sebelum masuk waktu maghrib sebab aku akan berubah jadi tak berapa hensem lepas tu. Bajet cinderella? Haha! Takde la. Lepas maghrib kat kampung belah ayah aku ada majlis bacaan yaasin dan tahlil.
Filem Despicable Me 2 ni aku bagi 4 bintang daripada 5. Apa yang menarik dengan filem ni? AGNES dan MINIONS! Haha. Sebab dorang terlalu comel. Kalau dorang takde dalam filem ni, filem ni mungkin tak menjadi. Pada aku, plot cerita dia kali ni tak fresh macam dah pernah lihat plot macam ni. So far filem kartun paling best dan berjaya untuk tahun ni ialah The Croods. Ala yang lagu tema dia Yuna nyanyi dengan Owl City tu.

Lepas wayang, kitorang tunaikan kewajipan sebagai hamba Allah dulu. Lepas tu baru kitorang pergi lunch. Seperti biasa, nak decide lunch kat mana ni lah keputusan yang paling susah untuk dibuat dalam hidup ni. Last last kami masuk Garden Recipe sebab tak pernah makan kat sini. Aku order Grilled Salmon bersama Spaghetti Carbonara. Minum pulak Chinese Tea. Rasa macam terlebih sihat je lepas lunch semalam. Boleh camtuh?
 

Lepas lunch, window shopping kejap. Kmel sempat grab two new shirts, Adie pulak sempat grab sepit rambut untuk adik perempuan dia. Aku? Tak sempat grab apa apa pun. Haha! Dah habis window shopping, semua balik ke sarang masing masing.

Sebelum maghrib aku dah sampai kat kampung belah ayah aku. Dekat je dengan rumah aku. Eh. Ada satu benda yang menarik perhatian mata aku! Cuba tengok motorcross abang sepupu aku kat bawah ni. Pink tuh! Ala tomei tomei.


Alhamdulillah. Lepas solat maghrib berjemaah, bacaan yaasin dan tahlil pun dimulakan. Pak Long jadi imam malam tu. Walaupun tak semua dapat hadir tapi bersyukur kerana masih ada yang berkesempatan untuk meluangkan masa bersama-sama. Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Mak Lang, Mama, Uncle, Pak Itam, Mak Itam, Pak Teh, Pak Anjang, Mak Anjang, Busu, Mak Usu, Kak Yong, Abang Din, Abang Ejam, Abang No, Kak Siah, Kak Zura, sepupu-sepapat dan anak-anak buah yang tak larat aku nak tulis semua. Selesai bacaan yaasin dan tahlil, terus solat isyak. Kemudian baru makan malam sambil tengok final Piala FA antara Kelantan dan Johor. Tahniah diucapkan kepada The Red Warriors kerana berjaya mengekalkan kejuaraan mereka.



potpetpotpet: Follow instagram aku kat @hizamili untuk gambar lebih banyak. Haha!

Sabtu, 29 Jun 2013

Wala Juara Raja Lawak 7 (2013)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Tahniah! Tahniah diucapkan kepada kumpulan Wala kerana berjaya menjadi juara Raja Lawak yang ke-7! Harap lepas ni nama tak terus lenyap daripada peta Malaysia lah ye. Sebab bukan semua yang jadi juara Raja Lawak ni berjaya kat luar tu. Bergantung kepada usaha, doa dan jugak rezeki. Kemain bagi nasihat! Bajet pakar motivasi ke apa ni? LOL.

Tempat Pertama
Wala


Tempat Kedua
Sakan


Tempat Ketiga
Bora

Tempat Keempat
Gamat

Peringkat akhir Raja Lawak 7 kali ni ada dua pusingan. Pusingan pertama dengan tema bebas manakala pusingan kedua dengan tema muzikal. Dan setiap kumpulan dapat buat persembahan dengan sorang pelawak. Kumpulan Gamat dengan Yassin, Bora dengan Shahrol Shiro, Sakan dengan Ajak Shiro dan Wala dengan Rahim R2.


Pusingan Pertama

Peserta kumpulan Gamat kurang menjadi. Sorang jadi Isma Aliff, sorang jadi Kak Ton versi lelaki. Persembahan dorang malam ni macam persembahan dorang masa minggu keberapa entah sebelum ni. Tu yang macam dah tak boleh nak gelak lagi sebab dah tengok sebelum ni. Kumpulan Bora? Menghambarkan. Kehadiran Shahrol daripada kumpulan Shiro pun tak dapat bagi impak yang diharapkan. Persembahan kumpulan Sakan seperti biasa memang menarik tapi aku harapkan lebih daripada dorang. Pada pendapat aku pusingan pertama ni dimenangi oleh kumpulan Wala.


Pusingan Kedua

Persembahan yang sedih daripada kumpulan Gamat dan Bora. Sepatutnya kumpulan Bora boleh pukul habis pusingan kedua ni sebab sebelum sebelum ni pun dorang memang menonjol bila elemen muzikal terselit dalam persembahan dorang. So pusingan kedua ni pada aku seri antara kumpulan Sakan dan jugak kumpulan Wala.


potpetpotpet: Kumpulan Shiro pun dah keluarkan lagu? =_="

Selasa, 25 Jun 2013

Syura Juara Masterchef Selebriti Musim Ke-2!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Dah habis dah Masterchef Selebriti musim kedua! Tahniah diucapkan kepada Syura kerana berjaya merangkul gelaran juara menewaskan Celina pada peringkat akhir tadi. Siapa sangka Syura yang pernah masak megi sampai hangus boleh menang Masterchef Selebriti kali ni? See? Tiada apa yang mustahil. Haha!

Dan kepada Celina, tahniah jugak sebab sampai ke peringkat akhir. Tu satu pencapaian yang patut dibanggakan sebab dia buat semua ni untuk amal kebajikan. Aku tengok cabaran peringkat akhir tadi memang high class. Cuma yang tak berapa nak high class ialah nama resipi masakan Syura tadi. LOL. Walaupun dorang naik kapal terbang semata-mata nak menikmati masakan Syura dan Celina tapi kelainan yang dibawakan oleh Masterchef Selebriti kali ni menjadi pada aku. Tak pernah pernah orang buang tabiat naik kapal terbang untuk makan je lepas dah habis makan turun balik. Macam la kat bumi ni dah habis kerusi meja pinggan mangkuk kan? Tapi tu lah hiburan yang cuba disampaikan. 


potpetpotpet : Bila aku nak pandai masak pulak ni?

Isnin, 24 Jun 2013

(Terbaru) 25 Status Facebook Terbaik!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Tahun lepas aku ada update entri pasal 15 Status Facebook Terbaik!. Tak sangka ramai yang jadikan entri tu sebagai sumber rujukan. Haha! Barangkali dah tak tahu nak update status apa kot? Takpe takpe. Kali ni aku dengan bangganya membawakan kepada korang korang sekalian 25 status facebook terbaik yang pernah aku post daripada Ogos 2012 sehingga Jun 2013 la ni. Kejap. Siapa cakap terbaik? Memang entri ni syok sendiri! Heh. Maafkan saya. Boleh camtuh?

  • Hidup ini seperti matematik. Kalau senang sangat, mesti ada yang tak kena.
  • Sentiasa ingat: Hidup ini sementara, nikmatilah. Cinta itu jarang ditemui, rebutlah. Benci itu bagai api, padamkanlah. Ketakutan itu batu penghalang, robohkanlah. Memori itu manis dikenang, hargailah.
  • Putih putih lampu kalimantang, Merah merah sakit mata, Jangan kita lupa sembahyang, Bila mati itulah harta.
  • Kejayaan bukan kunci kegembiraan. Tapi, sebaliknya, kegembiraan adalah kunci kejayaan. Jika anda gembira dengan apa yang anda lakukan hari ini, dengan izin Allah, anda akan berjaya.
  • Jika tidak mampu terbang, berlarilah. Jika tidak mampu berlari, berjalanlah. Jika tidak mampu berjalan, merangkaklah. Apa pun yang kita lakukan, pastikan kita bergerak ke hadapan.
  • Jangan terlalu berharap dengan orang lain kerana bayang-bayang kita sendiri pun tinggalkan kita bila dalam kegelapan.
  • Rasa bahagia tidak selalunya membuatkan kita bersyukur tapi bersyukur selalunya membuatkan kita rasa bahagia.
  • Terdapat lebih daripada 6,500 bahasa yang diamalkan pada hari ini. Tetapi kita tidak perlu fasih kesemua bahasa tersebut untuk melemparkan senyuman kepada seseorang.
  • Satu atau dua sudu gula tidak akan dapat memaniskan air laut. Satu atau dua hari yang malang tidak akan dapat mencacatkan hidup kita.
  • Jika kita tidak tahu, tanya. Jika kita tidak bersetuju, bincang. Jika kita tidak suka, beritahu. Bukannya terus mendiamkan diri dan menghakimi!
  • Jangan tulis nama kita pada pasir, kerana ombak akan padamkannya. Jangan tulis nama kita pada langit, kerana angin akan tiupkannya. Tapi tulis nama kita pada setiap hati yang kita kenali. Kerana di situ, nama kita tidak akan terlupakan.
  • Jika kita sanggup senyum untuk 5 saat bagi memastikan gambar kita lebih cantik, cuba bayangkan kalau kita teruskan senyum, apa akan jadi pada hidup kita?
  • Untuk berubah, kita tidak perlukan tahun yang baru, kita hanya perlukan hari yang baru. Apa yang kita tidak dapat semalam, kita cuba dapatkannya pada hari ini!
  • Kita selalu terlupakan perkara yang kita patut ingat dan kita selalu teringatkan perkara yang kita patut lupa.
  • Setiap raja bermula sebagai bayi. Setiap bangunan bermula sebagai lukisan. Hidup kita bukan pasal di mana kita berada pada hari ini tapi pasal di mana kita berada pada esok hari.
  • Orang lain akan sentiasa melontarkan batu-batu atas jalan yang kita sedang lalui. Tapi terpulang kepada kita sama ada untuk menjadikan batu-batu itu sebagai dinding yang menghalang perjalanan kita ataupun sebagai jambatan yang menghubungkan kita kepada kejayaan.
  • Minta maaf? Itu tidak bermaksud kita akan berhenti rasa bersalah. Memaafkan? Itu tidak bermaksud kita akan berhenti memikirkannya.
  • Sejauh mana kita telah melalui jalan yang salah, kita sentiasa boleh berpatah balik.
  • Jangan hanya impikan hidup yang kita inginkan, tapi hidupkan impian yang kita inginkan.
  • Bila kita masih mampu tersenyum sedangkan hati kita adalah sebaliknya, itu namanya kekuatan!
  • Jangan cari orang yang akan menyelesaikan semua masalah kita kerana orang macam tu memang takde kat dunia ni. Carilah orang yang tidak akan membiarkan kita menghadapi masalah sorang sorang.
  • Hari esok ialah bukan satu janji tapi satu peluang. Peluang yang bukan semua orang dapat. Jangan lupa bersyukur kepada-Nya selagi anda masih lagi diberikan peluang.
  • Hai! Biarpun dengan "Hai!" je, siapa sangka kita dapat buat orang lain tersenyum.
  • Jangan pernah menangis jika seseorang menyakiti hati anda. Tapi senyum dan berkata, "Terima kasih kerana beri saya peluang untuk mencari orang yang lebih baik daripada awak."
  • Jangan jadi banduan kepada masa lalu kita. Tapi jadilah arkitek kepada masa depan kita. 


 potpetpotpet : All good things must be shared.

Ahad, 23 Jun 2013

Jerebu 2013 > Jerebu 1997 ?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Jerebu ni berlaku bila debu, asap dan zarah pencemaran lain menyebabkan pandangan kita jadi tak jelas. Maksudnya kalau pakai cermin mata ke pakai teropong ke pakai kamera dslr ke memang takkan jelas pandangan kita. Faham tak? Haha! Selalunya jerebu ni berlaku akibat daripada pembakaran terbuka, kebakaran gambut dan jugak kebakaran hutan.

Tahun 1997, aku baru darjah 3. Comel tak? Boleh tanya soalan camtuh? Perdana Menteri Malaysia masa tu, Tun Dr Mahathir bin Mohamad, isytiharkan keadaan darurat sebab bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada paras yang tidak sepatutnya. Sekolah tutup, pejabat kerajaan tutup, kedai tutup, tak lupa jugak hidung tutup dan mulut tutup. Nak selesaikan masalah ni, Malaysia menjalankan Operasi Haze. Apa tu Operasi Haze? Operasi ni memerlukan Malaysia menghantar pasukan bomba untuk padamkan api sepanjang Sumatera dan Kalimantan. Dan operasi ni telah dijalankan lebih daripada 25 hari. Gigih tak?

Setelah sekian lama tidak mengalami jerebu yang dahsyat macam tahun 1997, maybe masanya telah tiba la kot? Jerebu kali ni berpunca daripada kebakaran hutan di Riau, Sumatera. Ada baca kat Utusan Malaysia tadi kerajaan Indonesia dah mula buat hujan tiruan untuk bendung kebakaran yang macam tak reti reti nak padam. Agensi Meteorologi, Kaji Cuaca Dan Geofizik (BKMG) Indonesia pulak ramalkan yang hujan lebat akan turun 28 Jun ni. Kalau hujan tak turun turun, katanya kita akan mengalami jerebu selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Minta dijauhkan.

Terbaru, Perdana Menteri dah isytiharkan darurat kat Muar dan Ledang sebab bacaan IPU dah lebih daripada 500. Tahu tak berapa bacaan IPU kat Muar dan Ledang? 746!!! Muar dan Ledang tu dah la jiran terdekat Melaka. Tak mustahil lepas ni giliran Melaka pulak.

Apa apa pun, bagi mengelakkan masalah kesihatan akibat daripada jerebu ni:
  • Elakkan daripada keluar rumah. Dah duduk dalam rumah tu, tutup semua pintu dan tingkap, pasang kipas ataupun penghawa dingin walaupun penghawa dingin tu salah satu punca kesan rumah hijau. Kbai.
  • Kalau terpaksa keluar ke sebab tandas kat luar rumah contohnya, pakai penutup hidung dan mulut. Jangan pakai topeng sailormoon ke topeng shin chan ke sebab orang tak kisah pun kau ada topeng topeng camtuh.
  • Kurangkan penggunaan kenderaan terutama sekali motosikal.
  • Minum air dengan banyak sampai terkencing-kecing.
  • Sentiasa basuh bahagian anggota badan yang terdedah. Senang cakap, mandi dengan kerap, Pastikan bil air meningkat sebagai bukti.

potpetpotpet: Dada pun rasa lain macam sedut udara sekarang ni.

Jumaat, 21 Jun 2013

5 Kelebihan Video Di Instagram

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Pagi ni dikejutkan dengan ciri terbaru Instagram, yang mana sekarang kita boleh upload video. Pulak dah? Siapa yang tak tahu lagi tu, boleh la buat muka terkejut sekarang. Jadi, apa relevannya ciri ni diperkenalkan? Apa yang lainnya ciri ini dengan aplikasi-aplikasi perkongsian video sedia ada? Setelah aku try and error pagi tadi, so aku dapat nampak beberapa kelebihan video di Instagram. Sedia?

Pertama,
 
  • Kita dapat delete frame bila kita tak puas hati dengan aksi dalam frame tu. Maksudnya, dalam satu video tu kita boleh rakam beberapa frame. Kalau kita tak puas hati, kita dibenarkan delete frame yang terakhir dalam video tu. Kalau tak puas hati lagi, delete je semua. Habis cerita.

Kedua,
  • Kita diberi pilihan untuk menentukan cover frame bagi video kita tu. So daripada situ kita akan dapat pilih frame yang cantik ke hensem ke comel ke seksi ke supaya kita akan dapat lebih ramai follower lepas tu. Boleh camtuh? Kalau tak dapat ramai follower jugak, istighfar banyak banyak ye? Heh.

Ketiga,
 
  • Nama pun Instagram. Tak macho la kalau takde filter dia tu kan? Bila kita nak upload gambar kat Instagram, kita diberi pilihan untuk guna filter yang ada. Perkara yang sama jugak untuk video. Kita boleh guna 13 jenis filter yang ada. Filter untuk video ni sama je macam filter untuk gambar. Nama setiap filter je yang dah lain kot?  

Keempat,
  • Bila rakam video guna Instagram, kita boleh tap pada skrin supaya fokus kat mana mana bahagian yang kita nak. Hasilnya? Nampak macam professional la sikit. Sikit je, tak banyak. Jangan nak over okay? Haha!

Kelima,
  • Ciri video kat Instagram diperhebatkan lagi dengan tool yang dapat menstabilkan imej. So video akan jadi lebih smooth. Untuk ketahui perbezaannya, kita boleh tekan kat icon yang macam vibrate seperti yang terpapar kat gambar kat atas tu.


potpetpotpet: Lepas ni dah boleh delete Keek! LOL!

Jumaat, 7 Jun 2013

Filem Mesti Tonton (Must Watch Movies) Sepanjang Jun - Disember 2013

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Eh. Cerita apa yang best kat wayang sekarang? Eh. Wayang sekarang ada cerita apa? Eh. Esok tengok wayang nak? Eh. Ni cerita pasal apa ni? Eh. Cerita ni best ke? Eh. Cerita apa keluar minggu depan? Banyak tak soalan? Haaa... Korang jangan risau ye. Ni aku dah cuba senaraikan seberapa banyak filem mesti tonton sepanjang bulan Jun sampai la Disember tahun 2013 ni. Jadi, korang dah boleh mula set masa dan tarikh untuk tengok filem apa lepas ni. Terima kasih diucapkan kepada aku. Boleh camtuh?


Monsters University
Jun 2013


Sinopsis: Tentang Mike dan Sulley semasa mereka sedang menuntut di Monsters University.

Pengarah: Dan Scanlon

Pelakon: Nathan Fillion, John Goodman dan Steve Buscemi


Man of Steel
Jun 2013


Sinopsis: Seorang budak lelaki mendapat tahu bahawa dia mempunyai kuasa yang luar biasa.

Pengarah: Zack Snyder

Pelakon: Henry Cavill, Amy Adams dan Michael Shannon


World War Z
Jun 2013


Sinopsis: Gerry Lane mengelilingi dunia bagi menghentikan wabak Zombie yang telah menggulingkan tentera dan kerajaan dan mengancam untuk memusnahkan manusia.

Pengarah: Marc Forster

Pelakon: Brad Pitt, Mireille Enos dan James Badge Dale



Despicable Me 2
Julai 2013


Sinopsis: Gru telah direkrut oleh Anti-Villain League untuk membantunya menangani penjenayah yang dahsyat.

Pengarah: Pierre Coffin, Chris Renaud

Pelakon: Ken Jeong, Steve Carell dan Kristen Wiig


The Lone Ranger
Julai 2013


Sinopsis: Pahlawan orang asli Amerika, Tonto, menceritakan kisah bagaimana John Reid berubah daripada seorang lelaki biasa yang menegakkan undang-undang kepada seorang lagenda keadilan.

Pengarah: Gore Verbinski

Pelakon: Johnny Depp, Armie Hammer dan William Fichtner


Pacific Rim
Julai 2013


Sinopsis: Apabila serangan daripada makhluk asing mula mengancam kewujudan Bumi, robot-robot gergasi yang dipandu oleh manusia telah dikerahkan untuk menghapuskan ancaman tersebut.

Pengarah: Guillermo del Toro

Pelakon: Charlie Hunnam, Idris Elba dan Charlie Day


The Wolverine
Julai 2013


Sinopsis: Wolverine berhadapan dengan musuhnya daripada masa lalu yang akan memberi kesan kepada masa depannya.

Pengarah: James Mangold

Pelakon: Hugh Jackman, Famke Janssen dan Will Yun Lee



Percy Jackson: Sea of Monsters
Ogos 2013


Sinopsis: Dalam usaha menyelamatkan syurga mereka, anak kepada Poseidon dan rakan-rakannya telah memulakan pengembaraan di Sea of Monsters untuk mencari lagenda Golden Fleece dan seterusnya menghalang kebangkitan kuasa jahat daripada zaman silam.

Pengarah: Thor Freudenthal

Pelakon: Alexandra Daddario, Logan Lerman dan Nathan Fillion


Elysium
Ogos 2013


Sinopsis: Pada tahun 2154, rakyat yang kaya ditempatkan di stesen angkasa manakala yang lain pula tinggal di Bumi yang telah rosak. Seorang lelaki telah bertindak dengan misi untuk menegakkan kesaksamaan.

Pengarah: Neill Blomkamp

Pelakon: Matt Damon, Jodie Foster dan Sharlto Copley


Kick-Ass 2
Ogos 2013


Sinopsis: Wira Kick-Ass menyertai sekumpulan rakyat biasa untuk memerangi jenayah dengan memakai kostum. Sementara itu, Red Mist telah merancang plot untuk membalas dendam tetapi melibatkan orang-orang yang Kick-Ass kenali.

Pengarah: Jeff Wadlow

Pelakon: Chloƫ Grace Moretz, Jim Carrey dan Aaron Taylor-Johnson


Diana
September 2013


Sinopsis: Filem ini menceritakan dua tahun terakhir dalam hidup Puteri Diana, mengenai kempen beliau dalam menentang perlombongan tanah dan hubungan beliau bersama pakar bedah, Dr Hasnat Khan.

Pengarah: Oliver Hirschbiegel

Pelakon: Naomi Watts, Lee Asquith-Coe dan Naveen Andrews


Thor: The Dark World
November 2013


Sinopsis: Apabila Jane Foster menjadi sasaran penghuni dunia gelap Svartalfheim, Thor berusaha sedaya-upaya untuk melindunginya.

Pengarah: Alan Taylor

Pelakon: Chris Hemsworth, Natalie Portman dan Anthony Hopkins


The Hunger Games: Catching Fire
November 2013


Sinopsis: Katniss Everdeen dan Peeta Mellark menjadi sasaran The Capitol selepas kemenangan mereka di Hunger Games ke-74 telah mencetuskan pemberontakan di Districts of Panem.

Pengarah: Francis Lawrence

Pelakon: Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson dan Liam Hemsworth


The Hobbit: The Desolation of Smaug
Disember 2013


Sinopsis: Orang-orang kerdil, Bilbo dan Gandalf berjaya melepaskan diri daripada Misty Mountains. Pengembaraan diteruskan bagi mendapatkan semula emas daripada seekor naga bernama Smaug.

Pengarah: Peter Jackson

Pelakon: Martin Freeman, Richard Armitage dan Ian McKellen


Dalam banyak banyak filem kat atas ni, filem apa paling korang teruja nak tengok? Meh kongsikan kat ruangan komen. Nak tahu filem apa yang aku paling teruja nak tengok? SEMUA FILEM DI ATAS. Haha! Aci tak? Apa apa pun, selamat berhujung minggu!


potpetpotpet: Sibuk menanda kertas jawapan budak budak ni.

Rabu, 5 Jun 2013

Imbasan Akademi Fantasia Pun Boleh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Sepanjang 'kehilangan' aku, ada beberapa kejadian penting telah berlaku. Marilah kita menguap terlebih dulu sebelum kita mula membaca entri bosan ni. Tapi kalau nak bagi segar bugar mata tu, boleh tarik bulu hidung satu persatu. Selagi mata tak berair, teruskan tarik. Semoga berjaya!

Feb 23, 2013
Alhamdulillah. Dapat habiskan masa dengan dua orang sahabat karib daripada sekolah menengah. Bukan dapat lepak macam ni selalu. Dua dua sekarang dah kerja kat KL. Sorang kat Kuala Lumpur, sorang lagi kat Kuala Lipis. Kemain kerja jauh jauh. Setidak-tidaknya dapat nyanyi lagu balik kampung dengan penuh perasaan balik raya nanti. Boleh camtuh?

Kat atas tu Kmel, kat bawah tu Ezam. Aku ada kat atas dan kat bawah. Haha! Tu pun nak mention kan?

Feb 24, 2013
Semalam makan pakai duit sendiri. Hari ni makan pakai duit Hamz. Haha! Terima kasih Hamz kerana belanja kami. Dalam hati kemain syukurlah ada orang nak belanja. Sebab apa? Dompet bukan setakat berlubang je tapi dah terbahagi dua. Siapa ada dompet lebih? Kot kot nak bagi percuma ke kat aku.

Mentang-mentang orang belanja, kemain order macam-macam ye?

Feb 28, 2013
Kali pertama aku mendapat 'mandat' sebagai pengerusi majlis kat sini. Sistem saraf macam separa berfungsi bila tahu Menteri Sumber Manusia datang pada hari kejadian. Aiyoyo. Nervous bukan kepalang! Sebab ni pertama kali aku terlibat dengan majlis yang membabitkan menteri. Sebelum ni pernah la jadi pengerusi majlis tapi sambutan hari jadi jiran sebelah rumah je. Kbai.

Pengalaman yang tidak boleh dijual beli.

Mac 8, 2013
Aku terlibat dengan satu kes ragut di simpang empat berdekatan Tesco Cheng. Tapi bukan aku jadi mangsa ragut. Nama perempuan yang jadi mangsa hari tu Adibah. Dia naik kereta kancil putih. Masa lampu isyarat merah, seperti biasa, berhenti la kan? Dalam sekelip mata je ada satu motosikal daripada belakang terus pecahkan cermin kereta dia, bawa lari beg tangan. Terus motosikal tu blah walaupun lampu tengah merah masa tu. Memang takde siapa sempat buat apa-apa sebab kejadian tu berlaku sangat pantas, sangat sekejap. Okay. Macam mana aku tahu nama perempuan tu? Akulah yang tolong dia bertenang dan bawa dia ke tepi jalan sebab dia dah menangis nangis pastu menjerit jerit.

Polis datang kemudian.

Mac 24, 2013
Jumpa Dila! Jauh dia datang, daripada utara semenanjung tu. Ni aku dengan Adie baru balik dari Muar, memenuhi undangan. Cehhh... Nampak tak betapa besarnya pengorbanan kami ni Dila? Haha! Tak banyak yang dapat dibualkan sebab masa pun tak banyak. Tapi takpelah, yang penting dapat bersua muka, melepas rindu di dada. Aiyoyo. Tekak ada rasa geli tak baca ayat camtuh?

Comel tak Dila? Okay. Dila, aku dah tolong promote ni.

April 14, 2013
Esok birthday Adie. Ni ala ala countdown kononnya. Haha! Yang menariknya, ini pertama kali aku menjejakkan kaki ke Hard Rock Cafe. Sebelum ni pernah tengok pernah dengar je. Ni dah masuk ni, aku tak rasa aku nak masuk lagi. Eh, jujur sangat tak? Tapi memang best Hard Rock Cafe kat Melaka ni sebab lokasi dia berhampiran dengan Jonker Walk, berhadapan dengan bangunan Stadhuys dan bersebelahan dengan sungai Melaka. Apa lagi kau nak? Lengkap di situ!

Happy birthday!

Mei 1, 2013
Wan Fuuyoo datang Melaka atas urusan rasmi. Dah alang alang tu, kami lepak sama-sama. Siapa sangka hari pekerja memang semua orang datang kat AEON Bandaraya Melaka! Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab parking spot memang takde! Parking spot yang hujung hujung alam tu pun penuh. Siapa nak jawab? Takkan Kak Ton nak jawab? Sampai nak lunch pun kena beratur, tunggu meja kosong. Tak pernah pernah aku dengan Adie ada pengalaman macam ni. Tapi paling best bila Wan Fuuyoo belikan kek senyap senyap, sambut birthday aku dengan Adie. Tak expect langsung sebab birthday aku dengan Adie dah lepas hampir seminggu dua. Aku terharu kemain sampai keluar air hidung!

Terima kasih Wan Fuuyoo!

Mei 5, 2013
Siapa boleh lupa tarikh ni? Ni first time aku mengundi. Memang excited nak tanda pangkah tapi pada masa yang sama, takut jugak tertanda betul sebab dah biasa sangat marking kertas jawapan. Haha! Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar.

Jari dah kena calit dengan dakwat! Adik-adik yang tak dapat rasa jari kena calit dengan dakwat boleh cuba conteng dengan pen marker.


potpetpotpet : Kursus empat hari minggu depan!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com