Isnin, 25 November 2013

Masa Berkualiti Bersama Keluarga

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Makan besar?

10 November iaitu pada hari Ahad dua mingu yang lepas kami sekeluarga telah makan besar kat Kenny Rogers Roasters. Ada tiga sebab kenapa kami makan besar hari tu. Sebab yang pertama? Meraikan tamatnya pengajian Bob dan Nana. Sebab yang kedua? Meraikan ulang tahun kelahiran Ika yang ke-21 pada tanggal 1 November lepas. Nampak tak berapa hari dah tu? Dan sebab yang ketiga? Husna dapat nombor dua dalam kelas dia. Alhamdulillah.

Bukan senang nak dapat kumpul ramai ramai lengkap macam ni. Aku ni takpe la. Dah kerja pun kat belakang rumah je. *tiup kuku* Bob dah kerja kat Bangsar, Ika belajar kat Kuantan, Adik pulak belajar kat Bangi, Nana je tanam anggur kat belakang rumah. So ni je la masa yang dapat kita gunakan untuk meraikan apa-apa yang patut.

Rezeki hari tu. Alhamdulillah. Bukan selalu makan sini.
 
Outfit of that day.

Kebas pungung!

Hari Selasa 19 November hari tu aku ambil cuti rehat sebab nak pergi konvokesyen Nana. Nana punya sidang ni sidang ke-17, sidang terakhir kau! Sampai kat UITM Shah Alam lebih kurang jam 12 tengahari. Lepas tu nak tunggu Nana masuk Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) tu dah jam 1 petang. Bila Nana dah masuk aku ingatkan dapat la habiskan masa jalan jalan sekitar situ tapi apakan daya hujan turun kemain lebat. Duduk la aku kat tangga tu. Kebas pungung aku duduk lama-lama sampai aku berdiri aku macam rasa punggung aku masih melekat kat tangga tu. Boleh macam tu? Haha!

Nana kuar nak dekat jam 5 petang kot? Lepas tu dia sibuk nak bergambar lagi, nak ucap tahniah lagi, nak bagi bunga lagi, nak jumpa macam macam orang lagi, nak pulang jubah lagi, last last jam 7 malam baru dapat balik. Tak pasal pasal kemek dah punggung aku sekarang.


Sebelum Nana masuk dewan.

Kasut kegemaran.

Cuba cari Husna kat mana.

Jambangan bunga merah merah mak ngah.

Siapa yang baru je konvo tu aku nak ucapkan tahniah dan selamat datang ke dunia sebenar. Tak dilupakan jugak selamat mencari kerja yang setaraf dan selari dengan kelulusan korang. Aku ada ramai kawan yang sekarang bekerja lari daripada ijazah yang tergantung kat dinding rumah masing masing. Sebenarnya hidup ni kita diberikan banyak peluang. Tapi terpulang kat kita nak ambil peluang yang mana satu atau tak nak ambil satu pun. Anyways, good luck!


potpetpotpet : Pengalaman ialah cikgu yang tidak akan beritahu apa yang kita akan belajar selepas ni.

4 ulasan:

zizidiazora berkata...

"Pengalaman ialah cikgu yang tidak akan beritahu apa yang kita akan belajar selepas ni." Hrmmmm... berkenan dengan kata-kata ni... :)

Hanih Borhan berkata...

T'ingin jugak makan 1 family kat Kenny Rogers... Before this kalau ada occasion, mesti dinner kat Pizza Hut je, bosan, hahaha...

Oh btw, kasut merah tu sangat cool!

Azhafizah Md Nor berkata...

happy dapat makan together gether dengan family.Tahniah untuk adik adik zami..semua hebat2 sudah iktu jejak abang.konvo budak2 eng.uitm memamng selalu sidang last..sidang petang lagilah lewat..dulu my konvo,last sidang eng..hari jumaat pulak tu..lagi la dasat kebas..huhu

zainatul abu bakar berkata...

Same sidang ngn adik zami. Hehe. Yg duduk kat dlm ni pon kebas punggung tunggu bdk engin habis. Dah la course kita yg terawal dpt. Huhu. Nway congrats utk Nana :) kita pon tanam anggur blkg rumah jgk.kihkihkih

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com