Isnin, 19 Ogos 2013

Pergi Beraya... Setakat Ini!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Sempena kedatangan bulan Syawal ni tak lengkap rasanya kalau tak cerita pasal raya. Tahun ni raya pertama aku kat kampung belah ayah kat Alor Gajah, Melaka dan raya kedua pulak kat kampung belah ibu kat Batu Pahat, Johor. Setiap kali raya memang aku akan balik kedua-dua kampung. Cuma giliran kampung mana dulu je yang akan bertukar. Nasib baik aku ada dua kampung je. Kalau aku ada tujuh belas kampung?

Gambar ni satu je kot yang sempat.

Tahun ni tema warna baju kami ialah biru langit sekejap mendung sekejap tidak kerana segala-galanya bergantung kepada matahari. Kemain tema takleh nak panjang lagi ke? Kami sekeluarga memang tiap-tiap tahun pakai warna baju yang sama. Banyak kelebihan bila pakai warna baju yang sama. Contoh kalau kita tak kenal anak buah kita sebab ramai sangat saudara-mara masa tu, tapi kerana warna baju yang sama, kita dapat mengenal pasti siapa ibu dan ayah kepada anak buah tadi. Takde la nanti kita dipandang hina dan keji sebab tak kenal anak buah sendiri. Boleh camtuh?

Anyways, aku terkilan sikit sebab pagi hari raya pertama tu tak dapat ambil gambar banyak banyak. Takde rezeki nampaknya hari raya tahun ni nak bergaya dengan persalinan baju melayu lengkap. InshaAllah pada tahun-tahun yang akan datang jika diizinkan Allah. Cukup dah membebel. Layankan gambar-gambar sepanjang minggu raya ni.

Ni adik-beradik aku. 25 tahun, 24 tahun, 23 tahun, 21 tahun, 19 tahun dan 7 tahun.

Sepupu sepapat sebelah ayah. Sepupu aku yang pakai t-shirt oren tu memang tak berapa betul sikit. Haha!

Drive balik kampung Batu Pahat dengan Bob, Ika dan Adik. Tapi kita mai pekena kopi daripada Old Town White Coffee dulu!

Selamat tinggal kampung! Ni kampung belah ibu kat Batu Pahat.

Bosan dengan ketupat dan rendang, kita bantai makanan barat. Bajet mat saleh la tuhhh...

Aku tak bersedia lagi! Tunggu aku kira 1 sampai 99 baru ambil gambar okay?

Menu kat rumah Qarl. Sedap nak meninggal! Haha!

Kasut tu yang penting. Yang lain tak berapa penting.

Geng beraya kat Kuala Selangor dan sekitar Kuala Lumpur hari tu.

Curi-curi ambil gambar. Ni babak kat rumah Nabil.

Tak nak menyusahkan orang lain, kita guna cermin supaya semua orang dapat masuk dalam gambar.

Bukan senang nak kumpul macam ni sebab masing-masing dah bekerja kat lain-lain negeri. Alhamdulillah dapat berkumpul walaupun ada beberapa orang yang tak dapat datang.

Kawan-kawan sekolah daripada Tingkatan Satu. Siapa kahwin dulu ni?

Terima kasih kepada Nabil dan Azri kerana sudi datang beraya. Kenyang tak Nabil? Haha!

Adik Nabil, Ika dengan kawan dia, Sophie. Jangan serik untuk datang lagi ye?

Bajet macam tengah photoshoot cover album kumpulan terbaru daripada KRU. Agak over di situ.

Sebelah kiri menu rumah Adie, sebelah kanan menu rumah Abang Zizi. Aku pulak budak lelaki sebelah pintu.

Bergambar sampai cirit-birit sebelum balik daripada rumah Adie.


potpetpotpet: Jemput datang rumah. Ajak-ajak ayam je ni. Haha!

14 ulasan:

  1. seronoknya kalau dapat kumpulkan balik kawan-kawan zaman sekolah :)

    BalasPadam
  2. terbaikkk bro... bergambar sampai lebam hahahaha....

    BalasPadam
  3. Klu dah kawin...msti ssh nk buat ni lg..hihihi

    BalasPadam
  4. Tahun dpn leh jumpe kt bee pee..

    BalasPadam
  5. wah, bestnya raya awak.
    gambar pun cantik2

    BalasPadam
  6. suke giler tgk gmbr rumah kampung tuh..rumah tuh nampak awesome! area pon nmpk bersih dan suci..huhu..selamat hari raya!

    BalasPadam
  7. Time rayalah suasana lebih meriah kan..sakan beraya nampak.

    BalasPadam
  8. selamat hari raya aidil fitri. maaf lambat wish. tak pe. kan kita raya sebulan. peace


    Entri Baru Je Update : Buat Sendiri Oreo Milkshake Crunchy

    BalasPadam
  9. Baca entry ni syiok pi layan gambaq makanan ja! Hahaha

    BalasPadam
  10. Ckgu I need to get ur cntctct no coz ada hal nk dibincangkn

    BalasPadam
  11. adakah itu nabil aizat rahman?

    BalasPadam
  12. adakah itu nabil aizat rahman?

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com