Ahad, 14 Julai 2013

Terima Kasih, Terengganu!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Alhamdulillah. Akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ke Terengganu Darul Iman. Aku dapat peluang ni pun gara-gara aku ditugaskan sebagai ketua latihan dalam kumpulan untuk Kursus Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar ADTEC Melaka Sesi 2013/2014. Kalau tak? Memang entah bila aku jejak kaki kat situ.

Kursus paling santai yang pernah aku hadiri.

Kami bergerak daripada ADTEC Melaka pada sekitar jam 10 malam hari Isnin (1 Julai 2013) dan seterusnya kami tiba di ILP Marang selepas Subuh hari berikutnya. Syukur perjalanan kami tiada berlaku apa apa kesulitan. Tapi aku tak berapa sihat malam tu, suara dah mula hilang, badan pulak rasa sejuk macam nak demam. Ikut hati memang tak larat nak pergi. Tapi bila difikirkan budak-budak ni, aku tetap gagahkan diri untuk pergi. Cehhh... Drama rtm sangat kan? Haha!

Ni sebelum pergi sarapan pagi.

Dua kali sarapan makan laksam.

Pagi hari Selasa (2 Julai 2013), iaitu pagi hari kami sampai kat ILP Marang, kami semua bersihkan diri sebelum kursus terus dimulakan dengan slot yang pertama. Dah la leher sakit akibat tidur dalam keadaan teleng. Sampai sampai je terus program mula? Pengsan!

Muzium Negeri Terengganu.

Kat depan pintu masuk Muzium Negeri Terengganu.

Pada hari Khamis (4 Julai 2013), kami berjaya melawat beberapa tempat menarik yang terdapat di Terengganu. Pertama sekali kami singgah di Muzium Negeri Terengganu. Harga masuk adalah RM5 untuk dewasa. Tapi masa tak mengizinkan untuk kami betul-betul menikmati keindahan yang terdapat di Muzium Negeri Terengganu ni. Aku dapat nampak beberapa gerombolan murid-murid sekolah dan pelajar-pelajar kolej kat situ. Kagum! Memang hidup Muzium Negeri Terengganu ni. Dah habis masa kat Muzium Negeri Terengganu, kami terus ke Masjid Kristal. Memang cantik Masjid Kristal ni tapi setakat cantik macam tu je la. Ambil gambar sekali dua, dah boleh naik bas semula pergi tempat lain pulak.

Keindahan Masjid Kristal.

Destinasi yang seterusnya ialah Pasar Payang. Pasar Payang ni terletak kat Kuala Terengganu, betul-betul menghadap Laut China Selatan. Kat sini la duit mengalir macam air terjun sebab kat sini la tempat nak beli keropok lekor, keropok ikan, keropok udang, kuih-muih, biskut-biskut dan sebagainya. Dompet pun jadi nipis senipis kulit bawang. Over tak perumpamaan aku?

Ni kat dalam Masjid Kristal.

Kursus berakhir pada hari Jumaat (5 Julai 2013). Lepas solat Jumaat, kami semua bertolak pulang ke ADTEC Melaka. Selesai dah Kursus Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar ADTEC Melaka Sesi 2013/2014. Semoga semua beroleh manfaat daripada kursus ini, tak sikit, banyak, tak banyak, sikit pun jadi.

Dinner hari terakhir di Terengganu Darul Iman.

potpetpotpet : Perubahan itu bermula daripada dalam diri.

18 ulasan:

  1. Bumi Cik Siti Wan Kembang is negeri Kelantan la :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih. dah betulkan dah. :")

      Padam
  2. masa sekolah dulu pernah ada trip ke Terengganu..
    seronok pusing KT..
    dan muzium terengganu yang sangat besar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes. besar muzium negeri dia.
      kagum.

      Padam
  3. laksam tu sedappppppppppppppppppppppppppp,ganu sedak dih :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahhh! ganu belah mana ni?

      Padam
    2. hahaa...kita kelate la :P

      Padam
  4. lama tak pergi tengganu ....

    this December mesti kena gi sana ... :3

    BalasPadam
    Balasan
    1. selalu pergi Terengganu ye? :)

      Padam
  5. teringin nk g Ganu..hehe..one day..yes..haha

    BalasPadam
  6. welcome tu terengganu... warghh!! nak balik ganu.. dah 3 bulan kat melaka ni.. T_____T

    BalasPadam
  7. ni cerita pasal kursus ke cerita pasal jalan2 melawat terengganu...haha.. ok2, mana keropoknye???

    BalasPadam
  8. ILP dekat je dgn rumah iqa tuuuu. Hehehe.

    Kalau orang luar pergi pasar payang, mmg laju jelah mengalir duitnye. ^_^

    BalasPadam
  9. zami..tu baru jalan-jalan kat darat. belum pergi pulau kat ganu lagi. nnti free pi la redang ke, perhentian ke, konfem datang sekali nak datang lagi. haha

    BalasPadam
  10. bulan lepas baru je p.. sekali harung p kelantan ikut rombongan cik kiah..
    mmg mengalir duit macam air deras tade non stop! huaaaaaa!

    p/s : tp yg lagi best, diaoang p melawat2 sy bantai tido dalam bas~! memang best!! haha..

    BalasPadam
  11. awk belaja kat adtec melaka ke? sy unikl micet depan tuu.. (O.o)

    BalasPadam
  12. jiwa peminpin kau ni, pergh. weh....asal terselit gambar makanan , aku lapiaqq haha,

    BalasPadam
  13. la ada juga orang yang tak pernah jejak kaki kat negeri pantai timur.. ingatkan aku jew.. spesies orang macam nie..

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com