Rabu, 17 Julai 2013

Mencabar Diri Sendiri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Sehari sebelum puasa iaitu hari Selasa bersamaan dengan 9 Julai 2013, aku telah diberikan amanah sebagai pengerusi majlis untuk Majlis Pelancaran Program Kolej Vokasional Di Institut Latihan Perindustrian: Kolaboratif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bersama Kementerian Sumber Manusia (KSM). Aku berganding bahu dengan Puan Ina daripada KPM. Apa yang membuatkan aku kecut perut masa tu ialah usia Puan Ina lebih kurang usia ibu! Sah sah la pengalaman Puan Ina ni macam Laut China Selatan, pengalaman aku pulak macam air dalam cawan. Nampak tak perumpaan yang cuba disampaikan di situ?


Tapi alhamdulillah, Puan Ina sangat membantu dan tidak sombong. Walaupun aku tahu aku tak banyak pengalaman, baca skrip teks pengerusi majlis pun macam baca buku cerita sang kancil dengan sang buaya, Puan Ina tetap santai, banyak beri kata-kata semangat dan dorongan. Terharu aku di situ kalau boleh nak nangis teresak-esak tepi perigi.

Majlis ni diadakan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas. Dan majlis ni sepatutnya dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri kita dan pada masa yang sama merangkap Menteri Pendidikan. Tapi YAB tak dapat hadir jadi beliau wakilkan Timbalan Menteri Pendidikan, Tuan P. Kamalanathan a/l Panchanathan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah kerana beliau yang cadangkan nama aku untuk jadi pengerusi majlis pada hari kejadian. Pada mulanya aku tak berani langsung nak terima sebab majlis ni kira besar sebab melibatkan YAB. Tapi aku terima jugak sebab konon konon nak mencabar diri sendiri. Lagipun peluang ni bukan datang kat semua orang.

Trivia aku sebelum, semasa dan selepas majlis ni:
  • Aku hilang suara gara-gara berlatih baca skrip teks pengerusi majlis tanpa henti. Sengaja bagitahu konon konon sebagai bukti aku ni rajin dan berdedikasi la kot?
  • Aku tak sentuh minuman sejuk apatah lagi berais selama seminggu sebelum hari kejadian. Bajet suara terus sedap la kalau buat macam tu? Pui!
  • Timbalan Menteri Pendidikan, Tuan P. Kamalanathan sebut nama aku dan Puan Ina masa bagi ucapan. Kelu lidah masa tu sebab jarang tetamu sebut nama pengerusi majlis sebab biasanya tetamu akan sebut terima kasih saudara dan saudari pengerusi majlis. Ni tak! Beliau sebut terima kasih Encik Hizami dan Puan Ina selaku pengerusi majlis pada hari ni. Pehhh!
  • Ini merupakan majlis kedua aku sebagai pengerusi majlis yang melibatkan menteri. Majlis yang pertama sebelum ni ada membabitkan Menteri Sumber Manusia. Alhamdulillah atas kepercayaan yang telah diberikan.
  • Majlis mengambil masa tidak sampai satu jam. Sekejap je majlis ni sebenarnya tapi raptai macam 3 hari 3 malam punya majlis. Haha!



potpetpotpet : Ada masanya peluang datang hanya sekali.

5 ulasan:

  1. Keluarkan segala potensi yang ada dalam diri, yakin jak. Apa-apa pun taniah.

    BalasPadam
  2. tahniah...wah sudah terbukti diri punyai potensi.. walaupun pengalaman sekadar air dalam cawan katanya..:) gudjob!!

    BalasPadam
  3. Maaf saya tak ketemu chat box di page saudara. 2-3 minggu lepas saya ada TERlihat header Budak Lelaki Sebelah Pintu yang di reka oleh 3 rakan saya. Dan hati tertanya - tanya siapakah BLSP. Saya cuba tanya en. google dan dijawab nya page ini =)

    apa pun saya suka penulisan entry saudara . Do it well !

    Salam Ramadhan . Kindly visit my page here -

    http://anengsipelukis.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. yakin boleh pasti boleh wat punya..haha...confident tu penting haha..btw thniah..

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com