Jumaat, 21 Jun 2013

5 Kelebihan Video Di Instagram

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Pagi ni dikejutkan dengan ciri terbaru Instagram, yang mana sekarang kita boleh upload video. Pulak dah? Siapa yang tak tahu lagi tu, boleh la buat muka terkejut sekarang. Jadi, apa relevannya ciri ni diperkenalkan? Apa yang lainnya ciri ini dengan aplikasi-aplikasi perkongsian video sedia ada? Setelah aku try and error pagi tadi, so aku dapat nampak beberapa kelebihan video di Instagram. Sedia?

Pertama,
 
  • Kita dapat delete frame bila kita tak puas hati dengan aksi dalam frame tu. Maksudnya, dalam satu video tu kita boleh rakam beberapa frame. Kalau kita tak puas hati, kita dibenarkan delete frame yang terakhir dalam video tu. Kalau tak puas hati lagi, delete je semua. Habis cerita.

Kedua,
  • Kita diberi pilihan untuk menentukan cover frame bagi video kita tu. So daripada situ kita akan dapat pilih frame yang cantik ke hensem ke comel ke seksi ke supaya kita akan dapat lebih ramai follower lepas tu. Boleh camtuh? Kalau tak dapat ramai follower jugak, istighfar banyak banyak ye? Heh.

Ketiga,
 
  • Nama pun Instagram. Tak macho la kalau takde filter dia tu kan? Bila kita nak upload gambar kat Instagram, kita diberi pilihan untuk guna filter yang ada. Perkara yang sama jugak untuk video. Kita boleh guna 13 jenis filter yang ada. Filter untuk video ni sama je macam filter untuk gambar. Nama setiap filter je yang dah lain kot?  

Keempat,
  • Bila rakam video guna Instagram, kita boleh tap pada skrin supaya fokus kat mana mana bahagian yang kita nak. Hasilnya? Nampak macam professional la sikit. Sikit je, tak banyak. Jangan nak over okay? Haha!

Kelima,
  • Ciri video kat Instagram diperhebatkan lagi dengan tool yang dapat menstabilkan imej. So video akan jadi lebih smooth. Untuk ketahui perbezaannya, kita boleh tekan kat icon yang macam vibrate seperti yang terpapar kat gambar kat atas tu.


potpetpotpet: Lepas ni dah boleh delete Keek! LOL!

12 ulasan:

  1. tak payah keek dah instagram pun boleh hihi...

    BalasPadam
  2. Wahhh. Lagi best dari keek!
    Siap ade filter sume.
    Terbaiklah. :)

    BalasPadam
  3. vid for instagram nie nak bersaing dengan vine from twitter....pasni hello keeekkerrss tu tinggal kenangan sudaa

    BalasPadam
  4. teringin nk try..tp lps update x blh record pun..x de simbol video lgsung pun huhu..saya guna samsung wonder..tak support ke apa erk?

    BalasPadam
  5. cool. lepas ni "cikgu" boleh rakam anak2 hahahaha.. asal aku nye ig sama je oi hizami nak kene update ke cemana?

    BalasPadam
  6. Ooooo terima kasih buat entry nih
    baru tahu mcm mana nak buat :')

    BalasPadam
  7. Instagram tergugat dengan keek. Hehehehe Terbaik lah.

    BalasPadam
  8. Aah baru tau pasal ni..pelik jgk td tgk zami post video kat ig.hehe. Thanks for the info ye :)

    BalasPadam
  9. nduk bah haha....takde aplikasi instagram ni....sapa2 yg sudi pinjamkan handphone yg ada instagram tuh * samsung boleh lah pm saya ye haha

    BalasPadam
  10. okeh sy sentap..xde insta la..eiii mencik2 tw..grrrrr =_=

    BalasPadam
  11. pesaingan sihat instagram vs keek... huhu..
    intsagram lagi best kot, sbb boleh edit2 video kan..

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com