Selasa, 28 Ogos 2012

Kalau Boleh Nak Datang Beraya Rumah Semua Orang!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Jom baca kisah raya aku tahun ni. Aku rasa penat jugak beraya selama tiga hari berturut-turut. Rasa macam nak kena cirit-birit je. Nasib tiga hari berturut-turut je. Kalau empat hari berturut-turut, mungkin boleh jadi buasir. Kbai.


Hari Selasa (3 Syawal)

Pada hari raya ketiga, rumah aku dikunjungi oleh kawan-kawan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Dol Said. Lepas rumah aku, kami beraya rumah Ejam pulak. Lepas tu, kami berpecah sebab aku, Kmel, Pyan dan Ejam nak beraya rumah Adie manakala yang lainnya nak beraya rumah siapa siapa entah. Sampai je kat rumah Adie, aku jumpa Afiq, kawan yang dah lama aku tak jumpa. Lebih daripada setahun kot? Mungkin dua tahun? Tak pasti la pulak. Dan dia sanggup tunggu berjam-jam lamanya semata-mata nak jumpa aku sebelum dia berangkat pulang ke ibu kota malam tu jugak since dia bekerja pada keesokan harinya. Gila tak terharu? *tarik tisu tandas nak lap air mata*



Hari Rabu (4 Syawal)

Kali ni beraya dengan kawan-kawan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Sultan Muhammad pulak. Kami bergerak ke rumah Jax since rumah dia ada buat makan makan sikit. Lepas pergi rumah Jax, kami bergerak ke rumah Adie pulak. Okay. Aku sorang je yang dah datang beraya rumah Adie. Dorang belum lagi. So? Nak tak nak, ikut je la. Tak dilupakan jugak, Khal yang turut berada di bumi Melaka. Sempat calling calling dia jemput datang rumah Adie sekali. Nasib dia takde hal petang tu. Dah. Tu je kot.



Hari Khamis (5 Syawal)

Malam semalamnya Qarl sempat call bagitahu dorang nak datang beraya kat Melaka. Kenapa tak call time dah sampai depan rumah je kan? Haha. Mula-mula dorang datang rumah aku. Then, dorang gerak ke rumah Eazy dan seterusnya rumah Syafiq Rosli. Aku dengan Adie tak join dorang sebab kami pergi beraya rumah kawan-kawan yang lain. Sebelum dorang meninggalkan bumi negeri bandar teknologi hijau ni, dorang sempat singgah rumah Adie dulu. Okay. Cuba teka, aku ikut sekali ke tak? Yes. Aku ikut sekali, beraya rumah Adie untuk kali yang ketiga! Tak pasal pasal abang Adie tanya esok nak datang lagi tak. Haha. Macam siot je perasaan aku masa tu. Agak kejam di situ ye.


Lepas selesai beraya rumah Adie, dorang menuju ke rumah Nabil Aizat yang terletak di Subang. Tapi aku dengan Adie masa tu tengah dalam dilema, tak tahu sama ada nak pergi atau tidak. Setelah menunaikan solat sunat hajat secara berjemaah, kami memutuskan untuk turut serta beraya rumah Nabil Aizat. Okay. Niat  nak solat sunat hajat tu dah ada. Cuma tak berkesempatan nak tunaikan. Hehe. So, aku, Adie, Fiq Fikri dan Amir Naufal bergerak dari Melaka selepas Maghrib. Pejam celik pejam celik, kami sampai rumah Nabil Aizat dalam pukul 10 lebih macam tu kot? Alhamdulillah. Takde masalah sepanjang perjalanan pergi dan balik. Aku sampai rumah lebih kurang pukul 2 pagi. Biarpun penat, aku enjoy habis hari tu. Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana mempertemukan aku dengan mereka mereka ini. :")



potpetpotpet : Ada sesiapa nak datang beraya rumah aku? :P

Ahad, 26 Ogos 2012

Indahnya Beraya Di Kampung

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Tajuk entri dah macam tajuk lagu hari raya. Haha. Tahun ni aku beraya kat kampung belah ibu kat Batu Pahat, Johor. Kami sekeluarga bertolak selepas Subuh pada hari Sabtu yang lepas, sehari sebelum raya. Masa tu yakin yakin je raya hari Ahad. Nasib betul raya hari Ahad. Dan alhamdulillah, perjalanan berjalan dengan lancar, takde masalah trafik langsung. Ni kali pertama kami balik kampung dengan dua buah kereta. :")

Anak buah yang comel! Bukan selalu dia bagi aku dukung dia. Ni first time kot.

Hari raya pertama

Selesai solat sunat hari raya kat masjid berdekatan, kami semua baca yasin dengan tahlil. Dah habis yasin dengan tahlil, sesi bermaaf-maafan pula. Masa ni la air mata turun macam air terjun. Tsk tsk tsk...

Last but not least, masa untuk tangkap gambar! Tapi gambar kami sekeluarga kemain skema. Dah macam tangkap gambar tiang lampu je. Aku tengok orang lain punya keluarga kemain posing sakan. Haha. Dah dah. Jom tengok gambar gambar hari raya pertama aku kat kampung belah ibu.

Tangga kat depan kampung aku. Lighting tak seimbang!
Tak boleh berdiri lagi tegak ke?
Tahan nafas!
Ini bukan pokok ye.
Tak semua tapi tak apa. :")
Nyaie tengah kira kambing biri-biri. Sekor, dua ekor, tiga ekor dan seterusnya.
Tengah dengar taklimat. Haha. Kejadah taklimat? Ni sebelum baca yasin dengan tahlil ni.

Takde aktiviti sangat hari raya pertama hari tu. So, petang tu aku dengan Nana, Ika dan Adik pergi Batu Pahat Mall. Lebih kurang setengah jam perjalanan juga. Eh. Ni bukan nak shopping tapi saja jalan jalan cuci mata di hari raya hari bahagia. Tu je la aktiviti hari raya pertama aku. Sekian.

Bersama nyaie! Nyaie yang nak sangat tangkap gambar kat tangga ni. :")
Apasal nampak macam sebaya je ni? Kbai.
Husna yang comel!
Sendiri lagi. Haha. Caption nak forever alone.


potpetpotpet : Tunggu next entry yang penuh dengan jejaka idaman Malaya.

Sabtu, 18 Ogos 2012

Terimalah Kad Raya Syok Sendiri!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Nak tengok tak kad raya syok sendiri? Haha. Aku rasa kat facebook dua tiga hari ni penuh dengan kad raya syok sendiri! For your information, ciri-ciri kad raya syok sendiri ialah tempek gambar muka sendiri lepas tu letak la selamat hari raya maaf zahir batin macam la tak biasa haha. Bajet macam retis la sikit sikit. Haha. Tak nak ketinggalan, aku pun hasilkan kad raya syok sendiri juga! Terimalah kad raya syok sendiri edisi Budak Lelaki Sebelah Pintu kat bawah ni haaa...


Sepatah dua kata:
Jangan fikirkan kebaikan yang telah kita lakukan tapi fikirlah keburukan yang telah kita lakukan. Jangan fikirkan keburukan yang telah orang lain lakukan tapi fikirlah kebaikan yang telah mereka lakukan. Semoga kita menjadi insan yang lebih cemerlang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. *ayat nampak sangat cikgu*
Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua kaum keluarga, sanak saudara, rakan sejawat, anak didik, sahabat handai, rakan dan taulan yang mengenali diri ini. Ampun maaf dipinta, halal makan dan juga minum. Semoga ibadah kita pada sepanjang bulan Ramadhan yang lalu diterima oleh-Nya. Amin.


potpetpotpet : Jemput datang rumah ye? :")

Khamis, 16 Ogos 2012

Raya Sebelum Waktu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah, kita telah diberikan peluang untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ni. Tahun depan? InshaAllah kalau panjang umur. Sedar tak sedar, bulan Ramadhan dah nak habis dah. Tapi rasa macam baru semalam start puasa. Kan kan? Okay. Lepas bulan Ramadhan bulan apa ye adik adik? Bulan Syawal! Yeay!!! Raya! Raya! Raya! *aku tanya aku jawab lepas tu excited sorang sorang*

Hujung minggu lepas, Amir Naufal ajak aku join photoshoot dorang, photoshoot raya sebelum waktu. Aku ni pantang nenek moyang aku kalau diajak photoshoot. Haha. Kali ni, photoshoot kat studio. Okay. Aku lupa studio tu kat mana. Sorry. Puasa puasa ni lemau sikit, ingatan pun jadi macam kejap ingat kejap tak.

Tanpa membuang masa, jom kita saksikan gambar gambar yang telah aku sedut daripada Amir Naufal, kemudian aku pilih, lepas tu aku edit, seterusnya aku upload dan akhirnya korang pun tengok kat blog aku ni. Tak perlu kot explain? Heh.


Mereka yang terlibat:
Hizami Li, Hamdi Razalli, Fiq Fikri, Amir Naufal, Faradiella, Eyffa Chong, Shila Isham & Siti.

So, macam mana dengan hasil photoshoot kali ni? Ada rasa macam nak datang raya rumah aku tak? *bunyi cengkerik* Okay. For those yang nak mendapatkan khidmat photography, tak kisah la majlis kahwin ke, majlis hari jadi ke, majlis graduasi ke, majlis bersalin ke, majlis mandi bunga ke, boleh la pergi like page Amir Naufal Photography ni. Apa apahal, tanya Amir Naufal kat page tu, jangan tanya kat kaunter pertanyaan yang berhampiran. Kbai.


potpetpotpet : Tahun ni kena bagi duit raya. :(

Rabu, 8 Ogos 2012

#GatheringIftar2012 Meriah Seperti Hari Raya!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah kerana mengurniakan nikmat sihat ini kepada aku. Kalau tak, aku memang tak dapat nak join #GatheringIftar2012 ni. Terima kasih kepada Amir Rayyan sebagai penasihat dan Qarl sebagai pengarah program. Pada hemat aku, ni la gathering paling lengkap daripada segi pengisiannya. Eh. Sebelum tu, #GatheringIftar2012 kali ni diadakan di Ar-Rayyan Kids yang terletak di Kelana Jaya.


Majlis bermula sekitar jam 6.30 petang dengan aktiviti menghias kek. Jangan tak tahu, kek yang disediakan ialah kek Red Velvet ye. Bukan calang calang jenis kek tu. Air tangan siapa lagi kalau bukan Nabil Aizat kan? Kalau air tangan aku dia jadi kekwat. Okay. Lawak hambar. Satu kumpulan terdiri daripada 4 orang. Dan kita ada 4 buah kumpulan. Untuk pengetahuan, aku tak join mana mana kumpulan. Tugas aku sepanjang aktiviti tu ialah gelakkan aksi dan gelagat mereka je. Nampak macam senang tapi susah sebenarnya.


Selesai aktiviti menghias kek, tibalah waktu berbuka yang ditunggu-tunggu. Siapa tak tertunggu-tunggu tu mesti dia tak boleh puasa kan? Haaa... Kami buka puasa dengan air teh o ais je dulu sebelum menunaikan solat Maghrib secara berjemaah kat tingkat atas. Dah selesai solat Maghrib baru kami sambung buka puasa dengan bermacam-macam juadah yang tersedia. Ada nasi hujan panas terik petir kebaboom, ada ayam masak merah (kot), ada nenas masak kari (agaknyalah), ada popia basah, ada kek coklat strawberry, ada karipap, ada sosej bergulung dan banyak lagi. Bazar Ramadhan pun tak meriah macam juadah kami!


Okay. Tulis panjang panjang pun bukan ada orang nak baca. Membazir tenaga je tekan keyboard lama lama. Secara ringkasnya apa yang berlaku pada hari kejadian:


6.30 petang: Aktiviti menghias kek
7.30 petang: Berbuka puasa dan solat Maghrib secara berjemaah
7.55 petang: Sambung berbuka puasa
8.20 malam: Sesi memperkenalkan diri masing-masing
8.40 malam: Tazkirah oleh imam muda
9.20 malam: Solat Isyak dan solat sunat Tarawih secara berjemaah
10.50 malam: Permainan - Super Spontan dan 3, 6, 9
12.00 tengah malam: Bersurai

Alhamdulillah. #GatheringIftar2012 berjalan dengan lancar. Masa mula mula aku sampai, aku dah risau sebab ramai yang hadir aku tak berapa kenal apatah lagi rapat. Aku ni dah la jenis dulu malu tapi mahu kini baru ku tahu. Haha. Terima kasih kepada #GatheringIftar2012 kerana memperkenalkan aku dengan mereka semua. Semoga ikatan persahabatan ini berkekalan hendaknya.


Follow these amazing people! Termasuk aku? Haha!


potpetpotpet: Berkawan biar sampai tak boleh kira dengan jari.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com