Isnin, 30 Julai 2012

15 Status Facebook Terbaik!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Actually takde apa nak update. Since dah kerja ni, hidup aku macam bosan je. Masuk kerja pukul 8 pagi, balik kerja pukul 5 petang. Malam tu duduk rumah je. Hujung minggu kalau sempat pergi tengok wayang, kalau tak sempat duduk rumah (lagi?) lepas tu basuh kereta, gosok baju seluar dengan kiwi kasut. Nampak tak siratan makanan hidup aku di situ? Okay. Perenggan pertama ni sangat lari daripada tajuk kita pada hari ni.

Iklan 1Malaysia. Janji ditepati! Kbai.

Aku ada SATU (1) akaun facebook sahaja. Takde dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan dan seterusnya boleh kira sendiri. Penat kot nak jawab soalan sama: ni facebook anda ke?; mana satu facebook anda?; anda ada berapa facebook?; ini gambar anda?; anda hensem sekali!. Okay. Soalan last tu je yang takde orang tanya sebab tu bukan soalan tapi ayat penegasan. Eh? Aku kadang-kadang marah, bukan marah dengan orang yang tanya soalan-soalan tu tapi marah dengan orang yang guna gambar aku tu. Tapi apa nak buat, bak kata pepatah, once it's on the internet, it's there forever. Bagi menjernihkan keadaan, sekali lagi, ni satu-satunya facebook aku: www.facebook.com/hizami.rahim. Kalau jumpa profile lain yang guna gambar aku, tu bukan aku tapi FAKER! Okay. Lari daripada tajuk untuk kali yang kedua.

Aku dah senaraikan 15 status facebook terbaik yang pernah aku post sepanjang tahun 2012 ni, setakat ni. Terbaik pada pendapat aku la kan. Nampak sangat syok sendiri! Haha. So, entri ni bertujuan untuk berkongsi status-status yang mungkin bersangkut-paut dengan pembaca-pembaca sekalian. Kalau takde sangkut paut, pergi sangkut baju sana. Kbai.

  • Dalam hidup ni, kenangan yang paling indah selalunya tidak dirakamkan oleh kamera.
  • Hargai apa yang sedang kamu miliki sebelum ia bertukar menjadi apa yang pernah kamu miliki.
  • Hadiah yang terbaik daripada kita untuk seseorang ialah masa. Kerana kita tidak akan mungkin mendapatkan masa itu semula. Jadi, luangkan masa dengan mereka yang tersayang kerana sesungguhnya itulah hadiah yang terbaik.
  • Belajar menghargai apa yang kamu miliki sekarang ini. Atau masa akan mengajar kamu untuk menghargai apa yang kamu miliki sekarang ini.
  • Kita mungkin tidak dapat mengubah orang lain. Tapi kita dapat mengubah persepsi kita terhadap orang lain.
  • Selalu kita nampak orang yang dapat peluang tapi dia sia-siakan peluang tu. Orang yang beriya-iya mahukan peluang tu pula? Tak dapat peluang tu langsung! Jadi, bersyukurlah dengan setiap peluang yang kita dapat kerana bukan semua berpeluang mendapat peluang seperti yang kita dapat. Ucap alhamdulillah.
  • Senyum. Tunjukkan pada mereka yang pada hari esok kita lebih kuat daripada hari ini.
  • Hari yang baik memberikan kita kegembiraan. Hari yang buruk memberikan kita pengalaman. Dan kedua-duanya penting dalam hidup kita.
  • Matematik mungkin telah mengajar kita tambah, tolak, darab dan bahagi. Tapi Matematik juga telah mengajar kita bahawa setiap masalah itu ada penyelesaiannya!
  • Carilah pasangan yang dapat mengubah hidup kita (ke arah yang lebih baik) dan bukannya pasangan yang hanya dapat mengubah status kita semata-mata.
  • Salah satu keajaiban gambar-gambar yang kita ambil ialah gambar-gambar itu tidak berubah (kecuali photoshop!) biarpun orang yang berada dalamnya telah berubah.
  • Lelaki yang bijak akan membuka minda wanita. Lelaki yang kacak akan membuka mata wanita. Lelaki yang beriman akan membuka hati wanita.
  • Ciri lelaki sejati ialah berupaya untuk menjadi imam pada bila-bila masa, di mana jua.
  • Aku percayakan cinta pandang pertama. Sebab aku masih cintakan ibu dan ayah pada aku saat pertama kali aku buka mata.
  • Lupakan apa yang telah menyakitimu pada masa lalu. Tapi jangan lupakan apa yang telah kamu belajar daripadanya.

potpetpotpet : Selamat menjalani ibadah puasa!

Rabu, 11 Julai 2012

Hizami Rahim Di Muka Hadapan Maskulin?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Jangan percaya tajuk tu. Haha. Pada hari Sabtu yang lepas, aku sempat ikut Pojie dan Amir Naufal photoshoot dengan Fiq Fikri. Aku dah bagitahu awal awal yang aku tak reti nak pose depan kamera sebab aku bukan model macam Fiq Fikri. Tapi bukan selalu aku dapat bekerjasama dengan dua orang photographer hebat ni. Ibarat orang mengantuk diberi makan ubat selsema, memang tidur mati la jawabnya.

Nak tengok hasilnya? Jom...







Yang mana satu pilihan anda? Cehhh... Terima kasih diucapkan kepada Pojie dan Amir Naufal kerana sudi menangkap gambar gambar aku yang sangat kayu depan kamera. Salah silap harap dimaafkan. Halalkan makan minum sekali. Eh? Salah bagi ucapan pulak, tu patutnya ucapan raya. Lepas ni jangan lupa ajak aku lagi ye? Walaupun aksi aku macam budak budak ambil gambar passport.

Jangan lupa like page Pojiegraphy kat SINI.
Jangan lupa like page Amir Naufal Photography kat SINI.


potpetpotpet : Ada lagi gambar tak upload. Tunggu next entri ye?

Isnin, 9 Julai 2012

Pizza Hut Untuk Ayah! Atau Husna?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Alhamdulillah. Hari Sabtu baru-baru ni kami sekeluarga sempat celebrate hari lahir ayah lebih awal daripada sepatutnya. Hari lahir ayah 12 Julai ini. Tapi kami sambut awal sebab kebetulan semua ahli keluarga kami ada kat rumah pada hujung minggu tu. Nak sambut 12 Julai tu memang tak dapat la kan. Bob ada kat UiTM Shah Alam. Ika ada kat UIA. Adik ada kat UKM. Ayah, ibu, aku, Nana dengan Husna je yang ada kat rumah. Tak best la kalau tak cukup ahli.


Kalau bawa Husna ni keluar makan, tempat dia tak lain tak bukan Pizza Hut la. Husna suka sangat dengan sup cendawan Pizza Hut. Nak tak nak, setuju je la dengan pilihan Husna. Kalau bawa tempat lain, takut dia tak makan pulak ni. Siapa yang susah? Satu keluarga juga yang susah. Tu belum aksi-aksi merajuk dia yang berada dalam kategori 18SG! Dan 18SG tu takde kena mengena dengan MSG. Kbai.






Kami pilih the latest promotion from Pizza Hut, Chicken Cheesy Bites Steak pizza. Honestly, kami tunggu hampir sejam untuk pizza ni sampai. Aku tak tahu apa yang special sangat pizza ni sampai nak kena tunggu lama macam tu. Mungkin nak kena tunggu all ingredients jatuh daripada langit kot? Haha. Okay. Macam mana dengan rasanya? Bagi aku, Pizza Hut pernah hasilkan pizza yang lagi sedap daripada Chicken Cheesy Bites Steak pizza ni. Tapi tak salah untuk mencuba kan? Lain orang, lain lidahnya.




Eh. Ni entri pasal Pizza Hut ke hape? Patut entri ni special untuk ayah aku. Haha. Okay. Kepada ayah, kami sekeluarga mendoakan ayah sihat selalu dan sentiasa dilindungi Allah. Eh. Ringkas je? Nak panjang panjang ada dalam doa yang dipanjatkan ke hadrat Allah SWT.



potpetpotpet : Ayah hero aku!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com