Isnin, 25 Jun 2012

Aku Tonton Abraham Lincoln: Vampire Hunter

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Semalam aku, Adie dan Kmel pergi tengok wayang filem Abraham Lincoln: Vampire Hunter di Aeon Bandaraya Melaka. Okay. Filem ini diklasifikasikan sebagai 18PL. Adik-adik yang masih bersekolah adalah dilarang sama sekali untuk menonton filem ini. Siapkan kerja rumah yang cikgu bagi tu dulu ye.

Filem ini mengisahkan Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat yang ke-16, menjalankan misi menghapuskan vampire yang terdapat di negara tersebut. Perjuangannya bermula selepas ibu Abraham Lincoln mati akibat daripada gigitan vampire.

Tajuk filem ini mungkin a bit cliche. Tapi jangan risau, filem ini menjanjikan aksi yang padat dan mengejutkan. Aku tertarik dengan babak-babak aksi yang ditonjolkan. Bila tiba babak-babak aksi itu, aku selalu dikejutkan dengan kemunculan vampire yang tiba-tiba muncul semula selepas menghilangkan diri! Part itu paling mendebarkan! I was like, mana dia ni? Kat belakang? Depan? Atas? Bawah? Pengsan!

You should know that sound effect dalam filem ini sangat membantu babak-babak aksi tersebut. Bukan setakat sound effect je yang best, angle dan pergerakan kamera di samping slow motion effect turut mencantikkan filem Abraham Lincoln: Vampire Hunter ini. Aku tengok 2D. Tapi aku gerenti kalau tengok 3D, lagi puas hati sebab banyak kesan-kesan khas yang hebat.

Bagi aku plot bagi filem ini mudah dan simple. Filem ini tidak menceritakan secara terperinci macam mana Abraham Lincoln menjadi Presiden Amerika Syarikat kerana filem ini lebih menekankan kepada kehidupan Abraham Lincoln sebagai pemburu vampire. Dan vampire dalam filem ini agak menarik kerana tak macam Twilight yang nak kena sentiasa nampak hensem dan cantik je sepanjang masa. Vampire dalam filem ini sangat hodoh dan menakutkan.

Perkara yang paling best dalam filem ini ialah pada penghujung filem ini kerana kita akan tahu siapa pembelot dalam kalangan kawan-kawan Abraham Lincoln, siapa yang balas dendam terhadap kematian siapa, manusia menang atau vampire menang, happy ending atau sad ending dan macam-macam lagi. Nak tahu? Kena la tengok filem Abraham Lincoln: Vampire Hunter di panggung wayang berdekatan. Aku jamin korang takkan tertidur! Tapi sebaliknya korang akan sibuk tutup tutup mata! Macam siapa? Macam Adie! Eh?

Aku bagi 4/5 bintang.



potpetpotpet : Nak tengok Brave tapi tak nak tengok 3D.

Rabu, 13 Jun 2012

Meluncur Ais Dengan Kung Fu!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Pada hari Sabtu yang lepas, aku, Adie, Ijat dan Wan pergi main ice-skating kat Sunway Pyramid. Tiba-tiba je nak main? Okay. Sebenarnya kami nak raikan Ijat sebab dia dapat posting kat Sabah. A big yeah for him! And for your information, Ijat mula berkhidmat kat Sabah pada 23 Mei 2012 yang lalu. Cuti sekolah dua minggu yang baru habis hari tu dia sempat balik ke semenanjung. Eh. Kalau nak tahu macam mana kehidupan Ijat kat Sabah, boleh la jenguk jenguk blog dia kat SINI.


Serious aku macam huh? Main ice-skating? Aku tak pernah main ice-skating sebelum ni. Wan kata sama macam main rollerblade. Aku sekali lagi huh? Aku tak pernah main roller blade! Adeh. Loser gila bila semua benda tak pernah main. Sebelum masuk, aku dah berpeluh-peluh dah sebab aku rasa macam semua orang kat atas tu tengah tengok aku. Setelah dipaksa, baru la aku dengan malu tapi mahu melangkah masuk ke pentas ais tu.


Kalau kau ada kat situ memang kau boleh nampak aku dengan aksi kung fu, karate, silat gayung, silambam, tai chi dan macam-macam lagi la masa aku tengah cuba nak seimbangkan badan aku daripada terjatuh.Dan alhamdulillah, aku tak jatuh biarpun sekali. Tapi ada sekali tu aku berlanggar dengan siapa entah. Tapi takde la sampai terjatuh. Dan aku rasa orang lain semua takut nak dekat dengan aku sebab aku macam dapat rasakan yang semua orang mengelak bila aku lalu dekat dekat dengan orang. Haha. Rasa hebat je masa tu sebab semua orang bagi laluan kat aku!


Jumpa lagi Ijat! Hari Raya Aidilfitri ni kan? Boleh la feeling lebih bila dengar lagu Dendang Perantau lepas ni. Haha. Have fun di negeri orang!



potpetpotpet : Ijat ialah seorang cikgu biologi.

Selasa, 5 Jun 2012

Makan Untuk Hidup

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah kerana aku masih lagi dapat rasai nikmat makan. Errr... Untuk makluman, entri kali ni pasal makan semata-mata. Ni sebab baru lepas tengok masterchef selebriti malaysia punya pasal. Kepada pembaca-pembaca sekalian, selamat mencuci mata dengan makanan-makanan yang aku hidangkan secara visual!

Okay. Sekarang aku nak update pasal tempat-tempat yang aku tak pernah datang makan atau baru sekali dua aku pergi makan. First, aku pergi makan kat Old Town White Coffee dengan Adie dan Wan Fuuyoo. For your information, aku baru kali kedua makan kat Old Town White Coffee. Tapi paling best bila Wan Fuuyoo belanja aku dengan Adie malam tu! Haha. Dia belanja sebab dia kata dia dah kalah bowling sebelum tu. Eh? Terbagitahu pulak.

Kad raya daripada Old Town White Coffee.

Iced Hazelnut White Coffee.

Chicken Hor Fun.

Selain tu, aku telah menjejakkan kaki ke Papa John's yang terletak di Aeon Bandaraya Melaka. Kali ni aku makan dengan teman-teman rapat aku sejak dari zaman sekolah menengah lagi iaitu Kmel dan Ezam. Anyway, pizza dia takde la sesedap Domino's. Tapi aku tertarik dengan sosnya kerana pada aku sos tersebut telah menjadikan pizza tu bertambah sedap untuk dimakan.

Super Papa's.

Jemput tengok.

Bersama teman-teman rapat since secondary school.

Ingat aku tak keluar makan dengan family ke? Hewhew. Kali ni aku bersama ibu, ayah dan dua orang adik perempuan aku pergi makan dekat bistro yang terletak berhampiran dengan rumah kami, sekitar Alor Gajah je. Bistro dia kecil je. Aku order Toyota Speed Wergoon. Haaa... Jangan keliru ye adik-adik. Itulah nama minuman yang aku order. Nama kampung dia ialah oreo milkshake. Nama kampung tapi guna bahasa inggeris. Celah mana kampungnya? Haha.

Toyota Speed Wergoon, mengandungi oreo, coklat, aiskrim vanilla dan susu segar.

Chicken Chop.

Seterusnya, aku turut try makan kat US Pizza kat Dataran Pahlawan, Melaka. Asyik makan mekdi dengan kepci je, sesekali kena tukar jugak selera ni. So, US Pizza jadi pilihan. Tapi aku makan dengan Kmel je kali ni. Ezam tak balik Melaka pulak minggu tu. Kami order pizza separuh seafood dan separuh lagi ayam. Aku suka gila dengan seafood pizza dia sebab memang penuh dengan udang dan isi ketam.

Kad undangan perkahwinan US Pizza.

Chicken Wings.

Separuh seafood dan separuh lagi ayam.

Last but not least, Tutti Frutti. Akhirnya aku telah berjaya menelan aiskrim yogurt daripada Tutti Frutti! Haha. Ni duduk zaman bila ni baru nak rasa Tutti Frutti? Dan pada pendapat aku, aiskrim Magnum Almond lagi murah dan lagi sedap dari Tutti Frutti! Boleh? Sekian. Terima kasih.

Buah seketul je. Takut nak tambah banyak banyak. Tak pasal pasal je nanti.

Tangan lagi besar daripada kepala?


potpetpotpet : Atau hidup untuk makan?

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com