+ -

Pages

Aku Tonton The Hunger Games

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Aktiviti yang selalu aku buat pada hujung minggu ialah tengok wayang. Dan ada hujung minggu yang lepas, aku sempat tengok The Hunger Games. Dah tengok belum? For those yang tak tengok lagi, boleh la tengok lepas ni. Filem ni memegang genre action, drama dan sci-fi. Filem The Hunger Games ni sebenarnya diadaptasikan daripada novel hasil tulisan Suzanne Collins. Novel tersebut diterbitkan buat pertama kalinya pada 14 September 2008. For your information, The Hunger Games merupakan novel pertama bagi trilogi The Hunger Games, diikuti dengan Catching Fire (2009) dan kemudian Mockingjay (2010).


The Hunger Games berlatarkan masa akan datang yang mana dua orang (seorang lelaki dan seorang perempuan) akan dipilih untuk mewakili setiap 12 daerah untuk menyertai Hunger Games. Apa yang menarik pasal Hunger Games ni ialah pemenang terdiri daripada seorang sahaja. Maksudnya, untuk jadi pemenang, mereka terpaksa berbunuhan sesama mereka. Lagi dahsyat, Hunger Games ni disiarkan secara langsung dan semua orang boleh menonton macam mana mereka cuba menyelamatkan diri masing masing, macam mana mereka menamatkan riwayat sesama mereka. Gila kan? So, siapa yang menang? Tu kena tengok sendiri!

Frankly, aku tertarik dengan heroin filem ni, Jennifer Lawrence. She's pretty. Tak payah nak bajet cun macam Megan Fox tu. Haha. Dan lakonan dia sangat natural. Tapi masa aku tengok filem ni hari tu, aku rasa aku macam pernah nampak muka dia ni. Lepas aku rujuk google, aku dapat tahu yang dia pegang watak Mystique dalam filem X-Men: First Class. Tapi masa aku tengok dia sebagai Mystique dulu, aku tak rasa dia ni hot stuff.

Bagi aku, filem The Hunger Games ni bermula selepas setiap peserta dilepaskan untuk memulakan Hunger Games. Bermula daripada situ la aku dapat rasakan debaran sebab aku tak tahu siapa yang akan mati lepas tu. Kenapa la kejam sangat imaginasi penulis novel ni kan? Tak boleh ke kalau tak bunuh bunuh? Adeh. Banyak soal pulak kan? Kalau bijak pandai sangat, buat la novel sendiri. Haha. Okay. Berapa bintang aku bagi?



potpetpotpet : Hujung minggu ni macam nak tengok Mirror Mirror pulak.
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Mac 2012 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera! Aktiviti yang selalu aku buat p...

Bukan Hero Remaja

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Pada hujung minggu yang lepas, aku sempat jadi talent kepada salah seorang photographer muda lagi berbakat, Amir Naufal. For those yang kenal Amir Naufal, mesti kenal dengan Fiq Fikri. Tema bagi photoshoot kali ni ialah formal. Tapi wardrobe kena bawa sendiri la. Takde kerja orang nak taja dari hujung rambut sampai hujung kaki. Haha.

Tapi aku tak berseorangan hari tu sebab Adie pon join sekaki. Nak tengok gambar Adie boleh singgah page Amir Naufal Photography sekarang. Tapi sebelum tu, sila layan beberapa aksi aku yang berjaya dirakam oleh dslr Amir Naufal.







potpetpotpet : Ke hadapan Amir Naufal, bila nak panggil aku lagi?
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Mac 2012 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera! Pada hujung minggu yang lepas,...

Chinta Al-Jannah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Entri hari ni pasal kejadian yang berlaku pada 11 Mac 2012 yang lepas. Amboi, dah lepas dua minggu baru nak update? Aku baru dapat gambar la. Dan aku baru sempat edit petang tadi. Okay. Pada tarikh tersebut, bersamaan dengan hari Ahad, sepupu aku telah mengadakan kenduri akikah sempena dengan majlis cukur jambul anak kedua dia, Chinta Al-Jannah. Such a beautiful name kan?

Hampir semua ahli keluarga hadir pada hari berkenaan. Seperti biasa, kami tak guna perkhidmatan mana mana katerer, sebaliknya, kami bergotong-royong sediakan makan dan minum. Alhamdulillah, kami ada ahli keluarga yang cukup supportive, sedia membantu dan bekerjasama lebih lebih lagi apabila melibatkan kenduri kendara ni.

Since dah takde idea nak tulis apa lagi, apa kata kita layan gambar gambar yang aku sempat rakamkan pada hari kejadian.

Buai laju laju, sampai pokok sena, apa dalam baju, sekuntum bunga cina.

Keluarga bahagia Nur Chinta Al-Jannah.

Geng mengaji.

"Hensem la abang ni. Budak Lelaki Sebelah Pintu kan?" Okay. Tu dialog dalam hati dia.

"Kelakar la abang ni." Sekali lagi dialog dalam hati dia.

Krooohhh... Krooohhh... Krooohhh... Kriiinnnggg!!! Oh. Bunyi telefon rupanya.

Nenek kat belakang, cucu kat tengah, cicit kat depan.

Pisau cukur takde ke?

Tulang belakang kenduri kali ni.

Kat belakang pentas. Haha. Ada pulak pentas?

Aku kena terselit jugak.


potpetpotpet : Macam nak selsema balik.
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Mac 2012 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera! Entri hari ni pasal kejadian y...

Keputusan SPM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi, adik aku telah mencatat keputusan yang sangat cemerlang dalam SPM 2011. Aku pon kalah! Haha. Masa SPM tahun aku, gred dia lain, sebagai contoh, A1, A2, B3, B4 dan seterusnya. Tapi sekarang dah guna A+, A, A-, B+, B, B- dan seterusnya. So, gred dia pada hari ni lebih fokus dan menumpu. Kalau aku tak silap, gred A+ dan A tu dalam kategori gred A1 merujuk kepada SPM tahun aku. Eh. SPM tahun bila? Aku SPM tahun 2005. Masih muda, jangan risau.

From my one and only facebook.

Macam mana pula dengan keputusan SPM kau? Tak okay? Jangan risau kerana perjalanan kau masih jauh. Apa yang penting selepas SPM ialah kau tahu hala tuju kau, kau tahu apa yang kau nak, kau tahu bidang apa yang kau ingin ceburi. Tolong pilih bidang mengikut kemampuan kau, mengikut minat kau dan mengikut peluang pekerjaan. Ingat, ukur baju di badan sendiri. InshaAllah kalau betul caranya, kau akan berjaya, malah, lebih berjaya daripada mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM hari ni. Memang takde masalah kalau nak berjaya lepas SPM, semua bergantung kepada usaha dan juga rezeki masing masing. So, good luck!

"Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (Surah al-Maidah, ayat 23)


potpetpotpet : Percaya pada qada' dan qadar.
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Mac 2012 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera! Alhamdulillah. Syukur ke hadra...

Aku Dalam Telemovie Cinta Si Tukang Kasut!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Semalam Awek Retro tegur aku, dia kata dia nampak gambar aku kat Astro Prima. Dan baru je tadi Doktor Yang Riang Gembira upload gambar tu kat timeline aku. Eh. Macam mana pulak gambar aku boleh masuk tv ni? Aku menang anugerah blogger of the year ke? Haha. Tidak sama sekali. Gambar aku sebenarnya digunakan untuk salah satu babak dalam telemovie Cinta Si Tukang Kasut, lakonan Remy Ishak dan Ayu Raudah. Awek Retro kata dalam babak tu aku antara calon suami Ayu Raudhah. Okay. Aku nak explain pon rasa macam gedik je.

Dan kat bawah ni aku berjaya print screen babak yang menggunakan gambar aku dalam telemovie Cinta Si Tukang Kasut. Kalau nak tengok gambar asal, sila rujuk entri 10 Sebab Lelaki Pilih Status Single.



potpetpotpet : Aku tak berkesempatan untuk menonton telemovie tu.
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Mac 2012 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera! Semalam Awek Retro tegur aku,...

Hadiah Misteri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Pagi tadi aku masuk satu kelas ni, macam biasa la kan? Then, ada seorang murid ni bagi hadiah, katanya, murid kelas sebelah yang bagi. Errr... Aku rasa aku takde mengajar kelas sebelah? Hehe. Alhamdulillah. Tak sangka aku boleh dapat hadiah tadi. Tapi masalah yang timbul ialah aku tak tahu siapa murid tersebut sebab kat hadiah tu takde tulis daripada siapa. Mungkin dia lupa nak letak nama kot? Atau memang sengaja tak nak letak nama? Misteri jeng jeng jeng sungguh.

So, kepada murid yang berkenaan, kot kot la kamu baca blog saya, di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kamu. You've made my day! Tapi macam awal sangat je kamu bagi hadiah kat saya? Saya tamat perkhidmatan kat sekolah tu pada minggu depan la, bukan hari ni. Macam tak sabar sabar nak tunggu saya habis je? Haha.

Jom tengok hadiah tu:

Ada apa kat dalam beg kertas tu?

Ada dua buah kotak!

Kotak kecil ada tali leher.

Kotak besar pula ada perfume!


potpetpotpet : Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Mac 2012 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera! Pagi tadi aku masuk satu kelas ...

8 Filem Terhebat 2012 Yang Aku Tak Sabar Nak Tonton Di Pawagam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Tajuk yang sangat direct to the point. Tapi kenapa 8 je? Kenapa tak bundarkan jadi 10 terus? Sebab 8 buah filem sahaja, setakat ini, yang telah berjaya memikat hati dan perasaan aku berdasarkan barisan pelakon, storyline, poster, trailer dan juga publisiti yang media berikan. Aku gemarkan filem yang memegang genre comedy, animation, aksi, adventure, fantasy, sci-fi dan horror. Frankly, tujuan aku tengok wayang di pawagam adalah untuk merehatkan otak di samping bersantai dengan kawan kawan. Dan mungkin lepas ni dengan bakal isteri, siapa tahu kan? Haha.

Tanpa melengahkan masa lagi, let's find out 8 filem terhebat 2012 yang aku tak sabar nak tonton di pawagam. For your information, aku dah susun filem filem kat bawah ni secara ascending order mengikut tarikh tayangan kat Amerika Syarikat.


The Avengers
Starring: Robert Downey Jr., Samuel L. Jackson, Chris Evans, Chris Hemsworth, Mark Ruffalo
Director: Joss Whedon
Release Date: 4 May 2012



Battleship
Starring: Taylor Kitsch, Alexander SkarsgÄrd, Rihanna, Liam Neeson
Director: Peter Berg
Release Date: 18 May 2012



Snow White and The Huntsman
Starring: Kristen Stewart, Chris Hemsworth, Charlize Theron, Ian McShane
Director: Rupert Sanders
Release Date: 1 June 2012



Madagascar 3
Starring: Ben Stiller, Chris Rock, David Schwimmer, Jada Pinkett Smith, Frances McDormand
Director: Eric Darnell
Release Date: 8 June 2012



Abrahan Lincoln: Vampire Hunter
Starring: Benjamin Walker, Mary Elizabeth Winstead, Rufus Sewell, Anthony Mackie
Director: Timur Bekmambetov
Release Date: 22 June 2012



Brave
Starring: Kelly Macdonald, Julie Walters, Billy Connolly, Robbie Coltrane, Craig Ferguson
Director: Mark Andrews
Release Date: 22 June 2012



Ice Age: Continental Drift
Starring: Ray Romano, John Leguizamo, Denis Leary, Queen Latifah
Directors: Steve Martino, Mike Thurmeier
Release Date: 13 July 2012



The Dark Knight Rises
Starring: Christian Bale, Tom Hardy, Anne Hathaway, Joseph Gordon-Levitt, Gary Oldman
Director: Christopher Nolan
Release Date: 20 July 2012



potpetpotpet : Ada tak filem yang kau tunggu?
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Mac 2012 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera! Tajuk yang sangat direct to th...

Aku Tonton John Carter

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Honestly, it has been quite some time aku tak pergi tengok wayang. Last filem yang aku tengok ialah The Awakening pada awal Januari tahun ni. See? Dah lebih dua bulan aku tak tengok wayang! Hebat! Aku sendiri kagum dengan aku. Haha. So, tadi aku macam melepaskan gian la. Terima kasih diucapkan kepada sahabat baik aku, Suffian dan Khairil, sebab ada masa untuk tengok wayang sama sama.


Pada mulanya kami decide nak tengok Bunohan. Masalah yang timbul ialah GSC kat Aeon Bandaraya Melaka takde tayangan untuk filem Bunohan. Aku agak pelik jugak. Apahal boleh takde pulak ni? Tapi nak buat macam mana, anggap je la takde rezeki. Nak tengok The Lorax pulak, tayangan 3D je yang ada. Last last, kami beli tiket untuk filem John Carter. Since aku dah baca banyak review pasal John Carter yang kata filem ni bosan, membazir dan sebagainya, aku memang tak excited langsung masa masuk panggung tu.


Selepas beberapa minit filem ni bermula, aku berkata dalam hati, not bad jugak filem ni tapi kenapa ada yang kata filem ni bosan? Oh. Mungkin sebab awal lagi kot. So, aku terus tumpukan perhatian sampai la filem ni habis. Eh. Dah habis dah? Sedap pulak filem ni! Takde la bosan seperti yang digembar-gemburkan. Okay. Itu pendapat aku. Kau tak perlu bersetuju dengan aku.

For those yang tak tahu John Carter ni filem pasal apa, well, filem ni menceritakan seorang askar veteran yang berasal dari Virginia dan secara tak sengaja telah dibawa ke planet Marikh semasa melarikan diri daripada puak Apache. Di planet Marikh ni la pengembaraan John Carter bermula. Filem ni memegang genre action, adventure dan fantasy. So, memang banyak perkara yang tak masuk akal dalam filem ni. At some point aku rasa macam diperbodoh-bodohkan je. Haha. Anggap je la filem ni untuk hiburan semata-mata.

For your information, filem John Carter ni merupakan produk keluaran Disney. Dan aku percaya dengan Disney. Overall, bagi aku, filem ni tak mengecewakan. So, aku bagi berapa bintang?




potpetpotpet : Tak sabar nak tunggu Ice Age 4.
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Mac 2012 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera! Honestly, it has been quite ...

Jadi Chef

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Okay. Hari ni aku nak jadi masterchef malaysia kejap. Boleh? Kalau tak boleh pon dah tak boleh nak buat apa sebab aku dah publish entry ni. Haha. So, tanpa melengahkan masa lagi, aku nak kongsi resipi bebola kentang berkeju yang sangat sedap. Pertama sekali, mari kita tengok bahan dan alatan yang diperlukan:
  • Bebola kentang berkeju
  • Minyak masak
  • Kuali
  • Senduk
  • Toing gas
  • Dapur
  • Mangkuk
  • Sabun
  • Air

Dah ada semua bahan dan alatan yang aku senaraikan? Kalau dah ada semua tu, baru la kita boleh mula masak bebola kentang berkeju. Jangan risau ye sebab langkah dia simple je, tak serumit masak nasi. Haha. Aku dah sediakan enam langkah yang mudah untuk difahami. So, sila ikut langkah langkah kat bawah ni secara tertib:

1) Pergi ke family store yang berdekatan dan dapatkan bebola kentang berkeju dengan segera.

2) Panaskan minyak masak kat atas kuali. Nak panaskan kat atas tangan pon boleh tapi tanggung sendiri la.

3) Masukkan bebola kentang berkeju satu persatu.

4) Sementara nak tunggu bebola kentang berkeju masak, bersihkan sinki dulu.

5) Nampak tak perbezaan dia?

6) Dah siap! Jemput makan.

Blog aku bukan blog resipi dan aku sendiri bukan tukang masak yang hebat apatah lagi bergelar chef. So, ni je la yang mampu aku buat. Haha. Tapi sedap jugak bebola kentang berkeju yang aku masak ni. Cehhh... Macam la aku uli kentang tu sampai jadi bebola siap ada keju kat dalam pulak tu. For those yang nak cuba resipi bebola kentang berkeju ni, aku ucapkan semoga berjaya dan jangan lupa bagitahu aku bila kau dah cuba resipi ni.



potpetpotpet : Count your blessings, not your heartaches.
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Mac 2012 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera! Okay. Hari ni aku nak jadi mas...

Markah Penuh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Tahniah!

Alhamdulillah. Ujian Matematik baru je selesai semalam dan aku dah habis tanda semua kertas jawapan murid tadi. Gambar kat atas ni merupakan kertas jawapan empat orang pelajar daripada satu tingkatan yang sama dan telah mendapat markah penuh bagi ujian tersebut. Tahniah diucapkan! Bukan senang nak dapat markah penuh sebab kalau kita tak berhati-hati, mesti kita ada salah jawapan satu dua. Lepas tu bila check balik, kita mesti rasa ya Allah macam mana la kita boleh salah padahal soalan tu senang je. Setuju?

Kepada mereka yang dapat markah penuh, inshaAllah kalau cikgu ada rezeki lebih cikgu akan bagi sesuatu untuk menaikkan semangat murid murid yang lain. Ke ada yang nak sponsor? Haha. Dah macam giveaway je nak sponsor sponsor ni. Till then, jadikan hari ni lebih baik daripada semalam.


potpetpotpet : Last aku dapat markah penuh ialah result semester terakhir pada tahun lepas.
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Mac 2012 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera! Tahniah! Alhamdulillah. ...

Dia Ingat Aku Tak Nampak?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Sekolah aku sedang melangsungkan ujian penilaian prestasi yang pertama bagi tahun ni. Bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5, mereka dah start menduduki ujian pada minggu lepas. Tapi pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 baru je mula semalam, iaitu pada hari Selasa dan tamat pada esok hari. Sekejap je kan? Ingatkan sebulan dua ke. Haha.

Eh. Ingat senang ke nak jaga budak budak ni jawab exam? Tahu tahu je mata dorang dah ada kat telinga! Amboi... Melampau kau punya jeling? Ada jugak yang main isyarat tanya jawapan kat kawan dia. Cis! Dia ingat aku tak nampak? Tak payah la... Aku dah muak dengan kes kecurangan akademik ni. Ingat aku baru sehari masuk sekolah ke? Adeh. Memang sabar je la melayan kerenah dorang ni.

Gambar ni hiasan semata-mata. Aku tengah jaga exam masa ni.

Untuk apa kau meniru? Untuk dapat result cemerlang? Kat atas slip keputusan je la yang cemerlang? Kat dalam otak tu macam mana pulak? Kosong macam tin? Macam tu? Tolong ukur baju kat badan sendiri. Tak payah nak curi ukuran baju badan orang lain. Ujian atau peperiksaan ni dijalankan untuk mengukur pada tahap mana kefahaman kita terhadap topik tertentu berdasarkan tempoh yang telah ditetapkan. Lebih kurang macam muhasabah diri la jugak. Kita ingat balik apa yang kita dah belajar, cukup tak apa yang kita tahu.

Bila kau meniru, kau telah menidakkan usaha kawan kau yang telah bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran. It's not fair la kan? Kawan kau punya la tak tidur malam sebab nak mengulangkaji pelajaran punya pasal. Tapi masa tu kau habiskan dengan online facebook, main game, baca komik. Last last markah kau dengan kawan kau lebih kurang je sebab kau meniru masa exam tu. Tak ke sakit hati? Lagi sakit hati bila markah kau lebih daripada kawan kau yang telah mengulangkaji pelajaran tu!

Aku ada banyak lagi nak tulis ni. Haha. Tapi takpe la. Cukup cukup la tu. Moral of the story, if you want the world to treat you right, you need to treat people fairly. Jangan menindas orang lain dengan gejala meniru yang tidak sihat ni.



potpetpotpet : Kalau aku tak nampak, Allah Maha Melihat.
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Mac 2012 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera! Sekolah aku sedang melangsungk...

Ringkas

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


  • Alhamdulillah. Syukur sebab aku dah sembuh daripada cirit birit yang aku alami sejak hari Rabu lalu.
  • Alhamdulillah. Syukur sebab aku dah lalu untuk makan dan minum semula.
  • Alhamdulillah. Syukur sebab aku baru je dapat peluang mengajar kelas tambahan kat sekolah lama.
  • Alhamdulillah. Syukur sebab kelas tambahan pertama tadi telah berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancang.
  • Alhamdulillah. Syukur sebab ada makhluk Allah tu komen blog aku dengan kata-kata hinaan, kejian dan cacian.
  • Alhamdulillah. Syukur sebab makhluk Allah tu sentiasa update dan ambil tahu akan entri terbaru aku. So sweet kan?
  • Alhamdulillah. Syukur sebab ada awek kirim salam kat aku masa aku ambil result medical check up kat hospital tadi. Tu pon nak bagitahu ke?
  • Alhamdulillah. Syukur sebab aku ada idea nak update blog sempena dengan bulan Mac ni.
  • Alhamdulillah. Syukur sebab aku dah habis taip entri ni.
  • Alhamdulillah. Syukur kau dah boleh pergi baca blog lain pulak.


potpetpotpet : Hadapi dengan senyuman semanis kurma.
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Mac 2012 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera! Alhamdulillah. Syukur seba...
< >