Rabu, 29 Februari 2012

29 Februari

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Hari ni berapa haribulan? 29 Februari! Macam mana aku tahu? Sebab kalendar tulis 29 Februari. By the way, aku ada tiga orang kawan yang telah dilahirkan pada tanggal 29 Februari 1988. Shafini, Shuhada dan Fauzan. All of them lahir pada tahun yang sama dengan aku iaitu tahun 1988. Shafini dan Shuhada tu coursemate aku kat UPSI. Fauzan pulak satu kumpulan nasyid dengan aku.

For your information, tahun 1988 ni merupakan tahun lompat. Macam mana nak kira tahun lompat? Ambil dua nombor yang terakhir pada tahun tu. Contoh tahun 1988, kita ambil 88. Okay. Next, kita bahagi dua nombor tersebut dengan 4. Kalau dua nombor tu boleh dibahagi 4 dengan tepat, maka, tahun tu adalah merupakan tahun lompat. Tadi kita ambil 88 kan? So, 88 bahagi 4 sama dengan 22. Takde baki kan? Maksudnya, tahun 1988 ialah tahun lompat.




3 Kelebihan Hari Jadi 29 Februari
  • Usia lebih muda berbanding dengan orang yang lahir pada tarikh selain 29 Februari. Kenapa? Sebab dia sambut hari jadi 4 tahun sekali. So, umur dia bertambah 4 tahun sekali. Kita? Setiap tahun! Haha.
  • Tak perlu nak terasa sangat kalau kawan kawan tak wish happy birthday to you bila tahun tu takde tarikh 29 Februari.
  • Bila tahun tu ada tarikh 29 Februari, kita mesti rasa macam special gila hari tu sebab bukan setiap kita tahun dapat tarikh tu. So, automatically, mereka yang sambut ulang tahun kelahiran pada 29 Februari turut mendapat tempiasnya.

3 Kekurangan Hari Jadi 29 Februari
  • Kalau tahun tu takde tarikh 29 Februari, mereka tak tak tahu nak sambut hari jadi pada 28 Februari atau 1 Mac. Apatah lagi kawan kawan dia kan? Tak tahu nak wish bila. Last last, lupa nak wish. Haha.
  • Rasa macam forever alone bila tengok orang lain bukan main meriah sambut hari jadi pada tahun yang takde tarikh 29 Februari.
  • Tak dapat kredit percuma nak telefon atau mesej kawan kawan sebab tahun tu takde tarikh 29 Februari kecuali kau rajin nak call hotline syarikat telekomunikasi yang berkenaan.



potpetpotpet : Jangan lupa aku 23 April. Haha.

Isnin, 27 Februari 2012

Nama Kopi Yang Menggiurkan?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Petang hari Sabtu hari tu aku drive pergi MITC, pergi Jom Heboh. Aku bukan nak jumpa retis kat sana tapi aku nak singgah booth kawan aku, Suffian. Dia ada buka satu booth kat sana. Aku datang nak bagi moral support la kat dia. Hopefully business dia bertambah maju lepas ni.

Anyway, on the way aku ke MITC, aku ternampak satu kereta yang terpampang satu iklan kopi kat tepi kereta dia. Apa yang menarik pasal kopi tu ialah nama kopi tu. Nak tahu nama kopi tu apa? KOPI BATANG. Saje tekan caps lock lepas tu bold perkataan tu, biar terbeliak sikit biji mata kau baca nama kopi tu.

Nampak tak apa yang aku nampak?

Okay. Tahukah anda yang nama tempat Batang Berjuntai sekarang dah ditukarkan kepada Bestari Jaya? No more Batang Berjuntai dah. Sekarang kita panggil dia sebagai Bestari Jaya. Tapi nama Bestari Jaya tu macam simple sangat, dah macam nama taman perumahan je kan? Haha. So, kalau nak tukar nama Kopi Batang ni, kena tukar jadi Kopi Bestari ke? Errr... Tu tak dapat aku nak jawab.



potpetpotpet : Menggiurkan atau memualkan?

Sabtu, 25 Februari 2012

Ke-18

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Malam semalam keluarga aku sempat meraikan ulang tahun kelahiran adik perempuan aku, Adik panggilan dia. So, tahun ni umur dia dah masuk 18 tahun dah. For the time being, dia tengah tunggu result SPM.

Kat mana kami raikan ulang tahun kelahiran? Adakah di hotel lima bintang? Adakah di restoran lima bintang? Adakah di malam bulan dipagar bintang? Tidak sama sekali kerana kami raikan di rumah kami yang bertaraf lima bintang! Haha. Rumah keluarga kami memang bertaraf lima bintang ye. Siapa nak masuk rumah kami, dia kena lompat bintang sebanyak lima kali lima bersamaan dengan dua puluh lima baru dia lepas masuk. Okay. Lawak agak hambar di situ. Haha.

Aku sengaja tak nak rotate. Haha. Dapat baca tak?

Satay ayam yang super sedap.

Satay daging yang aku tak sentuh langsung sebab aku memang tak makan daging.

It was a simple occasion. We had a whole chocolate indulgence cake from Secret Recipe. Besides that, we had satay, nasi himpit dan kuah kacang! Tak dilupakan jugak air teh o limau suam. Tu je la. Simple je kan? Orang putih kata, simple but nice. For me, tak perlu nak makan mewah mewah sangat sebab last last jadi tahik jugak kan? Haha. Apa yang penting pada malam tu ialah semua ahli keluarga aku ada. Ada ibu, ayah, aku, Bob, Nana, Ika, Adik dan Husna. 

Sorry sebab aku tak upload gambar yang ada muka orang. Adeh. Since we all raikan kat rumah, faham faham je la pakaian kami macam mana. So, pandai pandai la guna imaginasi sendiri macam mana kami sekeluarga meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-18 ni.



potpetpotpet : They said FAMILY stands for Father, Mother, I Love You.

Rabu, 22 Februari 2012

Bila Adele Tunjuk Jari Hantu!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Tahniah Adele! Hari tu dia dah menang besar kat Grammy Awards kan? Tapi aku tak nak cakap pasal kemenangan dia kat Grammy Awards tu. Baru je tadi Adele menang lagi tapi kali ni kat Brit Awards 2012 pulak. Dia menang album of the year, anugerah tertinggi bagi Brit Awards. Okay. Aku tak terkejut pasal tu sebab aku terkejut pasal dia tunjuk jari hantu masa bagi ucapan sebab dah menang album of the year. Kenapa? Kenapa Adele boleh bertindak sedemikian? Saspender kan? Haha.

See? Jari apa tu? Jari manis?

Actually Adele baru je start bagi ucapan. Tapi belum sempat dia habiskan perenggan pertama dia, hos pada malam tu, James Corden, cepat cepat potong ucapan dia gara gara nak kejar masa. Dah la siaran tu secara langsung. Memang tak sempat la nak potong scene tu kan? Adeh. Dengar cerita, pihak pengurusan dah minta maaf kat Adele sebab terpaksa mencelah masa dia bagi ucapan tu. As a conclusion, nobody's perfect. So, learn from our mistakes. Don't make the same mistakes twice, triple or the worst, quadruple. Eh. Panjang pulak conclusion aku?





potpetpotpet : Bukan emosi yang mengawal kita tapi kita yang mengawal emosi.

Ahad, 19 Februari 2012

Kerana Lemon Sebiji

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Semalam aku ikut family aku pergi beli barang dapur kat Tesco. Sambil sambil tu aku ternampak lemon. Cis! Aku tiba tiba terliur tengok lemon tu. So, aku pon ambil sebiji lemon lepas tu hantar kat kaunter timbang harga dia. Diulangi, sebiji je. Nasib baik harga dia cuma 70sen. Haha.

Meet my family members.

For your information, ibu aku yang pakai baju purple tu. Kau agak agak berapa umur ibu aku sekarang? And the rest tu semua adik adik aku termasuk yang tukang ambil gambar ni. Eh. Nampak ke siapa yang ambil gambar tu? Buat buat nampak je la ye.

Siang tadi aku telah menggunakan lemon yang sebiji tu dengan sehabis baik. Nak tahu aku buat apa dengan lemon tu? Sila rujuk gambar kat bawah ni.

Iced lemon tea.

Aku buat iced lemon tea! Gila bersungguh aku sediakan iced lemon tea ni tapi setitis peluh pon tak keluar. Haha. Eh. Macam mana dengan rasa dia? Sedap tak? Okay. Setakat ni je la entri untuk hari ni. So, terima kasih kepada semua yang sudi baca! Errr... Tukar topik nampak?



potpetpotpet : Nak try hancurkan resipi apa pulak lepas ni? Ada cadangan?

Jumaat, 17 Februari 2012

Layakkah?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Aku tertarik dengan status daripada facebook Heliza Helmi. Kenal tak Heliza Helmi? Tak logik la tak kenal kan? So, nak tahu tak status apa yang macam best tu? Aku rasa most of us boleh relate dengan status ni sebab apa yang dinyatakan dalam status tu memang betul. Siapa tak terasa langsung tu alhamdulillah la mungkin dia tak jauh tersasar macam orang lain. Hehe.

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT?


potpetpotpet : Selamat beramal!

Khamis, 16 Februari 2012

Rossa & Taufik Batisah - Aku Bersahaja

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Aku terdengar lagu Aku Bersahaja ni kat ada satu radio tu masa aku tengah drive pergi mana entah. Masa tu aku memang tahu suara penyanyi perempuan tu Rossa. Tapi masalahnya aku tak tahu suara penyanyi lelaki tu siapa. Last last baru aku tahu suara penyanyi lelaki tu milik Taufik Batisah. Tapi aku rasa aku lagi sesuai duet dengan  Rossa kot. Okay. Kidding! Aku nak mengaku kat sini yang aku tengah minat lagu Aku Bersahaja ni. Haha. Jangan nak kecoh sangat boleh tak? Senyap senyap sudah.




potpetpotpet : Siapa nak jadi Rossa aku ni? Haha.

Rabu, 15 Februari 2012

5 Jejaka Dalam 1 Kereta

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Ingat senang ke nak bertahan 5 orang jejaka dalam 1 kereta dari Alor Gajah, Melaka ke Kuala Perlis, Perlis? Aktiviti ni memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi di samping kekenyalan pipi punggung yang tinggi. Errr... Macam mana tu? Pandai pandai la imagine sendiri! Haha. Believe me, it was not easy at all. Tapi aku seronok gila dapat pengalaman macam ni. So, aku faham la macam mana perasaan ikan sardin yang kena sumbat kat dalam tin tu. Boleh?

5 orang jejaka dalam 1 kereta.


potpetpotpet : Ada sesiapa nak tumpang?

Selasa, 14 Februari 2012

Hizami. Adie. Ijat. Ayie.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Ni dah lama punya cerita. Kalau aku tak silap, tanggal 29 Januari 2012 kot. Ijat datang Melaka sebab nak lepak sama sama. So, kitorang pon lepak la sama sama. Aku, Adie, Ijat dan Ayie. Takde buat apa sangat. Cuma lunch sama sama lepas tu borak borak kosong sampai petang. Ni bukan buang masa ye. Ni merapatkan hubungan silaturrahim nama dia. Haha. Ijat asal Perak. So, memang tak dapat la nak jumpa selalu kan? Time ni la nak tukar tukar cerita.





Seronok gila dapat habiskan masa dengan kawan kawan satu kepala. Ada je cerita nak dikongsikan. Adeh. Ijat ni satu rumah dengan aku masa study kat UPSI dulu. Dia kos pendidikan sains biologi. Ada sesiapa minat subjek biologi? Haha. Till then, jumpa lagi!



potpetpotpet : Be happy with who you are.

Ahad, 12 Februari 2012

3 Sahabat Jayakan Program Selangkah Ke Universiti

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Semalam kat sekolah aku ada program motivasi untuk pelajar tingkatan 6 atas, program Selangkah Ke Universiti. Program ni bertujuan membantu para pelajar mendapatkan idea atau gambaran mengenai kursus apa yang ditawarkan dan relevan untuk mereka. Ada cikgu tu tanya aku kot kot aku ada kawan kawan yang boleh terlibat sama dengan program tu. So, aku telah berjaya menjemput dua orang kawan baik aku. Nak tahu siapa?

Suffian, Adie dan Hizami.

Aku ajak Suffian, graduan business yang sekarang ni tengah giat melebarkan sayapnya dalam dunia yang diceburi. So far, aku dah nampak hasil dia. InshaAllah dalam masa beberapa tahun lagi, Suffian dah boleh tersenyum lebar. Amin. By the way, aku kenal Suffian sejak tingkatan 3 lagi. Dan aku ajak Adie sekali. Siapa tak kenal Adie kan? Dia kawan baik aku sejak kitorang berusia 13 tahun. Dah lama kan kitorang kenal? Sekarang dia memegang title sebagai lecturer di Politeknik Merlimau, Melaka. Aku rasa dia dah ada semua dah. Dia dah ada kereta, dia dah ada duit, dia dah ada kerja yang stabil. Cuma dia takde isteri je lagi. Haha.

Sebahagian daripada fasilitator yang terlibat.

Selain kitorang, ada beberapa orang fasilitator lain yang terlibat sama. Semua fasilitator kat situ adalah merupakan bekas pelajar sekolah tu. Cuma Suffian dengan Adie je la yang takde kena mengena dengan sekolah tu. Tapi aku? Aku kan mengajar sekolah tu. So, aku kira ada kena mengena sikit la dengan sekolah tu. Haha.

Nampak tak aku kat mana?

Alhamdulillah. Program telah berjalan dengan lancar. Program bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir pada sebelum waktu Zohor. Aku seronok berkongsi pengalaman dengan dorang. Dan aku harap sedikit sebanyak aku dapat membantu dorang.



potpetpotpet : Jangan pernah rasa penat untuk terus meminta pada Allah.

Sabtu, 11 Februari 2012

Nikmat Coklat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Siapa tak makan coklat? Rugi la kalau tak makan coklat. Nikmat dia memang menggigit-gigit halkum wa cakap sama lu! Eh. Kalau perempuan, aku tak tahu pulak dia menggigit-gigit kat mana. Haha. Masa aku pergi Langkawi hari tu, aku sempat beli beberapa jenis coklat kegemaran aku. Tapi aku tak beli banyak sebab bajet dah lari. So, aku beli seminimum yang mungkin. Jom tengok apa coklat kegemaran aku.

Ferrero Rondnoir. Nama pon dah seram nak sebut kan?

Macam bekas telur. Haha.

Ferrero Rocher. Dulu, kini dan selamanya.

Ada M&M's, Kinder Bueno, Hershey's Kisses dan Kit Kat.

Tak payah nak mintak satu ke dua ke tiga ke sebab semua coklat tu dah selamat kat dalam perut aku dengan adik adik aku. Haha. Maknanya sekarang aku dah kehabisan bekalan coklat la. So, ada sesiapa nak tolong supply?

Kalau kau nak tahu, aku selalu hadiahkan diri sendiri dengan coklat kegemaran aku kalau aku tengah mengalami tekanan perasaan atau moody. Aku tahu aku bagi hadiah kepada diri sendiri. Tapi lepas aku makan coklat kegemaran aku, tiba tiba aku jadi seronok. Psiko je lebih kan? Haha.



potpetpotpet : Apa coklat kegemaran kau pulak?

Khamis, 9 Februari 2012

Sarapan Orang Bujang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Okay. Aku kalau keluar sarapan dengan kawan kawan, aku mesti makan roti telur dengan nescafe tarik kurang manis. Aku selalu mintak kurang manis sebab kadang kadang ada yang buat manis gila, macam nak suruh kencing manis je. So, nak selamat, aku memang akan mintak nescafe tarik kurang manis satu. Tapi ada pulak yang buat tak manis langsung tapi pahit nak mampus! Adeh. Nasib la aku ni jenis customer yang tak cerewet. Kalau tak, aku dah suruh dia tukar lain dah. Tapi takut jugak dia mengamuk lepas tu belasah aku pulak kan? Haha.

Necafe tarik.

Roti telur.


potpetpotpet : Aku bujang lagi. Haha.

Selasa, 7 Februari 2012

Aku Bukan Model

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Okay. Aku bukan model. So, layankan je la gambar gambar aku yang tak seberapa kat Pantai Cenang ni. Aksi aku ni dirakamkan pada sebelah petang, kalau tak silap aku dalam pukul 6 macam tu kot. Aku sebenarnya malu sebab ramai gila orang tengah mandi manda kat situ. Aku memang kekok kalau ambil gambar kat kawasan yang penuh dengan orang sebab aku rasa macam dorang tengah tengok aku walaupun pada hakikatnya takde sorang pon yang tengok aku. Haha.







potpetpotpet : Perelokkanlah akhlakku seperti mana Kau perelokkan kejadianku.

Isnin, 6 Februari 2012

Tiket Ke Langit

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Splendid view kan?

Siapa pergi Langkawi tapi tak naik cable car memang loser! Haha. Kejam pulak aku rasa. Actually takde la loser sangat, cuma tak lengkap kalau pergi bercuti kat Langkawi tapi tak naik cable car. Tapi sebelum kau dapat naik cable car tu, kesabaran kau akan diuji terlebih dahulu. Since kitorang dah tahu betapa panjang barisan yang akan terbentuk, pagi pagi lagi kitorang dah serbu cable car tu. Kalau tak silap, pukul 9 pagi kitorang dah terpacak kat situ. Tapi? Tengok gambar kat bawah ni.

Bila nak sampai kat kaunter ni?

Panjang kan? Adeh. Sabar je la. Nak dekat sejam jugak kitorang beratur nak beli tiket ke langit. Tapi sukur alhamdulillah, berkat kesabaran yang dah nipis macam kulit bawang, kitorang berjaya mendapatkan tiket tu. Tapi barisan tak habis lagi sebab barisan yang seterusnya bersambung kat bahagian tunggu giliran nak naik cable car pulak. Letih gila asyik beratur je kerja. Dan akhirnya kitorang dapat naik cable car pada waktu tengahari, lebih kurang pukul 12 macam tu. Almost tiga jam kitorang beratur! And it was not easy untuk bertahan selama tu.

Sampai akhirnya! Tapi lepas hampir satu jam beratur.

Tahniah kepada auntie kat belakang tu sebab berjaya terselit sekali! Haha.

Bosan gila tunggu giliran. So, ni la ubat kepada bosan. Say cheese!

Tengok berapa ramai lagi yang tak dapat beli tiket.

Ni barisan yang tunggu giliran naik cable car.

Seram! Agak agak bau apa kat bawah tu?

Lega! Sekarang giliran kitorang naik cable car pulak.

Dah kat dalam cable car dah! Aku gayat sebenarnya.

Sepanjang naik cable car tu aku macam tak bergerak sangat sebab aku gayat dengan ketinggian sebenarnya. Haha. Kantoi pulak! Tapi pemandangan kat luar yang aku nampak dari dalam cable car memang awesome. Aku tak tahu nak explain macam mana tapi memang teruja tengok pemandangan daripada atas. Rasa macam tengah terbang je!

View kat sky bridge.

Ada berani?

All of us kat sky bridge.

Tak boleh nak senyum sangat sebab tengah tahan panas ni.

Awek kat sebelah tu!

Jom tengok apa yang ada kat Langkawi ni?

Allah Maha Besar.

Subhanallah.

Comel kan? I mean, menara kat belakang tu.

Panas tu tak payah cakap la kan? Tengok muka Adie!

Bajet sekejap. Boleh?

Dah jom balik!

Honestly, kitorang dah habis tenaga dah masa kat sky bridge tu. Dengan letih beratur hampir tiga jam, dengan lapar tak sarapan lagi, dengan tekak haus gila, dengan hari dah masuk tengahari, memang tenaga nak huha huha tu dah takde dah. Adeh. Boleh kata sekejap sangat kitorang kat atas tu. Lepas dah cukup syarat pergi semua tempat kat atas tu, kitorang terus balik sebab dah lapar sangat.

Okay. That's all for now. Jumpa lagi!



potpetpotpet : Sarapan sangat penting.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com