Selasa, 31 Januari 2012

Pulau Ke Pulau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Okay. Aku rasa macam dah basi nak cerita pasal Langkawi. Haha. Takpe la. Aku nak cerita jugak. Kitorang bertolak dari Tanjong Malim ke Kuala Perlis pada pagi hari Sabtu bersamaan dengan 21 Januari 2012. I mean, pagi yang lepas Subuh, bukan pagi yang dah nak tengahari. Kitorang naik satu kereta je. Cukup la untuk 5 orang kan? Perjalanan ke Kuala Perlis memakan masa hampir 7 jam kalau aku tak silap. Nasib all of us ada lesen memandu. So, dapat la tukar tukar driver sepanjang perjalanan tu.

Sebelum sampai kat Kuala Perlis, lepak kat R&R kejap sarapan mee kari.

Ramai gila orang nak pergi Langkawi! Last last aku dapat tiket pukul 4.30 petang.

Lunch kat depan jeti tu je. Sedap ke tak tu belakang kira sebab dah lapar sangat dah waktu ni. Haha.

Esoknya pagi pagi lagi kitorang dah get ready sebab nak pergi Island Hopping. Tahu tak Island Hopping tu apa? Island Hopping ni aktiviti bersiar siar dengan bot dari satu pulau ke satu pulau yang lain. Mula mula kitorang singgah kat Pulau Dayang Bunting. Kat situ kitorang cuma sempat celup celup kaki je kat tasik dia. Nak mandi memang tak sempat la sebab masa yang dia bagi kat Pulau Dayang Bunting tu sekejap je. Seterusnya kitorang berhenti kat tempat helang makan. Seronok jugak tengok helang cari makan. Nampak la cara helang tu tangkap ikan tu macam mana. Last sekali kitorang pergi Pulau Beras Basah. Aku tak tahu kenapa nama dia Pulau Beras Basah tapi air laut kat situ memang jernih. Dan ramai orang mandi manda kat situ tapi kitorang tak join sekali sebab tengah panas terik kot masa tu.

Perasan tak bentuk bukit tu macam perempuan tengah mengadung?

Naik bot!

Aku duduk sebelah Miha, pemandu pelancong rasmi kitorang.

Dah sampai kat Pulau Dayang Bunting!

Macam tak excited je? Haha

Pemandangan kat Pulau Dayang Bunting.

Kitorang ada rakam video masa ni. Nantikan!

Kat Pulau Dayang Bunting ni ada tasik dan boleh mandi kalau nak tapi kitorang tak nak. Eh. Macam tak perlu je bagitahu pasal tak nak tu?

Tak sabar nak pergi pulau yang seterusnya.

Sempat lagi kan?

Tengok helang keluar cari rezeki.

Epik tak gambar ni? Kagum dengan diri sendiri!

Dah sampai kat Pulau Beras Basah.

Sebahagian daripada pemandangan yang cantik kat Pulau Beras Basah.

Sekali lagi kitorang tak mandi!

Panas terik masa ni sebab dah masuk tengahari.

Lepas dah selesai Island Hopping, kitorang terus pergi cable car. Bajet dapat naik hari ni tapi? Orang berbaris punya la panjang macam dah nak sampai Singapura dah. Boleh? Nak tak nak, terpaksa la batalkan hasrat nak naik cable car hari tu. Dengan perasaan hampa, kitorang tinggalkan cable car sambil mengesat air mata yang berlinangan. Haha. Geli je kan dengar?

Baru habis lunch kat salah sebuah restoran yang ada kat Pantai Cenang.
Tak dapat naik cable car hari tu. So, pujuk hati dengan makan aiskrim je la.



potpetpotpet : Ada banyak lagi gambar. Sabar ye?

Ahad, 29 Januari 2012

(Keputusan) AJL Ke-26 Milik Hafiz, Awan Nano!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-26 baru je habis tadi. Tahniah diucapkan kepada Hafiz dan M Nasir selaku komposer di samping Budi Hikayat yang bertindak sebagai penulis lirik kerana lagu Awan Nano telah diangkat menjadi juara AJL yang terbaru dan sekaligus telah menewaskan finalis finalis yang lain. Well. Adat pertandingan kan? Ada yang menang, ada yang kalah. So, jom tengok senarai keputusan penuh pemenang AJL ke-26 tadi. Kalau rasa macam tak puas hati, boleh buat AJL kat bilik sendiri ye?



Juara: Awan Nano - Hafiz
Trofi dan wang tunai RM35,000

Naib Juara: Beribu Sesalan - 3 Suara (Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah)
Trofi dan wang tunai RM15,000

Tempat Ketiga: Karma - Faizal Tahir
Trofi dan wang tunai RM12,000

Persembahan Terbaik: Kisah Hati - Alyah
Trofi dan wang tunai RM10,000

Vokal Terbaik: Awan Nano - Hafiz
Trofi dan wang tunai RM10,000


Tapi aku paling puas hati dengan persembahan Awan Nano daripada Hafiz. Cukup rasa, emosi dan lontaran vokal yang sangat mantap. Tak payah nak bakar apa apa kat atas pentas, tak payah nak pusing pusing sampai pening. Okay. Aku usik usik je. Jangan nak serious sangat boleh? Haha. AJL ke-26 ni antara AJL yang terbaik yang pernah dipentaskan, dari segi finalis finalis yang bertanding, dari segi tema, idea dan konsep yang dipilih. Tahniah diucapkan!



potpetpotpet : Tengok depan tv je la.

Sabtu, 28 Januari 2012

Sekujur Badan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Aku baru balik dari Kluang, Johor. Pada hari Khamis yang lepas, makcik aku telah menghembuskan nafasnya yang terakhir lebih kurang beberapa minit selepas azan Zohor berkumandang. Innalillah hiwa inna ilai hiroji'un. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Ingat lagi entri Kain Putih? Entri tu pasal aku dengan arwah. Pada yang tak tahu pasal apa, boleh la singgah entri Kain Putih aku tu. Sesungguhnya ajal maut tu di tangan Allah. Nyaie aku kata umur arwah baru mencecah 52 tahun kalau aku tak silap. Sama sama la kita muhasabah diri. Semoga berita pasal kematian ni dapat sedikit sebanyak melahirkan keinsafan di samping kita fikir balik apa ibadat atau amalan yang telah kita lakukan.


By the way, aku dapat mengusung jenazah masuk ke dalam van jenazah untuk pertama kalinya. Satu pengalaman yang sangat mustahil untuk aku lupakan. Dan aku bersyukur bila tengok adik beradik, saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga yang hadir pada hari Khamis tu. Jenazah arwah telah selamat dikebumikan sebelum waktu Maghrib tiba. Alhamdulillah. Allah telah mempermudahkan segala urusan pada hari kejadian. So, sama sama la kita doakan supaya keluarga arwah dapat menerima kepergian ni dengan tenang, sabar dan redha akan ketentuan Allah.



potpetpotpet : Nyaie ialah panggilan nenek bagi orang Jawa.

Rabu, 25 Januari 2012

Tolong Undi Budak Lelaki Sebelah Pintu Boleh?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Nak mintak tolong boleh? Aku baru dapat tahu pasal World Bloggers & Social Media Awards 2012 petang tadi. Aku tak tahu betapa serious benda ni sampai la ada sorang blogger tu suruh aku join sekali. Dengar cerita benda ni akan berlangsung di PWTC dan bakal menggandingkan Aznil Haji Nawawi dengan Lisa Surihani sebagai pengacara pada tanggal 17 Februari 2012. Hebat tak?


So, aku nak jasa baik kau supaya undi blog aku yang bajet hensem ni. Kalau kau nak tahu, aku join kategori Best Lifestyle Blog Of The Year. Aku takde la nak menang sangat. Tapi aku harap aku dapat memberikan saingan yang sihat kepada blogger blogger lain yang turut serta. Kalau rasa macam nak tolong aku, boleh la undi blog aku kat sini:

Lepas tu, cari URL blog aku kat dalam kategori tu. Tahu tak macam mana rupa bentuk URL blog aku? Haha. Dah jumpa URL blog aku, tekan VOTE. Tapi sebelum tekan VOTE, kau kena sign up dulu. So far, total votes yang aku dapat baru 24. Sikit je kan? So, boleh la ringan ringankan tulang dengan menambahkan bilangan undian yang ada.


To those yang dah tolong aku, aku hanya dapat cakap terima kasih banyak banyak. Tu je la yang aku mampu sebab aku tahu aku tak dapat nak balas satu satu jasa baik yang aku dah terima. Cuma Allah yang dapat membalasnya. So, terima kasih sekali lagi.



potpetpotpet : Rezeki ada di mana mana.

Permata Kedah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Dah berapa hari aku tak update blog? Takpe la. Aku tiba tiba malas nak kira. Aku baru sampai rumah malam tadi. Sampai dari mana? Dari Langkawi! Okay. Sempena dengan Chinese New Year tahun ni, aku dengan empat orang kawan aku yang lain telah pergi bercuti kat Langkawi. Eh. Aku ada bagitahu kau yang aku pergi bercuti kat dalam entri Cuti Di Malaysia hari tu kan? Cerita penuh nanti aku update kemudian ye? Sementara nak tunggu cerita penuh tu, layankan gambar aku masa kat Pantai Cenang ni.




potpetpotpet : Alhamdulillah. Semua telah berjalan dengan lancar.

Khamis, 19 Januari 2012

Cuti Di Malaysia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Esok lepas sekolah aku akan bertolak ke salah satu destinasi percutian yang terdapat di Malaysia. Aku rasa kau dah boleh agak dah kat mana. Tapi aku tak nak bagitahu lagi. Seperaizzz! *gaya Eric Leong

So, aku akan habiskan cuti sempena Chinese New Year ni kat sana. Tapi aku bukan pergi sorang sorang. Aku pergi dengan empat orang kawan aku yang lain. Eh. Kau takde plan nak pergi mana mana ke? Well. Time cuti ni la nak manja manjakan diri. Time kerja nanti takde masa nak manja manjakan diri ni. Tak gitu ling? Okay la. Nanti aku sambung cerita ye? Tunggu aku balik nanti.




potpetpotpet : Nak join? Okay. Aku ajak ajak ayam je.

Ahad, 15 Januari 2012

Sebelum Dia Ke Sarawak

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salah sejahtera!

Pada hari Jumaat yang lepas, aku dengan Adie sempat lepak dengan Fizal sebab dia dah nak fly ke Sarawak kalau tak silap aku Isnin ni. Eh. Bukan fly sebab cuti cuti Malaysia tapi sebab dia dapat posting kat Sarawak. So, kitorang lepak sama sama ni macam nak raikan dia sebelum dia fly ke Sarawak la ni. To Fizal, selamat mendidik generasi akan datang ye? Aku tahu kau tak minta Sarawak tapi anggap je la tu rezeki kau. InshaAllah ada hikmah dan elaun yang tersembunyi. Eh?

Ni muka suspek yang kena posting kat Sarawak.

Tengah tengah lepak tu, Fizal bagitahu yang ibu dia ajak dinner kat Pizza Hut sekali. Omai! Masalahnya sekarang bukan ibu dia je tapi satu keluarga dia siap pakej ibu saudara, sepupu, menantu dengan cucu dia sekali! Mana aku tak malu malu kucing aku masa tu kan? Nak tak nak, telan je la. So, terima kasih auntie! Semoga Allah membuka pintu rezeki yang lebih luas lagi buat auntie sekeluarga.

Okay. Jom tengok gambar gambar yang aku sempat tangkap pada hari kejadian. Amaran! Anda mungkin rasa lapar lepas tengok gambar gambar kat bawah ni.















potpetpotpet : Lepas ni dah tak dapat nak lepak macam selalu.

Khamis, 12 Januari 2012

Status Baru

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Status baru? Tolong jangan keliru. Ni bukan status yang bujang, duda, janda, dah berkahwin atau dah bersunat. Ni status kat facebook. Aku baru je update tadi. Nak tahu apa status aku yang terkini? Dulu aku jobless, takde kerja. Tapi kini tidak lagi! *gaya macam iklan. Petang tadi aku ada call Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, nak check nama aku ada ke tak dalam senarai Guru Interim sebab kawan aku kata dah boleh check dah. Errr... Guru Interim tu apa? Aku sendiri kurang pasti dengan apa yang dikatakan Guru Interim sebab aku tak diberikan penerangan yang jelas pasal Guru Interim ni.


So, hari Isnin ni aku akan start masuk sekolah balik. Yeay! Eh. Seronok ke? Berdebar kot! Takpe takpe. Doakan yang terbaik je la. Aku ditempatkan di salah sebuah sekolah menengah yang terdapat di Masjid Tanah, Melaka. Nak tahu apa nama sekolah menengah tu? Tak payah la. Haha. Tapi takde la jauh sangat dari rumah aku, dalam setengah jam perjalanan macam tu. Dah la.



potpetpotpet : Rezeki jangan ditolak.

Isnin, 9 Januari 2012

Aku Tonton The Awakening

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Kelmarin aku dapat lepak tengok wayang filem The Awakening dengan empat orang kawan. Aku tengok dengan Adie, Fyzal, Zulanizam dan Hanif. Tapi takde gambar sebagai bukti la pulak. Takpe kan? Actually, aku macam malas nak ambil gambar sebab aku takde mood nak berhadapan dengan kamera. Lain kali boleh? Bajet macam ada orang nak sangat tengok muka aku je. Haha.

Jom baca apa pendapat aku pasal The Awakening ni.


Florence Cathcart (Rebecca Hall), nama yang dikenali di kota London pada era 20-an sebagai free-thinker dan tak percaya kepada benda benda ghaib. One day, seorang guru di sekolah berasrama, Robert Mallory (Dominic West) telah datang merayu Florence untuk menyiasat kematian salah seorang pelajar di situ yang agak misteri nusantara. Filem ni ada dua kisah. Kisah yang pertama ialah pasal kematian pelajar tersebut. Kisah yang lagi satu ialah ada aku kisah? Haha. Kisah yang lagi satu ialah pasal Florence. Okay. Aku tak nak cerita pasal apa tapi kalau kau nak tahu, kau kena tengok sendiri. Boleh?

In my humble opinion, The Awakening ni bukan filem seram, jauh sekali filem hantu. Aku tak nafikan kemunculan hantu dalam filem ni tapi filem ni lebih kepada drama yang dialami oleh Florence. Sebagai penonton, terdapat beberapa babak dalam filem ni yang agak meleret dan bosan sampai aku tertanya-tanya mana hantu dia ni tak keluar keluar. Aku nak tengok filem ni sebab nak tengok hantu you know. So, aku tak berapa puas hati bila aku tak dapat tengok hantu yang aku idamkan.

Eh. Aku nak bocorkan satu rahsia ni. Dalam filem ni ada satu watak yang sebenarnya tak wujud tapi Florence ingat dia wujud. Jeng jeng jeng. Takut tak? Tapi tu tak takut sangat. Babak yang paling takut ialah masa Florence tengah tinjau setiap bahagian yang terdapat dalam model sekolah berasrama tu. Last last ada kat belakang! Apa yang ada kat belakang?

So, filem ni dapat berapa bintang?




potpetpotpet : Neither very good nor very bad.

Ahad, 8 Januari 2012

Aku Pilih Ezani - Masterchef Malaysia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Pejam celik pejam celik, Masterchef Malaysia dah sampai ke garisan penamat. Tapi siapa yang menang? Haaa... Tu kena tengok malam ni la. Ezani atau Wahidan? Dan pilihan aku ialah Ezani! Sebab masa awal awal aku tengok Masterchef Malaysia ni, aku memang tertarik dengan Ezani, dengan gaya dia, dengan attitude dia. Apa yang paling menarik pasal Ezani ialah status dia sebagai doktor gigi. Eh. Jom tengok gambar gambar Ezani semasa dia kat Masterchef Malaysia. Aku ambil gambar gambar ni kat fan page Ezani.










Whatever it is, Ezani dan Wahidan dah berjaya sebab dapat jadi dua yang terbaik. So, kita tengok je la rezeki siapa dalam Masterchef Malaysia ni. Tapi aku ada dengar jugak desas desus yang kata Ezani menang. Entah betul entah tidak. Anyway, aku harap Masterchef Malaysia ada musim kedua. Bukan apa, aku dah bosan tengok kalau rancangan realiti je mesti pasal nyanyian. Setuju?

UPDATED - Ezani ialah juara Masterchef Malaysia yang pertama!



potpetpotpet : Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com