Khamis, 18 Oktober 2012

Stress

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Stress. Takde siapa mintak stress. Buat apa nak mintak stress kan? Baik mintak maaf ke, mintak duit ke, mintak follow balik ke, ada faedah jugak. Tapi tu la, kita tak dapat mengawal keadaan sekeliling kita. Tahu tahu ada je perkara atau peristiwa yang membuatkan kita stress-sestress-stressnya. Haaa... Tak berbelit lidah kau nak sebut? So, sebagai manusia yang diberi akal dan fikiran, kita hendaklah bijak menangani stress yang datang. Maksudnya, kita kena tangan-tangankan stress itu. Boleh? Kalau tak puas, kaki-kakikan pun boleh.

Muka nampak lebih muda bila bijak tangani stress. Guna diri sendiri sebagai contoh pun boleh kan? Haha!

So, ada 10 tips yang kita boleh amalkan supaya kita tak mengalami hypertension. Alhamdulillah. Setakat ni aku masih hidup lagi. Jadi terbukti bahawa tips ni tak membahayakan kesihatan lelaki bujang dan jugak ibu-ibu mengandung. Eh?
  1. Ambil masa dan ruang untuk bersendiri, sekurang-kurangnya 30 minit, setiap hari.
  2. Gunakan perkataan 'tidak' tanpa perlu rasa bersalah.
  3. Bersenam untuk membakar 'lemak-lemak' stress.
  4. Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar di samping minum air dengan banyak.
  5. Sebelum tidur, maafkan semua orang yang ada melakukan kesilapan terhadap anda.
  6. Berseronok (tidak melampaui batas) dengan kawan-kawan dan jangan malu untuk berkongsi perasaan dengan orang lain.
  7. Sentiasa berfikir dan bertindak secara positif.
  8. Dengar lagu-lagu kegemaran anda berbanding menonton rancangan-rancangan kegemaran anda di televisyen.
  9. Belanja diri sendiri makan sedap sedap ke, belanja diri sendiri pergi spa ke, pandai pandai la belanja diri sendiri. 
  10. Dekatkan diri dengan Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar. Banyakkan berdoa, solat sunat, baca al-Quran, berzikir dan sebagainya.

Sekali sekala belanja diri sendiri. Siapa yang untung? Diri sendiri jugak. Kbai.

potpetpotpet : Siapa nak belanja aku lepas baca entri ni? Haha!

25 ulasan:

eddy syrol berkata...

aku geram part sebut stress--stresess tu.... grrrrr

luqman zakaria berkata...

tips berguna!! selalu stress nih..ghambut(rambut) pon dah gugur nih~

Miz Dayah berkata...

good tips tp kadangkala susah nak buat. haha. aishh

farhana berkata...

Nak katakan 'tidak' tu kadang2 memang buat rasa bersalah. =__=

CekbOlat-bOlat berkata...

skrg streess mncri bag yg sesuai -.-

♥ cik kieranaa ♥ berkata...

stress = makan = setel..! haha

zainatul abu bakar berkata...

saya stress tunggu entri terbaru blog ni,boleh? hahahahaha

dieyla berkata...

entry menarik..part plg menarik ble soalan bertanya spe nk blnje ble dh bc entry ni...hahaha

cikCT berkata...

stress stress stress!

grrrrr =.=

tp hangout dgn korang2 mmg sgt best tau. serius blh hilang stress.

nnt jgn lupa ajak kita lg tau (:

Zack Azrin berkata...

bila bnda yg wt kte stres hilang... heaven giler ase...:p

Kniedaz berkata...

Stress sebelum gi bercuti buleh? Sebab kena kemas beg baju satu family huhu

Etty Selamat berkata...

Tengah stress buat assignment.. Lepas baca entry ni terasa nak belanja diri sendiri je.. Diulangi, diri sendiri sahaja... Bukan belanja pemilik blog ini.. hehehe.. Ok nak g kafe, belanja diri sindiri jap! kbai! hahahahahaha

Fendy berkata...

aku pon stresss....

Cik PensiL berkata...

semua orang stress , tak da sapa yang tak pernah stress kan .

persoalanya , cara untuk menangani masalah tu je ^_^

thanks ~

Razil Tahir berkata...

Stress tue amatlah tak baik untuk kesihatan..
Jom lepak together and release this stress!!!! Wahahah XD

slumberdek berkata...

yg no 10 tu perlu letak paling atas.

Tracey berkata...

wau...nampak sedap...

kumawa nadia berkata...

owh...sress ni tak la selalu terjadi pasal mende lain tu...cumer bile study jer,......stress dtg tanpa diundang..huhuh

kumawa nadia berkata...

belanja korg jom!

Hnahdy berkata...

ok sp plak nk belanja hana :P

Edy Fee berkata...

hilang kedut kalau hidup tak stress.hehee

Ain Dzaya berkata...

tangi stress untuk tampak lebih muda adalah quote yang terbaik untuk golongan muda.. >.<

wisata bakti alam berkata...

kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

AmirahHafizi berkata...

good tips=)

dheera berkata...

Mkn cekelat

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com