+ -

Pages

Kisah Seorang Doktor

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Aku nak kongsi kisah seorang doktor. Aku terbaca kisah ni kat academictips.org. For your information, kisah seorang doktor ni dalam bahasa Inggeris sebenarnya. Tapi aku cuba olah dalam bahasa Melayu. Sukahati aku je kan? Haha. Takpe takpe. Korang layankan je la. Ni bukan kisah sembarangan. Dah la penat aku translate nak bagi korang faham. Masalahnya, ada ke korang suruh aku translate? Kbai.

Seorang doktor memasuki hospital dalam keadaan tergesa-gesa. Dia kemudian menukar pakaiannya dan terus menuju ke blok pembedahan. Kelihatan seorang lelaki sedang berjalan mundar-mandir menunggu kehadiran doktor yang bertanggungjawab.

Sebaik sahaja doktor sampai, lelaki tersebut berkata dengan nada suara yang agak keras, "Kenapa doktor ambil masa yang lama untuk sampai? Doktor tahu tak anak saya tengah kritikal kat dalam tu? Apa punya doktor ni?"

Doktor itu tersenyum lalu berkata, "Saya minta maaf encik. Tadi saya tiada di hospital dan sebaik sahaja saya dapat panggilan, saya cuba datang secepat yang mungkin. Maafkan saya. Sekarang, saya berharap encik bertenang supaya saya dapat jalankan tugas saya."

"Bertenang? Kalau anak doktor yang berada dalam bilik itu sekarang, doktor boleh bertenang? Kalau anak doktor yang mati sekarang, apa doktor akan buat? Bertenang?" Lelaki tersebut mula meninggikan suaranya.

Sekali lagi doktor itu tersenyum dan membalas, "Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali. Saya hanya seorang doktor. Saya tidak boleh memanjangkan nyawa anak encik. Saya cuma dapat buat yang terbaik. Semua yang berlaku sebelum, semasa ataupun selepas adalah dengan izin Allah."

"Cakap memang la senang sebab doktor tak rasa apa yang saya rasa sekarang ni." Lelaki tersebut membebel.

Pembedahan kemudian berlangsung selama beberapa jam. Tiba-tiba doktor keluar daripada bilik pembedahan itu dan berkata, "Alhamdulillah! Anak encik telah berjaya diselamatkan!"

Tanpa membuang masa, doktor tersebut bergegas pergi meninggalkan kawasan bilik pembedahan itu. "Jika encik ada apa-apa pertanyaan, encik boleh tanya dengan jururawat kat sini."

"Kenapa doktor ni? Tak boleh ke tunggu seminit dua? Saya nak tanya macam mana keadaan anak saya pun tak sempat?" Lelaki tersebut berkata sedemikian sebaik sahaja seorang jururawat menghampirinya selepas doktor itu berlalu pergi.

Jururawat tadi pun menjawab, "Anak doktor meninggal dunia semalam, meninggal sebab kemalangan jalan raya."


potpetpotpet: Sepandai-pandai tupai melompat, pandai-pandai la korang fikir moral of the story dia.
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: Kisah Seorang Doktor  Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera! Aku nak kongsi kisah seor...

27 ulasan:

Az Meeda berkata...

dah lame dah saya ada terbaca misah ni dekat fesbuk.

jal berkata...

hurm terkedu baca ayat last tu, hurm biasalah org Malaysia terutamanya suka pikir diri sendiri tak pernah pikir org lain kan. Selamat hari raya korban juga.

Jal ajak baca ni BE Celcom Galaxy Note 2

zera eira berkata...

pernah read this story before.

hmm, so, kita tak boleh terus jump to conclusion atau judge someone sesuka hati. :)

KAMIHIDUP berkata...

Selamat hari raya haji.

miszfazierra berkata...

nice story.. ade pengajaran jugak... btw, selamat hari raya aidiladha :)

bukankosong berkata...

@miszfazierra lebih kurang dengan pelanggan aku yg tak reti tahan sabar

tau nak puaskan nafsu sendiri je

demn!

Terbang Bersamaku berkata...

sedihnya baca kisah Dr tue....

itulah kadang2 tugas Dr nie macam tak dihargai, malah mcm tak diabil pedui pun kan...mereka pun manusia jugak, perlukan rehat...

ridhwan ritawan berkata...

Nice story

ridhwan ritawan berkata...

Nice story...love it

Hnahdy berkata...

sedih la pulak

widiea azira berkata...

pernah baca story ni, jumpa balik. so na copy haha suh kawan2 baca..

erry edz berkata...

salam perkenalan :) nice blog!
do follow me yah +_+V

MarliaMarble berkata...

SEDIH...T_T

Tracey berkata...

weeerrr....jangan kita mudah menghakimi perbuatan seseorang itu...

Edy Fee berkata...

edy ade kawan 2 org dokter...
kalau tengok diorang...sangat takde life...kesian kadang2..tido pon kat hospital.... cuti mmg susah la.kalau cuti stay umah tido je...
mmg gaji banyak..tp kalau takde life...
i prefer not to

Ain Dzaya berkata...

siryesly tak dapat moral of the story..
demmm!

Batu Adventure berkata...


kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

Cik Pensil berkata...

macam pernah baca cerita ni .

tapi inilah yng dikatan tangungjawab , tanggungjawab seoarang dokter .

samalah dengan yang lain2 , guru , poliss ...

Azhafizah Md Nor berkata...

act,kene faham tempatkan diri kita kat tempat orang tu...tak boleh terus blame..akibatnya..tersalah judge =_=.kan dah menyesal camtu.

wisata outbound malang berkata...



kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

ahmadhiSyam berkata...

thanks kongsi. siap tolong translatekn lg..nway kisah ni dpt ajar kita supaya x pentingkn diri sendiri..

naDz_AngelLauz berkata...

sedihh...
kekadang manusie meman tak pernah nak hargai jasa baik orang lain.. yang dia fikir hanya kepentingan diri sendiri jer.. kesian doktor tu..

Cik Tomorrow berkata...

penah dengar kisah ni masa kuliah di pusat islam ..... tergamam dibuatnya ...

oyye_gibbous91 berkata...

Tula jgn ingt kita punya mslh bsr sgt.
Bb ada lg yg punya mslh lg bsr punya.

saifudin abu izzudin berkata...

kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Bukanlah suatu kesalahan ketika kamu mencoba dan kemudian gagal. Satu-satunya kesalahan adalah ketika kamu tidak berani mencoba
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ..

saifudin abu izzudin berkata...

kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Bukanlah suatu kesalahan ketika kamu mencoba dan kemudian gagal. Satu-satunya kesalahan adalah ketika kamu tidak berani mencoba
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ..

the tempo of life berkata...

ehm.dulu cita2 nak jadi doktor. ingat nk medik. sekali tak dapat. hmm, takpelah takde rezeki -_-

< >