Rabu, 8 Ogos 2012

#GatheringIftar2012 Meriah Seperti Hari Raya!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah kerana mengurniakan nikmat sihat ini kepada aku. Kalau tak, aku memang tak dapat nak join #GatheringIftar2012 ni. Terima kasih kepada Amir Rayyan sebagai penasihat dan Qarl sebagai pengarah program. Pada hemat aku, ni la gathering paling lengkap daripada segi pengisiannya. Eh. Sebelum tu, #GatheringIftar2012 kali ni diadakan di Ar-Rayyan Kids yang terletak di Kelana Jaya.


Majlis bermula sekitar jam 6.30 petang dengan aktiviti menghias kek. Jangan tak tahu, kek yang disediakan ialah kek Red Velvet ye. Bukan calang calang jenis kek tu. Air tangan siapa lagi kalau bukan Nabil Aizat kan? Kalau air tangan aku dia jadi kekwat. Okay. Lawak hambar. Satu kumpulan terdiri daripada 4 orang. Dan kita ada 4 buah kumpulan. Untuk pengetahuan, aku tak join mana mana kumpulan. Tugas aku sepanjang aktiviti tu ialah gelakkan aksi dan gelagat mereka je. Nampak macam senang tapi susah sebenarnya.


Selesai aktiviti menghias kek, tibalah waktu berbuka yang ditunggu-tunggu. Siapa tak tertunggu-tunggu tu mesti dia tak boleh puasa kan? Haaa... Kami buka puasa dengan air teh o ais je dulu sebelum menunaikan solat Maghrib secara berjemaah kat tingkat atas. Dah selesai solat Maghrib baru kami sambung buka puasa dengan bermacam-macam juadah yang tersedia. Ada nasi hujan panas terik petir kebaboom, ada ayam masak merah (kot), ada nenas masak kari (agaknyalah), ada popia basah, ada kek coklat strawberry, ada karipap, ada sosej bergulung dan banyak lagi. Bazar Ramadhan pun tak meriah macam juadah kami!


Okay. Tulis panjang panjang pun bukan ada orang nak baca. Membazir tenaga je tekan keyboard lama lama. Secara ringkasnya apa yang berlaku pada hari kejadian:


6.30 petang: Aktiviti menghias kek
7.30 petang: Berbuka puasa dan solat Maghrib secara berjemaah
7.55 petang: Sambung berbuka puasa
8.20 malam: Sesi memperkenalkan diri masing-masing
8.40 malam: Tazkirah oleh imam muda
9.20 malam: Solat Isyak dan solat sunat Tarawih secara berjemaah
10.50 malam: Permainan - Super Spontan dan 3, 6, 9
12.00 tengah malam: Bersurai

Alhamdulillah. #GatheringIftar2012 berjalan dengan lancar. Masa mula mula aku sampai, aku dah risau sebab ramai yang hadir aku tak berapa kenal apatah lagi rapat. Aku ni dah la jenis dulu malu tapi mahu kini baru ku tahu. Haha. Terima kasih kepada #GatheringIftar2012 kerana memperkenalkan aku dengan mereka semua. Semoga ikatan persahabatan ini berkekalan hendaknya.


Follow these amazing people! Termasuk aku? Haha!


potpetpotpet: Berkawan biar sampai tak boleh kira dengan jari.

19 ulasan:

  1. owh...
    majlis nih lah yang IM Omar datang tu
    hehehehe...

    BalasPadam
  2. wah bestnya..aktiviti pon banyak. nape tak join sekali hias kek tu?hehe

    BalasPadam
  3. wah wah .. bestnye lahai ..
    memang tumpang jeles la kan :|
    haha

    BalasPadam
  4. hehehe best best!
    inshaAllah tahun depan bertemu lagiii!

    BalasPadam
  5. Hahaha...chomeyl je dorunk hias cake tu..kena ada gathering lagi...best2..nanti nak serang melaka gathering kat situ pulak.. :)

    BalasPadam
  6. indahnya memori ituuuuuuuu... :)

    BalasPadam
  7. moga acara ini menjadi acara tahunan

    insyAllah...

    meriah!

    =_=

    BalasPadam
  8. seronoknyee..nnti nk join bleh??=)

    BalasPadam
  9. Indeed..

    Paling tersusun serta pengisian yang padat..!

    Sangat2 best...

    BalasPadam
  10. wahhhhhh... bestnye.. jeles tol.. huhu.. kan best klu dpt join.. huk3..

    BalasPadam
  11. wah..bestnyer...
    org melaka xnak buat jugak ke? hehe

    BalasPadam
  12. Wahh, bestnya. Macam suasana dah raya pula. Salam Ramadahan dan Syawal yang bakal menjelma dari saya orang Sabah. Hehe. Buli bha kalau ko!

    BalasPadam
  13. seronok malam tu. dapat jumpa semua :)

    BalasPadam
  14. bestnyaaa >__< waaa nisa kay ngan daniel adie pon ada =) okey cuma yg tu je familiar >__<

    BalasPadam
  15. seronok tgok gathering korang..meriah disitu,huhu

    BalasPadam
  16. Baru perasan kat google... Nice meeting u peace!

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com