+ -

Pages

15 Status Facebook Terbaik!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Actually takde apa nak update. Since dah kerja ni, hidup aku macam bosan je. Masuk kerja pukul 8 pagi, balik kerja pukul 5 petang. Malam tu duduk rumah je. Hujung minggu kalau sempat pergi tengok wayang, kalau tak sempat duduk rumah (lagi?) lepas tu basuh kereta, gosok baju seluar dengan kiwi kasut. Nampak tak siratan makanan hidup aku di situ? Okay. Perenggan pertama ni sangat lari daripada tajuk kita pada hari ni.

Iklan 1Malaysia. Janji ditepati! Kbai.

Aku ada SATU (1) akaun facebook sahaja. Takde dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan dan seterusnya boleh kira sendiri. Penat kot nak jawab soalan sama: ni facebook anda ke?; mana satu facebook anda?; anda ada berapa facebook?; ini gambar anda?; anda hensem sekali!. Okay. Soalan last tu je yang takde orang tanya sebab tu bukan soalan tapi ayat penegasan. Eh? Aku kadang-kadang marah, bukan marah dengan orang yang tanya soalan-soalan tu tapi marah dengan orang yang guna gambar aku tu. Tapi apa nak buat, bak kata pepatah, once it's on the internet, it's there forever. Bagi menjernihkan keadaan, sekali lagi, ni satu-satunya facebook aku: www.facebook.com/hizami.rahim. Kalau jumpa profile lain yang guna gambar aku, tu bukan aku tapi FAKER! Okay. Lari daripada tajuk untuk kali yang kedua.

Aku dah senaraikan 15 status facebook terbaik yang pernah aku post sepanjang tahun 2012 ni, setakat ni. Terbaik pada pendapat aku la kan. Nampak sangat syok sendiri! Haha. So, entri ni bertujuan untuk berkongsi status-status yang mungkin bersangkut-paut dengan pembaca-pembaca sekalian. Kalau takde sangkut paut, pergi sangkut baju sana. Kbai.

  • Dalam hidup ni, kenangan yang paling indah selalunya tidak dirakamkan oleh kamera.
  • Hargai apa yang sedang kamu miliki sebelum ia bertukar menjadi apa yang pernah kamu miliki.
  • Hadiah yang terbaik daripada kita untuk seseorang ialah masa. Kerana kita tidak akan mungkin mendapatkan masa itu semula. Jadi, luangkan masa dengan mereka yang tersayang kerana sesungguhnya itulah hadiah yang terbaik.
  • Belajar menghargai apa yang kamu miliki sekarang ini. Atau masa akan mengajar kamu untuk menghargai apa yang kamu miliki sekarang ini.
  • Kita mungkin tidak dapat mengubah orang lain. Tapi kita dapat mengubah persepsi kita terhadap orang lain.
  • Selalu kita nampak orang yang dapat peluang tapi dia sia-siakan peluang tu. Orang yang beriya-iya mahukan peluang tu pula? Tak dapat peluang tu langsung! Jadi, bersyukurlah dengan setiap peluang yang kita dapat kerana bukan semua berpeluang mendapat peluang seperti yang kita dapat. Ucap alhamdulillah.
  • Senyum. Tunjukkan pada mereka yang pada hari esok kita lebih kuat daripada hari ini.
  • Hari yang baik memberikan kita kegembiraan. Hari yang buruk memberikan kita pengalaman. Dan kedua-duanya penting dalam hidup kita.
  • Matematik mungkin telah mengajar kita tambah, tolak, darab dan bahagi. Tapi Matematik juga telah mengajar kita bahawa setiap masalah itu ada penyelesaiannya!
  • Carilah pasangan yang dapat mengubah hidup kita (ke arah yang lebih baik) dan bukannya pasangan yang hanya dapat mengubah status kita semata-mata.
  • Salah satu keajaiban gambar-gambar yang kita ambil ialah gambar-gambar itu tidak berubah (kecuali photoshop!) biarpun orang yang berada dalamnya telah berubah.
  • Lelaki yang bijak akan membuka minda wanita. Lelaki yang kacak akan membuka mata wanita. Lelaki yang beriman akan membuka hati wanita.
  • Ciri lelaki sejati ialah berupaya untuk menjadi imam pada bila-bila masa, di mana jua.
  • Aku percayakan cinta pandang pertama. Sebab aku masih cintakan ibu dan ayah pada aku saat pertama kali aku buka mata.
  • Lupakan apa yang telah menyakitimu pada masa lalu. Tapi jangan lupakan apa yang telah kamu belajar daripadanya.

potpetpotpet : Selamat menjalani ibadah puasa!
5 Budak Lelaki Sebelah Pintu: 15 Status Facebook Terbaik! Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera! Actually takde apa nak update....

49 ulasan:

zainatul abu bakar berkata...

suka status no 12 :)

jal berkata...

yang matematik tu best la woot, mintak izin di copypaste tuan blog

farra berkata...

nak tiru sume status2 tu..ye.dngan erti kata lain ialah nak mencuri semua status tersebut.harap maklum..peace!

n u r e e c h a berkata...

sukakan semuanya !

widiea azira berkata...

i like yg matematik tu. .

NabilaShukri berkata...

Still.. No 1 is the best and no 3 ;)

TK berkata...

semuanya best.. lagi2 yang matematik tu...

zaxx berkata...

terbaik la bro..leh wat koleksi kata2 hikmah versi budak lelaki sebelah pintu..:) heheh

DanieL AdiE berkata...

Suke semuanya..!

Cik Ummi berkata...

hehehe

semua status dah pernah LIKEEEE =)

Fariehan Ibrahim berkata...

suka kata2 pujangga mcm nie. like! )

Lea Isnawi berkata...

copy paste sikit eh


hehehe

Mila Ahmad berkata...

terbaek !!!

Bella Nabilah berkata...

semua best :D

zizidiazora berkata...

setuju dengan adie...suka semuanya..sekian terima kasih...

|| amira || berkata...

13 and 14 tu best ! :)

teruskan dengan penciptaan status-status best terbaik . hoho

Mia Meymi berkata...

memang trbaik ar..bole dijadikn pngajaran..hee..:)

Aliff Haikal berkata...

kata-kata seorang guru ! awesome :D

Nabil Aizat Abdul Rahman berkata...

suka suka suka darab 15 kali..

Ri berkata...

semuanya bagai nasihat yg boleh dna patut kita manfaatkan.
tima kasih, cikgu! =_=

♥ Cik Zack ♥ berkata...

huhu org kacak kan rmi laa faker nye. saboo jelah :)

fariha berkata...

mohon kopipes.. dah tersuka terlike banyak2 kat status tu.,.

Fara E's berkata...

ini baru betul status cikgu . haha

Iefa Ujang berkata...

14 terbaikkkkkk ! ! !

i am S!L4H.. berkata...

status pertama.

#####

yat yanti berkata...

..best

doublesmiles. com berkata...

urm.. s0 sweett.. ;)

Cik Mulut Murai berkata...

mintakk izin copypaste status nie yaa . :D

najihah sahami berkata...

haha...memang terrrrbaikk!

Azrul Hanif berkata...

mmg awsome!!!

Azrul Hanif berkata...

sngt awsome!!!

:)

Azrul Hanif berkata...

mmg awsome!!!

Samuel Federico berkata...

Mohon dikongsi yaa ..

Samuel Federico berkata...

Mohon dikongsi yaa ..

Awinazqis berkata...

suka baca status yang dihasilkan
semuanya penuh maksud tersirat dan tersurat.....i like it

Miah Mass berkata...

de pengajaran

esse elzara berkata...

Great!!

gadis hijauBunga berkata...

great! macam mana ada ilham nak tulis kata-kata indah macam tu? same tips?

Andi Muh Irfan berkata...

semuanya mantap (Y)
i like (Y)

Andi Muh Irfan berkata...

semuanya mantap (Y)
i like (Y)

NUR AFIFAH berkata...

semuanye best siot. pinjam tau! :P

NUR AFIFAH berkata...

semuanya best dohhh. pinjam tau. :P

atiey kitty berkata...

Carilah pasangan yang dapat mengubah hidup kita (ke arah yang lebih baik) dan bukannya pasangan yang hanya dapat mengubah status kita semata-mata.
suke sume sekali!!!!

masran saimima berkata...

good jab....

masran saimima berkata...

good jab....

Haziq Husaini berkata...

(Y) KALO COPY BOLEH?

Cik Itah@RRP berkata...

salam. semuanya status terbaik :))

Cik Abeyb berkata...

Tuan punya blog..minta kebenaran post anda yang di atas tu saye copy ke blog saye yehh..no worry saye link kan blog anda sekali ..to make sure yang saye tak curi ayat anda ..http://bstbloggeryoubeensearching.blogspot.com/
link blog saye..

dina lily berkata...

Nak copy. thank u

< >