Rabu, 13 Jun 2012

Meluncur Ais Dengan Kung Fu!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Pada hari Sabtu yang lepas, aku, Adie, Ijat dan Wan pergi main ice-skating kat Sunway Pyramid. Tiba-tiba je nak main? Okay. Sebenarnya kami nak raikan Ijat sebab dia dapat posting kat Sabah. A big yeah for him! And for your information, Ijat mula berkhidmat kat Sabah pada 23 Mei 2012 yang lalu. Cuti sekolah dua minggu yang baru habis hari tu dia sempat balik ke semenanjung. Eh. Kalau nak tahu macam mana kehidupan Ijat kat Sabah, boleh la jenguk jenguk blog dia kat SINI.


Serious aku macam huh? Main ice-skating? Aku tak pernah main ice-skating sebelum ni. Wan kata sama macam main rollerblade. Aku sekali lagi huh? Aku tak pernah main roller blade! Adeh. Loser gila bila semua benda tak pernah main. Sebelum masuk, aku dah berpeluh-peluh dah sebab aku rasa macam semua orang kat atas tu tengah tengok aku. Setelah dipaksa, baru la aku dengan malu tapi mahu melangkah masuk ke pentas ais tu.


Kalau kau ada kat situ memang kau boleh nampak aku dengan aksi kung fu, karate, silat gayung, silambam, tai chi dan macam-macam lagi la masa aku tengah cuba nak seimbangkan badan aku daripada terjatuh.Dan alhamdulillah, aku tak jatuh biarpun sekali. Tapi ada sekali tu aku berlanggar dengan siapa entah. Tapi takde la sampai terjatuh. Dan aku rasa orang lain semua takut nak dekat dengan aku sebab aku macam dapat rasakan yang semua orang mengelak bila aku lalu dekat dekat dengan orang. Haha. Rasa hebat je masa tu sebab semua orang bagi laluan kat aku!


Jumpa lagi Ijat! Hari Raya Aidilfitri ni kan? Boleh la feeling lebih bila dengar lagu Dendang Perantau lepas ni. Haha. Have fun di negeri orang!



potpetpotpet : Ijat ialah seorang cikgu biologi.

23 ulasan:

|| amira || berkata...

tahniah buat ijat :) *walaupun taktau yang mana satu .

awek sabah cun-cun . haha xD

mr.syazwan berkata...

kena ikut cara zami

walaupun main tepi2 langsung jatuh

x mcm "org tu" main tgh2 mik ko 2 kali jatuh! haha

eh pic atas pentas ice x letak erk?

kehkeh

btw nice n happy with u guys

=_=

k''N berkata...

ice skating..? wahh,, i pun penah main jugak, sekali, tapi jalan ikut tepi jek, nak ketengah tak brani,,sadisnya lah Y____Y. btw, congrates kat member yang posting kat sabah bahh.. :)

Mra Mastura berkata...

nak tolak ah lepas ni :P
amboi sakat ijat bukan main, keke. :P

MimieRara berkata...

Untungla dapat jugak main ice skating, kite reti tengok orang main je. Hee

hawiz berkata...

syok nyer...hihi..adie xajak pon..huhu

mr.syazwan berkata...

*langsung TAK jatuh

>.<

hafiz hafizol berkata...

pergh ijat cikgu biologi.. terbaik ah.. huhu

blog-tips-kurus berkata...

oda pearls & lobster sabah. heheh!

bukankosong berkata...

pernah main

oklaaa

Nabil Aizat Abdul Rahman berkata...

Kung fu, karate, silat gayung, tai chi semua tahu...silambam je xtaw camne...ajar ek zami? :p

myravea berkata...

huhu. dulu time first time main ice skating, mcm2 gaya ada. Siap gaya jatuh yg memalukan semua dah rasa. Sabar jelaa. :')

Aliff Haikal berkata...

HAHA dah baca blog daniel adie . Pheh !

zainatul abu bakar berkata...

untunglah dpt main ice skating..kite nih semua pon x pernah main lagi :(

DanieL AdiE berkata...

@hawiz

~ Alaaaa..kalau ajak pon, hawis bukannya nak ikut.. Tak habis2 dengan segannya...huhu

Azhafizah[フィザ] berkata...

dah lama tak main ice skating..yuk ber ais skating zami..kat mane ni?Sunway Pyramid ke?standardlah tu bermacam gaya ada..kalau tak de gaya tak ber ice skating lah namanye..hehe..

p/s:tahniah untuk ijat..^__^

luqman zakaria berkata...

tade gambar ngah skating ke??hehe~

widiea azira berkata...

congrat buat ijat dn slamat hidup kt ngeri org, slamat mnjamu kek batik. .haha

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) berkata...

tu dh knape konsep gelak beso tu???

Edy Fee berkata...

tgeng2 cikgu main skating la ni.hehe
teringat parut made in iceskaing pyramid ni.huuh

Qi Muhammad berkata...

tak pernah main benda alah ni lagi. hahaha
macam seronok je.
next time nak cubalah

Hanih Borhan berkata...

Assalamualaikum... Selalu dah sampai kat Sunway Pyramid tu, tapi tak pernah2 lagi main ice-skate, malu nanti jatuh,hahaha...

najihah sahami berkata...

Haha..thniah ats keberanian anda..untunglaaaaa xjatuh.ha3

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com