Isnin, 7 Mei 2012

Bakat Yang Terpendam Hampir 12 Tahun!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Wow! Bakat apa yang terpendam hampir 12 tahun tu? Bakat la sangat? Ke aku sorang je rasa macam tu? Haha. Well, masa sekolah rendah, ni zaman bila punya cerita ni? Well, masa sekolah rendah, aku aktif join pertandingan melukis dan mewarna. Alhamdulillah, rezeki selalu berpihak kepada aku. Setiap kali aku join mana mana pertandingan melukis dan mewarna, alhamdulillah, aku tak pulang dengan tangan kosong. Pencapaian tertinggi aku dalam pertandingan melukis dan mewarna ialah tempat kedua peringkat negeri Melaka, anjuran bersama Zoo Melaka dan A&W.

Masuk je tingkatan satu, aku terpaksa pendamkan minat aku terhadap melukis dan mewarna sebab masa tu aku sekolah agama, jadi, takde matapelajaran pendidikan seni. Perkara ni berterusan sampai la sekarang. Tapi entah macam mana pada bulan lepas aku telah diarahkan untuk mengajar pendidikan seni sedangkan bidang aku ialah matematik! Well, aku terima dengan hati yang terbuka. Dalam hati aku berkata, mungkin inilah masanya! Haha. Ayat bajet macam novel.

So far, alhamdulillah, takde masalah. Semoga Allah membantu aku dalam segala urusan aku. Amin. Esok kita belajar melukis makhluk asing menggunakan konsep kontra dari segi warna ye? Ni makhluk asing yang aku dah siap lukis dan warna:

Warna harimau malaya!


potpetpotpet : Tahun depan nak masuk tom tom bak ada bakat ke.

22 ulasan:

Fiq Fikri berkata...

dalam gbr ni nmpk ctik huhuh nk tgh depan2 ehheh

hawiz berkata...

style gak tu..hihi

cik ziqa berkata...

fuy0o. hai cikgu seni :) haha

ANISA berkata...

lawa2...bakat gk la tu...boleh je...tom tom bak... tp umur ops...xle la..

AfiQ berkata...

waaaaaah! bakat terpendam rupanye.. kene slalu prektis zami.. baru kaw2.. =)

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) berkata...

bagusss....cun gak lukisan...cb lagi bro!!!

lyana kamal berkata...

Smart laa!!

luqman zakaria berkata...

semard la~

Anis Balqis berkata...

haha . tu lukisan masa skolah rndah ke? ohsem :)

Az Meeda berkata...

pandai Zami melukis.. cantek !

athirahmazlan berkata...

Art is fun!

Ngajar sekolah menengah ke? Bagi penumpuan pada asas seni reka pun ok. Insyaallah budak2 seronok suka :)

Rozuan Ismail berkata...

wah, memang berbakat!!

Syakir Rahman berkata...

wow2...smart :D

wanda berkata...

pergghhh..layann~ semart drawing tu..:)

Azhafizah[フィザ] berkata...

bakat memang selalu terpendam..bila dah keluar bakat tu..hamek ko sekali makhluk asing yang keluar..cantik lukisan tu..tambah effects lagi mesti lagi menarik ni zami.

Mr feckry berkata...

cun..imiginasi tinggi ni

zainatul abu bakar berkata...

Wah..naseb baek cikgu math kite ni talented kan..haha.

[z@ck] berkata...

weh..kena ajaq PSV instead of math? kalau aku, dah nangis dah. wuwuwu.susah tak weh dapat subjek yg hang langsung tadak basic?

DanieL AdiE berkata...

Dah lame tahu member baik aku yang sorang ni sangat-sangat creative!

Keep it up...

Puteri Iqa Izyan berkata...

alahai~
kalau iqa, bab ni paling fail!
takde seni langsung nak lukis2.huhu

farah hanim berkata...

berbakt sgt nie
haha :D
ape2 pon style

~uǝǝʇɐɟ berkata...

sama suka melukis. wahh seronoknye dpt mengajar kls seni. gudluck ! :)

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com