Selasa, 24 April 2012

Trivia Hari Jadi Aku Yang Ke-24

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Alhamdulillah. Semalam genap 24 tahun aku bernafas kat atas muka bumi Allah ni. Syukur sekali lagi, aku masih diberi kesempatan dan peluang untuk meneruskan peranan aku sebagai khalifah di dunia yang fana ni. Errr... Ayat macam jawab kertas peperiksaan agama islam spm je. Sesungguhnya aku manusia biasa, ada khilaf sana sini. Semoga Allah sentiasa membimbing aku pada landasan yang betul dan menuju keredhaan-Nya. Amin.

Aku tak dapat hadiah jam tangan mahal macam Adie. Haha! Aku gurau ye Adie? Jangan marah, nanti keluar suara angsa. For your information, family aku memang jarang main bagi bagi hadiah masa hari jadi. Kalau siapa dapat hadiah masa hari jadi dia tu kira untung la tu. So, aku takde la terasa sangat bila tak dapat hadiah hari jadi tu.

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian aku semalam, sempena dengan hari jadi aku. Therefore, aku senaraikan beberapa perkara tersebut sebagai trivia hari jadi aku yang ke-24. Check it out:
  • Aku terima lebih daripada 600 ucapan hari jadi daripada kawan kawan di facebook. Okay. Ni bukan nak menunjuk. Apa faedah kalau aku menunjuk? Macam la aku dapat buffered earning kalau menunjuk ni kan? For me, perkara ni bukan berlaku hari hari. So, I was gila punya excited bila tengok bilangan mereka yang telah menconteng kat timeline aku. Terharu! Aku anggap ni sebagai hadiah hari jadi daripada kawan kawan di facebook. Boleh?

Jumlah tak berapa sebenar.

Jumlah sebenar.

  • Aku dapat kad hari jadi yang sangat menarik pada aku. Dia post kat timeline aku dan aku rasa dia buat sendiri kad ni, guna photoshop barangkali. Tapi aku suka ayat dia, biarkan banyak hati jauh membenci, asalkan banyak hati dekat menyayang. Awww...

Terima kasih!

  • Kat sekolah, aku dapat sekeping kad ucapan dan seulas ferrero rocher. Haha. Terima kasih kepada anak didik yang berkenaan. You know who you are.

Sekejap je makan ferrero rocher tu. Tak sampai satu minit kot!

  • Mira sanggup tunggu tweet yang ke-23488 untuk wish happy birthday kat aku! 23488? Apa kaitan aku dengan nombor tu? For those yang tak tahu, I was born on 23 April 1988. Gila kan? Haha. Thank you! I'm honored. Tahun depan dah tak boleh buat la kan? Huaaa...




potpetpotpet : Simple but nice.

18 ulasan:

Mra Mastura berkata...

^_______^

Puan Besar Shag Yahaya berkata...

Pergh~ Dasat mu ni dasar retis betul. HAHA. Psst. Tu bukan seulas tapi sebungkus. Dah macam durian pakai seulas :P

luqman zakaria berkata...

boleh wish lagi x! hepi besday! :)

BEIHA MAT berkata...

happy belated birthday :) may Allah bless you .
semoga menjadi anak yang soleh :)

awek retro berkata...

happy belated birthday!!

jeely jelly berkata...

salamat hari jadi !! :) kadang2 ucapan besday lagi bermakna dari hadiah. kannn .

zizidiazora berkata...

nak bagi hadiah tak ada tapi kalau nk suruh belanja anytime...

Rozuan Ismail berkata...

gituh mra.huhu

tapibukanaku berkata...

macam nk sorok pulak tarikh besday tahun nih. hahaha.. agak2 dapat x post timeline cam gitu? hehe.

nabila azmi berkata...

slmt hri jadi...=)=)...

zera eira berkata...

happy2 birthday! cikgu hensem. :)

Reen berkata...

mau jammed timeline tu. haha. btw ingatan tu lebih penting drpd hadiah kan :)

Encik Shahzan berkata...

wah.. melekat gak post aku dalam entri ko.. semoga melimpah rezeki ngko macam coklat kokocrunch kat ladang gandum (^_^)

Arol Mubin berkata...

Cayalah tweet ke-23488 tue! Mesti rasa terharu sangat kan? Hewhewhew! ;D

P/S : Eh, birthday same dgn arwah abg (23041986) Arol lah! :)

Zharif Azis berkata...

selamat ulangtahun =)

Nurul Wabilah berkata...

wahhh...besnye...sumenye antara hadiah yg paling bernilai...untungnya jadi zami..huhuhuhu..jeles la...:(

Azhafizah[フィザ] berkata...

happy birthday again zami..semoga anda dilimpahkan rahmat oleh-Nya..aminn

misz sempoi berkata...

weh, mesti ramai budak2 minat-minat ko kan.. sbb aku dulu-dulu time aku sekolah aku suka cikgu2 muda ni..hakhak

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com