Isnin, 12 Mac 2012

Jadi Chef

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Okay. Hari ni aku nak jadi masterchef malaysia kejap. Boleh? Kalau tak boleh pon dah tak boleh nak buat apa sebab aku dah publish entry ni. Haha. So, tanpa melengahkan masa lagi, aku nak kongsi resipi bebola kentang berkeju yang sangat sedap. Pertama sekali, mari kita tengok bahan dan alatan yang diperlukan:
  • Bebola kentang berkeju
  • Minyak masak
  • Kuali
  • Senduk
  • Toing gas
  • Dapur
  • Mangkuk
  • Sabun
  • Air

Dah ada semua bahan dan alatan yang aku senaraikan? Kalau dah ada semua tu, baru la kita boleh mula masak bebola kentang berkeju. Jangan risau ye sebab langkah dia simple je, tak serumit masak nasi. Haha. Aku dah sediakan enam langkah yang mudah untuk difahami. So, sila ikut langkah langkah kat bawah ni secara tertib:

1) Pergi ke family store yang berdekatan dan dapatkan bebola kentang berkeju dengan segera.

2) Panaskan minyak masak kat atas kuali. Nak panaskan kat atas tangan pon boleh tapi tanggung sendiri la.

3) Masukkan bebola kentang berkeju satu persatu.

4) Sementara nak tunggu bebola kentang berkeju masak, bersihkan sinki dulu.

5) Nampak tak perbezaan dia?

6) Dah siap! Jemput makan.

Blog aku bukan blog resipi dan aku sendiri bukan tukang masak yang hebat apatah lagi bergelar chef. So, ni je la yang mampu aku buat. Haha. Tapi sedap jugak bebola kentang berkeju yang aku masak ni. Cehhh... Macam la aku uli kentang tu sampai jadi bebola siap ada keju kat dalam pulak tu. For those yang nak cuba resipi bebola kentang berkeju ni, aku ucapkan semoga berjaya dan jangan lupa bagitahu aku bila kau dah cuba resipi ni.



potpetpotpet : Count your blessings, not your heartaches.

29 ulasan:

  1. wah bakal masterchef 2013..haha

    BalasPadam
  2. ahahhahaha ni masakan yg senang okee...aku nk masakan yg susah ad tak?

    BalasPadam
  3. hehe..nmpk sedap tu..esok beli la..hehe

    BalasPadam
  4. okayy .

    anda sangat berbakat dlm bidang masakan .SANGAT -..-

    BalasPadam
  5. haha~ chef yg berjaya~ :P

    BalasPadam
  6. sendiri nya idea ke??
    apa nama resipi ni??

    BalasPadam
  7. woah..ini snagat awesome! Oh make sure defrost dulu benda tuh eh..hahahah :P

    BalasPadam
  8. Tahniah chef zami, anda layak untuk memasuki Master Chef 2012 ni.

    ok resepi seterusnyer???

    BalasPadam
  9. terbaek lah chef zami! hahaha

    BalasPadam
  10. bagus chef ni..siap cuci sinki bagi berkilat ;)

    BalasPadam
  11. adek kite pon reti goreng natam ni..wuu

    BalasPadam
  12. printscreen dan test =,- hehee

    BalasPadam
  13. Oooo...mcm tu rupenye..

    Boleh try ni..

    :p

    BalasPadam
  14. kalau proses number 4 tu diabaikan boleh ke? kahkahkah! :b mcm sedap je masakan nih. ehehehe

    BalasPadam
  15. ces ces ces. menangis chef riz makan bebola apa ntah tu sebab rasa dia dah bercampur ngan rasa sabun sebab masa zami basuh sinki tu sabunnya terpercik. haha.

    BalasPadam
  16. ahak,lagi simple dari masak nasi

    BalasPadam
  17. tak kisah lah masak senang ke susah ke, yang penting perut kenyang! hehe XD

    BalasPadam
  18. haah laaa..mmg sedap!!! Tq laa ye resepi yg sedap ni.. *tangan dibahu...

    BalasPadam
  19. :D woo. sedap ni. senang lagi nak buat

    BalasPadam
  20. Toing gas=>adeh..bhn neh xjmpe pon...=(

    BalasPadam
  21. Haha pon bole laaa..bukan senang nak goreng kan -.-"

    BalasPadam
  22. tak pernh mkn. sedap ea?

    BalasPadam
  23. haha...terbaik la! dah buat perut lola lapar. *nak g cari bebola kentang berkeju!*

    BalasPadam
  24. BHAHAH. ingatkan bebole kentang berkeju buat sendiri, ready made rupanya. haha. Bole laa :P

    BalasPadam
  25. jadi chef pulak ye..resepi mudah..bagus bagus..lepas masak haruslah kemas kan.^__^

    sedap ade cheese!

    BalasPadam
  26. never too late to start learning how to cook la. LOL

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com