Rabu, 7 Mac 2012

Dia Ingat Aku Tak Nampak?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Sekolah aku sedang melangsungkan ujian penilaian prestasi yang pertama bagi tahun ni. Bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5, mereka dah start menduduki ujian pada minggu lepas. Tapi pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 baru je mula semalam, iaitu pada hari Selasa dan tamat pada esok hari. Sekejap je kan? Ingatkan sebulan dua ke. Haha.

Eh. Ingat senang ke nak jaga budak budak ni jawab exam? Tahu tahu je mata dorang dah ada kat telinga! Amboi... Melampau kau punya jeling? Ada jugak yang main isyarat tanya jawapan kat kawan dia. Cis! Dia ingat aku tak nampak? Tak payah la... Aku dah muak dengan kes kecurangan akademik ni. Ingat aku baru sehari masuk sekolah ke? Adeh. Memang sabar je la melayan kerenah dorang ni.

Gambar ni hiasan semata-mata. Aku tengah jaga exam masa ni.

Untuk apa kau meniru? Untuk dapat result cemerlang? Kat atas slip keputusan je la yang cemerlang? Kat dalam otak tu macam mana pulak? Kosong macam tin? Macam tu? Tolong ukur baju kat badan sendiri. Tak payah nak curi ukuran baju badan orang lain. Ujian atau peperiksaan ni dijalankan untuk mengukur pada tahap mana kefahaman kita terhadap topik tertentu berdasarkan tempoh yang telah ditetapkan. Lebih kurang macam muhasabah diri la jugak. Kita ingat balik apa yang kita dah belajar, cukup tak apa yang kita tahu.

Bila kau meniru, kau telah menidakkan usaha kawan kau yang telah bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran. It's not fair la kan? Kawan kau punya la tak tidur malam sebab nak mengulangkaji pelajaran punya pasal. Tapi masa tu kau habiskan dengan online facebook, main game, baca komik. Last last markah kau dengan kawan kau lebih kurang je sebab kau meniru masa exam tu. Tak ke sakit hati? Lagi sakit hati bila markah kau lebih daripada kawan kau yang telah mengulangkaji pelajaran tu!

Aku ada banyak lagi nak tulis ni. Haha. Tapi takpe la. Cukup cukup la tu. Moral of the story, if you want the world to treat you right, you need to treat people fairly. Jangan menindas orang lain dengan gejala meniru yang tidak sihat ni.



potpetpotpet : Kalau aku tak nampak, Allah Maha Melihat.

28 ulasan:

  1. amboii , marah nye cikgu .. seram nih ! >.<

    BalasPadam
  2. taknak la sama-sama tak pandai dek kerana meniru kan,tak best

    BalasPadam
  3. dulu2 la kan, aku ade jgk tiru2 tp bile dh besar sikit, dh xsuke tiru sbb cikgu slalu bg amaran siap pakai hadis tu yg xbrani nk tiru... so jwb je ngan konfident..klau xdt jgk try cri jwpn smpai jumpa wlaupun xtepat. .huuu

    good luck uk mereka2 yg sdg exam & utk cikgu2 especially Cikgu Hizami, smga tabah ye, sabaq naa... >_<

    BalasPadam
  4. pernah kot meniru masa sekolah dulu hahaha.....kantoi...

    BalasPadam
  5. Fuh fuh.kami lak dpt tmpias ckgu zami bebel.
    Adeh.
    Pulas je tlinga dorg tu zami.hehe.
    Bdak2.bese la.xmatang lg.

    Msti zami ni garang.erk.

    BalasPadam
  6. betul tuh!! kalau kat kertas je ade AAAAAAAAAA... tp dalam otak macam tin kosong..x guna jgk!

    muhasabah diri sama nih!! ermm :)

    BalasPadam
  7. relex la cikgu. .meniru je kot, bkn hape pun..haha

    BalasPadam
  8. saya baru habis periksa semalam . haha ok cikgu hizami saya patuh . hee

    BalasPadam
  9. kawan aku cakap, tiru masa ujian tak apa.

    tapi jangan tiru masa exam besar. dosa. haha.

    BalasPadam
  10. alright sir hihi. sepertimana yang kita tau, orang yang meniru tidaklah sehebat orang yang asli pintarnya.

    BalasPadam
  11. hehe dulu2 penah meniru tp skg ni bila dah nak jd cikgu mg xguna menipu diri sndiri kan..

    BalasPadam
  12. alamak cikgu dah marah ni..

    tiru2 ni sbb xtau buat..pastu takut dpt markah rendah..kdg2 bukan sbb xblaja or anything..

    BalasPadam
  13. alamak cikgu dah marah...
    tiru la..nanti cikgu piat telinga baru tau..

    huhuhu

    BalasPadam
  14. haha biasalahhhhh bila dah sorang2 jawab sangsi dengan jawapan sendiri . sbb tu tanya kawan sebelah ;p

    BalasPadam
  15. haha biasalahhhhh bila dah sorang2 jawab sangsi dengan jawapan sendiri . sbb tu tanya kawan sebelah ;p

    BalasPadam
  16. biasa lah budak2...klu xtiru xsah..huhu

    BalasPadam
  17. bukan meniru tapi sharing .
    kan cikgu cakapa , sharing is caring ;)


    hahaha :D

    BalasPadam
  18. penah seorang lecturer menegur kami ms test kat U..dia ckp, "korg mniru dpt ape???pikir laa side effect ms depan, if korang berjaya & dpat kerja sume bermula dengan meniru..

    ADAKAH GAJI YG KORANG PEROLEHI HALAL????

    *terus km jadi insan inesen...

    BalasPadam
  19. baik cikgu!

    tegas betei cikgu ni. bagus!

    :)

    BalasPadam
  20. kalau dari kecik dah pandai meniru memang parah le akan datang.

    BalasPadam
  21. meniru? selalu buat zaman2 da keje ni. nak2 after training bila trainer nak test kitorg... hehe...

    BalasPadam
  22. hahaha. like2. bakal merasai semua ni as a teacher. hu

    BalasPadam
  23. wahhh...cikgu marah..heheee..dulu masa tingkatan dua saya pernah menniru jugak..heheee..kantoi lagi tu dgn cikgu..cuak tak hingat masa tu...heeee...tp pengalaman itulah yang akan mendewasakan kita;)kan?;)

    BalasPadam
  24. @Misshy Innz normal in exam. but. yes. tak fair dgn student lain yg mna at the end dpt highest mark.

    BalasPadam
  25. paling pantang kawan2 meniru dalam exam lg2 final..kt u lgi tu~~ huhu.. sye org skema.. namun sye ingtkn diri tntg keberkatan Allah itu lebih penting dalam segalanya...

    BalasPadam
  26. gambar hiasan dia atas adalah salah satu kelas di smkdds . tengok gumpalan kertas yg disumbat2 kat jaring pun dah tau . haha

    BalasPadam
  27. asam garam masa exam mmg mcm tu..mmg tk de yg tk mnru nyer.huhu..tp klau mkin truk mmg tk blh dbiarkn huhu...redha jer lh sbg ckgu nie.hehe...mrh nmpk abg zami nie..hehe...

    BalasPadam
  28. eh2 cikgu, marah nampak. haha. adat jd cikgu kot mcm tu. ke,, pernah buat dedulu? tu yg tau trick diorang. haha

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com