Isnin, 6 Februari 2012

Tiket Ke Langit

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Splendid view kan?

Siapa pergi Langkawi tapi tak naik cable car memang loser! Haha. Kejam pulak aku rasa. Actually takde la loser sangat, cuma tak lengkap kalau pergi bercuti kat Langkawi tapi tak naik cable car. Tapi sebelum kau dapat naik cable car tu, kesabaran kau akan diuji terlebih dahulu. Since kitorang dah tahu betapa panjang barisan yang akan terbentuk, pagi pagi lagi kitorang dah serbu cable car tu. Kalau tak silap, pukul 9 pagi kitorang dah terpacak kat situ. Tapi? Tengok gambar kat bawah ni.

Bila nak sampai kat kaunter ni?

Panjang kan? Adeh. Sabar je la. Nak dekat sejam jugak kitorang beratur nak beli tiket ke langit. Tapi sukur alhamdulillah, berkat kesabaran yang dah nipis macam kulit bawang, kitorang berjaya mendapatkan tiket tu. Tapi barisan tak habis lagi sebab barisan yang seterusnya bersambung kat bahagian tunggu giliran nak naik cable car pulak. Letih gila asyik beratur je kerja. Dan akhirnya kitorang dapat naik cable car pada waktu tengahari, lebih kurang pukul 12 macam tu. Almost tiga jam kitorang beratur! And it was not easy untuk bertahan selama tu.

Sampai akhirnya! Tapi lepas hampir satu jam beratur.

Tahniah kepada auntie kat belakang tu sebab berjaya terselit sekali! Haha.

Bosan gila tunggu giliran. So, ni la ubat kepada bosan. Say cheese!

Tengok berapa ramai lagi yang tak dapat beli tiket.

Ni barisan yang tunggu giliran naik cable car.

Seram! Agak agak bau apa kat bawah tu?

Lega! Sekarang giliran kitorang naik cable car pulak.

Dah kat dalam cable car dah! Aku gayat sebenarnya.

Sepanjang naik cable car tu aku macam tak bergerak sangat sebab aku gayat dengan ketinggian sebenarnya. Haha. Kantoi pulak! Tapi pemandangan kat luar yang aku nampak dari dalam cable car memang awesome. Aku tak tahu nak explain macam mana tapi memang teruja tengok pemandangan daripada atas. Rasa macam tengah terbang je!

View kat sky bridge.

Ada berani?

All of us kat sky bridge.

Tak boleh nak senyum sangat sebab tengah tahan panas ni.

Awek kat sebelah tu!

Jom tengok apa yang ada kat Langkawi ni?

Allah Maha Besar.

Subhanallah.

Comel kan? I mean, menara kat belakang tu.

Panas tu tak payah cakap la kan? Tengok muka Adie!

Bajet sekejap. Boleh?

Dah jom balik!

Honestly, kitorang dah habis tenaga dah masa kat sky bridge tu. Dengan letih beratur hampir tiga jam, dengan lapar tak sarapan lagi, dengan tekak haus gila, dengan hari dah masuk tengahari, memang tenaga nak huha huha tu dah takde dah. Adeh. Boleh kata sekejap sangat kitorang kat atas tu. Lepas dah cukup syarat pergi semua tempat kat atas tu, kitorang terus balik sebab dah lapar sangat.

Okay. That's all for now. Jumpa lagi!



potpetpotpet : Sarapan sangat penting.

23 ulasan:

Syafiq Ahadin berkata...

tengok gambo pun, terlihat Kesilauan nya di situ.

Subhanallah! cantik!

Puan Besar Shag Yahaya berkata...

Hizami, boleh Shag tau bajet p Langkawi ? Dari transport, makan, jalan jalan semua tu :P

Syahbinar Shuib berkata...

fuiyoo, ramai giler orang!
nasib la masa pergi minggu lepas tak ramai camtu.

yess! pemandangan kat atas tu sangatlah cantik, tapi letih nak duk lama-lama.

onie berkata...

seronokkan naik atas tu.... terasa diri ini sangat la kerdil bila duduk atas tu... ciptaan Allah,subhanallah

Hans berkata...

ko baru 1st time ke naik cable car zami?

SpidermanHere berkata...

Same like me, kena tunggu selama 3 jam setengah. Kurus sekejap time tu xD Bau Bangla je lebih-,- Depa pun sibuk nak naik, ahaha!

mira maisara berkata...

soo, mira ni kire loser la ye? wahaha

Muhammad Saiazuan Norhalik berkata...

aku tak merasa beb naik jambatan gantung~

TIM_Fahid berkata...

lawa lah!!! terbaik!!!!

sstandsforsuraya berkata...

wah... sronok nye... kalau da naik cable car kt langkawi... cable car kt singapore pon mcm xde ape jea... kita punye lg best.. terbaek!!~

Syafiqah Azmi berkata...

masa tgh beratur rasa cam excited gila tapi bila dah naik kabel car tu rasa macam nak turun balik sbb tinggi sangt kot. Once dah sampai baru rasa nasib baik aku tak turun balik. The view is absolutely picturesque! WAJIB PERGI

zizidiazora berkata...

memang sekarang ini langkawi tengah musim panas sangat2...berbaris panjang macam tu sebab zami pergi musim perayaan tu sebab ramai orang.

Joe_Hans berkata...

gi cabel car genting jerla zami..haha

Nurul Shaheedah berkata...

okay gwa memang loser sbb tak naik cable car time p langkawi dulu. sobs T_T

Nabil Aizat Abdul Rahman berkata...

Splendid view indeed..teruja gak nak gi ni..

gahara_az berkata...

zack pergi masa raya cina hari tuh.... tapi kita orang buat island hoping sebelah pagi... so sampai kat cable car dalam kul 4... masa tuh orang beratur tapi tak panjang.. cuma counter tutup sebab orang dah beratur panjang kat atas.... so kene tunggu dalam kul 5 baru counter bukak...

tak berapa teruk sgt la... tapi panas....

luqman zakaria berkata...

memang syok tp panas lorh!! lol~

zainatul abu bakar berkata...

Kalau macam ni lepas subuh terus pegi beratur la,hehe

Terbang Bersamaku berkata...

teringin nak naik cable car dan nk pergi langkaawi..tapi belum berkesempatan nk pergi situ lagi...=(

cantik pemandangan dia...=)

Rtp Farra Arisha berkata...

indeed, memang gayat if it be our first time naik cable car. perhaps...emm, cantik betul suasanyanya! pemandangan pun menghijau :)

krunch2sa berkata...

kat atas tu mmg chantek....lg2 kalo lpas hujan....dgn kabusnye...boleh berangan kat obersea jap XD

Az Meeda berkata...

naik cable car dkt langkawi mmg best ....

tomatokering :) berkata...

hamboihh kemain cuti2 malaysia jejaka jejaka ni.. haha :D

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com