Khamis, 2 Februari 2012

Layan Perut Di Restoran Nelayan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Sambung lagi entri pasal Langkawi lagi. Lepas aktiviti Pulau Ke Pulau, malam tu kitorang decide nak belai perut kitorang dengan penuh kasih sayang. Zul tanya Miha yang bertindak sebagai pemandu pelancong kitorang sepanjang percutian kitorang kat sana kat mana restoran makanan laut yang orang selalu pergi makan kat Langkawi ni. Miha pon bawa kitorang pergi Restoran Nelayan. By the way, kedudukan Restoran Nelayan ni agak unik sebab dia terletak kat hutan paya bakau kalau aku tak silap la sebab aku macam perasan pokok bakau kat situ. Dan kat tepi tu aku nampak beberapa bot yang mungkin digunakan untuk mencari makanan laut atau semua tu perhiasan semata mata.

Jom layan gambar gambar kat bawah ni.

Zul dengan Adie tengah pilih nak makan apa.

Okay. Ni posing semata mata sebab sotong dah siap pilih.

Aku tak tahu binatang apa yang Khairil tengah pegang ni. Anyone?

Kalau ikut nafsu memang boleh koyak dompet masing masing.

Cuba teka apa Khairil tengah pegang tu?

Miha pon ikut sekali!

See? Ramai gila orang!

Sebelum makanan laut kitorang sampai, dia hantar ulam ulaman dulu.

Ikan siakap masak sweet sour.

Ketam masak rempah.

Sotong sambal.

Sotong celup tepung.

Nampak macam sikit tapi sebenarnya banyak.

Ni semua sisa ketam yang aku makan. Diulangi, aku.

Mula mula kitorang cari udang tapi takde pulak dia letak kat situ. Adie tanya abang yang jaga kat situ kot kot udang tak sampai lagi ke. Abang tu kata udang memang takde pulak hari ni. Adeh. Nak buat macam mana kan? Takkan nak paksa dia cari udang waktu tu jugak? Kitorang pasrah lalu makan la semua hidangan tu sampai habis. Lepas tu kitorang pergi bayar kat kaunter. Errr... Tu pon nak cerita ke? Haha. Sebelum kitorang keluar dari Restoran Nelayan, tiba tiba kitorang nampak udang kat ada satu meja tu. Cis! Kata udang takde hari ni? Menyesal gila kitorang datang awal awal. Kalau datang lewat sikit mesti dah dapat makan udang kan? Takpe la. Takde rezeki nampaknya. Mungkin lain kali?

Overall, aku puas hati dengan Restoran Nelayan ni. Harga pula berpatutan. So, for those yang pergi Langkawi lepas ni, boleh la singgah Restoran Nelayan.



potpetpotpet : Makanan laut yang paling aku suka ialah udang.

25 ulasan:

Syafiq Ahadin berkata...

kepala pusing kanan kiri nak tengok gambar.. hehe! :)

Puan Besar Shag Yahaya berkata...

Makan ketam tak habis isi dia. HAHA :D

syAzAnA berkata...

yang khairil pegang tuh, belangkas kot.

Ms Bery berkata...

udang memang best tapi sayang sebab dila allergic tapi kalau dah tergoda tengok tu bedal jugak tapi last2 tanggung la risiko die nanti.. :D

Salwa berkata...

Amboih.banyaknyer makan.hehe. Last year gi Langkawi tak terpergi lak restoran ni.

Somad Musa berkata...

Bukan belangkas.. tu siput.. besarrr.. selalunya org guna buat kerabu.. isinya lembut..

Kumbang Jingga berkata...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaa

aydah ahmad berkata...

sedapnyee -.-' jeles !

krunch2sa berkata...

adoyai...tengok pix2 kat atas drpd kenyang tros jd lapar balek =.=

Arry Rennwood Boniface Buyong berkata...

wahhh..sdapnya makann kt stu...menyirap air liur nie..hehe...nice pic n moment hehe

Mak Usu berkata...

rasa lapar plak tengok gmbr tu...huhu

coklatberapi berkata...

aii lapar la plak tgh2 mlm cenggini tgk gambar makanan..;p

hafiz hafizol berkata...

Udang galah.. Perghh..!!!!

izzad b* berkata...

peh!makanan...... ;D

Eza Boom Boom berkata...

makan seafood tu yang buat Eza jelesss....

Chenal berkata...

byk makan perut kenyang hati senang..
ermm..duit pun melayang.

nak g makan seafood la mlm nie

Ryu Hazmie berkata...

hahah terbaikk!! sayang kat perut!!

Nabil Aizat Abdul Rahman berkata...

Sotong goreng tepung terbaekkkkk...ahhh ketam...haish x sabar nak balik Malaysia nak makan seafood..

KaiZeN berkata...

best sangat makan seafood...

eszyamin berkata...

makanan kt cni memang terbaik..gerai cm biasa je tp lauk pauk sume sodap2..

fRaMe+LenSeS berkata...

lapo plak lepas tgk kat atas2 ni ehehehe. :D

fRaMe+LenSeS berkata...

hohooo.. tgk makanan mmg trus lapo. ehhe cantik pic2 tu.

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) berkata...

gile kentang...ketam wooooottttt!!!sedap...

hudahassan berkata...

uwww , seafood ~

Amely Afandi berkata...

Salam ..
Nak tanya , sudi tk jd sponsor utk GA amely yg pertama?
Kalau sudi , alhamdulillah . Kalau tk tkpe . Amely tk paksa :)
Kalau sudi , email amely di z.fateema@yahoo.com k ? :)Takpun mesej amely di facebook amely ( Amely Afandi/Amely Afandi II)
Kalau tk sudi tkpe . Amely tk memaksa :)
Kalau ada T&C pun tulis je , amely akan ikut
Thanks :)

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com