Selasa, 31 Januari 2012

Pulau Ke Pulau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Okay. Aku rasa macam dah basi nak cerita pasal Langkawi. Haha. Takpe la. Aku nak cerita jugak. Kitorang bertolak dari Tanjong Malim ke Kuala Perlis pada pagi hari Sabtu bersamaan dengan 21 Januari 2012. I mean, pagi yang lepas Subuh, bukan pagi yang dah nak tengahari. Kitorang naik satu kereta je. Cukup la untuk 5 orang kan? Perjalanan ke Kuala Perlis memakan masa hampir 7 jam kalau aku tak silap. Nasib all of us ada lesen memandu. So, dapat la tukar tukar driver sepanjang perjalanan tu.

Sebelum sampai kat Kuala Perlis, lepak kat R&R kejap sarapan mee kari.

Ramai gila orang nak pergi Langkawi! Last last aku dapat tiket pukul 4.30 petang.

Lunch kat depan jeti tu je. Sedap ke tak tu belakang kira sebab dah lapar sangat dah waktu ni. Haha.

Esoknya pagi pagi lagi kitorang dah get ready sebab nak pergi Island Hopping. Tahu tak Island Hopping tu apa? Island Hopping ni aktiviti bersiar siar dengan bot dari satu pulau ke satu pulau yang lain. Mula mula kitorang singgah kat Pulau Dayang Bunting. Kat situ kitorang cuma sempat celup celup kaki je kat tasik dia. Nak mandi memang tak sempat la sebab masa yang dia bagi kat Pulau Dayang Bunting tu sekejap je. Seterusnya kitorang berhenti kat tempat helang makan. Seronok jugak tengok helang cari makan. Nampak la cara helang tu tangkap ikan tu macam mana. Last sekali kitorang pergi Pulau Beras Basah. Aku tak tahu kenapa nama dia Pulau Beras Basah tapi air laut kat situ memang jernih. Dan ramai orang mandi manda kat situ tapi kitorang tak join sekali sebab tengah panas terik kot masa tu.

Perasan tak bentuk bukit tu macam perempuan tengah mengadung?

Naik bot!

Aku duduk sebelah Miha, pemandu pelancong rasmi kitorang.

Dah sampai kat Pulau Dayang Bunting!

Macam tak excited je? Haha

Pemandangan kat Pulau Dayang Bunting.

Kitorang ada rakam video masa ni. Nantikan!

Kat Pulau Dayang Bunting ni ada tasik dan boleh mandi kalau nak tapi kitorang tak nak. Eh. Macam tak perlu je bagitahu pasal tak nak tu?

Tak sabar nak pergi pulau yang seterusnya.

Sempat lagi kan?

Tengok helang keluar cari rezeki.

Epik tak gambar ni? Kagum dengan diri sendiri!

Dah sampai kat Pulau Beras Basah.

Sebahagian daripada pemandangan yang cantik kat Pulau Beras Basah.

Sekali lagi kitorang tak mandi!

Panas terik masa ni sebab dah masuk tengahari.

Lepas dah selesai Island Hopping, kitorang terus pergi cable car. Bajet dapat naik hari ni tapi? Orang berbaris punya la panjang macam dah nak sampai Singapura dah. Boleh? Nak tak nak, terpaksa la batalkan hasrat nak naik cable car hari tu. Dengan perasaan hampa, kitorang tinggalkan cable car sambil mengesat air mata yang berlinangan. Haha. Geli je kan dengar?

Baru habis lunch kat salah sebuah restoran yang ada kat Pantai Cenang.
Tak dapat naik cable car hari tu. So, pujuk hati dengan makan aiskrim je la.



potpetpotpet : Ada banyak lagi gambar. Sabar ye?

21 ulasan:

  1. zami...memang kalau nak pusing 1 langkawi ni paling2 kena stay sebulan..aku yg pernah stay 4 bulan pon rasa tak cukop tau tak? tp langkawi memang superb..sekali pergi memang nak pergi lagi..cuma kesal sebab tak dapat mangrove..aku rasa mangrove lg best kot dr island hopping

    BalasPadam
  2. super awesome! plan nak p sana raya cina tu, tapi tak dapat disebabkan masalah transpot dan exam dah nak dekat. huhu! takpe! akan datang juga next time!

    BalasPadam
  3. eh, Zami datang kampung saya lahh!
    amacam Langkawi, best?
    mesti banyak borong coklat nih.

    BalasPadam
  4. seronoknye....

    nak ikot.....

    BalasPadam
  5. kenapa nama pulau beras basah..beras kena air tasik ke..ok..jeles..xpe2.pasni nk gi pulau perhentian...

    BalasPadam
  6. I so wanna try island hopping..macam best je..oh newonder nama pulau dayang bunting tu.. :) great pics..

    BalasPadam
  7. nice couple zami dan miha..hehe

    BalasPadam
  8. langkawi memang best.nak pergi lagi sebab tak sempat pg pulau pulau ni

    BalasPadam
  9. mak aih bestnye. .sy p langkawi stkt cari coklat je. .patut la x best..haha

    BalasPadam
  10. alhamdulillah sudah melalui pengalaman menarik itu 2,3 hari yang lepas...kalu awal seminggu leh jumpa zami and the gang....

    BalasPadam
  11. island hopping tu nmpk mcm best...tp x sanggup nk buat....takot muntah non-stop kot XD

    BalasPadam
  12. makan es krim di hari panas terik pun cool what! i've enjoyed watching all those photos. all is nice. holiday seterusnya plan mau ke mana?

    BalasPadam
  13. waaaaaa *ternganga xD

    BalasPadam
  14. hahaha...memang menggila la berpulau2 eh..jeles! so kiranya sepanjang zami kat sana zami tak mandi la ye?ehh.haha

    BalasPadam
  15. hahaha...memang menggila la berpulau2 eh..jeles! so kiranya sepanjang zami kat sana zami tak mandi la ye?ehh.haha

    BalasPadam
  16. x penah laa p pulau dayang bunting laa..nmpk best sume nye...

    BalasPadam
  17. kelakar bila baca island hopping.. mati2x ingat island shopping. haha. patut pelik kata nak pi shopping tapi apesal ade pantai-pantai bagai =,=''

    BalasPadam
  18. wahh! Langkawi memang best. Tahun lepas je 2 kali jejak ke sana. Btw, Pantai Beras Basah ke Pulau Beras Basah? *musykil*

    BalasPadam
  19. kenangan terindah. :D kan?

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com