Ahad, 29 Januari 2012

(Keputusan) AJL Ke-26 Milik Hafiz, Awan Nano!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-26 baru je habis tadi. Tahniah diucapkan kepada Hafiz dan M Nasir selaku komposer di samping Budi Hikayat yang bertindak sebagai penulis lirik kerana lagu Awan Nano telah diangkat menjadi juara AJL yang terbaru dan sekaligus telah menewaskan finalis finalis yang lain. Well. Adat pertandingan kan? Ada yang menang, ada yang kalah. So, jom tengok senarai keputusan penuh pemenang AJL ke-26 tadi. Kalau rasa macam tak puas hati, boleh buat AJL kat bilik sendiri ye?



Juara: Awan Nano - Hafiz
Trofi dan wang tunai RM35,000

Naib Juara: Beribu Sesalan - 3 Suara (Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah)
Trofi dan wang tunai RM15,000

Tempat Ketiga: Karma - Faizal Tahir
Trofi dan wang tunai RM12,000

Persembahan Terbaik: Kisah Hati - Alyah
Trofi dan wang tunai RM10,000

Vokal Terbaik: Awan Nano - Hafiz
Trofi dan wang tunai RM10,000


Tapi aku paling puas hati dengan persembahan Awan Nano daripada Hafiz. Cukup rasa, emosi dan lontaran vokal yang sangat mantap. Tak payah nak bakar apa apa kat atas pentas, tak payah nak pusing pusing sampai pening. Okay. Aku usik usik je. Jangan nak serious sangat boleh? Haha. AJL ke-26 ni antara AJL yang terbaik yang pernah dipentaskan, dari segi finalis finalis yang bertanding, dari segi tema, idea dan konsep yang dipilih. Tahniah diucapkan!



potpetpotpet : Tengok depan tv je la.

20 ulasan:

  1. panatasnya update dekat blog..=)

    BalasPadam
  2. Yuna mana?x adil tul la..:(
    btw mmg hafiz sempoi giler mlm ni..:D

    BalasPadam
  3. woah..cpt gle abg update pasal ajl ni..hihi.. caya lah.. =)

    BalasPadam
  4. heyy.. gila cepat update..bagus2.. hafiz mmg sempoi.. kai tshirt n tracksuit je.. slipar pun xpki..

    BalasPadam
  5. paling penting menang tak payah pakai baju cantik-cantik der, pakai baju macam nak main bola je dekat padang sekolah je.. save bajet

    Terbaek la Awan Nano nano nano :D

    BalasPadam
  6. @Ms Bery Kalau Anuar Zain ada, confirm menang :(

    BalasPadam
  7. tahniah hafiz!!

    memang layak menang!!

    BalasPadam
  8. mmg ptt hafiz menang pon kan. :)

    BalasPadam
  9. xkire! sokong Alyah jugak! hahaha

    BalasPadam
  10. where is YUNA?i want yuna in the list please..okay..ak buat AJL kat bili je pasni..YUNa first..

    BalasPadam
  11. kahkahkah.. ajl punye psal.. bolat nengok kt timeline twitter je.. ceh =..="

    BalasPadam
  12. sangat puas hati dgn kemenangan Hafiz!

    BalasPadam
  13. mmg dah agak hafiz bleh mng *HOORAY* tp xdpt tgk live smlm sbb kat bilik tv rmai sgt umat manusia....

    BalasPadam
  14. yess.. diakui yg awan nano memang layak menang malam tadi. penangan m.nasir masih berbisa dan vokal hafiz memang mantap.

    yg penting, kalau menang pakai baju t-shirt, orang akan cakap..
    "tengok, pakai camtu pun leh menang"

    tapi kalau kalah..
    "dah pakai camtu, memanglah kalah"

    hehehe.. kan? kan? kan?

    BalasPadam
  15. tak dpt tengok sbb tengah berprogram di langkawi....

    BalasPadam
  16. wah..untung la..kite xtgk pon AJL mlm tadi..waaa..

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com