Khamis, 5 Januari 2012

Cara Bersyukur

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Ni kisah benar, tak tipu punya. Kisah ni berlaku masa aku jadi guru ganti kat salah sebuah sekolah yang terdapat di Malaysia ni. Haaa... Teka la sendiri kat mana kat Malaysia tu. Haha. Masa tu tengah exam akhir tahun. So, aku kalau masuk kelas memang kena jaga dorang jawab exam la. Nak cakap pasal dorang meniru? Tak payah la! Buat aku gelak je tengok dorang meniru.

Ada satu hari tu aku masuk kelas form 4, kelas ni bukan kelas pertama atau terakhir tapi tengah tengah. Masuk masuk je, dorang tengah jawab paper Pendidikan Agama Islam. Aku macam biasa jalan jalan dari satu meja ke satu meja yang lain, tengok macam mana dorang jawab paper tu. Tapi aku tertarik dengan sorang pelajar ni sebab dia boleh tidur dengan lena kat atas meja. Aku tengok jam kat dinding. Eh? Exam baru 15 minit berlalu kot? Macam mana dia boleh tidur? Tapi aku tak nak cerita pasal tu walaupun aku dah cerita. Aku nak cerita pasal satu soalan daripada paper tu. Nak tahu soalan apa?

Nyatakan dua cara bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Senang kan soalan ni? Tapi aku tengok majoriti tak dapat jawab soalan macam tu. Biar betik? Memang betik la ni! Pada aku, jawapan kepada soalan ni tak payah nak kena hafal atau rujuk buku teks sebab sebagai orang Islam takkan la sepanjang 16 tahun kau hidup tu kau tak pernah tahu macam mana nak bersyukur? So sedih la kalau macam tu. Habis nak salahkan siapa? Ibu bapa? Guru? Tukang kebun? Setiausaha peperiksaan? Diri sendiri la! Tak reti reti lagi?




potpetpotpet : Aku bukan bajet ustaz. Ni aku kongsi pengalaman je.

28 ulasan:

yaya zulkiflei berkata...

lajulaju tanya adik umur 13 tahun . nasib tahu jawab .

Gadish Sebelah Rumah berkata...

manusia zmn skrg.sedih!

.:iQeLLypEri:. berkata...

huahuaaa...transformasi ustaz sebentar.. =)

blog-tips-kurus berkata...

budak2 belum matang...

*yang dah tua pon ramai lupa nak bersyukur..

Hizami Rahim berkata...

@blog-tips-kurus

belum matang? dah baligh dah tu. haha. kalau muda muda dah pandang ringan macam ni, susah la nanti. :D

Honey Kumicky berkata...

blh plak tido..padahal honey dulu pon sama....x paya nak ckp org la kan..

widiea azira berkata...

sebab soklan senanh sgt so dy tido la dulu. .haha

Puan Besar Shag Yahaya berkata...

Dorang nak jawab ikut buku agama, malangnya dalam buku tak ada tulis jadi dorang pun tak tulis lah. HAHA :D


Entri Terbaru Shag Yahaya ;)

Fara E's berkata...

budak2 zaman sekarang . benda2 macam ni pun dipandang remeh and buat tak tahu

CekbOlat-bOlat berkata...

yup.. soalan agma pling senang.. ksian pde org bgitu.. smoga Allah buka pntu htinya nnti =)

aZua berkata...

ehhh , korang tak boleh ckp macm tu , sebab , waktu aku jawab exam dulu , dy nak jawapan yg tepat . mmg laa betul , kalau kite fikir secara logik , tapi , ade ckgu , nak jawapan yg berdasarkan buku teks , yg ade dlam buku teks . haaaaaaa . tak ke gilo namonyo tuh =='

Suraya Aris berkata...

ikut segala perintah Allah dengan apa yang termampu. oh susahnya jawapan ni kan :(

Rozuan Ismail berkata...

erk. takkan x leh fikir.mungkin blank kot

amirnawawi berkata...

erk, camna nak jawab soalan tu ek?
Bersyukur melalui lidah, perbuatan dan akal rasanya..huhu3

Hizami Rahim berkata...

@aZua

haha. tu hal lain. masalahnya sekarang, dorang tak tahu nak jawab apa. dan bukan semua guru lurus bendul macam tu, nak ikut buku teks semata-mata. kalau ada jawapan yg lebih kurang atau hampir dengan jawapan dalam skema, takde masalah rasanya kalau cikgu tu bagi markah.

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) berkata...

alhamdulillah....

meileinna.mell berkata...

sama la mcm exam spm dua tahun lepas. baru masuk dewan boleh terus tido. kalau addmath boleh la percaya jugak ssh kan, ini pend. islam. sedih :/

Syafiq Ahadin berkata...

orang berpengalaman bercakap, bila nak dapat markah tinggi, kene hafal sebijik or dua bijik pun boleh ngan ayat yang ada kat buku teks. HuhU!

tu laa pasal orang terkial-kial nak jawab time exam sebab ustat pun kadang skema nak cek jawapan. huhu!

tapi biasa soalan camni, saya masih ingat jawapan dia. menggunakan perbuatan, percakapan dan hati. hehe! kan3! cegu zami. :)

malangnye, spm dapat A je. syukur. (cara bersyukur) hek3!

Radin87 berkata...

hmm.. budak2 zaman sekarang. tapi kalau ditengok balik, memang banyak ragam budak2 di dewan periksa ni. hehe ^^

Syuhada Nasya berkata...

hewhew ! budak tu bukan xleh jwab .. dea tido sebb semalam se study smpai x tdo hahahhhaahah

[z@ck] berkata...

dulu waktu subjek agama, menghafal segala nota bagai nak rak. bila dah makin besar, tengok soalan agama, rasa macam senang plak nak jawab. just reflect dgn kehidupan seharian.senang je kan. =)

cik ayuni berkata...

biasa lah tu..tapi nway pendidikan islam nih klu nak score A..bkn hanya sekadar menghafal je..tp kena pkir secara logik n benda2 ni actually amalan kita seharian..bg yg umat islam lah..

Aliff Haikal berkata...

menggunakan nikmat itu ke jalan kebaikan . Wah ni jawapan buku teks , masih hafal . Haha

Yeah, saya! berkata...

seronok kan jadi cikgu? tapi yang tak seronok bila lain yang kita ajar lain yang diorang tak faham. (eh kenapa macam salah topik?) haha

najihah sahami berkata...

ntah2 budak yang tgh tidur tu tidur sebab nak tunjuknya dia tengah bersyukur dengan masa lapangnya..haha..

Gadis Pantai Timur berkata...

bersyukur dengan perbuatan,percakapan,dan hati.Tulis blog dgn perkara baik pun tanda kita bersyukur tuhan masih beri kemampuan untuk menaip..Alhamdulillah

Arol Mubin berkata...

Habis baca entri nie, terus bukak buku rujukan PI. Cara bersyukur, pertama dengan hati (sentiasa mengingati Allah), kedua dengan lidah (mengucap alhamdulillah) dan ketiga dengan anggota badan (beribadat dan melakukan kebaikan). :)

Reen berkata...

manusia zaman sekarang.. tu baru yg umur 16. silap2 yg dah umur 61 pun masih ada yg tak tau jwb soalan mcm tu. nauzubillah

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com