Rabu, 30 November 2011

Selamat Pergi Selamat Kembali

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Hari ni aku tak nak buat Wordless Wednesday sebab hari ni aku nak taip beberapa patah perkataan. Boleh ke tak? Eh. Ni blog siapa ni? Blog aku rupanya! So, aku tengah tanya diri sendiri la ni? Okay. Boleh ke tak? Boleh je. Tulis la apa aku nak. Demikian aku menjawab soalan aku tadi. Mesti kau tak faham kan? Skip je la perenggan ni.

Pada hari Ahad yang lepas, ibu dengan ayah dah selamat sampai dari Tanah Suci Mekah. Alhamdulillah. Terima kasih to all of you yang turut mendoakan keselamatan perjalanan ibu dan ayah aku dalam entri Doa Buat Ibu & Ayah.

Masa nak tunggu ibu dengan ayah keluar tu memang mencemaskan. Orang pertama jalan keluar, bukan ibu dengan ayah. Orang kedua jalan keluar, bukan ibu dengan ayah. Sampai orang yang entah keberapa entah aku still tak nampak batang hidung ibu dengan ayah. Adeh. Takkan aku salah masa kot? Atau ibu dengan ayah tertinggal flight sebab beli keropok lekor kat tepi jalan ke mana la tahu kan? Errr... Pelik je teori aku?

Setelah hampir satu jam berdiri kat tepi pagar yang macam tengok konsert kat bahagian depan sekali tu, finally ibu dengan ayah memunculkan diri masing masing.

Macam kenal je?

Alhamdulillah. Ibu dengan ayah dah sampai dengan selamat.

Mereka yang turut hadir memeriahkan majlis hari jadi. Eh?

Aku malas nak setting rambut.



potpetpotpet : Makan sedap sedap je sekarang.

Isnin, 28 November 2011

5 Cara Memikat Hati Roommate

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Apa khabar semua? Sihat? Cuti kan hari ni? Ada sesiapa yang bosan tak tahu nak buat apa? Semput tak nak jawab semua soalan ni sekaligus? Haha. Sempena dengan cuti ni, aku nak bagi kau cadangan yang bernas macam mana cara nak pikat hati roommate. For those yang sekarang tak stay dengan family tapi stay dengan kawan kawan boleh try cara ni untuk mendekatkan lagi hubungan dengan roommate yang dikasihi sekalian.


1. Gelek gelek telur pecah sebijik.
Rebus beberapa biji telur dan makan. Lepas tu tanya roommate kau kot kot dia nak sebijik. Kalau dia nak, bagi dia telur yang tak rebus lagi. Tengok apa yang berlaku masa dia kupas kulit telur tu.

2. Main main gam.
Letak gam kat botol shampoo roommate kau supaya dia tak dapat nak bukak masa dia nak shampoo rambut dia nanti.

3. Satu hari satu inci.
Kau alihkan barang barang roommate kau sebanyak satu inci daripada kedudukan asal dia dan kau kena buat pada setiap hari. Senang cakap, kau alihkan barang barang dia satu hari satu inci. Dalam masa dua minggu, barang barang dia mesti dah bergerak jauh daripada kedudukan asal. Roommate kau mesti tak perasan sangat perubahan yang berlaku.

4. Garam secukup rasa.
Taburkan garam kat berus gigi roommate kau. Bila dia guna berus gigi tu, mesti dia rasa masin masin manja.

5. Bedak bedak cinta.
Letak bedak banyak banyak kat bahagian atas kipas siling. Sebaik sahaja roommate kau on kipas siling tu, there will be bedak everywhere.



potpetpotpet : Selamat mencuba!

Jumaat, 25 November 2011

Doa Buat Ibu & Ayah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!




potpetpotpet : Husna dah banyak kali tanya bila ibu dengan ayah nak sampai.

Breaking Dawn Part I (The Twilight Saga) - Perlahan Tapi Menakjubkan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Haha. Haha. Haha. Aku tengah gelak kekenyangan sebab aku baru lepas makan. Eh? Aku tengah gelak tanpa misi dan visi sebab aku dapat tengok filem ni pada hari pertama tayangan dia kat Malaysia! Tapi ayat berlagak ni dikecualikan kepada mereka yang dah dapat tengok masa premiere screening dia sebelum ni dan jugak kepada mereka yang telah download filem ni kat internet. Faham? Anyway, aku tengok The Twilight Saga: Breaking Dawn Part I petang tadi. Aku tengok dengan kawan kawan aku tadi. Nak tengok dengan awek tapi takde awek lagi. Sedih je kan bunyi dia? 

Meh sini aku bagitahu sinopsis dia. Filem ni dimulakan dengan perkahwinan Edward dengan Bella. Lepas tu dorang pergi honeymoon. Lepas tu Bella mengandung. Lepas tu Jacob datang marah marah kat Edward. Lepas tu Bella terberanak. Lepas tu? Tengok la sendiri kalau kau nak tahu. Senang je kan sinopsis aku?

Apa yang best pasal filem ni?
  • Filem ni banyak babak romantik yang buat aku tersenyum sorang sorang sambil jeling kat kawan kawan aku. Aku tak boleh belah bila ada scene tu tunjuk tilam katil semua jahanam. Apakah?
  • Aku suka suasana dan pemandangan yang ditonjolkan dalam filem ni contoh macam tempat Edward dengan Bella pergi honeymoon. Memang cun habis tempat dia!
  • Bella nampak sangat kurus masa dia mengandung. Aku rasa teknik CGI kot? Tapi Bella memang nampak sangat scary masa tu.
  • Ada satu scene yang mana geng serigala jadian tu bercakap antara satu sama lain. Boleh bayangkan tak dorang bercakap antara satu sama lain dalam keadaan serigala tapi bercakap macam manusia?
  • Lakonan yang memberangsangkan daripada semua pelakon terutama sekali Bella.
  • Babak babak aksi yang mencemaskan bila geng serigala jadian tu pergi serang rumah vampire sebab dorang nak bunuh anak yang Bella lahirkan.

Aku bagi 4 stars out of 5. Okay. Apa yang aku rasa tak semestinya kena sama dengan apa yang kau rasa. Faham tak? Mungkin aku rasa best tapi kau rasa tak best. Normal la kan? Since aku tengok dengan kawan kawan aku, ada sorang kata bosan sebab dia nak tengok action lebih sikit. Well, aku akui jalan cerita filem ni bergerak agak perlahan pada awalnya sebab filem ni lebih kepada drama sebab tu tak banyak action. Kalau kau nak tengok aksi kau boleh tengok Vampire Diaries or kau tak payah je la tengok filem ni. Haha.



potpetpotpet : Lepas ni nak tengok filem yang kartun pasal krismas tu.

Rabu, 23 November 2011

Wordless Wednesday #25


Isnin, 21 November 2011

Malaysia VS Indonesia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Malam ni akan menentukan pasukan negara mana yang bakal membawa pulang pingat emas dalam final bola sepak Sukan Sea 2011. Malaysia or Indonesia? Sah sah la aku sokong harimau kita! Meowww... Eh? Apasal comel semacam je bunyi harimau aku? Tak baligh lagi rupanya. Haha.


Seperti yang diketahui, Malaysia telah berjaya menewaskan Indonesia pada peringkat kumpulan hari tu. Tapi kemenangan hari tu tak dapat nak menjamin kemenangan Malaysia pada malam ni. Dah la salah sorang daripada harimau kita terpaksa direhatkan sebab mengalami kecederaan masa menentang Myanmar sebelum ni. So, gol sekarang memang harap kat Fakrul dengan Syahrul je la.


Aku baca surat khabar tadi yang harimau kita semua akan naik barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno sebab dijangka lebih 100,000 penyokong skuad Indonesia ada kat situ. Adeh. Kejam sangat ke penyokong skuad Indonesia sampai nak serang harimau kita?

Anyway, may the best man win! Dan kepada semua penyokong skuad Malaysia, tolong jangan kerja nak maki maki je kalau tak gol tapi bila gol je terus wo ai ni i love aku cinta padamu tiga kata paling bermakna tapi jarangnya didengar naan unnai kathalikaraen saranghaeyo aishiteru tiga kata paling menyentuh tapi jarangnya disebut. Eh?



potpetpotpet : Tanah tumpahnya darahku!

Ahad, 20 November 2011

Little Mix

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Okay. Aku nak update pasal perempuan perempuan kat bawah ni. Nampak tak? Tolong jangan tengok lebih lebih. Siapa dorang? Boleh sambung baca kat bawah. Silakan.


Kenal tak siapa dorang? Dorang ni Little Mix. Apa kaitan Little Mix dengan aku? Memang takde kaitan langsung sebab Little Mix ialah satu-satunya group yang tinggal kat dalam X Factor UK 2011 sekarang ni. Tapi aku target Little Mix yang akan menang X Factor UK tahun ni sebab aku nampak dorang paling banyak improve berbanding peserta peserta yang lain sepanjang pertandingan X Factor UK ni berlangsung. Apa yang menarik pasal Little Mix ni ialah dorang datang audition bukan sebagai satu kumpulan. Tapi judges nampak potensi yang ada pada dorang so judges berpakat gabungkan dorang sebagai satu kumpulan. Pada awal pertandingan, dorang guna nama Rhythmix tapi lepas beberapa minggu dorang decide nak tukar nama kepada Little Mix pulak. Mungkin lepas ni akan tukar kepada Streamyx? Siapa tahu kan?

Sepanjang tujuh musim X Factor UK berlangsung, takde satu group pon yang pernah menang pertandingan ni. Mungkin Little Mix bakal memecahkan rekod tersebut dengan memenangi X Factor UK pada tahun ni? Tuah ayam nampak di kaki, tuah kitkat ni m nasir kan? Jom tengok persembahan dorang baru baru ni:




potpetpotpet : Ni entri hiburan semata-mata.

Sabtu, 19 November 2011

Mata Kata Sedap Tapi Tekak Kata?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Petang semalam aku dapat mesej daripada Bank Islam yang bagitahu ada duit masuk kat dalam akaun aku. Aku pelik mula mula sebab aku tak tahu duit apa yang masuk ni. Adakah duit kat dalam akaun aku tu mengandung dan kemudian telah melahirkan beberapa keping duit? Errr... Faham tak lawak yang aku cuba sampaikan ni?

Memandangkan duit gaji dah masuk di samping hasutan daripada syaitan yang direjam, aku terus nak lunch kat luar, tak nak makan kat rumah dah. So, aku bawak dua orang adik aku Ika dan Husna yang ada kat rumah ni belanja dorang pergi lunch kat Secret Recipe. Kenapa Secret Recipe? Sebab aku nak cuba rasa set lunch dia yang RM15 tu.


Aku pilih set C, adik adik aku pilih set B. Set C ni ialah noodle in tom yum kung, macam mee tom yam la kalau bahasa kampung dia. Bagi aku, mee tom yam dia takde la special sangat, biasa je rasa dia sebenarnya. Tapi tak tahu kalau tekak korang macam mana sebab ada kemungkinan tekak aku ni kampung sangat kot? Lepas aku sedar yang aku tak dapat nak habiskan mee tom yam tu, aku bagi Husna habiskan. Pelik tapi benar, laju je dia habiskan. Haha.


Set B ialah prawn macaroni with cheese. Husna dah la minat cheese. Kalau boleh semua benda nak cheese. Lepas beberapa suapan, Husna tak lalu nak telan lagi dah. Dia tanya kenapa bau dia tak sedap. Dia siap bagitahu kat aku yang dia suka cheese tapi dia tak suka cheese yang macam apa yang dia tengah makan tu. Sebab tu la dia habiskan mee tom yam aku tu.


The one and only thing yang aku suka masa lunch tadi ialah iced lemon tea dia. Memang tu je yang aku suka. Haha. Aku jujur ni. Minuman kegemaran kot! Tapi sayangnya Husna tak suka pulak. So, aku la yang bertanggungjawab untuk hirup sampai habis dia punya iced lemon tea tu. Takkan nak biar membazir macam tu je sebab harga dia bukan seringgit dua. Kalau seringgit dua aku dah siap bungkus bawak balik rumah bagi jiran tetangga. Boleh?




potpetpotpet : Moral of the story, fikir dulu sebelum buang. Maksud aku, buang duit!

Jumaat, 18 November 2011

Neelofa, Shylla Amzah, Stacy Atau ...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Okay. Aku nak kongsi gambar gambar masa aku pergi AIM 18 hari tu. Tapi kali ni bukan gambar aku sorang je sebab kali ni aku nak tayang gambar aku dengan artis artis perempuan yang cun dan tak dilupakan jugak sahabat sahabat aku yang dikasihi sekalian. Hadirin dan hadirat yang dihormati, apa kata kita tengok gambar gambar kat bawah ni. Sambil sambil tu, kau rasa aku pilih siapa?


Neelofa...


...atau mereka?



Shylla Amzah...


...atau mereka?



Stacy...


...atau mereka?



Kau rasa aku pilih siapa? Neelofa, Shylla Amzah, Stacy atau mereka sahabat sahabat aku yang dikasihi sekalian? Kalau pilih ikut nafsu mesti la aku pilih Neelofa, Shylla Amzah atau Stacy. Tapi sekarang aku pilih ikut suka hati. Boleh? Dipendekkan cerita yang takde la cerita sangat aku telah pilih mereka sahabat sahabat aku yang dikasihi sekalian. Aku senang dengan dorang sebab dorang memang fun habis to spend time with, gila gila remaja, tak pentingkan diri sendiri dan sentiasa menghormati kelebihan dan kekurangan masing masing. Kepada Neelofa, Shylla Amzah dan Stacy, you guys memang cun habis! Terima kasih sebab sudi bergambar dengan Budak Lelaki Sebelah Pintu yang entah siapa siapa ni.



potpetpotpet : If you go looking for a friend, you're going to find they're very rare. If you go out to be a friend, you'll find them everywhere.

Khamis, 17 November 2011

Macho Tapi Jambu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Aku dengan besar hati nak share tips kepada lelaki macam mana nak nampak macho dan pada masa yang sama nampak jambu batu. Boleh? Boleh blahhh la kan? Haha. Actually entri kali ni aku nak kongsi persalinan yang aku gayakan masa aku pergi AIM 18 hari tu. Teruja tak nak tengok? Tepuk amai amai belalang kupu kupu. Okay. Takde kaitan.

At first, aku tak tahu nak pakai baju yang macam mana sebab aku takde baju yang stylish macam Adie. Kalau kau nak tahu, aku lebih kepada t-shirts dengan jeans. So, petang sehari sebelum aku pergi AIM 18 hari tu, aku telah keluar shopping dengan Adie semata-mata nak beli baju dengan harapan dapat melambaikan tangan ke arah peminat kat karpet biru. Tapi? Errr... Esok la aku cerita pasal benda ni sebab sekarang aku nak cerita pasal baju apa yang aku pakai je.


Last last, aku pilih blazer dengan seluar separuh slack separuh jeans. Dah malas nak cerita, terus last last? Haha. Aku rasa seluar tu macam separuh slack separuh jeans sebab dia nampak macam slack tapi bila pakai dia rasa macam jeans. Faham tak? Buat buat faham pun boleh. Kalau kau nak tahu, blazer dengan seluar separuh slack separuh jeans tu datang daripada butik yang berlainan. Tapi aku tengok macam sepasang kan?

Ada yang komen kata kemeja yang aku pakai tu nampak macam familiar. Memang kemeja tu nampak macam familiar sebab kemeja tu bukan aku yang punya. Aku pinjam kat kawan aku dan aku rasa kau tahu siapa. Tapi aku tak nak bagitahu boleh? Haha. Aku memang nak beli kemeja bermotifkan floral tapi aku rasa aku akan pakai sekali je sebab aku tak berani nak pakai kemeja macam tu pergi taman bunga tak pasal pasal kena serang dengan lebah nanti. Okay. Lawak apa ni?


Kita teruskan topik kita pada hari ni. Since aku tahu kawan aku tu ada kemeja bermotifkan floral, aku pinjam la kat dia. Aku sebenarnya takut tak muat je kemeja tu sebab badan kawan aku ni selim melim. Badan aku? Tough dan sasa pulak tu. Tu yang buat aku risau tu. Haha. Tapi lepas aku cuba? Kemeja tu fit cukup cukup makan orang kata! So, nampak tak apa yang aku cuba sampaikan kat sini? Yes. Aku boleh dikategorikan sebagai selim melim tapi tough dan sasa. Eh?


Nampak macho tapi jambu kan? Haha. Tak kisah la. Apa yang penting, nak bergaya tu biar la berpada-pada dan jangan sesekali melebih-lebih dan pada masa yang sama batas aurat kena jaga elok elok. Anyway, aku sentiasa berpegang kepada kepada prinsip sometimes less is more. As stated, SOMETIMES and not all the times. Setuju?



potpetpotpet : Kena pandai pilih dan tanya pendapat orang lain.

Rabu, 16 November 2011

Wordless Wednesday #24


Selasa, 15 November 2011

Gambar Lucah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Aku tak tahu kenapa hari ni news feed aku kat facebook dipenuhi dengan gambar lucah yang entah datang daripada mana entah. Gambar lucah macam tu terpampang gara gara ada orang like atau ada orang komen kat gambar tu. Aku takde masalah kau nak like atau komen gambar lucah macam tu. Masalahnya sekarang ialah bila kau like atau komen gambar lucah tu dia terus keluar kat news feed aku! Kalau gambar udang goreng macam cendawan goreng takpe la kan? Ni gambar perempuan tak pakai baju la, gambar lelaki tengah cium dengan lelaki la, gambar perempuan tengah macam macam la sampai aku jadi malu nak klik button home kat facebook tu. Aku pulak yang malu tengok gambar lucah tu. Kau tak rasa malu ke?


Tapi ada jugak orang yang komen kat gambar lucah tu konon konon macam nak bagi nasihat la tapi guna ayat maki maki. Lantak kau la kan? Pada pendapat aku, kalau kau nak bagi nasihat sangat kat orang yang dalam gambar lucah tu apa kata kau pergi cari dia terus? Tak payah nak komen kat situ sebab:
  • Orang yang dalam gambar tu bukan tahu kau tengah bagi nasihat kat gambar lucah dia tu tapi aku pulak yang tahu. Eh?
  • Kau secara tak sengaja dah bagi orang lain yang ada dalam senarai kawan kau tengok gambar lucah tu sebab gambar tersebut akan keluar kat bahagian news feed dorang. Kau ingat semua orang yang ada dalam senarai kawan kau tu dapat tahan nafsu bila tertengok gambar lucah tu? Kau tak rasa ke yang sebenarnya kau lebih kepada mengundang maksiat?
  • Kau dah membuka keaiban orang lain.

As a conclusion, it is crystal clear that haha tiba tiba speaking ni apahal? Sebab hari ni budak SPM kena jawab paper english. Boleh? Nasihat aku tolong jangan sebarkan gambar lucah kat facebook tu dengan like atau komen tak kisah la sengaja ke tak sengaja ke dan tolong jangan klik link yang bukan bukan sebab semua tu mungkin spam semata-mata atau virus yang bahaya kecuali link yang satu ni sebab link ni memang kena selalu klik laju laju. Nak tahu link apa? Ni link dia - http://www.budaklelaki.com.



potpetpotpet : Mula mula maksiat mata lepas tu maksiat bahagian lain pulak.

Isnin, 14 November 2011

A Date With Her (Tapi Bukan Aku Sorang)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Sebelum aku, Adie dengan Ayie bergerak ke Stadium Putra Bukit Jalil untuk menyaksikan AIM 18 dengan mata kepala masing masing, kami sempat singgah makan kat Mid Valley kejap. Niat di hati memang tak nak makan KFC or McD sebab dah muak. Jalan punya jalan punya jalan punya jalan punya jalan berapa banyak punya jalan kan tiba tiba ternampak Popeyes ni. So, kami pilih nak cuba makan kat Popeyes ni pulak. Okay. Konsep fast food jugak la kan? Adeh. Sangat tidak sihat ye.

Gambar yang ada soul.

Aku pilih set burger ayam je.

Ni hidangan Adie. Dia pilih set bubur ayam.

Ayie buat muka comel comel ayam dengan set ayam goreng.

Aku rasa set aku paling sedap sebab aku paling cepat habis makan. Adie pulak tak habiskan bubur ayam dia tu. Dia kata tak masuk kat tekak dia. So, aku cuba la rasa dan aku rasa okay la daripada takde kan? Haha. Nasib Ayie dapat habiskan ayam goreng dia tu. Kalau tak habis, aku tak tahu la nak cakap apa pasal Popeyes ni. Bagi aku, bukan semua tekak boleh makan kat Popeyes.

Okay. Merujuk kepada entri semalam yang menggunakan tajuk Kasut Tumit Tinggi Siapa?, aku sempat jumpa Nisa Kay kat Mid Valley tu. Actually, dia sempat join kami makan kat Popeyes tu tapi aku tak sempat nak snap gambar dia masa dia makan. Kalau kau nak tahu, Nisa Kay makan sikit macam bayi. No wonder la badan dia saiz model. Sebelum aku cakap banyak pasal Nisa Kay ni, jom tengok gambar gambar kat bawah ni dulu.





Actually, aku dah lama kenal Nisa Kay kat blog dia. Aku kenal sebelum dia jadi retis lagi. Sekarang? Dia dah jadi retis dah. Malu aku nak jumpa dia. Nasib la dia tak malu nak jumpa aku. Eh?

Nisa Kay ni peramah orangnya, ringan mulut pulak tu. Masa berborak dengan dia memang langsung takde titik noktah dia bercakap. Padan la dengan bidang yang dia ceburi kan? Seronok dengar dia cerita, siap bagi tips nak cepat kaya pulak tu! Nak tahu apa tips dia? Rahsia! Haha.



potpetpotpet : Berkawan biar beribu.

Ahad, 13 November 2011

Kasut Tumit Tinggi Siapa?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Eh. Kaki siapa ni? Ada siapa tahu tak? Aku nak pulangkan kaki dia ni balik sebab dia tertinggal kaki dia kat Mid Valley semalam. Kau pernah nampak kaki macam ni kat mana mana blog tak? Kalau pernah, tolong bagitahu kat dia yang kaki dia tertinggal boleh tak?

Okay. Sila abaikan perenggan kat atas ni sebab takde isi penting langsung. Haha. Semalam aku dapat jumpa tuan punya kaki ni. Tapi aku tak nak bagitahu siapa dia sekarang. Esok esok la ek? For those yang macam kenal kasut tumit tinggi yang dia pakai tu mesti tahu siapa tuan punya kaki ni sebab dia pernah tayang kasut tumit tinggi tu kat blog dia sebelum ni. Tahu tak? Agak agak siapa?



potpetpotpet : Esok sekolah.

Jumaat, 11 November 2011

Aku Dapat Pijak Karpet Gemilang AIM 18!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Alhamdulillah. Syukur atas nikmat yang diberikan sebab rezeki yang datang kat aku memang aku tak jangka langsung. Aku menang peraduan Tiket VIP AIM 18! Memang aku tak jangka langsung! Aku join peraduan tu pon sebab Wan Fuuyoo suruh aku hantar penyertaan. Pejam celik pejam celik, aku menang. Eh?

Boleh rujuk keputusan kat SINI.


So, esok aku gerak dari Melaka ke KL dengan Adie. Dan mungkin aku akan lepak kat Mid Valley dulu sebab aku nak jumpa ada sorang blogger perempuan ni. Siapa dia? Nanti aku update kalau aku dapat jumpa dia. Okay? Anyway, ada sesiapa pergi AIM 18 ke? Tunggu aku kat Karpet Gemilang AIM 18 tu ye? Kot kot kau ternampak aku ke, tegur tegur la ye. Tapi kalau dah lupa rupa aku macam mana, boleh rujuk gambar kat bawah ni. Haha.




potpetpotpet : Petang tadi aku baru beli pakaian untuk esok.

Khamis, 10 November 2011

Konvo Si Comel

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Entri Wordless Wednesday #23 semalam aku ada letak gambar Husna tengah beratur dengan pakaian jubah konvo dia. Comel kan? Dia konvo masa hari Isnin hari tu, sehari slepas hari raya haji yang pertama. Nasib sekolah aku cuti masa tu, dapat la aku bersama-sama memeriahkan istiadat konvo dia. Hebat kan? Baru 5 tahun dah konvo. Aku masuk 23 tahun baru dapat rasa konvo. Untung laaa...

Kau ingat senang ke nak tangkap gambar Husna ni? Susah derrr... Banyak benar kerenah dia sampai macam macam alasan tak munasabah dia keluarkan. Nak tahu contoh macam mana alasan tak munasabah tu?
Dah la. Husna dah tak nak ambil gambar dah. Panas sangat sampai Husna tak boleh bukak mata dah ni.

Tak nak taip banyak, kau tengok la gambar gambar yang aku sempat tangkap hari tu. Aku tahu kau bukan suka sangat baca entri panjang panjang. Kau kan pemalas? Haha. Okay. Kau boleh mula tengok gambar gambar daripada sekarang. Tapi sebelum tu aku nak bagitahu kau yang Husna dapat dua hadiah - nombor satu dan lima mata pelajaran terbaik.










potpetpotpet : Ala tomey tomey!

Rabu, 9 November 2011

Wordless Wednesday #23


Selasa, 8 November 2011

Selain Chocolate Indulgence

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Aku kalau makan kek kat Secret Recipe, aku mesti pilih Chocolate Indulgence. Sampai satu tahap, aku dah boleh bayangkan aku tengah makan Chocolate Indulgence sebelum kaki aku masuk kat dalam Secret Recipe lagi. Hebat kan?

So, hari tu kawan baik aku dengan murah hati nak belanja aku sebab dia baru je dapat gaji. Dah banyak kali aku paksa dia belanja aku sebab dia ni JIMAT sikit orang dia. Tahu tak JIMAT? Lebih kurang macam KEDEKUT la kot. Eh?  Aku gurau je. Kepada kawan baik aku yang berkenaan, tolong jangan ambil hati sebab aku berharap kau akan belanja aku lagi. Haha.

Ni la dia Hazel Cheese.

Dah dia nak belanja aku, aku ajak dia masuk Secret Recipe. Mula mula aku macam nak kenakan dia. Ikut hati aku nak pilih menu yang paling mahal tapi aku tak sampai hati pulak nak ikut hati sebab aku tahu perangai dia yang JIMAT tu. Haha. Memandangkan hari dah petang, makan kek sepotong je la. So, aku pilih Hazel Cheese sebab aku tak pernah rasa Hazel Cheese tu lagi. Plus, aku memang hantu kacang hazel! Kalau aku nak beli coklat, aku mesti pilih coklat yang ada letak kacang hazel. Dan rasa dia? Memang sedap! Lagi sedap daripada Chocolate Indulgence tu kot? Siapa yang tak cuba lagi atau dah muak dengan Chocolate Indulgence, memang wajib cuba Hazel Cheese ni.

Dapat secawan teh dengan percuma.

Nampak tak teh atas tu? Secret Recipe bagi secara percuma. Tak payah nak membazir keluar duit beli air. Jimat sikit. Errr... Suka la kawan baik aku tu kan? Sah sah dia la orang yang paling kuat tepuk tangan bila dapat tahu pasal teh percuma ni. Haha. Sorry. Aku asyik kenakan dia je. Adeh. Siapa suruh dia jadi kawan baik aku kan? Takpe takpe. Identiti dia dirahsiakan. So, jangan risau wahai kawan baik aku sebab saham kau tak jatuh punya.

Action kamen.



potpetpotpet : Terima kasih daun keladi, banyak duit belanja lagi.

Isnin, 7 November 2011

Sepasang Baju Melayu Biru Turquoise

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Hensem tak baju melayu biru turquoise kat atas ni? Eh. Aku bukan tanya pasal orang yang pakai baju melayu biru turquoise tu tapi aku tanya pasal baju melayu biru turquoise semata-mata. So, hensem tak baju melayu biru turquoise tu? Sila jangan keliru dengan soalan aku.

Since tahun ni ayah aku pergi menunaikan haji dengan ibu, aku sambut aidiladha dengan adik beradik je la. Tapi nasib baik ada pakcik dengan makcik yang sudi siapkan juadah hari raya seperti rendang ayam, nasi himpit, kuah kacang dan lain lain. Plus, kampung belah ayah dekat gila dengan rumah aku, tak sampai 5 minit kalau naik kereta. Kalau jalan kaki? Makan masa 15 minit jugak kot sebab nak kena tengok kiri, nak kena tengok kanan, nak kena tengok kiri, lepas tu baru boleh lintas jalan.

Okay. Baju melayu biru turquoise ni milik ayah aku. Masa malam sebelum raya, aku tak jumpa baju melayu aku. Aku dah risau dah. Risau punya risau, aku tidur. Eh? So, aku telah menyelongkar almari ayah aku pada keesokan harinya. Boleh? Tiba tiba aku ternampak baju melayu biru turquoise ni. Errr... Bila masa pulak ayah ada baju melayu warna ni? Nasib baik saiz ayah aku lebih kurang aku je. Dapat la aku pakai baju melayu biru turquoise yang warna dia sangat hensem ni.

Nak tahu tak? Aku selalu sangat pinjam barang ayah aku. Diam diam, barang ayah aku tu terus jadi barang aku. Faham tak macam mana? Contoh aku pinjam selipar adidas ayah aku. Aku pakai selipar tu hari hari sampai ayah aku terpaksa pakai selipar lain. Tak lama lepas tu, ayah aku beli selipar baru. Tapi bukan untuk aku, untuk diri dia sendiri la. So, apa yang jadi kat selipar yang aku pinjam tadi? Terus jadi aku punya! Errr... Apakah nasib yang sama akan terjadi kepada sepasang baju melayu biru turquoise ni? Kita tunggu dan lihat.



potpetpotpet : Alhamdulillah apa adanya.

Ahad, 6 November 2011

Mana Lembu Tadi?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Mana lembu tadi? Ada nampak tak lembu tadi? Penat aku cari tapi tak jumpa jumpa. Mana entah dia sembunyi. Eh. Dia tengah baca entri ni la! Amboi! Dah dah. Meh sini aku nak sembelih kau sekarang jugak. Penat aku cari kau satu padang tadi. Tak sangka pulak kau tengah online baca entri terbaru blog Budak Lelaki Sebelah Pintu yang hensem tu? Adeh.


Aku bergurau je. Jangan nak serious sangat boleh? Haha. So, selamat hari raya haji semua! Jangan makan daging banyak sangat ye?



potpetpotpet : Aku tak makan daging.

Khamis, 3 November 2011

Pengacara Majlis

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Sampan kolek dari Kedah,
Biduk lalu sampai muara,
Segala juadah hidangnya sudah,
Tibalah masa menjamu selera.

Okay. Pantun kat atas ni aku buat sendiri masa aku jadi hos untuk jamuan akhir tahun kelab staf sekolah semalam. Hos? Haha. Perkataan sebenar dia ialah pengacara majlis tapi aku sengaja guna hos supaya nampak macam anugerah skrin sikit. Boleh?

Patut bukan aku yang jadi pengacara majlis tapi ada sorang cikgu ni tapi dia boleh ada masalah pulak kelmarin. So, aku la yang kena ganti dia? Jamuan pukul 2.30 petang, aku start buat teks pukul 12.45 tengahari! Nasib Ijat ada mesej aku hari tu. Macam tahu tahu je aku perlukan dia untuk siapkan teks aku. Siapa suruh dia mesej aku kan? Padan muka dia sebab dah kena tolong aku. Kalau kau nak tahu, Ijat ni memang hebat dalam bidang pengacaraan majlis especially majlis formal.

Gambar aku mana? Sorry. Dah kelam kabut sangat, satu gambar pon takde. Sedih kan? Takpe takpe. Nanti aku balas dendam ambil gambar banyak banyak.



potpetpotpet : Umpama memerah nyiur, santan diambil, ampas dibuang.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com