My Nuffnang Story

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Okay. Aku sangat jarang cerita pasal Nuffnang. Bukan sebab aku boikot Nuffnang tapi sebab aku tak banyak cerita pasal Nuffnang. Plus, siapa la aku di mata Nuffnang kan? Errr... Ayat tu memang sengaja nak mintak simpati. Boleh?

Sejak aku menggunakan khidmat Nuffnang, ada dua tiga kelebihan yang aku dapat. Oh. Mungkin tak meriah macam blogger blogger yang lain yang dapat empat lima enam tujuh lapan kelebihan tapi aku tak kisah banyak sebab aku kisah sikit je. Rezeki masing masing kan? At least, dapat jugak aku merasa sisa sisa yang telah ditinggalkan untuk aku. Errr... Mintak simpati lagi? Haha.


So far, aku telah berjaya menang tiga jemputan daripada Nuffnang ke premiere screening bagi tiga buah filem. Eh. Tahu tak premiere screening tu apa? Dia macam main kesat kesat tisu premiere kat hingus. Aku tak tahu la kalau kau percaya. Adeh.

Terima kasih kepada Nuffnang sebab bagi aku peluang tengok filem filem tersebut sebelum ditayangkan kat pawagam. Tapi aku cuma dapat tengok tiga buah filem je pon. Lepas tu hidup aku dah macam busy dah. Errr... Aku kurang pasti aku busy dengan apa tapi sampai sekarang aku tak dapat nak join premiere screening anjuran Nuffnang ni.

Aku rasa best sebab aku dapat tengok wayang secara percuma sebab percuma tu membawa maksud tak payah nak keluarkan duit walau sesen pon. Setuju?

Toy Story 3

Rapunzel A Tangled Tale

Faster


Memori paling best dengan Nuffnang? Sah sah la Om Nom Nom Race! Sampai sekarang aku tak boleh nak lupakan macam mana aku, Ijat, Adie dengan Afiq mengalami tekanan perasaan masa nak cari lokasi restoran restoran yang dia bagi. Tapi tekanan perasaan tu terus hilang lepas kitorang dihidangkan dengan makanan yang sedap sedap.

From this race, aku sempat kenal beberapa orang blogger yang mana aku tak pernah kenal sebelum ni. In the meantime, aku dapat tengok dengan lebih dekat wajah blogger blogger lain. Nak tegur aku tak berani lagi. So, aku tengok daripada jauh je la. Tengok SAHAJA. Tak tegur langsung. Haha.

Eh. Masa tengah tengah race tu, kitorang kena buat live blogging pasal restoran restoran yang bagi kitorang makan tu. Ingat lagi tak? Takpe takpe. Meh sini aku cuba ingatkan kau balik:

Sekali lagi, aku rasa best sebab aku dapat menikmati makanan yang mahal mahal secara percuma sebab percuma tu membawa maksud tak payah nak keluarkan duit walau sesen pon. Setuju?

Para peserta yang kuat makan. Cuba cari aku kat mana?

One of the best things that ever happened in my life.


Okay. Aku baru cash out dua kali. Dah masuk dua tahun tapi aku baru cash out dua kali? Nampak sangat blog aku tak laku. Haha. Duit yang aku dapat takde la sampai empat angka. Tapi cukup la kalau nak beli selipar jepun sebanyak dua puluh lima pasang.

Bagi aku, duit yang aku dapat daripada Nuffnang ni macam bonus la. Tak payah aku nak buka gerai kat tepi jalan nak jual udang goreng macam cendawan goreng, aku cuma kena letak iklan kat dalam blog je. Ada rezeki, dapat la sekupang dua. Kalau tak dapat apa apa? Padan la muka! Siapa suruh tak update lapan puluh lapan entri sehari kan?

Dan lagi sekali, aku rasa best sebab aku dapat duit secara percuma sebab percuma tu membawa maksud tak payah nak keluarkan duit walau sesen pon. Setuju?

Malu aku nak tunjuk. Sedih.


As a conclusion, Nuffnang bukan siarkan iklan semata-mata. Nuffnang turut menyediakan aktiviti-aktiviti bagi komuniti blogger macam Om Nom Nom Race tu. So, aku sebagai salah seorang ahli Nuffnang yang berstatus glitterati, siap nak bangga dengan status tu boleh? Aku harap aku akan dapat banyak lagi peluang dan ruang untuk menyertai segala jenis aktiviti yang dijalankan oleh Nuffnang. Sebagai contoh macam Nuffnang Acia-Pacific Blog Awards 2011 yang akan berlangsung pada 16 Disember tahun ni.
Come 16 December 2011, 500 bloggers from around the Asia-Pacific region will flock to Kuala Lumpur, Malaysia for the Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 in Putrajaya Marriott. The Awards aims to not only honour the region's best bloggers, but also to bring together blogger communities from across Asia-Pacific. The Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards is brought to you by Volkswagen Malaysia and Putrajaya Marriott.



potpetpotpet : Harap harap ada rezeki.

Husna Sayang Abang Tak?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Since aku tinggal berdua dengan adik aku yang comel sekarang ni, aku je la yang melayan kerenah dia. Semua nak kena ikut cakap dia. Kadang kadang tu aku melawan jugak. Eh? Ingat muka comel tak boleh kena marah ke?

Hari Jumaat hari tu aku sempat bawak dia pergi breakfast kat KFC. Sementara nak tunggu pakcik dengan makcik aku habis berubat aku bawak Husna jalan jalan dulu. Kau boleh rujuk entri Kain Putih kalau nak tahu pasal pakcik dengan makcik aku tu.

KFC tu ada dua tingkat. Dan Husna nak makan kat tingkat atas. Aku pulak malas nak naik atas. So, aku bagitahu dia yang bahagian atas tu tak buka lagi. Aku pon apa yang tak buka lagi. Haha. Senang cerita, makan kat bawah je. Jimat tenaga sikit.
 
Husna pilih bubur dengan teh tarik.

Honestly, breakfast kat KFC lagi sedap daripada breakfast kat McDonald's. Tu pendapat peribadi aku je. Siapa yang tak pernah cuba breakfast kat KFC, boleh la cuba esok pagi, esok lusa, esok tulat dan esok yang lain lain. Lepas dah selesai breakfast kat KFC, aku tak tahu nak pergi mana dah. Kalau pergi jauh jauh, payah pulak nak patah balik nak ambil pakcik dengan makcik aku nanti. Tengah tengah drive, aku ternampak taman permainan kat sebelah kiri jalan. Tanpa berfikir secara logik, aku terus berhenti.

Seronok dia main!

Kadang kadang penat layan Husna ni. Kadang kadang seronok pulak. Entah la. Bergantung kepada situasi dan jugak emosi masa tu. Tak kisah la semua tu. Yang penting, aku sayang dia! Husna sayang abang tak? Mesti dia jawab sayang sangat sangat. Haha. Padahal aku selalu marah marah dia. Orang putih kata, angry birds. Maksud dia, marah marah sayang. Boleh?

Husna yang suruh buat muka macam ni.


potpetpotpet : Esok dah start sekolah balik.

Kain Putih

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Semalam...
"Masa kerja ada kawan Wak tanya Wak kenapa Wak termenung je, dia tanya ada masalah ke. Wak cerita la pasal Cik Mus kau. Lepas tu dia bagitahu Wak yang dia ada kenal sorang ni. Dulu isteri dia kena kanser pangkal rahim. Lepas pergi berubat dengan orang tu, alhamdulillah, isteri dia dah sihat balik dah. Dia kata kalau tak betul, dia takde nak bagitahu kat Wak. Tu yang Wak nak mintak tolong kau ni sebab tempat orang tu kat Seremban. Wak mana la tahu jalan kat Seremban ni."
Muka si suami nampak sangat ceria. Senyuman langsung tak lekang daripada bibir dia. Nampaknya ada harapan si suami untuk melihat si isteri kembali sihat seperti biasa.

Hari ini...
"Orang tu tak dapat nak tolong dah. Dia kata dah teruk sangat dah tu. Dia suruh pergi jumpa doktor. Sepatutnya masa baru kena tu terus pergi jumpa dia, mungkin dia boleh tolong. Mana la Wak nak tahu. Wak dapat tahu pasal dia boleh tolong ubatkan ni pon daripada kawan. Memang sekarang dah tak boleh nak buat apa apa dah. Kena jumpa doktor je la."
Si suami pasrah habis habisan setelah mendengar kata orang yang dia jumpat untuk berubat tu.

"Tunggu kain putih je, Mi. Dah tak boleh nak buat apa apa dah. Pergi jumpa doktor pon tak boleh buat apa apa dah sekarang ni."
Tiba tiba si isteri mencelah.

Semalam pakcik dan makcik aku datang daripada Kluang, Johor. Si suami nak bawak si isteri pergi berubat kat Seremban. Since aku pernah duduk kat Seremban tak lama dulu, pakcik aku mintak tolong aku bawak pergi tempat orang yang boleh ubatkan tu. Nasib aku memang familiar dengan tempat tu. So, aku sangat berbesar hati nak tolong dorang.

Okay. Sebelum tu, aku nak bagitahu korang yang makcik aku sakit kanser payu dara. Dah lama dah. Stage keberapa tu aku tak dapat nak pastikan. Tapi apa yang aku tahu, memang dah nampak macam teruk la. Tengok makcik aku, dia dah tak ceria macam dulu dah. Nak makan pon dia dah tak lalu sebab macam macam tak boleh makan sebab nak elak gatal. So, dia habiskan masa dengan baring kat dalam bilik je.

Semalam aku suruh pakcik aku stay rumah aku dua tiga hari lagi ke. Pakcik aku setuju je. Tadi kitorang bertolak ke Seremban pukul 7.00 pagi. Ramai betul orang pergi berubat kat situ. Lepas tengahari baru makcik aku selesai. Dah habis dah, kitorang terus gerak balik Melaka. Aku tanya pakcik aku dia nak makan tengahari ke tak sebab dia tak makan apa apa daripada tadi lagi. Pakcik aku tanya makcik aku dia nak makan ke tak. Last last? Pakcik dengan makcik aku tak nak berhenti makan.

Sampai kat rumah, dalam masa tak sampai setengah jam, pakcik aku dah angkat beg keluar. Dia kata nak balik Kluang terus. Mata pakcik aku nampak berkaca. Aku tak tahu nak cakap apa sebab aku dapat gambarkan perasan dorang sekarang. Tapi aku takkan pernah faham apa perasaan dorang sebab bukan aku yang mengalami semua tu. Memang aku sedih masa tu. Betapa besar ujian Allah terhadap mereka. Sesungguhnya aku belum tentu dapat menghadapi ujian sedemikian rupa.

Doakan yang terbaik untuk makcik aku ye? Doakan supaya makcik aku sihat seperti sebelumnya. Dengan izin Allah, apa apa pon boleh jadi.



potpetpotpet : Nasib kita kemudian? Allah yang mengetahui.

Bangunan Berkain Hitam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Aku copy dialog ni kat facebook. Aku tak tahu nak link kat mana sebab aku dapat kat status orang. Dah lama dah dialog ni sebenarnya. Aku bet ramai dah baca pasal dialog ni. Tapi baru sekarang aku rasa macam nak share. So, kalau kau dah baca sebelum ni, boleh la baca lagi sekali sebab aku dah edit dialog ni sikit sikit. Bukan edit isi dia tapi aku edit benda benda yang tak penting macam titik noktah, huruf besar, huruf kecik, spacing, pembuka dan penutup kata sebab aku tak suka kalau kejap ada dua titik la kejap ada tiga titik la kejap takde titik la kejap huruf besar la kejap huruf kecik la kejap jarak dekat kejap jarak jauh kejap ada pembuka kata kejap takde penutup kata. Okay. Aku dah penat explain dah. Jom tengok dialog tu?



"Kenapa orang Islam sembah bangunan berkain hitam tu?"

"Oh. Tu Kaabah atau nama lainnya ialah Baitullah."

"Baitullah tu apa?"

"Secara terjemahan mudah, maknanya ialah Rumah Allah."

"Allah ada dalam tu?"

"Takde."

"Jadi, kenapa kamu sembah bangunan tu kalau Allah takde dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah SWT."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap ke arah Kaabah je tetapi saya tak sembah Kaabah."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah? Maknanya kamu sembah Kaabah la kan?"

"Kamu pernah tengok perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah. Selalu je."

"Kamu tengok TV ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la."

"Di mana?"

"Dalam TV la."

"Cuba buka TV tu, tengok kat dalam tu ada stadium dan perlawanan bola ke tak?"

"Memanglah tak ada. Tapi gambar dia ada."

"Buka dalam TV, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu?"

"So?"

"Maknanya kamu tengok TV, bukan tengok perlawanan bola. Betul tak?"

"Tak! Aku tengok perlawanan bola la melaui TV tu."

"Peliknya."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Mana tak pelik? Kamu cakap kamu tengok perlawanan bola, sedangkan saya tengok dalam TV tu takde apa-apa. Kalau ada pon cuma wayar yang berselirat je."

"Memanglah dalam TV tu ada banyak wayar, tapi TV tu menayangkan perlawanan bola secara langsung!"

"Jadi tak pelik la ni?"

"Ya. Tak pelik!"

"Jadi, tak pelik jugak la bila saya sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah biar pon dalam Kaabah tu takde Allah." 



potpetpotpet : Khutbah Jumaat tadi pasal haji.

Wordless Wednesday #21

Udang Goreng Macam Cendawan Goreng

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Semalam aku ada bagitahu yang pada mulanya aku nak masak udang goreng tapi tak jadi sebab nenek aku tiba tiba bagi lauk ikan tongkol masak asam pedas kan? Phewww... Penat aku taip dalam satu nafas. Haha. Sila kagum dengan aku.

So, tadi aku telah berusaha untuk masak udang goreng dengan sepenuh hati. Hasil dia? Kau boleh rujuk kat gambar bawah ni. Nasihat aku kepada kau ialah tolong jangan gelak kuat kuat. Errr... Ada rupa macam cendawan goreng tak?


See? Terserlah kemahiran memasak aku yang memang tiada tolok bandingnya. Kau boleh ke masak udang goreng lepas tu jadi macam cendawan goreng? Mesti tak boleh kan? Aku tahu aku sorang je yang boleh. Dah la. Tak larat nak berlagak lagi dah.



potpetpotpet : Esok kau ada cadangan nak suruh aku masak apa pulak?

Rezeki

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan eh kau tak rasa dah macam ayat penghargaan folio sejarah ke? Haha. Hari ni rezeki aku agak melimpah ruah jugak la. Tapi takde la ruah sangat. Melimpah je kot?

Firstly, aku bajet nak masak udang goreng tempura malam ni. Nanti boleh menunjuk nunjuk kat blog. Errr... Macam salah je niat tu? Takpe takpe. Sambil menyelam lepas tu kencing sekali. Boleh? Lepas selesai segala hal kat sekolah, aku terus pergi ambil Husna kat rumah nenek. Sebelum balik rumah, nenek bagi aku lauk. Nenek bagi ikan tongkol masak asam pedas. Dengar nama pon dah sedap kan? Bayangkan! So, udang goreng tempura terpaksa dilupakan. Mungkin esok?

Secondly, aku tolong Amir Rayyan siapkan banner untuk dinner dia. Aku ambil masa yang agak lama untuk siapkan banner tu, agak agak nak dekat sebulan jugak kot? Tapi takde la genap sebulan aku menghadap adobe photoshop semata-mata. Baru tadi Amir Rayyan hantar pergi printing. Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar walaupun masa nak siapkan banner tu terlalu banyak dugaan yang mendatang. Tak lama kemudian, Amir Rayyan mesej aku mintak nombor akaun. Dia kata nak hantar kat rancangan bersamamu nak mintak derma. Errr... Percaya la kau sorang sorang! Adeh. Amir Rayyan nak bagi upah sebenarnya. Rezeki kan? Macam tahu tahu je aku perlukan duit sekarang ni. Memang cukup untuk beli sepasang kasut hitam yang baru. For your information, tapak kasut hitam aku dah hampir tercabut. Sekarang cuma tunggu masa untuk tercabut sepenuhnya. Kalau tak nak tunggu masa tapi nak cabut sendiri pon boleh je sebab dah ada duit dah kan?

Perasan tak? Entri ni takde gambar aku sebab aku dah takde mood nak ambil gambar dah sekarang ni sebab aku tak hensem macam kau. Haha. Sekian.



potpetpotpet : Maksud bagai nasi tersaji sampai ke lutut ialah nasib yang begitu baik.

Blogger Paling Popular

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Sedar tak sedar, tiba tiba aku termasuk dalam senarai Top 50 Blogger Paling Popular. Rasa macam dah menang satu kategori kat ABP je. Boleh?


Nampak tak? Nombor 32 tu? Nama aku kan? Ke nama fakers yang bersepah kat facebook tu? Haha. Anyway, bro Faizal Fredley yang keluarkan senarai ni. Tapi entri dia yang minggu lepas kot? Aku baru dapat tahu hari ni! Kesian kan? Setelah aku tengok senarai tu, aku rasa ramai lagi blogger yang lebih popular daripada aku tapi takde dalam senarai. Tak terperasan la tu sebab ramai sangat blogger popular sekarang ni.

Popular atau tidak, aku update je blog. Bukan sebab nak puaskan hati orang tapi nak puaskan hati aku sendiri. Sejujurnya, dulu aku sangat mengejar populariti dalam dunia blog ni. Biasa la kot? Orang kata biasa la budak baru nak naik. Haha. Tapi sekarang aku dah macam matang sikit.



potpetpotpet : Berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.

Nombor Satu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Ada yang tanya anak siapa kat dalam entri Wordless Wednesday #20 semalam. Mesti dia baru baca blog aku kan? So, aku nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi singgah blog ni walaupun aku dah macam sangat busy dengan dunia kerjaya dan juga keluarga. Eh?

Bagi menepis gosip liar yang semakin hangat diperkatakan, aku cakap dah macam artis kan? Okay. Senang cerita, she's my youngest sister. Nak tahu nama dia? Nama dia ialah Husna. Comel kan dia?


Nampak tak gambar kat atas ni? Aku tak suruh langsung dia posing macam tu. Anyway, aku nak cerita pasal adik aku ni. Dia baru je 5 tahun. Tahun depan jadi 6 tahun. Kemudian 7 tahun pulak. Lepas tu 8 tahun. Eh? Nak sampai berapa ni? Sekarang dia belajar kat Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).

Semalam aku baru dapat tahu Husna dapat nombor satu dalam peperiksaan dia! Aku macam terkejut kot? Sebab aku tengok dia asyik main main je. Tak sangka pulak dia boleh dapat nombor satu? Alhamdulillah. Semoga pencapaian cemerlang ini berterusan sampai bila bila.

Mungkin ada yang kata tak penting sangat nombor satu ni sebab dia baru 5 tahun kot. Tapi bagi aku, daripada nombor satu ni la aku dah dapat agak sejauh mana potensi yang ada dalam diri adik aku yang comel ni. So, tahniah diucapkan kepada Husna!


Mak Lang belanja dia KFC sebab dapat nombor satu. Nampak tak muka dia sangat teruja sebab dapat KFC malam tu? Atau mungkin dia teruja sebab tak payah makan bihun goreng aku lagi? Haha.



potpetpotpet : Aku pernah dapat nombor satu tapi sekali je kot?

Wordless Wednesday #20

Aku Masak Bihun Goreng

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Semalam aku masak bihun goreng. Aku sendiri tak tahu macam mana aku masak. Mula mula aku masukkan perencah bihun goreng. Lepas tu aku tengok macam sikit sangat la pulak. Aku tambah sos cili, aku tambah sos tiram, aku tambah kicap. Haha. Boleh ke tambah tambah ikut suka hati? Lantak! Aku yang nak makan, bukan nak bagi kau makan pon.

Menyelerakan! Errr... Nak sedapkan hati.

Biasa kalau ibu yang masak, dia masukkan udang banyak banyak. Tapi aku tak tahu macam mana nak beli udang. So, aku ganti udang dengan sosej. Eh. Macam takde kena mengena je udang dengan sosej tu? Takpe la. Dah tu je yang ada. Sedih je kan bunyi dia? Haha. Ni la padah kalau malas nak belajar masak. Masa ni la baru nak perah otak cuba ingat balik eh ibu letak apa hari tu eh nak kena letak apa lagi eh masak je la.

Dah siap!

As a conclusion, sedap! Haha. Maksud aku, sedap la bagi tekak aku. Tapi aku tak nak bagi tekak kau rasa. Sebab apa? Sebab bihun goreng aku sedap sangat! Aku tak sanggup tengok kau habiskan semua bihun goreng yang aku masak ni kalau aku bagi kau makan. Boleh?



potpetpotpet : Ada sesiapa nak resipi bihun goreng aku?

Top 5 Mitos Kesihatan Lelaki

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Aku ada terbaca pasal mitos kesihatan ni tadi. So, aku nak kongsi dalam entri kali ni. Kalau boleh, tolong baca sampai habis sebab entri ni macam panjang sikit. Aku pon tak tahu kenapa. Mungkin sebab aku dah lama sangat tak taip panjang panjang kot? Layan!


5 - Ketepikan semua jenis makanan yang mengandungi lemak.
Orang kata kalau nak sihat, jangan sesekali ambil makanan yang berlemak. Apa yang aku tahu, selagi kau tak ambil secara berlebihan, lemak tu takkan mendatangkan apa-apa mudarat. Kecuali kalau kau makan lemak macam makan nasi tu memang tak payah cakap la kan? Haha. Pengambilan lemak dalam kuantiti yang sedikit dapat mengelakkan lelaki daripada TESTOSTERONE DEPLETION. Apa tu? Google sendiri!

4 - Semakin banyak protein kita telan, semakin berketak badan kita.
Banyak la kau! Kau ingat senang senang je badan kau nak berketak? Kalau senang macam tu, badan aku dah lama berketak. Haha. Protein memang sangat diperlukan dalam pembentukan ketak ketak kat badan. Tapi banyak mana protein yang kau ambil tu kena la berkadar langsung dengan exercise yang kau buat. Kalau setakat lompat bintang je, sila lupakan.

3 - Aku sangat aktif. So, aku tak payah risau sebab aku boleh makan apa je.
Aku selalu macam tu. Bila hari ni exercise lebih sikit, terus main belasah makan ikut suka hati aku. Ni tak betul ni. Mana boleh macam tu! Bila kau fikir kau boleh makan macam macam lepas kau exercise, kau berkemungkinan besar akan mengalami overtraining masa exercise tu sebab kau cuba sedaya upaya nak buang kalori sebanyak yang mungkin. Tanpa sedar, kau dah exercise secara berlebihan. Faham tak? Apasal tiba tiba jadi serious ni?


2 - Ganti tidur masa hujung minggu.
Alamak! Aku suka buat benda ni. Adeh. Kadang kadang aku tak cukup tidur masa lima hari bekerja tu sebab banyak sangat kerja nak kena siapkan. Bila hujung minggu je, aku bantai tidur sampai 10 jam. Konon konon balas dendam sebab tak cukup tidur hari tu. Tahu tak kenapa aktiviti ni tidak menyihatkan langsung? Bila kau cuba ganti tidur masa hujung minggu, jam biologi waktu bangun dan tidur kau akan terganggu sebab contoh sebelum ni kau tidur lebih kurang 6 jam tapi bila hujung minggu tiba tiba tukar jadi 10 jam pulak.


1 - Jangan makan kuning telur tapi makan putih dia je.
Sounds familiar kan? Bila nak makan telur je, mesti tak nak makan yang bahagian kuning dia tu. Sebab apa? Sebab fikir bahagian kuning tu macam sangat tinggi kolestrol dia. Betul ke? Aku pon tak berapa pasti. Tapi apa yang aku tahu, kuning telur mempunyai kandungan protein yang tinggi. Bila kau buang bahagian kuning tu, secara tak langsung kau dah buang beberapa jenis vitamin yang penting yang terkandung dalam kuning telur tu. Tak rasa membazir ke?



potpetpotpet : Sihat sebelum sakit.

Selamat Jalan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Sekarang aku nak update cerita basi. Jangan ada yang sakit perut sudah la. Eh. Tak lawak ke?

Okay. Ni cerita pasal aku hantar ibu dan ayah aku pergi haji hari Isnin hari tu. Ada enam buah kereta bertolak dari Melaka. Aku bertolak seawal jam 5 pagi. Sah sah tak solat Subuh lagi masa tu. So, aku solat subuh kat surau kat Petronas lepas tol Sungai Besi tu. Tahu tak? Petronas yang sebelah dia McDonald's tu? Eh. Macam tak penting je sampai nak bagitahu secara terperinci.

Aku hantar ibu dan ayah kat Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Sementara nak tunggu jam 10 pagi, kami duduk duduk kat situ sambil sarapan pagi. Ada ke sarapan malam? Sarapan memang pagi je kan? Tak payah nak letak pagi tu sangat. Haha. Actually, malam tu ibu dan ayah aku tak tidur sangat. Ibu sibuk packing semua barang. Lepas tu, ibu masak nasi goreng, bihun goreng, sosej, nugget tempura dan scallop. Hebat kan ibu? Ibu sediakan semua tu sebelum jam 5 pagi lagi untuk sarapan kat sini. Ayah pulak layan jiran jiran yang datang malam tu.


Hari ni dah masuk hari kelima ibu dan ayah kat sana. Tak silap aku, ibu dan ayah ziarah Madinah selama seminggu. Lepas tu, baru ibu dan ayah akan bergerak ke Mekah. Mungkin dalam minggu depan kot? So far, tiap tiap hari ibu telefon. Dan Husna la yang paling excited jawab panggilan.

Ibu dan ayah ada tinggalkan kain batik dengan kain pelikat yang dah pakai untuk jadi selimut masa Husna tidur. Cuma kalau Husna menangis, dia selalu sebut ibu. Errr... Sedih kan?



potpetpotpet : Aku tengah geram sekarang ni. Something bad just happened.

Putus Di Twitter

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Encik Mimpi baru je upload ending lagu Cinta Muka Buku. Eh. Pernah dengar tak lagu tu? Lagu femes tu! Adeh. By the way, aku tak dapat nak tahan gelak dengar Encik Mimpi nyanyi lagu ni sebab aku dengar suara dia macam nampak sangat dia tengah beriya-iya nyanyi lagu ni. Tak sabar nak upload la tu! Haha. Tak percaya? Kau boleh dengar sendiri.




potpetpotpet : Mood blogging dah tak seperti dulu.

Wordless Wednesday #19


Haji

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Ni ibu dan ayah aku. Esok pagi dorang akan bertolak ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Alhamdulillah. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya ibu dan ayah aku akan berangkat ke tanah suci Mekah dalam masa tak sampai 12 jam sahaja lagi.

Okay. Tu je kot update untuk malam ni. Aku nak kena tidur awal ni. Sebab apa? Aku tak berapa rajin nak taip sebab dia so kau tengok je gambar kat bawah ni. See? Senang kan kerja aku? Haha. 




potpetpotpet : Labbaik Allah humma labbaik.

Pandai Kamu Lukis Ye? Cantik!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.  Dan salam sejahtera!

Aku kena relief satu kelas ni. Kelas tingkatan satu. Lepas tu aku ternampak ada seorang pelajar tengah lukis something kat kertas dia. Aku tengok lukisan dia. Ada bakat dia ni. Aku pon tegur dia.

"Pandai kamu lukis ye? Cantik!"

"Dia memang, cikgu! Pelukis hebat ni! Dia kalau lukis orang, memang pandai."

Salah seorang daripada kawan dia tiba tiba menyampuk. Pelajar yang tengah melukis tadi malu malu hamster konon. Padahal dah kembang semangkuk macam la aku tak tahu. Haha.

Dan aku teruskan aktiviti aku kat dalam kelas tu. 10 minit sebelum waktu habis, tiba tiba pelajar tadi angkat tangan panggil aku ke tempat dia. Aku terus menuju ke arah dia.

"Ni untuk cikgu. Nah!"

"Eh. Biar betik ni? Cikgu tak suka sangat betik. Tapi kalau strawberry coklat, cikgu suka."

"Betul la ni cikgu. Ambil la."

"Okay. Terima kasih!"

Nak tahu pelajar tu bagi apa kat aku? Adakah dia bagi betik kat aku?

Aku dapat lukisan ni!



potpetpotpet : Seronok kan?

:D

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Boleh letak tajuk macam tu? Nampak sangat pemalas. Anyway, semalam emosi aku tak stabil sikit. Tapi aku tak tahu sebab kenapa emosi aku terganggu. Yang pasti sebab dia memang takde kena mengena dengan period. Kau gila? Haha.

Oleh itu, aku nak ucapkan terima kasih kepada kawan kawan aku yang melayan perasaan aku lepas tu siap ada yang sanggup buat lawak tapi tak kelakar langsung so memang aku tak dapat nak gelak la kan. Again, thanks a lot! You know who you are. Aku malas nak state semua nama sebab aku takut ada nama yang tertinggal.


Sekarang aku dah okay. Dah happy balik dah. Sebab tu aku update blog ni. Sebab nak bagitahu satu dunia yang aku dah happy balik dah. Boleh?
Hidup ni ibarat sebuah buku yang mempunyai 1000 muka surat. Kau malas nak baca sampai habis lepas tu kau rasa macam nak berhenti separuh jalan je. Last last kau sedar ada banyak lagi yang kau belum tengok.



potpetpotpet : Why so serious?

Style Rambut Aku (2009-2011)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Fiq Fikri ada update pasal rambut sebelum ni. So, aku pon nak update pasal rambut jugak. See? Senang kan nak update blog? Tiru je apa yang orang lain update. Haha. Kejam kan? 

Aku dah buat research pasal rambut aku daripada tahun 2009 sampai la tahun ni iaitu tahun 2011. Tak sangka hebat jugak rambut aku. Macam macam style aku tengok. Ada style kucing bertanduk, ada style baju kena lipat, ada style duri dalam daging, ada style helmet melekat, ada style kelapa diparut dan macam macam lagi la. Eh. Comel kan nama nama style rambut aku?

Mesti kau tak sabar nak tengok kan? So, tengok je la. Aku pon tak sabar nak tekan publish ni.


Kalau rambut aku ialah seorang manusia, mesti dia dah maki aku laju laju. Sikit sikit tukar style. Tapi nasib baik la rambut aku bukan seorang manusia. Kalau tak, habis la aku kena belasah dengan dia. Eh. Macam melampau je imaginasi aku?

For me, style rambut sangat penting bagi lelaki. Style rambut boleh buat seseorang lelaki jadi hensem dan pada masa yang sama, style rambut jugak boleh buat dia jadi hodoh. Macam mana tu? Errr... Aku pon tak tahu. Aku main cakap je sebab aku rasa macam ada PhD je bila cakap macam tu. Haha.



potpetpotpet : Lepas ni style apa pulak?

5 Blogger Lelaki Dari Melaka

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


5 orang blogger lelaki dari Melaka datang open house Amir Rayyan kat Putrajaya hari tu. Siapa 5 orang blogger lelaki tu? Cuba check gambar kat atas tu. Agak agak blogger mana yang datang dari Melaka?

Nak tahu tak siapa mereka? 5 orang blogger lelaki dari Melaka tersebut ialah Fiq Fikri, Daniel Adie, Ayie, Hizami dan Amir Naufal. Termasuk aku sekali tu. Haha. Kami menaiki kereta yang dipandu sepenuhnya oleh Ayie. Ayie tak bagi orang lain drive kereta dia sebab enjin kereta dia automatically akan mati kalau bukan Ayie yang drive.

Even raya dah habis, suka hati Amir Rayyan la nak buat open house dia bila kan? Takkan nak ikut suka hati aku pulak? Apatah lagi suka hati kau? Memang takde kena mengena langsung. Anyway, thanks to Amir Rayyan sebab sudi jemput blogger blogger picisan macam kami untuk menghadiri open house dia hari tu. Terharu! Kalau menangis sekarang boleh penuh dua baldi. Eh. Tiga baldi kot?


Aku siap dapat album free daripada tuan rumah! Album apa? Album terbaru daripada Siti Nurhaliza yang berjudul All Your Love! Haha. Kau download for free je kan? Aku dapat album for free bebeh! Lagi best kan? Kepada Siti Nurhaliza, anggap je la dia baca blog aku ni, album All Your Love anda ibarat tiupan angin merdu yang menepuk tampar gegendang telinga saya. Sedap kan bahasa aku? Okay. Boleh pui sekarang. Pui!


Few bloggers yang berkesempatan untuk hadir pada masa tu. See? Even raya dah habis, kami tak habis mood raya lagi. Tapi masa tu je la. Sekarang mood tu dah takde dah. Boleh?



potpetpotpet : Bakal jadi guru ganti tak lama lagi.

Dating Bersama Nora

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Nampak tak poster tu? Pandai baca tak? Dia tulis apa? The Secret Life of Nora! Yes. Sebuah persembahan muzikal terbaru daripada Enfiniti Vision Media, dibarisi oleh Tiara Jacquelina (Nora), Ryan Silverman (Roger), Adibah Noor (Khatijah), Tony Eusoff (Farouk), Aznil Hj Nawawi (Mr J), Stephanie (Betty) dan Aaron Khalid (Sharif).

Frankly, ni first time aku tengok teater kat Istana Budaya. Sounds pathetic, right? Takpe takpe. Bak kata orang putih, there's always a first time for everything. So, anggap je la apa yang aku tulis pasal The Secret Life of Nora ni sebagai cakap cakap kosong. Masuk telinga kiri, keluar lubang hidung belah kanan. Boleh?

Apa yang best pasal The Secret Life of Nora ni?
  • Jalan cerita yang mudah difahami. Nora dilatih sebagai spy tanpa pengetahuan dia sendiri. Nora ingat latihan tu untuk watak dalam filem yang bakal dibintanginya. Konflik terjadi apabila Nora mendapat tahu bahawa dia dilatih untuk menjadi spy. Senang kan nak faham?
  • Babak paling menarik ialah masa Nora kat hutan bersama dengan Roger. Siap ada effect kelip kelip kot! Tak lama lepas tu, dorang kena angkat konon konon macam tengah berada di awang-awangan. Memang teruja habis masa tu.
  • Mr J tak boleh sebut huruf R! Mr J sebut R macam W. Contoh dia sebut Nora sebagai Nowa, Raub sebagai Waub, Sharif sebagai Shawif dan kau cari la sendiri huruf yang ada R lagi.
  • Aku paling terkejut bila Adibah Noor yang memegang watak sebagai Khatijah terbang masa dia datang nak tolong Nora. Dahsyat kot!
  • Lagu lagu yang dipersembahkan dalam teater ni memang sangat menghiburkan. Aku paling suka lagu yang Mr J nyanyi untuk Nora sebab catchy habis.
  • Kostum yang colourful and stylish.
  • Set yang meriah dan kreatif. 






Okay. Satu je aku tak berapa nak puas hati pasal The Secret Life of Nora. Masa Nora tengah siasat Mr J, aku tak nampak sangat Nora sebagai spy. Nampak macam eh aku pon boleh je kalau macam setakat jalan jengket jengket lepas tu pura pura tak bersalah bila ada orang lain nampak. Aku rasa tu la kelemahan yang paling ketara dalam teater The Secret Life of Nora ni.

As a conclusion, aku bagi 4 stars out of 5! Memang berbaloi tengok The Secret Life of Nora ni. Sungguh menghiburkan. Eh. Nak baca review yang lebih terperinci? Sila klik kat SINI.



potpetpotpet : Aku ada rupa spy tak?